Bab 4

Sayangi Dia

 

"Apa yang awak nak bincang dengan saya?" soal Sehun sebaik sahaja mereka berdua mengambil tempat di dalam sebuah restoran. Tempat duduk mereka agak jauh dari pelanggan lain supaya mereka boleh berbincang dengan aman.

 

"Kot ya pun, order la dulu. Saya tahu awak lapar. Nah!" Kai menghulurkan senarai menu kepada Sehun yang duduk berhadapan dengannya.

 

Sehun menyambut menu itu, lalu dia meneliti menu-menu yang ada.

 

"Hurm, semuanya nampak sedap. Mana satu nak pilih, ya?" ngomel Sehun sendirian yang begitu teliti membaca menu-menu yang ada. Kai hanya tersenyum melihat kecomelan Sehun itu.

 

Sedang Kai begitu asyik memerhati gelagat Sehun, Sehun yang menyedari itu segera memukul tangan Kai yang diletakkan di atas meja itu membuatkan Kai tersentak.

 

"Awak tengok apa? Ada apa-apa ke kat muka saya?" soal Sehun dengan innocentnya.

 

"Eh takda apa la. So, awak dah decide nak makan apa?" soal Kai cuba mengalih perhatian Sehun.

 

"Urm, awak order la apa-apapun. Saya sebenarnya tak reti sangat baca menu ni. Semua tulisan english. Awak tahu kan yang saya ni orang kampung, bukannya pandai speaking-speaking ni. Awak pilih la." Sehun menolak senarai menu itu ke arah Kai membuatkan Kai mengukir senyuman sebelum menu itu ditelitinya pula.

 

Kemudian, Kai menutup senarai menu itu. "Sayapun tak tahu nak order apa. Takut nanti awak tak makan pula."

 

"Order jer apa-apapun. Mesti saya makan." balas Sehun selamba.

 

"Nanti kalau baby taknak macam mana?"

 

"Baby?" Sehun membeliakkan matanya sebelum dia memahami apa yang Kai cuba perkatakan. Dia memandang ke arah lain untuk menyembunyikan rupanya yang dah mula blushing.

 

Kai memegang tangan Sehun yang diletakkan di atas meja itu membuatkan Sehun terkejut sedikit. Sehun memandangnya.

 

"Awak jangan risau. Saya akan jaga awak dan bakal baby kita dengan baik. Saya takkan sekali-kali abaikan awak. Itu janji saya." ucap Kai dengan penuh keikhlasan membuatkan Sehun tersentuh dan berasa terharu.

 

"Hunnie, kenapa ni? Awak sakit, ke? Kenapa awak nangis?" soal Kai dengan penuh kerisauan melihat Sehun tiba-tiba mengalirkan air mata.

 

"Apa awak panggil saya tadi?" Sehun seperti tak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Kai memanggilnya dengan nickname? Macam tak percaya.

 

"Hunnie." Kai menyebut sekali lagi.

 

Lagi Sehun semakin tak tertahan bila Kai panggil dia dengan nickname macam tu. Kata orang, kalau seseorang tu panggil kita dengan nickname yang comel-comel, maknanya orang tu betul-betul sukakan kita. Dan itulah yang difikirkan Sehun membuatkan dia lagi terharu. Tangisan kecil mula kedengaran dari Sehun membuatkan Kai betul-betul panik.

 

"Hunnie, jangan la nangis. Malu la orang tengok nanti. Bagitau saya apa yang buat awak nangis ni? Saya ada buat salah, ke? Kalau ada, saya minta maaf. Please stop crying..." Kai mula gelabah. Dia betul-betul tak tahu apa sebab Sehun tiba-tiba berkelakuan macam ni.

 

"Sayapun tak tahu. Hormon agaknya." Sehun cuba berhenti menangis, dan Kai mula mengesat air mata yang mengalir di pipinya dengan lembut.

 

"Jom, kita pergi tempat lain, nak? Mungkin suasana kat sini buat awak tak selesa. Jom?" Kai mengajak lembut apabila dia menyedari mereka menjadi perhatian segelintir pelanggan di situ dan Sehun hanya mengangguk.

 

'Damn hormone!' Sehun menyumpah dalam hatinya.

 

Mereka bercadang untuk melepak di tepi Han River sambil makan ais krim atas cadangan Sehun yang tiba-tiba teringin nak makan ais krim dan Kai hanya menurut dengan senang hati. Dalam perjalanan ke sana masing-masing melayan perasaan sendiri. Tidak terdetik langsung dalam fikiran mereka untuk berbual sebab mereka masih kekok dengan perhubungan itu.

 

Sebelum ini mereka sering bergaduh dan seperti bermusuhan, namun hari ini Kai tiba-tiba baik dengan Sehun. Itu yang membuatkan masing-masing masih kekok antara satu sama lain.

 

Sehun memandang ke luar tingkap di saat dia terasa tangan seseorang di perutnya. Dia melihat ke bawah dan seraya memandang Kai apabila dia menyedari tangan Kai yang berada di perutnya.

 

"Kai." dia memanggil Kai dengan nada rendah sebab jarak mereka tidak jauh.

 

"Iya, ada apa?" soal Kai. Dia memandang Sehun seketika sebelum dia memandang ke depan semula sebab dia sedang memandu.

 

"Apa yang awak buat ni?"

 

"Buat apa?" soal Kai lagi yang masih tidak memahami maksud Sehun.

 

"Ini. Kenapa tangan awak kat sini?" Sehun menunding ke arah tangan Kai yang masih di perutnya.

 

"Huh?" Kai yang baru menyedari akan situasi itu segera menarik tangannya semula lalu diletakkan di stereng kereta. "Patut la saya rasa macam tak balance jer stereng ni. Saya drive dengan tangan sebelah rupanya. Hehe..." Kai cuba bergurau bagi mengelakkan Sehun tahu yang dia sengaja berbuat begitu.

 

Sebenarnya, Kai memang dari tadi teringin nak menyentuh perut Sehun bagi merasai anak yang dikandungnya. Walaupun masih baru, dan kemungkinan untuk dia merasai pergerakkan anak mereka adalah mustahil, tapi dia tak dapat membendung perasaannya itu. Sejak dari saat dia melihat di skrin monitor ultrasound tadi, dia betul-betul ingin merasai kewujudan si kecil itu. Dan melihatkan Sehun begitu asyik mengelamun, memberi Kai peluang untuk berbuat demikian.

 

Sehun merenung wajah Kai yang sedang menumpukan perhatian dalam pemanduan. Satu senyuman mula terukir di bibirnya.

 

"Kenapa tak minta? Saya tak marah, sebab awakpun ada hak." jelas Sehun.

 

"A-apa?"

 

"Air muka awak, saya boleh baca. Awak sengaja tadi, kan?"

 

"Eh, tak la. Saya..." Kai terkelu apabila Sehun mengambil tangannya lalu diletakkan di perutnya. Manakala tangan yang sebelah lagi masih memegang stereng.

 

"Masih awal lagi, so takda apa-apa lagi. Tapi saya dapat rasa yang baby suka disentuh oleh ayahnya. Itu saya yakin." ucap Sehun dengan senyuman.

 

Kai yang sesekali mengerling ke arah Sehun pun turut tersenyum. "Thanks, Hunnie! Sebab maafkan saya lepas apa yang saya dah buat kat awak sebelum ni. Saya betul-betul hargainya."

 

"Sayapun nak ucap terima kasih sebab awak sanggup bertanggungjawab ke atas saya dan baby. Sebenarnya saya takut nak hadapi semua ni sendirian sebab saya tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni. Saya tak dapat nak bayang kalau saya bersendirian dalam keadaan macam ni. Thanks..." tangan Kai digenggam erat.

 

"Awak jangan risau. Lepas ni, awak takkan bersendirian lagi sebab saya akan sentiasa bersama awak." Kai berjanji.

 

"Tapi, saya masih risau. Apa kata mak ngan ayah awak nanti? Mesti diorang kecewa."

 

"Itu awak jangan risau. Saya akan uruskan. Yang penting sekarang ni, awak dan baby sihat. Okay?"

 

Sehun mengangguk.

 


 

Preview

"Apa semua ni?! Aku tak sangka kau semurah ni!" Pn. Kim menampar Sehun. Dia begitu marah apabila Sehun dan Kai tiba-tiba memberitahunya tentang berita itu.

 

"Mak! Ini bukan salah dia. Saya yang salah. Kalau mak nak pukul, pukul la saya!" tegas Kai. Sehun ditarik ke sisinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu