→Four

Love! Love? Love.

 

 

 

Seminggu berlalu sejak Kris menghubungi aku. Sejak hari itu, aku bermesej dengannya hampir tiap hari. Katanya dia akan kembali ke Korea dalam beberapa hari lagi. Tak sabarnya nak tunggu Kris!

 

Hubungan aku dan Baekhyun pula semakin hari semakin normal. Kami jarang bergaduh kerana dia tak nak menganggu emosi aku yang kononnya tengah mengandung. Bagus la kalau dia fikir macam tu. Baru aman hidup aku. Kadang-kadang aku rasa layanan Baekhyun terhadap aku makin lama makin pelik. Lembut semacam. Mesti ada daging disebalik bibimbap ni!

 

" Yura, jom pergi shopping " ajak Baekhyun yang baru balik dari kerja itu. Buang tabiat ke apa tiba-tiba ajak aku pergi shopping ni?

 

" Shopping apanya? Chuseok lambat lagi " malas aku untuk melayan kerenahnya.

 

" Jom la. Aku nak beli barang-barang untuk kau ni " dia masih lagi mahu memaksa aku untuk mengikutnya.

 

" Barang apa? Barang aku dah cukup. Simpan je duit kau tu "

 

" Aku baru dapat gaji la. Jom la. Nanti kalau perut kau makin besar kau nak pakai baju apa? Jom la pergi beli awal-awal " kata Baekhyun. Aku merengus geram. Nak beli baju mengandung untuk aku? Nak buat apa? Bukan aku nak pakai pun baju macam tu.

 

" Yalah. " Aku akhirnya bersetuju kerana malas untuk dipaksa lagi. Lantak la kalau membazir pun. Itu duit dia bukan duit aku. Lagipun dia yang beria sangat nak belikan. Nasib kau la.

 

Dan pada hari itu, Baekhyun bukan sahaja membelikan aku baju mengandung tetapi pelbagai jenis kelengkapan untuk ibu mengandung. Siapa yang nak guna semua ni? Yang dia baik hati sangat ni kenapa?

 


 

Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu aku melihat Baekhyun yang sedang tidur di sebelahku. Dia dah tidur mati ke ni? Aku menghayunkan tanganku di depan mukanya. Tak bergerak. Memang tidur mati la ni. Aku bangun perlahan-lahan lalu menukar pakaianku dan mencapai beg tanganku. Aku keluar daripada bilik itu dengan penuh berhati-hati.

 

Aku sudah berjanji dengan Kris untuk bertemu dengannya pada malam ini. Dia sedang menunggu aku di taman berhampiran dengan rumah Baekhyun. Aku meredah malam yang gelap itu bersendirian. Sejuk! Aku tersenyum apabila kereta milik Kris menyapa pandanganku.

 

Aku memasuki perut kereta dan kelihatan wajah Kris yang kacak seperti selalu. Perasaan aku..

 

" Kris, aku rindu kau! " Tanpa amaran, aku memeluk tubuh sasa miliknya. Aku rindu Kris sangat-sangat. Dia tak tahu betapa terseksanya aku terpaksa tinggal dengan Baekhyun tu. Aku tak suka tinggal dengan lelaki tu. Hari-hari aku berdoa supaya Kris balik dan hari ni doa aku dah termakbul.

 

" Aku pun rindu kau " balas Kris lalu membalas pelukan aku. Aku berharap masa terhenti supaya aku boleh bersama Kris selama-lamanya macam ni. Tuhan je tahu betapa aku sayangkan Kris.

 

" Kenapa kau tak datang masa perkahwinan tu? Sampai hati kau " aku mula sebak. Kris memegang tanganku untuk menenangkan aku. Aku membalas dengan menggenggam erat tangannya yang hangat.

 

" Yura, aku tak tahu apa-apa langsung tentang perkahwinan tu. Ibu tak ada bagitau apa-apa. Aku tahu kau kahwin dengan Baek pun sebab maid aku yang bagitau "

 

Kris tak tahu? Jadi Puan Wu tak beritahu Kris pun?

 

" Kris, bawak aku lari. Aku tak nak tinggal dengan Baek tu. Please. Kita lari? " Saranku. Aku mahu bersama-sama Kris, tak kisahlah kat mana pun asalkan ada Kris.

 

" Tapi Yura, suami kau macam mana? "

 

" Please. Aku tak ada hati pun kat dia dan dia pun tak ada hati kat aku. Kita orang kahwin sebab terpaksa! "

 

" Tapi Yura.. " Kris kelihatan teragak-agak. Aku memberi isyarat supaya dia meneruskan kata-katanya.

 

" K-kau mengandung? "

 

" TAK! Itu aku tipu sebab nak kahwin dengan kau. " Jelasku.

 

" Please la Kris. Kita lari. Kita lari dan bina hidup baru. Kau dengan aku. Please! Aku sayang kau Kris " aku merayu. Desperate? Memang.

 

" Bagi aku masa. Biar aku fikirkan dulu. Aku pun sayang kau " kata Kris lalu mencium pipi aku. Aku tersenyum. Tak lama lagi aku akan bebas daripada Baekhyun. Aku akan bebas dan aku akan bersama orang yang aku cintai. Aku sayang kau Kris!

 

" Aku balik dulu. Esok kita jumpa lagi. Aku takut Baek tahu. Bye, love you " aku memberikan kucupan pantas pada bibirnya lalu keluar daripada kereta. Aku berdiri di tepi jalan itu untuk melihat keretanya pergi. Aku melambai ke arahnya dan kemudian, kereta itu perlahan-lahan menjauhi aku.

 

Ketika aku kembali ke rumah, aku berasa lega kerana Baekhyun masih lagi tidur dengan lena dan tidak menyedari ketiadaan aku di sisinya. Aku kembali menyarungkan pakaian tidurku dan menyambung tidurku. Aku terlena beberapa minit kemudian, aku mimpikan masa depan yang cerah bersama Kris. Dan aku yakin, masa depan aku bersama Kris memang cerah.

 

 


 

siapa nak join aku parangkan SI Yura?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,