→Prologue

Love! Love? Love.

 

 

 

 

Aku nekad. Aku takkan biarkan Kris memperlakukan aku seperti perempuan lain. Aku takkan biarkan dia tinggalkan aku. Walau macam manapun, dia takkan boleh tinggalkan aku. Kami bercinta sejak di bangku sekolah rendah lagi jadi jika dia fikir dia boleh tinggalkan aku dengan semudah itu, dia kena fikir sekali lagi.

 

 

" Ada orang tak? " Aku mengetuk pintu rumah itu dengan penuh semangat waja. Aku berada di depan rumah Kris. Mana orang ni? 

 

 

" Ada orang tak? " Laungku dengan lebih kuat. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku hancurkan pintu rumah itu. Dah pekak ke semua orang dalam rumah ni?

 

 

"Nak apa? " Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang lelaki dengan rambut yang..err..rambut ke sarang tebuan tu? Pandanganku jatuh pada mukanya yang masih mengantuk dan t-shirt kosong yang terlekap pada tubuhnya, mempamerkan dadanya yang bidang. Seluar power rangers! Ceh.

 

" Kris ada? "  Tanyaku. Aku cuba mengintai ke dalam rumah itu tetapi insan di depanku hanya membuka pintu itu sedikit sahaja.  

 

" Entah, masuklah dulu " pelawanya. Siapa lelaki ni sebenarnya? Tanpa membazirkan masa, aku terus memasuki rumah itu. Dasar playboy kaya! Rumah besar gila! Tangga berpusing-pusing. Super rich!

 

" Tutup la mulut. Nanti lalat buat setinggan pulak dalam mulut tu " sindir lelaki itu. Aku membuat muka menyampah

 

" Siapa tu Baekhyun? " Muncul pula seorang wanita berumur dan dari cara pemakaiannya, dia nampak seperti seorang pembantu rumah. Aku hanya menundukkan kepala tanda hormat tanpa membongkokkan badan.

 

" Entah la ma. Kawan Kris rasanya " Baekhyun menguap sambil mengeliat di situ. Anak pembantu rumah rupanya mamat ni. Cara dia menguap bukan setakat lalat boleh buat setinggan, anak biawak pun boleh buat kondo dalam mulut dia tu. Bukan setakat kondo, KLCC pun muat ni.

 

 

" Tapi Kris tak ada. Dia balik Canada " kata wanita itu. What? Kris balik Canada?! Bila? Berani dia larikan diri daripada aku! Aku takkan lepaskan kau Kris! Tak akan!

 

 

" Saya nak jumpa Puan Wu " amboi, beraninya aku. Aku terpaksa buat macam ni. Aku sayangkan Kris. Aku tak nak dia tinggalkan aku. Tak nak~~

 

 

" Puan Wu? " Tanya Baekhyun, matanya yang masih bertepek tahi mata membulat.

 

" Kenapa dengan saya? " Oh man, cepat betul Puan Wu ni keluar. Aku menelan liur yang terasa kesat di kerongkong. Pergh, muka mak macam muka anak. Muka mafia. Takut aku dibuatnya.

 

" Cik ni nak jumpa puan " kata ibu Baekhyun.

 

" Boleh. Silakan duduk " Puan Wu mempelawa aku untuk duduk. Aku patuh. Tangan aku bermain dengan hujung baju. Menggeletar wei!

 

 

Beberapa minit berlalu, aku masih mendiamkan diri di ruang tamu itu bersama Puan Wu. Baekhyun telah lama pergi entah ke mana. Ibu Baekhyun datang membawa minuman kepada kami.

 

" Cik cakap nak jumpa saya? Cakap la " gesa Puan Wu. Aku sekali lagi menelan liur. Kenapa aku rasa tak berani pulak ni padahal aku dah berlatih daripada malam semalam.

 

" Saya..err.. " Aku menggigit bibirku lalu menarik nafas dalam-dalam. You can do it! Fighting!

 

" Saya nak Kris bertanggungjawab! "

 

" Maksud cik? "

 

" Saya mengandung! " Kata-kata aku seratus peratus mengandungi unsur ketidakbenaran dan hanya rekaan semata-mata. Kris tidak pernah menyentuh aku dan aku sama sekali tidak mengandungkan anak siapa-siapa. Tolong salahkan media massa kerana selalu memaparkan drama-drama sebegini.

 

" Mengandung? Anak Kris? " Puan Wu kelihatan tidak percaya. Aku terus membuat bunyi mual. Bunyi mual aku tu macam bunyi orang kena radang paru-paru. Overacting!

 

Puan Wu diam untuk beberapa ketika.

 

" Tinggalkan alamat rumah Cik. Esok saya akan datang untuk berbincang dengan keluarga Cik "

 

Yes! Rasa macam nak berjoget! Aku tak sangka rancangan aku akan berjalan lancar macam ni. Yesss!!!!! Kris aku punya! Aku yang punya!!!

 

 

Duh! Keluarga aku mana tahu aku 'mengandung'! Mampus...

 

 

 

 


 

 

Pendek je dulu untuk prologue ye. tbvh, aku tak terfikir pun nak wujudkan watak baek dalam ff ni tapi aku tak boleh. Baek kekuatan aku untuk menulis (heol~) so enjoy it or leave XD watak baek dalam ff ni sepatutnya watak Luhan. Sorry~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
baca blog beta yg latest

Comments

You must be logged in to comment
m_nanakim
#1
Chapter 6: aduhai yura.... bersyukurlah kau dah ada suami.... kasihan betul baek.... haisshh.... tak tahu bersyukur betul pompuan tu.... tak pandai masak nasi pula tu.... harap baek dapat bersabar je lah....
misz_dina #2
Chapter 5: Saya nk join parangkan yura.dia kejam.kesian baek.update soon yew~
Syakirahmoon #3
Chapter 7: Update pleaseeeee!!!!! Faster!!! In mood now! TT^TT
xkesah #4
Chapter 7: Update soon....yura kau kejam
....
Kesian baekhyun...
HyeMi22 #5
Chapter 6: Yahh Yura!! Kau nak mati ngan aku kerr? Sanggup kau kecewakan baek aku..T_T authornim bagi lah yg happy ending and... update soon!!
SehunZziYeol12
#6
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
SehunZziYeol12
#7
Chapter 6: terruklah yura ni...! TT_TT
tisu dh sdiakn 10 kotak.....
fighting!!!~
mis_hun #8
Chapter 7: what ?!! dia tinggalkan baek macam gitu je ??! kak jom serang si yura beramai-ramai ! ciann baekkkk uwaaa buang duit baek je belikan pompuan tu bju mengandung :(
thelucidream
#9
Chapter 6: Y-yura... D-dia dah tinggalkan Baek ke??

Alah, ni lah yg mula nk buat hingus ni. T^T

Tpi, baek kte dia x de perasaan kat Yura kan?

Aaaaa~ tpi still kesian kat Baek. Sbb Yura mcm gunakan dia je. ><"
syikinazhar99 #10
Chapter 6: andwae! kesian kat baek~ tapi kalau baek takda perasaan kat yura.. takpa,