Bab 13

Sayangi Dia

 

Pn. Kim kembali bersama dua cawan kertas yang berisi air laici, yang ditekan dari mesin tadi. Sehun yang duduk di bangku yang tersedia, segera bangun sebagai tanda hormat. Walaupun, Pn. Kim membencinya, itu tidak bermakna dia harus kurang ajar dengan majikan yang sebelum ini menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dia bukan jenis orang yang mudah lupa budi orang lain ke atas dirinya.

 

"Nah, airnya." Pn. Kim menghulur secawan air kepada Sehun.

 

"Terima kasih." balas Sehun seraya air itu diambil.

 

Baru sahaja mereka mahu minum, Kai melangkah keluar daripada wad itu. Sehun dan Pn. Kim segera menghampiri Kai.

 

"Macam mana?" soal Sehun. Walaupun dia tidak menyukai Suzan yang cuba merampas Kai daripadanya, namun atas dasar perikemanusiaan, dia ingin tahu juga keadaannya.

 

"Dia dah tidur lepas makan ubat." balas Kai. "Jom la kita pergi. Suzan dah takda apa-apa."

 

"Kamu nak ke mana? Suzan jadi macam ni pun sebab kamu tinggalkan dia. Takkan kamu nak tinggalkan dia lagi?" Pn. Kim menghalang.

 

"Mak, saya dah janji dengan Hunnie untuk pergi ke kampungnya. Hal Suzan tu, saya biar mak yang uruskan. Saya dah bagitau dia yang saya dengan dia memang takkan bersama sebab saya dah ada Hunnie. Dia dapat terima atau tak, tu bergantung pada dia." jelas Kai.

 

"Kamu tak boleh macam ni. Macam mana kalau dia cuba bunuh diri dia lagi. Apa mak nak buat?" 

 

"Setakat ni saja saya boleh ambil berat pasal dia sebab saya milik Hunnie, bukan dia. Saya harap mak faham."

 

Pn. Kim mengetap bibir menahan geram. Dia memandang Sehun yang berdiri di sebelah Kai dengan penuh kemarahan. Dia tak sangka, orang yang dianggap sebagai keluarga sendiri menikam belakangnya seperti itu sehingga anaknya sendiri tidak mendengar kata-katanya lagi.

 

"Ya, mak faham sangat. Semuanya pasal budak ni!" sejurus itu Pn. Kim menampar Sehun sekuat hatinya.

 

Hampir saja berlaku pergelutan di situ apabila doktor berserta jururawat datang meleraikan mereka. Pn. Kim dengan hati yang masih membara, melangkah masuk ke dalam wad Suzan meninggalkan Kai dan Sehun.

 

"Awak okay?" soal Kai. Dia begitu risau.

 

"Saya..."

 

"Kai, jangan tinggalkan saya!" suara Suzan memotong percakapan Sehun. 

 

Serentak mereka berdua menoleh ke arah datangnya suara itu. Ternyata Suzan dah sedarkan diri, dan kini dia berlari mendapatkan Kai lantas dia memeluknya sambil meraung.

 

"Jangan tinggalkan saya, Kai! Saya merayu! Saya cintakan awak sejak dari kecil lagi! Jangan buat saya macam ni, please!" raung Suzan seperti orang yang histeria.

 

Kai cuba meleraikan pelukan Suzan, namun Suzan betul-betul tak mahu melepaskannya. Kai dapat lihat ekspresi muka Sehun dah berubah. Dia tahu Sehun mesti terluka dengan semua itu. 

 

"Hunnie..."

 

Sehun memandang Kai seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak sanggup melihat 'babak drama' itu. Hatinya bagai ditusuk sembilu melihat orang yang dicintai dalam pelukan orang lain.

 

"Sa-saya balik dulu..." ucap Sehun. Walaupun dia tak tahu ke mana harus dituju, namun dia tahu itu lebih baik daripada dia tunggu di situ. 

 

Hampir sahaja Sehun berlalu pergi, Kai mencapai tangannya membuatkan dia berpaling memandang Kai.

 

"Don't leave..." pinta Kai.

 

Suzan yang melihat situasi itu, segera meleraikan pegangan tangan mereka itu. Suzan melepaskan Kai, dan dia meluru ke arah Sehun sebelum dia menolak Sehun sekuat hatinya. Pn. Kim yang melihat dari dalam tersenyum sinis.

 

"Kau perampas! Kau tak guna! Kalau kau takda, dah confirm kami jadi kahwin! Kau memang tak guna!" Suzan hampir sahaja menampar Sehun yang dah terduduk di atas lantai akibat tolakannya tadi apabila Kai menghalangnya.

 

"Yah, sudah la!" tengking Kai. Dia merentap kasar tangan Suzan sebelum dia mendapatkan Sehun.

 

"Hunnie, awak okay?" soal Kai sebaik sahaja dia membantu Sehun untuk berdiri semula. "Mari kita pergi dari sini." ucap Kai dan baru sahaja dia ingin membawa Sehun pergi dari situ, Suzan pura-pura pengsan.

 

Nak atau tak, Kai terpaksa berpatah balik semula, membuatkan Sehun mengalah.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu