Tear

Smoothie VS Bubble Tea (Sequel My Cold Sweet Love)

Hanri masih kaku dan terlopong melihat V atau nama penuhnya Kim Taehyun,salah seorang ahli kumpulan Bangtan Boys dan juga bias dia.Ya,V sedang berdiri dihadapannya sambil memberikan senyuman senget yang penuh beharga.

 

“V..kan?BTS?”.soal Hanri.

 

V anggukkan kepala. “awak..minat saya ke?”.soal V.

 

Hanri anggukkan kepala sambil tersenyum.Air mata sudah pun kering.Hatinya macam nak meloncat gembira aja.

 

“oh..terima kasih..ermm..saya kena cepat ni..bye..saya pergi dulu..harap kita dapat jumpa lagi”. V tundukkan badannya dan berlalu pergi.Hanri masih tersengih dengan menggenggam tangannya penuh gembira.

 

“alamak..V kut tadi..eh…aku mimpi ke ni?”.Hanri menggaru kepalanya.Ah,kesedihan didalam hati dia sudah tidak dipeduli.Sekarang dia gembira sangat.

 


 

 

 

“You Jung..maafkan aku”.Suhan mengetap bibir.

 

“hah?kenapa pula ni?”.soal You Jung sambil menyedut smoothie dan menyiapkan nota bersama Suhan didalam kelas bersama-sama.

 

Suhan mengusutkan rambutnya dibahagian belakang.

 

“apa dia Suhan?”.You Jung mengerutkan dahi melihat wajah Suhan yang kelihatan risau dan berserabut.

 

“hubungan kita…tidak boleh jadi seperti yang aku harapkan ketika dulu”.

 

You jung berhenti menyedut Smoothie dan kaku.Dia kini menumpukan perhatian sepenuhnya pada Suhan.

 

“why?hati kau berubah ke?bukan kau janji untuk menunggu aku ke?”.soal You Jung.Suhan kini diulit rasa bersalah yang amat tinggi.

 

“maafkan aku You Jung”.Suhan memejamkan matanya.Dia tahu You Jung akan terluka,namun dia tidak sanggup membiarkan Hanri kerana hatinya sudah dicuri oleh gadis tersebut.

 

You Jung menundukkan wajahnya dan menggigit bibirnya geram.Dia tahu,Suhan suka pada Hanri.Dia tahu semua itu dengan cara Suhan memandang Hanri.Semua itu membuat You Jung sakit hati.

 

Flashback

 

Satu tumbukkan terkena pada pipi kiri Suhan oleh Kai.Kai mengetap gigi sambil memandang wajah Suhan geram.

 

“apa masalah kau sebenarnya hah Suhan?”.soal Kai.

 

Suhan mengerutkan dahi.

 

“apa kau ni?kau tak puas hati apa hah?”.soal Suhan.Entah kenapa Kai naik angin macam ini sekarang.

 

“kau memang betul-betul tak nampak keatau buat-buat tak nampak?”.Soal Kai sambil tersenyum sindir.Suhan masih keliru.Apa yang dinampakkannya ini?.

 

“apa maksud kau ni?aku tak fahamlah”.Suhan menggeleng kepala.

 

“Hanri..aku bercakap tentang Hanri..kau tahukan dia suka kau..kau pun suka dia..jadi apa hal kau ni sekarang?kenapa kau masih boleh berkepit dengan You Jung?siapa yang kau suka sebenarnya?”.soal Kai dengan geram.Dia iri dengan Suhan yang Berjaya mencuri hati Hanri.

 

Suhan menundukkan kepalanya.

 

“baik kau jujur dengan diri kau sekarang..sebelum terlambat..sebab kau..sebab dia..aku terluka..aku..mangsa”.Kai terus berjalan pergi meninggalkan Suhan sendiri.

 

Suhan memejam matanya.Adakah dia kejam pada Hanri?Dia mengeluarkan rantai dari poket seluarnya.Kini dia yakin bahawa rantai ini adalah milik Hanri.Ini bermakna Hanri melawat dia ketika dia koma dahulu.

 

 

End Of Flashback

 

“maafkan saya You Jung”.Suhan terus berlari pergi.Dia kena cari Hanri sekarang.

 

“Suhan!Suhan!”.You Jung mengetap geram melihat Suhan yang tidak mempedulikan dirinya.

 

Suhan terus berlari menuju kearah kawasan kediaman milik keluarga Xi.Termengah-mengah Suhan dibuatnya.

