END

Smoothie VS Bubble Tea (Sequel My Cold Sweet Love)

Hanri berjalan menuju ke bilik You Jung didalam hospital dengan sebakul buah yang dibalut cantik pada tangannya.Tiba-tiba matanya terpandang Kai yang sedang termenung dan berlari kearah Hanri.

 

“Hai”.

 

“Hai”.

 

“Y..You Jung okay?”.Soal Hanri sambil menggigit bibir.

 

Kai menggeleng kepala. “Dia kemalangan…dan..sebenarnya…dia mengidap penyakit buah pinggang tahap kronik dan perlukan penderma”.Terang Kai.

 

“Serius?”.

 

Kai anggukkan kepala.

 

“Dan…dah dijumpai penderma itu…”.

 

“Siapa?”.Soal Hanri.

 

“Suhan”.

 

Hanri kaku.Suhan?Suhan akan menderma buah pinggangnya kepada You Jung?Begitu bermaknanya You Jung kepada Suhan.Hanri menggeleng kepala.Dia tidak boleh berfikir begitu buat masa sekarang.

 

“Bila diorang buat pembedahan?”.

 

“Baru aja..”.

 

Hanri mengangguk kepala lalu melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan.Dia terasa kaku dan lemah.Selamatkah Suhan dalam pembedahan itu??Hanri sendiri tidak tahu.Beberapa minit kemudian Tuan dan Puan Oh bergesa-gesa datang.

 

“Kai…Suhan dekat dalam bilik pembedahan ke sekarang?”.Soal Encik Oh dengan mengerutkan dahi.Kai mengangguk lemah.Puan Oh pula menuju kearah Hanri yang tidak bergerak kaku.

 

“Kita sama-sama doakan pembedahan itu berjaya..yep?”.

 

Hanri anggukkan kepala dan jatuh kedalam dakapan Puan Oh dengan mata terpejam.

 

 

 


 

 

 

Dua jam sudah berlalu.Hanri masih setia menunggu untuk ketahui keadaan Suhan sekarang.Beberapa saat kemudian seorang doktor lelaki pun keluar dengan membuang mask pada mukanya.

 

“Macam mana doktor?”.Soal Encik Oh.

 

“Pesakit bernama You Jung selamat tapi…

 

Hanri meneguk air liur.Kenapa harus tapi??.

 

“Pendermanya…Oh Suhan…..telah pergi”.

 

Hampir jatuh dan gugur jantung Hanri ketika mendengarnya.Adakah dia salah dengar.Dia memandang Puan Oh disebelah yang hanya menundukkan wajah.

 

“Doktor….boleh kami jumpa…anak kami?”.Soal Encik Oh dengan air mata yang bertakung.

 

Doktor tersebut menganggukkan kepala.

 

Encik dan Puan Oh masuk kedalam sambil menitiskan air mata kesedihan meratapi pemergian Suhan.Hanri menahan air matanya tumpah dengan lebih banyak.Dia tidak sempat meluahkan perasaannya terhadap Suhan.Kenapa Suhan pergi begitu sahaja?.

 

“Hanri..sabar”.Kai menepuk-nepuk bahu Hanri namun lengan Kai ditepis.Kai tidak mampu berbuat apa-apa.Dia hanya perlu memberikan Hanri sedikit masa untuk menenangkan dirinya.

 

“Awak masih ada saya Hanri”.Ujar Kai perlahan.

 

Hanri langsung tidak menghiraukan Kai.Ralit melayan perasaannya yang terluka dan sedih itu.Beberapa minit kemudian Encik dan Puan Oh keluar dengan langkah yang lemah menuju kearah Hanri.

 

“Suhan cakap..ini mungkin yang Hanri punya”.Encik Oh menghulurkan rantai kepada Hanri.Tangisan Hanri makin kuat.Dia mencapai rantai tersebut dan menggenggamnya kuat.

 

“Uncle..auntie..boleh tak Hanri..tengok Suhan..untuk kali..yang terakhir?”.soal Hanri sambil mengesat pipinya.Puan Oh anggukkan kepala.

 

 

 


 

 

 

 

Hanri melangkah berhati-hati.Dari jauh dia dapat lihat sekujur badan diatas tilam yang badannya ditutupi dengan kain putih.Hanri tak kuat.Dia macam nak pitam.Dia menangis tersedu-sedu.Akhirnya dia berdiri disebelah katil tersebut.Perlahan-lahan dia membuka kain putih tersebut.

 

Apabila kain putih tersebut dibuka.Hanri kaku.Kaku menatap wajah pucat Suhan.Matanya terpejam.Tangisan Hanri makin kuat.Dia tidak sanggup menjalani hari-hari lain jika Suhan tiada lagi di dunia ini.

 

“Suhan….Suhan..bangunlah…saya perlukan awak dalam hidup saya…”.Hanri memeluk erat badan Suhan yang pucat itu.Walau sekuat mana dia goncangkan badan Suhan,dia tahu Suhan takkan lagi bangun.

 

“Sampai hati awak tinggalkan saya macam ni…”.

 

Titisan air mata Hanri menitis pada pipi Suhan.Hanri masih melayani perasaan sedihnya itu.Dia mahu menatap wajah yang akan dirinduinya itu buat selama-lamanya.Betapa dia menyesal tidak dapat meluahkan perasaannya yang dipendam itu terlalu lama.

