→Two

Love! Love? Love.

 

 

 

" Yura, bangun " suara Baekhyun yang berbunyi mengantuk kedengaran. Aku mengerang perlahan lalu menutup mukaku dengan bantal yang sebelumnya mengalas kepalaku. Aku masih malas hendak bangun kerana aku biasanya bangun pada waktu tengahari. Aku menyambung tidurku dengan selesanya. Tilam yang empuk itu bagaikan menyokong aku untuk terus tidur.

 

" Bangun la wei. Pergi masak nasik "

 

Masak nasik? Dia kejutkan aku semata-mata untuk suruh aku masak nasik? Amboi, ini dah lebih. Dia ni memang anggap aku macam orang gaji ke? Aku mengabaikan arahannya lalu terus berbaring di atas tilam empuk itu. Nasib baik la bilik dia ni ada katil dengan kipas. Kalau tidak memang aku tak boleh tidur semalam.

 

 

" Kau bangun sekarang atau aku tak bawak kau pergi ambil baju kat rumah kau "

 

 

Dia ni memang la. Habis tu kalau tak pergi ambik baju aku, dia nak aku pakai apa? Baju dia? Lepas tu, biar kawan dia tu cakap aku pakai macam pemintak sedekah? Aku memang berdendam lagi dengan kawan dia tu.

 

 

" Menyusahkan la kau ni. Kau nak suruh aku buat apa bangun pagi-pagi? " Aku menampar katil itu lalu bingkas bangun. Rambutku yang seperti pontianak dalam pantang aku sikat dengan jari-jemariku. Dia memakai t-shirt putih bersama sehelai tuala yang terlilit di pinggangnya. Awalnya dia mandi!

 

" Aku dah cakap pergi masak nasik kan? Pergi cepat " Baekhyun bercekak pinggang. Dah rupa ibu tiri dalam drama je.

 

" Baik tuanku. Perintah dijunjung " sindirku lalu berlalu keluar dari bilik itu. Ketika melepasinya, aku sempat melagakan bahuku dengan bahunya. Aku sengaja mencari pasal. Baekhyun hanya menggelengkan kepala lalu menutup pintu bilik itu.

 

 

Setibanya di dapur, aku mula mencapai periuk nasi yang kosong. Dapur itu kelihatan simple sahaja tetapi bersih dan kemas.

 

" Yura, morning " sapa Kyungsoo yang jelas baru lepas mandi juga kerana dia berbau sabun. Dia berpakaian uniform yang bertulis tulisan cina di belakangnya. Aku hanya tersenyum tawar ke arah Kyungsoo lalu mengisikan dua cawan beras (kerana mereka menggunakan cawan untuk menyukat beras) ke dalam periuk nasi itu.

 

" Kenapa mandi awal sangat? " Aku sengaja ingin berbual. Kyungsoo sedang mengisi beberapa sudu gula ke dalam teko. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 7.30 pagi. Kenapa jejaka-jejaka rumah ni mandi awal?

 

" Aku kerja pukul 8 karang, petang nanti baru balik "

 

" Oh, kerja apa? " Aku mencuci beras itu dengan sambil lewa lalu mengisikan air sepenuh-penuhnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus menghidupkan suis. Selesai kerja aku!

 

" Kejap " kata Kyungsoo lalu membuka periuk yang telah aku tutup itu. Matanya yang besar makin membesar. Aku hanya memerhatikan wajahnya dengan reaksi pelik. Tak pernah tengok nasi yang baru nak masak ke?

 

 

" Yura! " Kyungsoo seperti hendak menjerit. " Kenapa air banyak sangat ni? Yura letak berapa cawan beras? "

 

" Dua je " jawabku dengan dua jari aku naikkan.

 

 

" Dua? Tapi kenapa air penuh macam ni? " Kyungsoo mengeluarkan periuk itu lalu dibawa ke singki. Dia menyinsingkan lengan bajunya lalu mencurahkan air yang ada ke dalam singki. Dia mencuci beras itu sekali lagi lalu mengisikan air ke dalam periuk itu. Apa? Salah ke aku buat tadi? Aku tak pernah masak nasik sebenarnya.

 

 

" Yura! Aku suruh kau masak nasik. Kenapa kau suruh Kyungsoo pulak? " Baekhyun yang lengkap berpakaian muncul di dapur itu. Suka hati je tuduh aku.

 

" Kau jangan berani nak suruh dia masak nasik lagi lepas ni " ugut Kyungsoo dengan muka serious. Aku membuat muka menang ke arah Baekhyun. Ada jugak yang nak pertahankan aku dalam rumah ni. Kyungsoo the best!

 

" Kenapa pulak? " Baekhyun mula membuat muka tidak puas hati. Tak puas hati pulak. Puihh.

 

" Dia tak cuci bersih. Air satu periuk dia isi. Ada ke orang masak nasi macam tu? " Bebel Kyungsoo. Duh! Ingat ke nak support aku tadi. Rupanya dia marah sebab aku tak pandai masak nasik.

 

" Entah kau ni. Masak nasik pun tak tahu ke? " Baekhyun menyambung bebelan Kyungsoo. Dah kenapa dorang ni nak berleter kat aku? Seingat aku, suami aku ada seorang. Sejak bila jadi dua ni?

 

 

Aku menarik nafas lega apabila jam menunjukkan pukul 8. Akhirnya Kyungsoo berangkat ke tempat kerjanya. Rupanya dia adalah seorang mamat delivery di sebuah restoran makanan cina. Patut la uniform dia ada tulisan cina.

 

 

" Padan muka kena marah dengan Kyungsoo " kata Baekhyun kepada aku yang sedang duduk di atas sofa. Aku masih pening dengan bebelan Kyungsoo yang panjang tadi. Seriously, aku tak pernah tahu ada lelaki yang boleh membebel macam tu. Aku hanya mengeluh lalu berbaring di atas sofa. Aku tak tahu nak buat apa sebab awal sangat aku bangun hari ni. Batang hidung Chen aku tak nampak lagi, mungkin dia masih belum bangun.

 

 

" Wei, kandungan kau dah berapa bulan? " Baekhyun menguis kakiku supaya aku memberikan ruang untuk dia duduk. Ish, sini aku duduk sini jugak la dia nak duduk. Aku mula berdebar mendengar soalannya itu. Sumpah aku lupa tentang 'kehamilan' aku! Nak jawab apa ni?

 

Aku tipu pasal mengandung tu sebab nak kahwin dengan Kris je. Macam mana ek nak cakap? Kalau kantoi yang aku tak mengandung, habislah riwayat hidup aku. Mesti mama papa marah kat aku.

 

" Sebulan. Baru sebulan " tipuku.

 

" Petang karang kita pergi la rumah parent kau " suara Baekhyun makin lama makin perlahan. Aku mengangkat kepalaku untuk melihat mukanya. Tidur? Pfftt.

 

Entah bagaimana, aku turut tertidur di situ. Kedua-dua belah kakiku berada di atas riba Baekhyun. Dia pula tidur secara duduk. Sesaat, dua saat, tiga saat..aku dan dia terlena.

 

" Koi mili gaya ! "

 

Alahai, anak india mana pasang lagu hindustan kuat-kuat ni? Tak nampak ke orang tengah tidur ni? Apabila aku membuka mata, kelihatan punggung seseorang sedang bergerak ke kiri dan ke kanan. Apa kejadahnya Chen menari lagu hindustan ni? Buang tabiat ke apa?

 

" Hoi Chen! Bising la " marah Baekhyun. Mata Baekhyun masih sembap kerana mengantuk. Aku bingkas duduk lalu melihat Chen yang berada di dalam dunianya sendiri. Dia masih lagi menari di situ tanpa mempedulikan aku dan Baekhyun. Kalaulah pandangan boleh membunuh..

 

Baekhyun bergerak ke arah Chen lalu menendang punggung lelaki tersebut. Chen yang tidak tahu apa-apa itu tercampak ke arah TV. Dia segera berpusing lalu memandang ke arah Baekhyun. Aduhhhh, main gusti pulak budak-budak ni. Pening kepala aku! Pening!

 

Chen menerkam Baekhyun lalu menggeletek Baekhyun. Baekhyun ketawa kuat sambil cuba menolak Chen daripada menindih tubuhnya. Mereka bergelut di situ dengan iringan lagu hindustan yang mendayu-dayu yang terpasang di TV.

 

" Yura, cepat kira! " Arah Chen yang berjaya membelitkan kaki Baekhyun itu menyebabkan Baekhyun tidak boleh bergerak. Kira? Kira apanya? Aku bergerak ke arah mereka lalu duduk bercangkung di situ. Muka Baekhyun sudah merah padam.

 

" Cepat kira! " Arah Chen sekali lagi.

 

" Satu.. Dua.. Tiga.. "

 

" Ting ting ting! Aku menang! Yay! " Chen melepaskan Baekhyun lalu berdiri dengan muka yang bangga. Oh, dia menang? Ceh. Lembik rupanya Baekhyun ni. Baekhyun termengah-mengah untuk bernafas.

 

 

" Kau main tipu! Pengadil berat sebelah! " Baekhyun tidak dapat menerima kekalahannya. Eh, aku pulak yang kena tuduh berat sebelah. Lantak dorang la. Baik aku pergi mandi.

 

" Baek, aku nak mandi " kataku. Aku hanya datang ke sini sehelai sepinggang jadi dia perlu berikan aku tuala dan pakaian. Chen mula tersengih. Dah kenapa budak ni? Pergi je la layan lagu hindustan kau tu. Tengok tu, Shah Rukh Khan tengah joget dengan Kajol. Chen yang bagaikan mengerti menjerit kegembiraan.

 

" Kojol! I love you!! " Chen mencium skrin TV. Ini dah tahap kemaruk kalau sampai cium TV. Baekhyun ketawa kecil atas perlakuan Chen. Lawak ke? Aku tengok macam bodoh je.

 

" Oit, aku nak mandi " aku menyepak kaki Baekhyun yang sedang terlentang di atas lantai itu secara perlahan. Baekhyun lantas duduk dan mendongak memandang aku yang sedang berdiri.

 

" Habis tu? Nak suruh aku mandikan? "

 

" Euw, please. Aku nak tuala dengan baju "

 

" Pergi la ambik sendiri. Guna tuala aku tadi. Aku sangkut kat tingkap "

 

" Tak ada tuala lain ke? " Aku kena berhati-hati, manalah tahu kot-kot dia ada kurap. Baekhyun mula membuat muka menyampah.

 

" Tak ada. Guna je la. Kenapa? Kau ada kurap ke? " Eh, aku pulak yang kena. Aku masuk ke dalam bilik lalu mencapai tualanya. Nasib baik dah kering. Selepas mengambil pakaian untuk dipakai, aku bergerak ke bilik air.

 

Apa ni? Kenapa pintu ada lubang? Besar pulak tu. Nasib baik lubang kat bahagian bawah. Tapi macam mana kalau ada orang skodeng aku? Ish, tak boleh jadi ni!

 

Aku menolak baldi yang digunakan untuk menakung air supaya menutupi lubang tersebut. Okay done!

 

Aku melonggarkan sanggulku lalu aku goyangkan kepalaku seperti iklan syampu. Rasa macam cantik je. Aku memutarkan kepala paip hujan tetapi tanganku terus terkaku apabila jari jemariku bersentuhan dengan satu fabrik. Apa ni? Seluar dalam?!! Aku menjerit kegelian di dalam bilik air itu. Najis! Najis!!

 

Aku terus mencuci tanganku dengan sabun. Tak guna punya budak-budak dalam rumah ni. Aku benci dorang. Aku benci!!!!!! Aku dengar suara Baekhyun dan Chen ketawa. Apa yang lawak sangat?

 

 

" Mesti Kyungsoo tertinggal seluar dalam dia lagi "

 

 

 

Kyungsoo punya? Euuwwww!!

 

 

 


 

 

" Kenapa Yura lari semalam? Malu muka mama papa bila tetamu tanya " pergh, rasa menyesal pulak datang sini. Cara mama papa tengok aku macam nak telan aku. Baekhyun pulak cuma diam di sebelahku.

 

" Yura..Yura terkejut! Macam mana Baekhyun pulak yang ganti tempat Kris? "

 

" Kris tak dapat balik. Puan Wu gantikan Kris dengan Baekhyun " kata mama. Semudah tu?

 

" So mama setuju? Mama! Yura nak kahwin dengan Kris. Bukan Baekhyun! Yura tak nak! "

 

" Kamu diam Yura! Kamu dah malukan mama papa bila kamu mengandung anak luar nikah tu. Kamu tak ada hak untuk bersuara " marah papa. Aku terdiam. Tapi papa.. Yura tak mengandung.

 

" Tapi papa.. Baekhyun ni anak orang gaji! Tak ada lelaki yang lagi bagus ke? "

 

" Oh, Baekhyun ni anak orang gaji? " Mama menekup mulut seperti tidak percaya. Ya mama, Yura sekarang menantu kepada orang gaji! Tahu apa yang lebih teruk daripada jadi menantu kepada orang gaji? Jadi menantu kepada orang gaji Kris.

 

Aku melihat muka Baekhyun dengan hujung mata. Telinganya mula merah, mukanya tegang. Dia marah ke aku cakap macam tu tadi? Tapi itulah kenyataannya. Dia anak orang gaji!

 

 

" Mama belum tengok rumah dia. Mama tahu tak bilik air rumah dia tak ada pemanas air? " Aduku. Mama bagaikan tidak percaya.

 

 

" Ya Puan. Memang rumah saya tak ada pemanas air pun. Air cond pun tak ada. Kalau nak banding dengan rumah ni, rumah saya macam pondok buruk je " komen Baekhyun seperti mengutuk rumahnya sendiri. Mukanya seperti betul-betul mengutuk. Biar benar?

 

 

" Baekhyun, bukan tu maksud- "

 

" Tak apa Puan, saya faham. "

 

" Yura, kamu langsung tak hormat suami kamu kan? Walaupun dia bukan orang senang, kamu sedar tak dia dah tolong selamatkan nama keluarga kita? Mana Kris yang dah rosakkan kamu tu? Ada dia peduli tentang kamu? "

 

 

Papa ni kenapa back up Baekhyun pulak? Aku ke Baekhyun sebenarnya anak dia? Aku membuat muka masam.

 

" Papa selalu macam tu. Selalu nak marah Yura. Yura tak ada buat salah pun "

 

" Tak buat salah? Mengandung sebelum kahwin tu tak salah? Tinggal suami kat majlis kamu kata tak salah? Papa rasa papa yang salah didik kamu! "

 

" Apa pulak? Mama.. " Aku mula meminta simpati daripada mamaku.

 

" Apa abang ni? Marah anak sampai macam tu sekali "

 

" Kamu diam. Kamu la yang manjakan anak kamu ni sampai jadi macam ni "

 

" Apa pulak saya? "

 

" Habis tu salah saya? "

 

Sedang mama dan papaku bergaduh, Baekhyun hanya membuat muka bodoh sambil bermain dengan telefonnya. Dia perasaan aku sedang memandangnya lalu dia menjeling aku tajam sebelum kembali menumpukan perhatian pada telefonnya. Pergh, mata dia merah gila. Mesti balik nanti dia mengamuk kat aku. Duh! Habislah aku macam ni.

 

" Mama, papa. Jangan la gaduh " aku cuba mendamaikan mama dan papaku. Tua-tua pun nak begaduh. Karang ada yang kena baru tahu.

 

" Kamu diam!! " Jerkah mama dan papa serentak. Tersentak aku dibuatnya. Fine! Aku kibarkan bendera putih di situ (mentally). Aku tak tahu macam mana hidup aku jadi kusut macam ni! Salah aku atau salah siapa?

 

 

 Kris, mana kau?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,