 

Hanri yang sedang menguap berjalan menuju kearah tingkap.Macam nak hujan aja.Hanri melihat keluar tingkap.Dia mengerutkan dahi memandang kearah Suhan yang berdiri dihadapan pintu pagar kediamannya.Dia mengamati apa yang Suhan sedang lakukan.

 

Matanya terbeliak memandang Suhan sedang menatap rantai.Terus Hanri menyentuh lehernya.Itu rantai miliknya.

 

“baiklah…aku akan beritahu dia”.Suhan anggukkan kepala.Suhan menggigit bibir dan mahu menekan loceng rumah namun dia membatalkan niatnya itu apabila telefon bimbitnya berdering.

 

“hello”.

 

“Hello Suhan!You Jung terlibat dalam kemalanganlah!”.

 

“hah??”.Suhan mengerutkan dahi.

 

“dekat mana?”.

 

“hadapan sekolah..aku nampak masa balik dari aktiviti kelab tadi”.Jelas Chanyeol.Terus Suhan menyimpan telefonnya didalam poket dan berlari pulang semula kesekolah.Mesti You Jung cuba kejar dia tadi.Ah,kalau macam tu,Suhan bersalah dalam hal ini.

 

Hanri mengerutkan dahi dan menepuk tingkap biliknya apabila melihat Suhan berlari pergi.Kemana dia pergi?.Kenapa dia pergi?Dan kenapa dia datang ke sini.Hanri mengeluh kasar dan tiba-tiba hujan menitis laju diatas bumi.Hanya bunyi hujan menemani kesunyian Hanri.

 

 

 


 

 

 

Suhan sampai dihospital dengan basah kuyup.Dia mencari bayang Chanyeol dan akhirnya bertemu juga.Chanyeol yang memandang Suhan terus meluru kearah kawannya itu.

 

“apa jadi?camna dengan You Jung?”.soal Suhan dengan mengerutkan dahi.

 

“dia dalam bilik pembedahan sekarang”.Jelas Chanyeol.

 

Suhan meraup wajahnya kasar. “Ini semua salah aku..Yeol..salah aku”.Suhan tertunduk kesal.Chanyeol hanya mampu menepuk belakang Suhan bagi menenangkan kawannya itu.

 

“kau dah call parents dia?”.

 

“err..aku call oppa dia”.

 

Suhan anggukkan kepala.Dia duduk diatas kerusi sambil meraup rambutnya.

 

“kenapa kau cakap semua ini salah kau?”.soal Chanyeol dengan kening terangkat.Menunggu jawapan Suhan.

 

“aku..beritahu dia..aku tak dapat bersama dia..sebab aku suka Hanri..lepastu..aku terus pergi…mesti dia cuba kejar”.Suhan menggeleng kepala kesal.

 

“ini bukan salah kau..semua itu takdir”.

 

Beberapa minit kemudian seorang lelaki lebih kurang awal 20-an muncul dengan wajah yang kusut.Dia meluru kearah Suhan dan Chanyeol.

 

“kamu Suhan?”.soal Lelaki tersebut.

 

“ye..saya”.Suhan menggigit bibir dengan memandang lelaki tersebut dengan perasaan bersalah.Lelaki tersebut masih menitiskan air mata.Suhan tidak tahu apa yang patut dibuatnya sekarang ini.

 

 

“hyung..maafkan saya”.Ujar Suhan sambil menundukkan kepalanya.Lelaki tersebut menaikkan kening.

 

“hah?”.

 

“kalau bukan saya..semua ini takkan jadi”.

 

Lelaki tersebut tertunduk kesal.Suhan hanya mampu memandang lelaki tersebut dengan perasaan yang amat bersalah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 19: Fuh,ingatkan suhan die betul2.jaht lah dia tu..tp takper,akhirnya hepi ending..so sweet
kyunnie96
#2
Chapter 18: Mula2 ingatkan betul.. kenapaa T,T suhan mati.. then terpikir ni mesti tipu.. haha! Agak dah xD Daebak !
leehyesoo
#3
Chapter 18: hampir2 nk nangis sbd ingat suhan dah mati! huaaaaaaaaaaa
jahat la author ni..btw, gud job!!:D
anonymous_77 #4
Chapter 18: kakaka mati mati ingat suhan mati pfft! XD btw best giler cite ni!!!HAPPY ENDING~~