Bab 9

Sayangi Dia

 

"Siapa pompuan tu? Macam mana awak kenal dia?" soal Sehun sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta.

 

"Kenapa? Awak cemburu, ke?" Kai mengusik.

 

"Orang bodoh jer yang tak cemburu bila kekasihnya digoda perempuan jalang macam tu." balas Sehun, kasar. Sehun menyilang tangan ke dada, dengan pandangan yang dilempar ke luar. Mulutnya dimuncungkan tanda merajuk.

 

Kai yang sedang memandu, memandang Sehun dengan ekor matanya dan dia kebingungan. Tadi Sehun bukan main lagi sweet-sweet dengan dia, dan sekarang tetiba bad mood pula. Kai mengeluh dalam diam. Nampaknya ini la yang dikatakan mood swing. Sekarang baru Kai faham, namun dia tak kisah sebab Sehun orang yang dicintainya.

 

"Awak tak jawab lagi soalan saya tadi." Sehun kembali memandang Kai.

 

"Kan dia dah kata dia tu calon isteri yang dicari oleh mak saya."

 

"Itu saya tahu. Maksud saya tadi, kenal secara peribadi. Awak macam dah kenal dia dari dulu."

 

"Dia kawan baik saya masa kami kecil dulu."

 

"Awak tak pernah ceritapun."

 

"Dia tak penting."

 

"Tapi dia penting bagi mak awak. Kalau tak, takkan dia nak jodohkan awak dengan perempuan tu. Dan selama saya kerja kat rumah awak, tak pernahpun saya jumpa dia. Mana dia pergi?"

 

"Dia tinggal di London dengan family dia sejak kami berumur 10 tahun. So, dah lama saya tak jumpa dia."

 

"Awak takda apa-apa perasaan kat dia? Yer la, awakkan dah lam berkawan dengan dia. Mesti ada perasaan suka walaupun sikit."

 

"Percaya la. Saya just anggap dia sebagai kawan jer. Tak lebih dari tu."

 

"Betul ni?" Sehun menduga. Wajah Kai ditatapnya, dan dia cuba membaca ekspresi wajah Kai, sama ada kata-katanya betul atau tak.

 

"Betul la. Tak payah la pandang saya macam saya ni orang yang suka menipu."

 

Sehun mendiamkan diri. Mulutnya masih dimuncungkan. Dia masih tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi sebab dia rasa Kai ada sembunyikan sesuatu dari dia.

 

"Hun?" Kai memanggil Sehun, namun tiada jawapan. "Hunnie? Kenapa diam?" soal Kai.

 

"Tak guna saya cakap kalau awak hanya nak berdalih."

 

"What?"

 

"Tukar topik. Saya taknak dah cakap pasal betina garik tu."

 

Kai sentap. Bahasa yang Sehun guna sungguh kasar baginya, tapi dia abaikan. Dia faham perasaan Sehun sekarang. Sehun cemburu dan orang cemburu memang macam tu.

 

"Betul ke awak nak pindah?" soal Sehun secara tiba-tiba.

 

"Kalau awak nak." balas Kai, ringkas.

 

"Mak awak nanti..."

 

"Abaikan dia. Yang penting awak happy. Awak taukan, saya tak nak tengok awak sedih."

 

"Yer la tu." balas Sehun.

 

"Yer la. Saya cakap betul ni." ucap Kai bersungguh.

 

"Yer la, saya percayakan awak."

 

"Thanks."

 


 

"Nampaknya, Kai taknak kahwin ngan saya, aunty." Suzan mengadu kepada Puan Besar Kim dengan penuh mengada-ngada.

 

"Kenapa pula?" soal Puan Besar Kim.

 

"Tadi saya nampak dia dating ngan sorang pemuda ni. Diorang nampak mesra sangat. Kalau macam ni, tak jadi la kitorang kahwin." jelas Suzan dengan harapan Puan Besar Kim dapat berbuat sesuatu tentang itu.

 

"Itu kamu jangan risau. Aunty tau apa yang perlu dibuat. Diorang takkan kekal bersama. Kamu tunggu la."

 

"Tapi, Kai nampak macam sayang sangat kat dia tu. Boleh ke diorang dipisahkan, aunty?"

 

"Kai just bersama dia sebab baby tu."

 

"Baby? Maksud aunty, dia tu..."

 

"Itu cuma satu kesilapan. Dan kesilapan tu boleh diperbetulkan. Percaya pada aunty. Diorang akan berpisah juga nanti. Kamu jangan risau." Puan Besar Kim tersenyum sinis sebelum segelas kopi di tangannya dihirup perlahan.

 

"Harap macam tu la." Suzan kelihatan puas hati dengan jawapan itu.

 


Hanya ini saja yang mampu saya update...

Maaf sebab hiatus lama...

Harap korang bersabar untuk chapter seterusnya ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu