→One

Love! Love? Love.

 

Aku mencuba untuk melarikan diri di celahan puluhan orang itu. Aku memegang hujung gaunku yang meleret supaya tidak dipijak oleh orang lain. Baekhyun yang sedang berbual dengan tetamu yang hadir memudahkan rancanganku. Aku semakin lama semakin menghampiri pintu keluar.

 

 

Keluarga Wu betul-betul dah gila! Mereka berjanji untuk mengahwinkan aku dengan Kris tetapi apa yang dah jadi! Aku dikahwinkan dengan anak pembantu rumah mereka! Kesetanan apakah ini?

 

Sepanjang persiapan perkahwinan, aku langsung tidak bertemu dengan Kris kerana katanya Kris ada urusan penting yang terpaksa diuruskan di Canada. Aku sangat-sangat rasa tertipu apabila Baekhyun yang menyarungkan cincin kepadaku, bukan Kris. Aku sangat teruja untuk perkahwinan ini tetapi tengoklah apa yang dah jadi. Aku ditipu!

 

 

Kalau ikutkan hati, aku ingin menolak Baekhyun daripada menyarungkan cincin kepadaku tadi tetapi apabila aku ternampak wajah orang tuaku yang serius, aku membatalkan hasratku itu. Aku tidak mahu angin mereka yang baru hendak reda selepas berita tentang 'kehamilan' menaikkan darah mereka berterusan.

 

And sekarang, aku officially menantu kepada pembantu rumah Kris! Pembantu rumah! Sampai hati mereka buat aku macam ni!

 

Apabila aku berjaya keluar daripada dewan itu, aku terus menanggalkan kasut tinggi yang aku pakai lalu berlari-lari anak untuk mencari teksi. Aku nak lari! Kakiku yang agak sakit apabila bersentuhan dengan jalan tar itu tidak aku hiraukan.

 

15 minit kemudian, aku berada di luar daerah di mana perkahwinan aku berlangsung.Ketika berada di dalam teksi, aku tidak dapat menahan diriku daripada mencarut sambil mengalirkan air mata. Pemandu teksi itu hanya memandang aku melalui cermin yang digunakan untuk memantau kereta yang datang daripada arah belakang. Tiba-tiba, kepala aku terhantuk pada kerusi pemandu apabila teksi itu berhenti secara mengejut berserta bunyi brek yang kuat. Apa ni? Nak bunuh orang ke? Aku mengusap dahiku lalu merungut kepada pemandu teksi tersebut.

 

" Cik, ada kereta berhenti depan kita " ujar pemandu tersebut. Kereta? Aku memanjangkan leherku untuk melihat kereta yang dimaksudkan oleh pemandu tersebut. Kelihatan Baekhyun sedang keluar daripada kereta tersebut. ! Macam mana dia tahu?

 

 

" Yura! Ikut aku! " Kata Baekhyun apabila dia membuka pintu belakang teksi yang aku naiki. Muka Baekhyun kelihatan merah. Aku mula menggelabah.

 

 

" Ikut aku " arah Baekhyun sekali lagi lalu menarik aku supaya keluar daripada teksi tersebut. Aku menjerit perlahan sambil mencuba untuk merentap tanganku kembali. Dia mengheret aku ke arah kereta, kereta milik keluarga Wu.

 

 

" Lepas la! Kau ingat kau siapa? " Aku memukul tangannya tetapi apalah sangat dayaku sebagai seorang perempuan. Baekhyun kembali ke tempat duduk pemandu apabila berjaya memaksa aku duduk di dalam kereta. Aku merengus.

 

 

" Apa yang kau fikir? Kau nak lari mana? " Suara Baekhyun kedengaran dingin. Dia memandu kereta itu dengan berhati-hati.

 

 

" Apa yang keluarga Wu dah rancang hah? Kenapa kau bersubahat dengan dorang? " Aku separa menjerit. Aku masih tidak percaya yang lelaki disebelahku ini adalah suamiku. Aku cuma tahu nama dia je.

 

 

 

" For your information, aku tak bersubahat dengan keluarga Wu. Aku tak tahu apa rancangan dorang dan aku tak ambik tahu. Aku buat ni pun demi ma aku. Ma aku nak tolong keluarga Wu " kata Baekhyun tetapi kata-katanya seperti tidak lengkap, seperti ada sesuatu yang dia belum beritahu.

 

 

" So, kau tolong keluarga Wu dengan jadi pak sanggup? Kau tahu kan aku mengandung anak Kris? " Kata-kataku membuatkan Baekhyun terus berpaling ke arahku. Dia kelihatan bengang.

 

 

" Aku bukan pak sanggup. Kau anggap la aku sebagai manusia berhati perut yang cuba tolong seorang perempuan yang tak bermaruah macam kau " bidas Baekhyun. Mulutku sedikit terbuka kerana terkejut dengan gelaran yang dia berikan padaku.

 

 

" What? Tak bermaruah? Hello, siapa yang tak bermaruah sekarang? Entah berapa keluarga Wu bayar mak kau untuk buat kau setuju dengan idea gila ni-  "

 

 

What? Dia tampar aku? Mataku membulat dan pipiku yang ditampar mula merah. Baekhyun telah memberhentikan kereta di tepi jalan.

 

" Kau jangan nak hina ma aku! "

 

" Kau yang hina aku dulu! " Jeritku kembali. Berani dia tampar aku! Mak bapak aku pun tak pernah cubit aku. Kurang ajar punya jantan. Esok jugak aku failkan saman kat kau!

 

" Kau diam Yura. Aku tak nak dengar suara kau " Baekhyun mengeluh sebelum meneruskan pemanduannya. Aku hanya diam, bimbang juga kalau-kalau dia menamparku sekali lagi. Aku menggosok-gosok pipiku yang masih terasa pijar.

 

 

Setibanya di kediaman Wu, Baekhyun memaksa aku supaya masuk. Aku bermimpi untuk melangkah masuk rumah ini sebagai pengantin Kris, menggunakan tangga yang berpusing-pusing itu dan bermanja dengan Kris di dalam salah satu bilik yang ada di tingkat atas rumah tersebut. Sebaliknya, aku diheret masuk melalui pintu belakang sebagai pengantin anak pembantu rumah Kris dan dilayan dengan kasar. Aku dipaksa untuk memasuki sebuah bilik yang aku yakin merupakan bilik yang dikhaskan untuk pembantu rumah.

 

 

" Bukak baju! " Arah Baekhyun. Bukak baju? Dasar miang! Aku terus menutup bahagian dadaku dengan kedua-dua belah lengan.

 

 

" Kau jangan nak buat apa-apa kat aku! " Marahku.

 

" Kau jangan jadi bodoh " kata Baekhyun. Dia panggil aku bodoh?

 

" Kau yang bodoh sebab nak menggatal dengan aku! " Tuduhku. Gatal! Miang!

 

" For your information, aku tak berselera pun tengok kau. Jangan nak perasan cantik sangat. Bukak baju tu, kau ingat baju tu nenek kau punya ke? Baju sewa je tu, jangan nak buat harta sendiri "

 

Dia bagi aku pakai baju sewa? Seriously, jatuh martabat aku sebagai perempuan yang anggun. Inilah akibatnya dapat suami anak pembantu rumah.

 

 

" Aku mana bawak baju. Kau nak suruh aku bogel ke? " Jangan jawab ya. Jangan jawab ya!

 

 

" Aku peduli apa kau nak bogel sekalipun? " Kata Baekhyun. Dia bergerak ke arah almari pakaian lalu mengeluarkan sehelai baju beserta seluar track. Dia membalingkan pakaian tersebut ke arah aku.

 

" Seriously, kau nak suruh aku pakai baju kau? Besar la! " Rungutku. Gila ke? Kenapa tak bagi aku pakai seluar power rangers je terus?

 

 

" Kalau kau prefer untuk bogel, tu pilihan kau " kata Baekhyun lalu keluar daripada bilik itu. Aku merengus geram sambil menghentakkan kaki. Annoying! Aku akhirnya akur untuk menyalin pakaian. Nasib baik dia bagi aku seluar track, at least ada tali untuk ketatkan bahagian pinggang.

 

Aku melihat pantulan pada cermin yang kabur itu. Cermin pun buruk. Bilik buruk. Buruk! Katil pun tak ada. Aku mencapai tisu lalu mengelap mekap pada mukaku. Celak yang aku pakai sedikit comot.

 

Aku menjerit di dalam hati. Aku nampak macam Aladdin! Seluar bapak gedabak! Aku menyanggulkan rambutku yang panjang lalu menggulung melipat gaun yang aku pakai sebentar tadi.

 

 

" Woi, lama lagi ke? " Jerit Baekhyun dari arah pintu. Aku merengus sekali lagi. Tak boleh nak cakap elok-elok ke?

 

 


 


 

 

Aku menyangka aku akan tinggal di kediaman Wu itu tetapi sangkaanku ternyata salah. Aku sedang mogok lapar ketika Baekhyun sekali lagi memaksa aku untuk menurut katanya. Dia mengarahkan aku untuk mengemaskan pakaiannya. Dia ingat aku ni orang gaji ke?

 

 

" Malas la aku "  bantahku sambil terus meniarap di atas lantai yang beralaskan toto itu. Ada ke patut suruh aku? Pakaian aku pun mak aku yang uruskan. Ingat dia siapa? Anak raja?

 

 

" Aku suruh kemas tu kemas je la "

 

" TAK NAK! " Aku menutup telinga dengan kedua-dua belah tangan. Jangan mengada nak suruh aku.

 

" Pemalas! " Gerutu Baekhyun lalu mengemaskan pakaiannya sendiri. Aku hanya membuat muka tidak peduli. Ada aku kisah?

 

 

" Bangun! " Arahnya lagi. Aku baru je nak terlelap. Sengal betul la mamat ni. Ingat senang ke aku nak terlelap dengan keadaan bilik yang panas macam ni? Ugh.

 

 

" Nak pergi mana? Kau boleh tak jangan kacau aku? "

 

" Bangun la pemalas. Ingat rumah nenek kau ke ni? Aku nak bawa kau balik rumah aku "

 

Yang suka sangat sebut nenek aku tu kenapa?

 

" Rumah kau? No! Aku tak nak! "

 

" Jom! " Aku sekali lagi dipaksa. Kau tunggu la Baekhyun, aku tikam kau masa kau tidur. Aku menyimpan dendam terhadapnya.

 

 

Rumahnya terletak 30 minit daripada kediaman Wu. As expected, rumah biasa. Aku mengeluh. Aku bersimpati dengan nasib aku sekarang.

 

 

Apabila sampai di rumah Baekhyun, kelihatan 2 orang lelaki sedang melepak di depan rumah. Siapa pulak ni?

 

Aku masuk dalam rumah itu dengan muka yang masam mencuka diikuti oleh Baekhyun dan dua lelaki yang belum aku kenali.

 

 

" Baek, ni isteri kau? " Tanya salah seorang daripada lelaki tersebut. Matanya agak besar menyebabkan aku tertanya-tanya sama ada dia mengalami masalah ketidakhadaman.

 

" Hmm.. " Baekhyun meletakkan bagasinya berdekatan dengan dinding lalu berbaring di atas sofa dengan muka yang kepenatan. Aku berdiri tegak di depan mereka seperti sedang menyanyikan lagu kebangsaan.

 

 

" Kenapa dia pakai baju macam pemintak sedekah? " Tanya seorang lagi. Kurang ajar. Dia panggil aku pemintak sedekah? Entah-entah dorang yang pernah datang mintak sedekah depan rumah aku masa kecik-kecik dulu.

 

 

" Jahat la kau ni Chen! " Tegur lelaki bermata besar itu.

 

 

" Apa pulak? Baek, kau tengok Kyungsoo ni tak setuju dengan aku " adu Chen kepada Baekhyun.

 

" Sorry sebab tak dapat datang majlis korang. Kami kerja. Ha, aku baru je siap masak so apa kata kita makan sama-sama? " Tanya Kyungsoo dengan muka yang girang. Pelawaannya mula membuatkan aku berasa lapar.

 

" Kau masak apa? " Baekhyun bersuara.

 

" Mi segera " Kyungsoo tersengih malu. Duh! Mi segera? Aku tak pernah makan mi segera seumur hidup aku. Euw, seriously.

 

" Cara kau ajak macam kau masak something grand " perli Chen. Kyungsoo mencebik.

 

 

" Itu je yang ada kat dapur. Kau yang sepatutnya beli barang dapur bulan ni " Kyungsoo mula bertengkar dengan Chen tentang barang dapur. Ish, serabut! Kusut!

 

" DIAM! Kyungsoo, kau pergi ambik makanan tu datang sini. Chen, kau pergi ambik meja " bagaikan perintah dari seorang yang berkuasa, mereka terus menurut arahan Baekhyun.

 

 

Mereka akhirnya duduk bersila di ruang tamu itu, termasuk aku. Aku hanya memandang ke arah seperiuk mi segera yang masih berasap itu. Nak suruh aku makan ni? Eei. Cara dorang berkongsi makanan tu membuatkan aku geli. Terima kasih, aku tak perlukan enzim orang lain dalam sistem pencernaan aku.

 

" Yura tak nak makan? " Tanya Kyungsoo. Baekhyun dan Chen turut berhenti makan lalu memandang aku. Kenapa dorang makan macam mi segera ni sedap sangat? Pelik aku.

 

" Makan la " Kyungsoo menyendukkan mi segera itu ke dalam mangkukku menggunakan senduk yang dijilat oleh Chen sebentar tadi. Ergh, kembang tekak aku. Aku langsung tidak menyentuh makanan itu.

 

 

" Biarkan dia. Kalau dia tak makan dia yang lapar " kata Baekhyun lalu menyambung makan. Suami tak guna! Aku menjeling tajam ke arah Baekhyun.

 

" Betul ni? Kalau macam tu ni aku punya! " Kata Chen girang lalu menyambar mangkuk di depanku. Kebuluran ke dorang ni? Aku menyumpah di dalam hati.

 

 

Mama, papa.. Yura nak balik!!

 

 

 


 

excuse me, korang ingat kris hero? ngehee~ XD 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,