→Three

Love! Love? Love.

 

 

 

 

" Seronok kan kutuk aku depan keluarga kau? " Tanya Baekhyun apabila kami sampai di rumahnya. Aku membuat muka bodoh. Aku mana ada kutuk dia. Aku cuma cakap benda betul je. Takkan tu pun nak marah?

 

 

" Hoi pekak. Aku cakap dengan kau ni " Baekhyun mengekori aku yang masuk ke dalam bilik untuk menyimpan beg pakaianku. Suka hati dia je panggil aku pekak.

 

 

" Kau tu yang pekak agaknya. Main jerit-jerit ni kenapa? " Aku menyimpan pakaianku ke dalam almari.

 

 

" Mulut kau memang tak makan saman kan perempuan? Cakap ikut sedap kau je "

 

 

Yang dia ni nak cari gaduh dengan aku ni kenapa? Macam tak ada kerja lain. Aku berlalu ke ruang tamu pula, malas untuk melayan kerenah Baekhyun yang entah apa-apa.

 

 

" Perempuan, bila aku cakap tu boleh tak kau dengar? " Baekhyun menarik lengan aku supaya memandangnya. Apa main tarik-tarik ni?

 

" Lelaki, kau nak apa? Kalau kau nak aku mintak maaf, okay fine. I am sorry " kataku tidak ikhlas lalu merentap tanganku kembali. Puas hati?

 

 

" Korang ni pehal gaduh ni? Baru semalam korang kahwin. Bawak bertenang  " kata Chen yang berpakaian kemas itu. Aku dan Baekhyun hanya mengabaikan kewujudannya di situ kerana aku dan Baekhyun sedang sibuk merenung tajam ke arah masing-masing.

 

 

" Wei korang, relax la. Aku dah nak pergi kerja dah ni. Karang Kyungsoo balik mengamuk dia bila korang buat bising macam ni " kata Chen lalu keluar untuk pergi bekerja. Tinggallah aku berdua dengan Baekhyun di dalam rumah itu.

 

 

" Aku memang tak suka kau sejak mula-mula aku tengok muka kau. Kau dengan seluar power rangers kau sama-sama annoying! " Kataku lalu mengambil bantal kecil di atas sofa lalu aku baling ke arah mukanya.

 

 

" Kau jangan pernah nak libatkan seluar power rangers aku dalam hal ni! " Dia mengambil bantal itu lalu dibaling ke arah TV. Bantal itu terpelanting ke arah pasu dan menyebabkan pasu itu terbalik tetapi tidak pecah.

 

 

" Aku benci kau!! " Jeritku dengan kenyaringan yang mampu mengalahkan ikan lumba-lumba di lautan.

 

 

" Aku lagi benci kau!! "

 

 

" Bising!!!! " Jerit individu ketiga. Oh, Kyungsso dah balik. Kyungsoo terkejut melihat keadaan ruang tamu itu yang agak bersepah.

 

" Baek, aku tahu ni rumah kau and aku cuma menyewa kat sini tapi tak boleh ke kau bertimbang rasa sikit dengan aku yang penat balik kerja ni? Tak boleh ke bila aku tinggal rumah ni dalam keadaan kemas bila balik rumah ni still kemas? Aku penat la hari-hari macam ni " bebel Kyungsoo. Padan muka kena bebel!

 

 

" Kau pun Yura! Kau tu perempuan. Tak boleh ke kau kemas rumah ni sikit? Susah sangat ke? " Alamak, aku pun kena jugak. Dia ni kenapa asyik nak membebel je. Macam orang tua je aku tengok. Baekhyun hanya diam.

 

 

" Baek, Yura, aku nak mandi. Lepas aku siap mandi, aku nak tengok korang dah kemas ruang tamu ni " pesan Kyungsoo lalu bergerak masuk ke dalam biliknya bersama Chen. Dia kemudian keluar membawa sehelai tuala lalu memasuki bilik air.

 

 

" Lain kali seluar dalam tu jangan tinggal " laung Baekhyun lalu mengangkat pasu yang jatuh tadi. Aku mengambil tempat di sofa lalu mencapai alat kawalan jauh. Tak ada cerita best petang-petang macam ni. Kerana tiada rancangan yang menyeronokkan di TV, aku mengeluarkan S5 daripada poket seluar jeansku lalu aku memeriksa akaun instagramku. Aku hampir menjerit apabila Kris baru sahaja mengupload gambar. Aku terus meninggalkan komen.

 

 

Kris, mana kau? Kenapa kau buat aku macam ni? Balik k. Aku tunggu kau.

 

 

Aku rindu Kris. Aku nak jumpa dia. Apa yang dia buat lama-lama kat Canada tu?

 

" Perempuan, pergi tolong Kyungsoo kat dapur " arah Baekhyun. Suka betul mengarah aku.

 

" Kau pergi la tolong. Kenapa suruh aku pulak? " Aku tidak berpuas hati. Tak boleh ke dia pergi buat sendiri?

 

" Yura.. " Alamak, ibu tiri dah panggil.

 

" Ya.. " Aku menyahut lalu bergerak ke dapur untuk membantu Kyungsoo. Aku malas nak dengar dia berleter so baik aku pergi tolong dia. Baekhyun hanya ketawa untuk memperlekehkan aku yang takut dengan Kyungsoo.

 

Kyungsoo ni, nasib baik mata dia besar. Kalau tidak memang aku tak takut dengan dia ni.

 

" Kau pergi basuh beras. Selagi tak bersih, kau basuh je sampai bersih ye. Lepas tu, ambik sayur dalam peti yang baru Chen beli tu, kau potong. Kau lain kali duduk kat rumah cuba la kupas bawang-bawang ni lepas tu kisar. Barulah bawang ni tak buruk. Lagi.. "

 

Ish, diammmm!!!!! Kenapa dia dera aku ni? Dia tak boleh buat sendiri ke? Kenapa suruh aku?

 

 

" Kalau suruh Baekhyun buat sikit tak boleh ke? "

 

" Tak payah. Nanti dia naikkan sewa rumah " kata Kyungsoo. Habis tu? Takkan aku nak buat sorang-sorang? Leceh la Kyungsoo ni!

 

 

Hari demi hari berlalu. Bangun pagi untuk masak nasik dah jadi perkara biasa. Masak nasik je, masak lauk aku tak pandai. Aku pun dah terbiasa dengan rutin harian jejaka-jejaka rumah ni. Kyungsoo akan pergi kerja pagi sampai petang. Bila sampai petang, Chen pulak yang akan keluar pergi kerja lepas tu keesokakan paginya baru dia balik.

 

Baekhyun pulak kerja ikut waktu pejabat sebab dia kerja sebagai kerani kat syarikat milik keluarga Wu. Hari Ahad dia akan bercuti dan membuat taik mata di rumah. Aku?

 

Aku duduk rumah dan menambahkan lemak. Aku tak tahu nak buat apa kat rumah ni selain makan dan tidur bila tak ada orang. Kalau ada orang mesti aku kena buli untuk buat tu dan buat ni. Atau untuk lebih spesifik, Kyungsoo yang selalu membuli aku. Kalau Baekhyun yang suruh, confirm aku takkan ikut punya.

 

Tiga hari yang lepas, Baekhyun dah pasang pemanas air kat dalam bilik mandi. Chen bukan main happy padahal dia bangun mandi waktu tengahari. Bukannya sejuk sangat waktu macam tu.

 

Tiba-tiba, S5 ku berdering nyaring. Aku mencapai telefon yang berada di atas peti sejuk lalu aku baca nama yang tertera pada skrin.

 

 

 

 

Benben <3

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,