 

“Saya suka awak..sejak kita kecil lagi…”.Hanri menahan tangisannya yang semakin kuat.

 

Beberapa saat kemudian seorang nurse datang dan memegang bahu Hanri. “Cik..kami kena..hantar mayat ini ke bilik mayat”.

 

Hanri mengangguk lemah.Dia terus berjalan keluar sambil berpaling kearah Suhan yang wajahnya ditutupi kain semula.Bermula hari ini.Dia tidak dapat melihat lagi senyuman insan bernama Oh Suhan itu.

 

 


 

 

 

Hanri melabuhkan punggung diatas bangku didalam hospital yang berdekatan dengan taman.Air matanya masih laju menitis.Memikirkan mengenai kepergian Suhan.Dia mengeluh kasar dan melihat keatas langit yang mendung.Mungkin sekejap lagi akan hujan.Hanri menangis semakin kuat.Dia tidak peduli akan mata yang memandangnya.

 

Beberapa minit kemudian telinga dipakaikan headphone.

 

Klik untuk mendengar

 

Only you….only you…tonight…oooo…

 

Dia kaku.Dia tidak dapat bersuara lagi.

 

“Jadi awak ni..suka saya sejak kecil??”.

 

Pantas Hanri berpaling kebelakang.Dia melihat wajah Suhan yang tersenyum manis dengan pakaian serba putih.Dia semakin menangis.Adakah ini roh Suhan?

 

“shhh..janganlah nangis”.Suhan memeluk leher Hanri lembut.

 

“Saya belum mati lagilah”.

 

Krekkkkkk.

 

Tiba-tiba bunyi radio rosak kedengaran.Apa?maknanya semua itu tipu?.

 

“What??tipu?”.Hanri menjongketkan keningnya.Suhan buat tanda peace.

 

“jahat!huhhh”.Hanri mencubit lengan Suhan,pantas jejaka itu mengaduh kesakitan.

 

“Adeh…kalau buat macam ni..mati betul-betul saya karang”.Suhan ketawa terkekek-kekek.

 

“Apalah!lepas ni jangan tinggalkan saya tau!”.

 

“Okay”.Suhan mengucup dahi Hanri dan tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kelopak bunga mawar bertebangan jatuh ketanah.Hanri melihat keatas.Puan dan Encik Oh,Kai,Chanyeol,You Jung dan Encik dan Puan Xi  melemparkan kelopak bunga mawar.Hanri ketawa sambil tersengih.

 

“Sudikah awak jadi milik saya selamanya?”.Soal Suhan dengan duduk seperti kesatria sambil mengeluarkan sebiji kotak kayu bewarna putih dengan cincin bertahtakan berlian yang berkilau kecil.

 

Hanri anggukkan kepala.Secara officialnya mereka dah bertunang.Manusia-manusia yang melempar bunga kelopak tersebut menepuk tangan sambil bersorak gembira.

 

“Tahniah!”.

 

“Tahniah oii!”.

 

“Congrats!”.

 

Hanri ketawa kecil.Dia memandang kearah Suhan.Dia akan abadikan memori ini hingga ke penghujung nafasnya.Sampai bila-bila dia akan simpan kenangan manis ini.Betapa dia bersyukur dapat mengenali Suhan.

 

 

 


 

 

 

 

 

 3 Tahun Kemudian…

 

 

“Tahniah pengantin baru…”.Laung Kai sambil tersenyum bahagia.Chanyeol pula tersengih disebelah Kai.

 

“Thanks bro”.Suhan tersenyum manis.Suhan memandang kearah Hanri tepat kedalam matanya.

 

“Jomlah”.

 

Tidak pernah dibuat orang,dan tidak pernah didengar lagi,pengantin baru nak balik ke rumah dengan skateboar,kalau kereta atau motorsikal keapa biasalah.

 

“Awak berdiri dekat depan”.Ujar Suhan.Pantas dia memeluk erat pinggang Hanri.Nasib baiklah skateboard ini dah direka khas untuk merek berdua.Kalau tak mesti dah jatuh tergolek.

 

“Eh!jap!lupa lempar bunga”.Suhan ketawa melihat Hanri yang terkejut beruk dengan bunga ditangannya.

 

“Sambut ya”.Pantas Hanri melempar bunga tersebut.Semua para hadirin perempuan berebut bunga tersebut namun bunga itu masuk kedalam dakapan Kai.

 

“eh!!aku ke akan kahwin lepas ni??”.Kai mengerutkan dahi.Semua ketawa kecil.

 

“Let’s go”.Ujar Suhan.

 

“Jom”.

 

Mereka berdua pun pergi dengan skateboardnya itu.Menuju ke rumah agam milik mereka berdua yang akan diserikan dengan memori bahagia dan manis yang dicipta oleh mereka berdua.Bersama.Selamanya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 19: Fuh,ingatkan suhan die betul2.jaht lah dia tu..tp takper,akhirnya hepi ending..so sweet
kyunnie96
#2
Chapter 18: Mula2 ingatkan betul.. kenapaa T,T suhan mati.. then terpikir ni mesti tipu.. haha! Agak dah xD Daebak !
leehyesoo
#3
Chapter 18: hampir2 nk nangis sbd ingat suhan dah mati! huaaaaaaaaaaa
jahat la author ni..btw, gud job!!:D
anonymous_77 #4
Chapter 18: kakaka mati mati ingat suhan mati pfft! XD btw best giler cite ni!!!HAPPY ENDING~~