Bab 3

Sayangi Dia

 

 

"Tidak!!" Sehun berteriak sehingga menyebabkan Dr. Park dan Kai terkejut beruk.

 

Kai sedang duduk berbincang dengan Dr. Park di meja yang bersebelahan dengan katil Sehun. Kai sedang berbincang tentang keadaan Sehun apabila Sehun tiba-tiba meracau-racau dalam tidurnya. Kai bergegas mendapatkannya diikuti Dr. Park.

 

"Sehun! Sehun! Bangun la! Kenapa awak terjerit-jerit ni? Sehun!" Kai cuba mengejutkan Sehun yang meronta-ronta dalam tidurnya.

 

Sebenarnya, Sehun pengsan sebaik sahaja mereka tiba di hadapan hospital. Kai segera mendukungnya dan membawanya berjumpa dengan Dr. Park yang akan merawat Sehun sehingga bayi mereka selamat dilahirkan. Kai gembira bila dapat tahu orang yang disukainya mengandungkan anaknya dan disebabkan dia jenis yang tak tahu cara nak expresskan perasaannya yang sebenar membuatkan Sehun tersalah anggap.

 

Kai pernah putus cinta sebelum ini dan sebab itu dia tak percaya pada cinta. Hatinya tertutup untuk bercinta sehinggalah dia bertemu dengan Sehun buat pertama kalinya sewaktu Puan Besar Kim memperkenalkan mereka berdua. Hatinya mula terpaut pada Sehun. Kai sering memberi layanan buruk kepada Sehun dengan harapan Sehun akan pergi dari rumah itu, tapi Sehun masih lagi tak berganjak. Kai taknak jatuh cinta lagi sebab dia takut terluka lagi dan dia tak sanggup nak hadapinya lagi. Namun, disebabkan Sehun masih di situ membuatkan hati dan perasaannya tak tertahan sehinggalah dia melampaui batas. Dia menodai Sehun secara paksa.

 

"Sehun, bangun la! Jangan buat saya risau." ucap Kai dengan penuh kerisauan sambil menggoncang perlahan tubuh Sehun.

 

Sehun akhirnya membuka matanya dan dia kelihatan bingung melihat keadaan sekeliling. Dan apabila matanya menangkap sesusuk tubuh yang dikenalinya, Sehun menggeletar. Dia mendapati dirinya tidak diikat lantas dia bergegas turun dari katil itu dan menghampiri pintu keluar. Kai sempat menghalang Sehun daripada keluar.

 

"Lepas! Saya taknak gugurkan anak ni! Lepaskan saya!" Sehun meronta-ronta dengan berlinangan air mata. Kai masih lagi erat memeluknya dari belakang.

 

"Sehun, dengar dulu apa saya nak cakap ni! Jangan la macam ni!" ucap Kai.

 

"Lepas! Lepaskan saya!"

 

"Ia bukan macam yang awak fikirkan. Saya bawa awak ke sini untuk pemeriksaan, bukan untuk gugurkannya. Please, Sehun! Percaya la cakap saya ni!" jelas Kai secepatnya supaya Sehun berhenti bergelut.

 

"What?" mata Sehun terbeliak. Dia seperti tak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia berhenti bergelut, dan Kai melepaskan tubuh Sehun perlahan-lahan. "A-Awak cakap apa?" soal Sehun yang masih keliru.

 

"Saya terima anak ni, Sehun. Saya takkan buat seperti yang awak fikirkan."

 

"Tapi, kenapa? Saya tak faham."

 

"Saya sukakan awak."

 

"Apa?! Awak jangan buat gila. Mana ada orang yang sanggup sakiti orang yang disukai."

 

Kai menundukkan kepalanya. "Saya minta maaf."

 

Sehun bingung. Dia masih tak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Kai minta maaf? Biar betul? Patutkah dia mempercayai Kai atau patutkah dia ambil kesempatan ini untuk larikan diri dari situ?

 

"Kalau awak taknak percayakan saya, tak apa. Saya cuma nak yang terbaik untuk awak dan bakal anak kita. Bertenang dan benarkan Dr. Park untuk periksa awak. Boleh?" nada suara Kai seperti merayu.

 

"Awak biar betul? Kenapa tiba-tiba..." Sehun terkelu. Dari air muka Kai, Sehun boleh tahu yang dia ikhlas. "Baiklah." Sehun akur.

 

Sehun berbaring di atas katil itu semula sebelum Dr. Park menyapu gel hijau di perutnya dengan lembut.

 

"Sejuknyer..." ngomel Sehun.

 

"Apa dia?" soal Kai yang berdiri di sisi katil itu.

 

"Takda apa." balas Sehun dengan blushing. Dia segan apabila Kai melihat tubuhnya yang terdedah di bahagian perut.

 

Pemeriksaan berjalan lancar. Sehun dan Kai berterima kasih kepada Dr. Park sebelum mereka beredar.

 

"I can't believe there's a life inside me. Macam tak percaya." ucap Sehun dengan begitu terharu sambil matanya tak lekang dari sonogram yang baru diterimanya tadi. Kai yang berjalan di sebelahnya hanya mampu tersenyum melihat Sehun.

 

Setibanya mereka di kereta Kai, Kai membuka pintu untuk Sehun membuatkan Sehun kehairanan.

 

"Awak nak ke mana lepas ni?" soal Kai.

 

"Maksud awak?" soal Sehun pula.

 

"Saya nak bincang sesuatu dengan awak, jadi apa kata kalau kita singgah di kafe? Sambil-sambil tu, awak boleh makan." cadang Kai.

 

Sehun masih lagi tak dapat terima sisi Kai yang tiba-tiba baik itu. Dia masih ragu-ragu dengan perangai Kai, tapi jauh di sudut hatinya dia gembira Kai dah berubah. Dan dia berharap yang Kai dah betul-betul berubah.

 

"Saya ikut saja. Lagipun, saya memang dah lapar." balas Sehun selamba lalu dia melangkah masuk ke dalam kereta.

 


Jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu