Bab 12

Sayangi Dia

 

"Sebenarnya..." belum sempat Sehun memulakan ceritanya, smartphone Kai berdering.

 

"Aish, siapa pula la mengacau, ni?" keluh Kai yang rasa terganggu. "Awak tolong tengok jap, saya tengah drive ni."

 

Sehun mengambil smartphone Kai dan melihat ID si pemanggil. Dahinya berkerut memikirkan sebab-sebab orang itu menghubungi Kai ketika itu.

 

"Siapa?" soal Kai apabila Sehun masih mendiamkan diri.

 

"M-Mak awak..."

 

"Apa?"

 

"Nak saya jawab, ke?"

 

"Abaikan je la. Kang tak memasal terbatal pula plan kita ni."

 

"Tapi, kalau ada hal penting macam mana? Kang menyesal pula nanti."

 

"Ish, takda apa la. Dah la, tak payah fikir. Abaikan je."

 

Smartphonenya tidak berhenti berdering, dan itu membuatkan mereka tidak tenang. Kai memberhentikan keretanya di tepi jalan, sebelum dia menjawab panggilan itu.

 

"Hello?" nada suara Kai kedengaran annoyed dengan si pemanggil.

 

"Hello, kamu kat mana?"

 

"Ada apa mak? Just straight to the point. Saya busy la."

 

"Busy dengan orang gaji tu? Penting ke dia? Mak nak kamu balik sekarang!" arah Pn. Besar Kim dengan tegas.

 

"Yer, dia penting bagi saya. Dia nyawa saya. Dan saya takkan balik ke rumah orang yang tak boleh terima dia." tegas Kai.

 

"Ok, mak taknak bahas tentang tu lagi. Sekarang mak nak tanya, apa yang kamu dah buat pada Suzan sampai dia nekad nak bunuh diri?"

 

"Apa?! Bunuh diri?!"

 

Sehun yang berada di sebelah terkejut dengan perkataan itu. "Siapa?" soalnya perlahan.

 

Kai tidak menjawab, dia hanya memberi pandangan risau kepada Sehun. Memang la dia tidak sukakan Suzan, tapi itu tak bermakna dia perlu gembira dengan tindakan gadis itu.

 

"Baik kamu datang ke hospital sekarang."

 

Jauh di sudut hati Kai, dia merasa bersalah kerana menjadi penyebab Suzan cuba membunuh diri.

 

"Hunnie, kita ke hospital sekejap, ya?" dengan itu, Kai berpatah balik.

 

"Kenapa?"

 

"Ingat tak perempuan yang..."

 

Sehun tidak sedap hati apabila soal perempuan itu dibangkitkan. Dia dapat merasakan bahawa Kai akan dirampas darinya. Namun, dia hanya memendam perasaannya itu.

 

"Kenapa dengan dia?"

 

"Dia cuba bunuh diri."

 

'Takkan la dia sayangkan Jongin sampai macam tu sekali? Hmmm...' getus hati Sehun.

 

Setibanya mereka di hospital, Kai bergegas ke wad yang diberitahu ibunya tadi sambil memimpin tangan Sehun. Sehun bingung melihat reaksi Kai yang betul-betul risaukan si Suzan tu sedangkan Suzan tu bukannya siapa-siapa untuk dia. Sehun cuba memujuk dirinya dengan mengatakan bahawa Kai hanya risaukan kawan baiknya masa kecil. Dengan itu, baru Sehun boleh tenang walaupun tidak tenang sepenuhnya.

 

"Macam mana dengan dia? Apa dah jadi?" soal Kai sebaik sahaja dia menghampiri ibunya yang menunggu di luar wad.

 

"Risau juga kamu dengan dia. Mak ingatkan kamu dah buang semua kenangan kamu dengan dia untuk orang gaji ni." Pn. Kim memerli sambil memerhatikan Sehun dengan pandangan tidak puas hati membuatkan Sehun menyorok di belakang Kai.

 

"Kami jadi macam ni pun sebab mak. Kalau mak tak jodohkan saya dengan dia, rasanya kami masih berkawan." balas Kai setegasnya. Suka-suka sahaja Pn. Kim menyalahkan kekasih hatinya, Sehun sedangkan dia tidak bersalah dalam soal itu.

 

"Sudah la. Baik kamu masuk dan tengok sendiri."

 

"Jom!" baru sahaja Kai membuka pintu wad sambil memimpin tangan Sehun, mereka dihalang.

 

"Kamu seorang saja. Kang jadi lain plak kalau Suzan tengok budak ni." sekali lagi pandangan hina dilempar ke arah Sehun.

 

"Hunnie..."

 

"Takper la, Jongin. Awak masuk la. Saya tunggu kat sini je." Sehun memujuk.

 

"Awak janji tunggu saya kat sini tau. Saya tak lama."

 

"Yer, saya janji. Pergi la." Sehun memberi senyuman palsu agar Kai tidak merasa bersalah.

 

"Baiklah." dengan berat hati Kai melangkah masuk ke dalam wad itu selepas mengucup dahi Sehun.

 

Sehun berdiri jauh daripada Pn. Kim. Dia tahu Pn. Kim membencinya. Dia bersandar pada dinding sambil bermain handphonenya.

 

"Kamu nak air? Aku nak gi beli air." soal Pn. Kim tetiba membuatkan Sehun kehairanan.

 

"Erm, boleh juga." balas Sehun.

 

Pn. Kim tersenyum jahat sebaik sahaja dia membelakangi Sehun, sebelum dia beredar. "Siap la kau." gumamnya.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu