Bab 10

Sayangi Dia

 

Sepanjang perjalanan itu, Sehun hanya mendiamkan diri. Dia sedang memikirkan sesuatu apabila dia perasan yang Kai memandu melepasi jalan yang menuju ke rumah Kai. Dahi Sehun berkerut.

 

"Kita nak ke mana ni?" soal Sehun.

 

"Kan saya dah kata hari ni saya nak bawa awak balik ke kampung awak. Awak dah lupa?" balas Kai, selamba.

 

"Apa? Kampung saya? Tapi..."

 

"Kalau pasal mak saya tu, awak tak perlu risau. Handphone kan ada. Bila-bilapun boleh inform kat dia. Dah, awak jangan nak fikir banyak lagi. Okay?"

 

'Dia memang dah banyak berubah. Dia betul-betul ambil berat tentang aku. Happynya!' getus hati Sehun sambil dia memandang Kai yang sedang memandu tanpa menyedari bibirnya mula mengukir senyuman.

 

Kai yang sesekali melirik ke arah Sehun, perasan akan senyuman itu.

 

"Yang awak senyum sorang-sorang ni, kenapa? Saya tau la saya ni segak. Mesti awak rasa bertuah jadi pasangan saya, kan." Kai mengusik, membuatkan Sehun tersedar dari lamunannya.

 

"Tak lah. Mana ada. Perasan je awak ni. Masuk bakul, angkat sendiri." Sehun melempar pandangan ke luar tingkap, cuba menyembunyikan wajahnya yang mula blushing disebabkan usikan Kai tadi.

 

Kai hanya tertawa kecil melihat telatah Sehun itu. 'Sebenarnya saya yang bertuah memiliki awak, Hunnie.'

 

"Awak tau ke, jalan ke kampung saya? Eh, awak tau ke kampung saya kat mana?" soal Sehun kemudian.

 

"Profile awakkan ada. Saya curi-curi ambil dari pejabat ayah saya semalam. Kat situ ada tertulis alamat kampung awak, so don't worry." jelas Kai.

 

"Oo..." ringkas jawapan Sehun sebelum matanya kembali melihat pemandangan luar.

 

'Ish kenapa ni? Rasa kering plak tekak ni. Hurmm kalau ada bubble tea kan best.' Getus hati Sehun, lantas matanya tertangkap satu kedai Bubble Tea di tepi jalan. "Berhenti!" teriak Sehun membuat Kai menekan brek secara mengejut.

 

"Kenapa? Awak sakit ke? Kat mana? Nak saya bawa awak ke hospital?" soal Kai bertubi-tubi dengan cemasnya, membuatkan Sehun tertawa. Kai mengerutkan dahinya. "Kenapa ni? Awak jangan takutkan saya boleh tak."

 

"Bubble tea." ucap Sehun ringkas, membuatkan Kai semakin bingung.

 

"Apa dia?"

 

"Kedai bubble tea. Saya nak bubble tea." balas Sehun manja.

 

"Bubble tea? Sekarang?" soal Kai.

 

"Yup. Aish, awak ni banyak soal la." dengan itu, Sehun segera turun daripada kereta.

 

"Y-yah! Hunnie!" Kai juga segera melangkah keluar dari kereta untuk mendapatkan Sehun. "Hunnie, kot ya pun, biar la saya parking kereta dulu."

 

"Awak pergi la parking. Lepas beli, saya pergi la kat awak." ucap Sehun yang masih berjalan menuju ke gerai bubble tea tersebut.

 

"Mana boleh saya biar awak sengsorang. Saya..."

 

Belum sempat Kai menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan bunyi hon yang kuat. Langkah mereka terhenti, dan pandangan dialihkan ke arah datangnya bunyi itu.

 

Kelihatan sebuah kereta berada di belakang kereta Kai. Hon dibunyi berkali-kali dari kereta itu.

 

"Tengok, orang dah marah awak parking sesuka hati. Pergi la ubah kereta awak tu. Saya okay la." arah Sehun kerana tidak mahu mencari masalah.

 

"Awak tunggu sini. Nanti saya datang balik."

 

"Okay, saya tak ke mana-mana la. Kat kedai tu je."

 

Kai segera beredar untuk mengubah keretanya yang menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain disebabkan berhenti secara mengejut tadi, manakala Sehun menuju ke arah gerai Bubble Tea itu.

 

"Aish, takda tempat parking pula. Ramai betul orang hari ni. Hmm..." rungut Kai yang masih mencari tempat parking.

 

Sehun duduk di salah sebuah bangku yang ada di kaki lima itu sambil menikmati bubble tea perisa keladi yang baru dibelinya tadi. Dia kelihatan seperti budak-budak yang gembira apabila mendapat benda yang diidamkan.

 

"Wah, sedapnya!" ucap Sehun dengan gembiranya.

 

Tanpa Sehun sedari, dia sedang diintip oleh seseorang.

 

'Kau takkan dapat lari lagi!' getus hati orang itu dengan pandangan tajam ke arah Sehun.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu