Bab 1

Sayangi Dia

 

Sehun tak pernah menduga yang hidupnya akan berubah 100% sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah Keluarga Kim iaitu keluarga yang paling berpengaruh di bandar itu. Sehun meninggalkan keluarganya di kampung untuk mencari kerja di kawasan bandar supaya dia dapat menampung kos saraan keluarganya di sana. Namun kini, dia menyesali tindakannya meninggalkan kampung halamannya.

 

Sehun duduk berseorangan di dalam biliknya sambil meratapi gambar keluarganya di kampung. Dia duduk di atas katil sambil memeluk kakinya yang dirapatkan ke dadanya. Dia menangis sendirian.

 

"Mak, ayah...saya rindu sangat kat mak dan ayah. Maafkan saya sebab tak dengar cakap mak dulu. Kalau la saya dengar cakap mak dan tak datang ke sini, tentu semua ni takkan jadi. Maafkan saya...saya dah malukan mak, dan ayah..." Sehun membenamkan mukanya di lututnya. Dia mulai menangis teresak-esak.

 

Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik Sehun diketuk dari luar membuatkan Sehun terkejut. Tangisan cuba ditahan dan air mata segera dikesat sebelum dia bergegas turun dari katil dan menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu dipulas, dan pintu dibuka bagi orang yang mengetuk pintunya tadi.

 

"Oh, Puan Besar. Ada apa yang boleh saya bantu?" soal Sehun sambil mengukir senyuman palsu. Dia tak mahu Puan Besar Kim tahu yang dia baru lepas menangis sebab dia kenal sangat dengan puan itu yang begitu mengambil berat tentangnya walaupun dia hanyalah pembantu rumah di situ.

 

Puan Besar Kim ialah isteri kepada pemilik Vila Kim ini dan majikan Sehun. Walaupun Keluarga Kim merupakan orang kaya, tapi mereka tak sombong malah mereka bersikap rendah diri dan pemurah. Ini la yang membuatkan Sehun senang dan dia amat menghormati mereka. Dia masih ingat pertemuan pertamanya dengan Puan Besar Kim sewaktu dia sesat di tengah bandar disebabkan itu pertama kali dia menjejakkan kaki di bandar. Puan Besar Kim sedang menuju ke keretanya selepas dia selesai membeli-belah sambil diiringi pengawal peribadinya, sewaktu dia ternampak Sehun yang kelihatan seperti orang yang hilang arah. Dan setelah disoal, Puan Besar Kim mengambil keputusan untuk menjadikan Sehun sebagai pembantu rumahnya.

 

Pada mulanya, semuanya kelihatan baik dan kehidupan Sehun di rumah itu sangat senang. Gaji yang lumayan, tempat tinggal yang selesa, dan layanan yang baik, semuanya begitu sempurna bagi Sehun. Namun, kesempurnaan itu dirosakkan oleh Kai iaitu anak bongsu Keluarga Kim. Kai atau nama penuhnya Kim Jongin, suka mengganggu Sehun dan sering menyusahkannya. Sehingga sampai pada satu tahap, Kai dah melampaui batas. Itu yang menyebabkan Sehun rasa menyesal meninggalkan kampung halamannya.

 

So, berbalik pada cerita asal tadi. Sehun tahu yang Puan Besar Kim takkan berhenti menyoal sehinggalah dia dapat jawapan yang tepat. Oleh itu, Sehun terpaksa berpura-pura seperti dia takda masalah.

 

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, puan?" soal Sehun.

 

"Saya nak bincang sesuatu dengan kamu. Mari." Puan Besar Kim melangkah masuk ke dalam bilik Sehun dan dia membawa Sehun duduk di birai katil bersamanya.

 

"Nak bincang apa, puan?" soal Sehun.

 

"Kamu ada masalah, ke?" suara Puan Besar Kim kedengaran begitu mengambil berat. Dia kelihatan risau terhadap Sehun.

 

"Apa maksud puan?" soal Sehun yang tidak berapa jelas.

 

"Akhir-akhir ni, kamu tak seceria selalu. Kenapa? Kai ada ganggu kamu, ke?" soal Puan Besar Kim yang tahu benar akan kelakuan anak bongsunya itu terhadap Sehun sejak pertama kali Sehun melangkah masuk ke dalam rumah mereka.  Dia ada juga menegur Kai supaya berkelakuan baik terhadap Sehun, namun ia seperti menuang air ke daun keladi bila Kai hanya buat tak endah dengan nasihatnya itu.

 

"Kalau dia ada buat apa-apa kat kamu, kamu jangan sembunyi. Bagitau saya. Kan sebelum ni saya dah pesan, kalau dia ada buat apa-apa kat kamu, bagitau saya. Jangan simpan." nasihat Puan Besar Kim.

 

"Tak la. Dia takda buat apa-apapun." dalih Sehun.

 

"Betul ni? Tapi, kenapa kamu nampak muram? Selalunya kalau kamu muram macam ni, mesti ada kena-mengena dengan Kai. Bagitau saya hal yang sebenar. Biar saya ajar dia nanti." Puan Besar Kim memberi jaminan.

 

"Saya...saya okey, puan. Maybe penat. Itu jer." dengan teragak-agak, Sehun berdalih lagi. Puan Besar Kim mengeluh. Dia tahu Sehun menipunya, tapi dia juga tahu yang Sehun tak suka menyusahkannya, oleh itu, nak atau tak dia kena terima alasan Sehun itu.

 

"Baiklah, kalau takda apa-apa, saya keluar dulu. Kamu rehat la. Muka kamu nampak pucat ni. Mungkin betul kamu penat. Rehat, ya? Oh, lagi satu. Saya adahal sikit dengan kengkawan saya, jadi kamu jaga rumah, ya? Bye!" Puan Besar Kim melemparkan senyuman sebelum dia beredar dari bilik Sehun.

 

"Nasib baik." Sehun menghela nafas lega. Dilihatnya pintu biliknya masih terbuka, dan nampaknya Puan Besar Kim terlupa untuk tutupkannya balik, lalu Sehun bangun dari katilnya menuju ke arah pintu itu.

 

Namun, belum sempat dia menutup pintu biliknya, Kai tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam biliknya membuatkan dia hampir-hampir terjatuh ke belakang. Sehun bengang. Kai ni kalau sehari tak kacau dia, tak sah. Entah apa yang cengeng tu nak dari Sehun lagi.

 

"Apa lagi yang awak nak? Tak cukup lagi dengan apa yang awak dah buat kat saya minggu lepas?" Sehun meninggikan sedikit suaranya tanda dia tak suka pada Kai.

 

"Apa yang kau bagitau mak aku?" soal Kai dengan renungan tajam ke arah Sehun.

 

"Bagitau apa? Saya bukannya jenis yang suka mengadu. Dah, baik awak keluar dari sini." Sehun ingin membuka pintu dengan lebih luas untuk Kai keluar, tapi Kai menendang pintu itu sehingga tertutup rapat sebelum dia mengunci pintu.

 

Sehun tersentak dan dia mulai takut. Dia taknak perkara yang jadi minggu lepas berulang semula. Sehun mulai berundur dan Kai semakin maju ke arahnya. Dan apabila tubuh Sehun dah merapati dinding, dia tiada ruang lagi untuk mengelak. Kai mengepung Sehun dengan kedua-dua belah tangannya yang diletakkan ke dinding. Kai merapati mukanya dengan muka Sehun membuatkan Sehun beralih ke arah lain.

 

"Kai, stop it! Apa yang awak nak cuba buat ni?" soal Sehun dengan takutnya.

 

"I want you!" balas Kai lalu leher Sehun dikucupnya membuatkan Sehun memejamkan matanya.

 

"Kai, please...saya merayu..." rayu Sehun yang begitu takut kejadian yang sama akan berulang lagi.

 

"Kan aku dah bagi amaran kat kau. Kalau kau bagitau mak aku pasal aku nodai kau minggu lepas, aku takkan teragak-agak untuk nodai kau sekali lagi."

 

"Bila saya bagitau mak awak? Saya tak bagitau sesiapapun. Please, Kai...lepaskan saya..." Sehun membela dirinya.

 

"Lepaskan kau? Dalam mimpi jer la..." dengan itu, Kai melempar Sehun ke atas katilnya sebelum dia mula naik ke atas Sehun.

 

"Kai, tolong..." rayu Sehun yang dah mula mengalirkan air matanya.

 

"Siapa suruh kau mulut murai? Ini la balasan kau."

 

"Kai!!" teriak Sehun.

 

Beberapa jam kemudian...

Kai turun dari katil lalu dia mengutip pakaiannya di atas lantai. Sesekali dia melirik ke arah Sehun yang masih terbaring di atas katil tanpa seurat benang ditubuhnya. Dia hanya berselimut.

 

"Kali ni, kalau kau berani bagitau sesiapa pasal ni, nahas kau! Aku takkan berlembut lagi. Faham?!" Kai ketawa jahat sebelum dia melangkah keluar dari bilik Sehun dengan berpakaian lengkap.

 

Dan Sehun, dia hanya mampu menangis. Kai betul-betul kejam baginya.

 


 

Sehun sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur apabila Kai tiba-tiba mengheretnya dengan kasar menuju ke dalam biliknya yang terletak di tingkat bawah. Pintu bilik dikunci sebaik saja mereka tiba di situ. Kai menolak Sehun dengan kasar sehingga Sehun jatuh di atas katilnya.

 

"Yah! Apa ni main tolak-tolak?! Awak nak buat apa ni?" Sehun memeluk tubuhnya, takut kalau-kalau Kai cuba berbuat sesuatu yang tak baik sekali lagi.

 

"Apa ni?! Baik kau cakap betul-betul!" marah Kai sambil dia menunjuk pregnancy kit yang membuatkan mata Sehun terbeliak.

 

"Itu...err...itu..." Sehun memandang ke arah lain. Takut untuk bertentang mata dengan Kai.

 

"Ini kau punya, kan? Sebab aku jumpa dalam bilik air bawah, dan kau seorang jer yang guna bilik air bawah. So, tell me! That thing is not mine, right?"

 

Sehun mengetap bibirnya sebelum dia bangun dari katil dan berhadapan dengan Kai. "It's not a thing! Dia anak kita." tengking Sehun. "Tapi kalau awak nak anggap yang dia bukan dari awak, then anggap saja la macam tu..." Sehun memberi jawapan sedinginnya sebelum dia bergegas keluar dari bilik meninggalkan Kai yang mulai bingung.

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu