→Five

Love! Love? Love.

 

 

Baekhyun's POV

 

 

 

Aku memandang Yura dengan penuh rasa hairan. Kebiasaannya apabila aku mengejutkannya pada waktu pagi, dia akan melenting dan memarahi aku tetapi tidak pada pagi ini. Sebaliknya, dia bangun dengan sendirinya bersama senyuman. Perempuan ni jatuh cinta dengan aku ke apa ni? Baik semacam je. Dan pagi itu, dia pergi ke dapur dengan sendirinya lalu menanak nasi. Bagusnya, hari ni tak payah nak tunggu suruh baru dia nak buat.

 

" Kau demam ke hari ni? " Tanyaku.

 

" Muka aku nampak macam demam ke? "

 

" Tak. Muka tak tapi perangai ya "

 

" Pernah breakfast dengan air beras tak? "

 

" Tak tapi terima kasih je. Aku tak pernah breakfast " kataku. Aku selalu sakit perut selepas breakfast jadi aku memilih untuk tidak makan pagi.

 

Yang lebih menghairankan pada pagi ini, dia menghantarku sehingga ke pintu pada pagi itu. Perempuan ni betul-betul dah jatuh cinta kat aku ke? Aku hanya tersenyum ke arahnya.

 

" Kalau nak peluk boleh tak? " Tanya Yura. Mataku membesar kerana terkejut. Dia nak peluk? Buang tabiat betul perempuan ni. Kalau nak peluk sekalipun, tunggulah malam nanti. Aku boleh bagi pakej peluk sekali dengan- oh, lupakan.

 

Tidak mahu mengecewakannya, aku pun melingkarkan kedua-dua belah tanganku di atas bahunya. Aku memang tak ada perasaan apa-apa kat dia tapi walau apa sekalipun, dia tetap isteri aku. Isteri yang patut aku jaga. Aku menepuk belakangnya berberapa kali, senang hati dengan perangainya pada pagi ini.

 

" Baek, terima kasih tau sebab kau dah jaga makan minum aku. Aku mintak maaf sebab dah banyak susahkan kau. Aku janji lepas ni aku takkan susahkan kau lagi " katanya apabila pelukan aku leraikan. Ada getaran dalam dada aku apabila mendengar kata-katanya.

 

" Kau janji? " Tanyaku. Kalau dia nak berubah untuk menjadi isteri yang lebih baik, mestilah aku suka. Siapa yang tak suka kan?

 

" Aku janji " kata janjinya membuatkan aku ketawa kecil kerana senang hati. Aku menggosok kepalanya lalu tersenyum.

 

Buat pertama kalinya pada pagi itu, aku rasa seperti tidak mahu pergi kerja tetapi aku kuatkan hati untuk tetap pergi.

 

" Aku pergi kerja dulu "

 

" Okay. Harap kita jumpa lagi " Yura melambai-lambai ke arahku. Harap kita jumpa lagi? Cara dia bercakap macam aku nak pergi berperang. Macam ni la orang kalau dah angau kat aku. Aku tersenyum lagi.

 

 


 

" Yura! Aku beli makanan favourite kau ni " laungku apabila pintu rumah itu aku buka. Aku telah membelikannya mandu kegemarannya ketika dalam perjalanan pulang tadi. Bungkusan plastik aku letakkan di atas meja kopi dan berlalu ke bilik untuk mencari Yura. Mana perempuan ni? Diam je?

 

Apabila pintu bilik aku buka, Yura tiada di situ. Aku pun berlalu ke dapur pula, kedengaran bunyi seseorang sedang mandi. Laa, mandi rupanya perempuan ni. Patutlah tak menyahut. Kelihatan Kyungsoo sedang makan roti di dapur dengan masih beruniform kerjanya tetapi bahagian lengan telah disinsing.

 

" Awal kau balik " kata Kyungsoo sambil mengunyah rotinya. Aku mengambil tempat di sebelahnya lalu membuka tiga butang teratas kemejaku. Badanku terasa berpeluh.

 

" Biasa kalau balik kau terus mandi? " tegurku kerana dia masih memakai uniform itu. Kyungsoo memandang aku dengan matanya yang besar itu sambil menelan makanan di dalam mulutnya.

 

" Entah, Chen tu mengada pulak hari ni. Aku nak mandi dia pun sibuk nak mandi "

 

" Oh, Chen tak kerja ke hari ni? "

 

" Tak. Dia malas " jawab Kyungsoo ringkas lalu bangun ke arah singki untuk membasuh tangan. Chen selalu macam tu. Dalam sebulan tu mesti ada sehari yang dia malas nak pergi kerja. Dia sepatutnya mencontohi Kyungsoo ni, rekod bersih. Memang calon menantu idaman ibu-ibu di Korea. Cuma satu, mulut dia kena kurang berleter sikit.

 

" Baek, kau balik tak beli makanan ke? " Tanya Chen yang baru keluar dari bilik air itu. Rambutnya masih lembap dan bau sabun memenuhi ruang dapur.

 

" Aku beli mandu, ada kat meja depan. Kyungsoo, kau nak mandi dulu ke nak biar aku mandi dulu? " Badan aku dah rasa melekit sangat. Chen tersengih lalu bergerak ke depan, mungkin ingin mengambil mandu yang aku beli itu.

 

" Aku dulu " jawab Kyungsoo. Aku mengangguk.

 

" Chen, makan tu simpan untuk Yura sikit! " Laungku. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kalau tak sedar, memang dia yang habiskan semua.

 

" Wei, Yura mana? Daripada tadi aku tak nampak " Tanya Kyungsoo.

 

" Bukan dia mandi- CHEN, YURA MANA? " Aku baru tersedar yang mandi tadi ialah Chen, bukan Yura.

 

" Yura keluar daripada pagi tadi. Dia cakap jangan cari dia, nanti dia balik sendiri kalau dia rasa nak balik  "

 

Ish, perempuan ni. Nanti dia balik sendiri kalau dia rasa nak balik? Apa jenis ayat tu?

 

 


 

kawan-kawan, sila sediakan tisu~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,