Bab 2

Sayangi Dia

 

Sehun melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Kai yang kebingungan.

 

"Tak, ini tak mungkin! Ia tak mungkin!" ucap Kai yang tidak percaya dengan kata-kata Sehun itu sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Kai meramas kasar rambutnya sebelum dia bergegas keluar dari bilik itu. Tangan Sehun dicapai lalu dia mengheret Sehun keluar bersamanya tanpa sepatah kata membuatkan Sehun terkejut.

 

"Yah! Awak nak bawa saya ke mana, ni?!" tengking Sehun apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Kai ke dalam kereta di tempat duduk sebelah pemandu.

 

"Ikut saja!" marah Kai semula sebelum pintu kereta sebelah Sehun ditutup kuat. Kai duduk di tempat duduk pemandu sebelum dia mula memandu keluar dari perkarangan rumahnya.

 

"Kai, awak nak bawa saya ke mana ni?" soal Sehun yang masih tak berputus asa. Dia perlu tahu ke mana Kai nak bawanya sebab dia ada terfikir satu tempat yang dia takkan pergi. Dan dia takut Kai akan bawa dia ke situ untuk...Tak! Peluh mula mengalir, dan Sehun semakin gelisah. Soalan demi soalan ditanya, namun Kai langsung tak hiraukannya.

 

"Kai, tolong la. Saya merayu...jangan bawa saya ke hospital. Saya taknak." rayu Sehun. Kemarahannya tadi dah reda dan digantikan pula dengan ketakutan. Dia berharap dengan rayuannya itu, Kai akan lembut hati. Tapi sangkaannya meleset apabila Kai tersenyum sinis.

 

"Pandai pun! Ingat kan dah dungu." sindir Kai. Sengihan jahat masih terukir di bibirnya.

 

Sehun menggeleng. Air jernih mula mengalir ke pipinya. Dia memegang tangan Kai yang sedang memegang stereng kereta dengan tangannya yang sejuk.

 

"Kai, please...jangan buat saya macam ni. Saya merayu..." Sehun merayu sambil memandang Kai yang tidak sedikitpun terganggu. Kai masih lagi menumpukan perhatiannya dalam memandu.

 

"Tadi bukan main lagi kau tunjuk lagak. Kau tengking aku. Sekarang buat apa merayu? Tengking la lagi. Aku tak kisah." Kai mengejek.

 

Sehun melepaskan tangan Kai dan bersandar ke tempat duduknya. Dia tahu, takda apa lagi yang boleh dia buat selagi kereta itu masih berjalan, jadi dia akan tunggu sehingga kereta itu berhenti dan dia bercadang untuk melarikan diri dari Kai. Sehun hanya mendiamkan dirinya sambil bermain jari-jemarinya. Kai yang menyedari gelagat Sehun itu, mula tak senang duduk. Dia tahu, ada sesuatu yang difikirkan oleh Sehun.

 

"Kau jangan ingat kau boleh lari. Kakitangan hospital ramai, kau takkan boleh lawan mereka." Kai menakut-nakutkan Sehun seolah-olah dia dapat baca fikiran Sehun membuatkan Sehun tersentak lalu muka Kai dipandangnya dengan penuh kebencian.

 

"Awak tak guna!" marah Sehun.

 

Kai tersengih. "So, memang betul la tekaan aku? Kau memang rancang nak larikan diri rupanya. Sorry, itu takkan terjadi."

 

"Apa yang awak nak sebenarnya? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak benci sangat kat saya? Huh?! Kenapa?!" perkataan terakhir itu ditekankan oleh Sehun sebab dia betul-betul tak faham sebab Kai amat membencinya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah itu.

 

Hari pertama Sehun di rumah Kai, Kai tengok Sehun dengan pandangan tak puas hati sewaktu mereka berdua diperkenalkan oleh Puan Besar Kim iaitu mak Kai. Dan Sehun berdebar bila Kai membisikkan sesuatu yang dia tak sangka dari Kai.

 

"Kau akan menyesal sebab menjejakkan kaki ke rumah ni." bisik Kai sebelum dia beredar meninggalkan Sehun yang terpinga-pinga. Sehun bingung. Ini kali pertama mereka berjumpa, tapi Kai berkelakuan seolah-olah mereka dah lama kenal dan seolah-olah Sehun pernah melukainya.

 

Dan bermula dari hari itu, Kai mengotakan apa yang dikatakannya sebelum itu. Dia tak pernah berhenti mengganggu Sehun dan dia juga sentiasa memberi layanan buruk terhadap Sehun setiap kali tiada sesiapa di rumah melainkan hanya mereka berdua.

 

Kai pernah menolak Sehun jatuh ke dalam kolam renang di halaman rumahnya walaupun dia tahu Sehun tak pandai berenang. Mujur pada waktu itu, Tuan Besar Kim ada di dalam rumah dan apabila dia terdengar suara orang meminta tolong, dia bergegas keluar dan menolong Sehun naik ke darat semula. Pada waktu itu, Kai dah masuk ke dalam biliknya. Dan apabila ditanya macam mana dia boleh jatuh, Sehun menipu. Dia memberitahu Tuan Besar Kim bahawa dia tergelincir sewaktu dia sedang membersihkan kawasan sekitar kolam itu dan tanpa banyak soal, Tuan Besar Kim mempercayainya.

 

Sehun juga pernah dimarahi dan dihukum Puan Besar Kim gara-gara Kai. Kai menjatuhkan pasu bunga antik kesayangan maknya lalu dia menuduh Sehun yang memecahkannya. Dan disebabkan pada waktu itu Sehun sedang mengemas rumah berdekatan dengan pasu itu, Puan Besar Kim mempercayai tuduhan Kai. Sehun tak mampu berkata apa-apa sebab dia hanyalah pembantu rumah dan apa saja yang dikatakan oleh majikannya, dia harus terima. Akibat tuduhan itu, Sehun dikurung di dalam biliknya selama 3 hari 3 malam tanpa makan dan minum.

 

Kejahatan Kai tak berakhir di situ malah dia semakin melampau. Pada sambutan ulangtahun perkahwinan mak dan ayahnya, Kai berpura-pura sakit sebab dia taknak ikut mak dan ayahnya menyambut ulangtahun mereka di sebuah hotel yang ditempah khas. Dan sebaik saja mereka pergi, Kai masuk ke dalam bilik Sehun tanpa diundang. Sehun yang baru lepas mandi, dan hanya bertuala terkejut dengan kedatangan Kai itu. Pintu dah dikunci, tapi disebabkan Kai anak pemilik vila itu, dia ada kunci pendua setiap bilik.

 

"Kai, apa ni?!" marah Sehun apabila Kai menolak tubuhnya ke atas katil.

 

"Aku nak kau!" Kai naik ke atas tubuh Sehun dan dengan perlahan dia meleraikan tuala yang melitupi tubuh Sehun membuatkan Sehun meronta-ronta supaya dilepaskan.

 

"Kai, jangan! Please..." Sehun merayu dengan berlinangan air mata. Dia tak kuat, sebab waktu itu dia demam dan tubuhnya lemah. Sebab itu dia tak dapat ikut majikannya.

 

"Diam!" Kai menampar Sehun sehingga Sehun pengsan. Lalu dia mula 'menjamah' tubuh Sehun secara paksa.

 

Sehingga sekarang, Sehun masih lagi tertanya-tanya tentang sebab Kai memperlakukannya sebegitu rupa. Apa salah dia? Dia hanya datang ke situ untuk mencari nafkah buat keluarganya di kampung. Salah ke dia?

 

"Kenapa Kai? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya?" soal Sehun dengan nada yang sebak.

 

"Kita dah sampai!" ucap Kai tanpa mempedulikan pertanyaan Sehun itu. Kai seolah-olah seorang manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Kereta dihentikan, dan Kai mengheret Sehun keluar dari kereta menuju ke dalam bangunan hospital.

 

"Kai, please...saya taknak gugurkan anak ni. Please, Kai...saya merayu..." Sehun enggan mengikut langkah Kai, tapi Kai tetap dengan hati kerasnya. Sehun enggan mengikut langkahnya, lalu dia mula mendukung Sehun di bahunya. Dengan itu, Sehun tak mampu berbuat apa-apa.

 

Situasi itu dilihat oleh para pesakit dan para pelawat yang ada di koridor luar yang menunggu giliran mereka untuk dipanggil. Sehun malu, tapi Kai tidak mengendahkan mereka. Dia meneruskan perjalanannya menuju ke tempat yang dituju iaitu ke bilik Dr. Park.

 

Setibanya mereka di situ, Kai meletakkan Sehun ke atas katil seperti yang diarahkan oleh Dr. Park. Dan Sehun mengambil peluang itu untuk melarikan diri. Namun, belum sempat tombol pintu dicapai, dia diangkat semula oleh Kai lalu dibaringkan di atas katil pesakit dengan tangan dan kakinya diikat di katil. Sehun mulai takut dan panik apabila dia melihat Dr. Park memegang pisau bedah menuju ke arahnya.

 

"Tidak!" teriak Sehun sekuat hati sebelum segalanya mulai kabur.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu