Am I Dead?

Smoothie VS Bubble Tea (Sequel My Cold Sweet Love)

“Yah!Hanri”.Suhan menepuk-nepuk pipi Hanri yang sudah hanyut sambil tersengih-sengih.Seram pula Suhan memandangnya memandangkan Hanri bukan orang yang suka sengih macam tu.

 

“eish..mabuk ke minah ni?”.

 

“hush..hush..baby..”.Hanri mengelus pipi Suhan.Terbeliaklah dua biji mata Suhan dibuatnya.

 

“parah penyakit budak ni”.Suhan masih kaku dengan Hanri didalam dakapannya.

 

“ipsu..ipsu..50cm..hehe”.

 

“yah..bukan 50cm lah..ni dah macam beberapa inchi lagi”.Suhan mengeluh kasar.Memang sah mabuk minah ni.

 

“jap…bwek..bwek!”.Akhirnya Hanri termuntah dihadapan Suhan.Ternganga Suhan.Pergh.busuk.

 

“nah..air”.Suhan menghulurkan air mineral kepada Hanri.

 

Pantas air tersebut dituang ketapak tangannya lalu dibasuh dan berkumur.Dia menenyeh matanya.Dia masih terhuyung-hayang.Pening.

 

Suhan pun menpiggybackkan Hanri. “peluk leher aku kuat-kuat tau”.

 

Hanri pun anggukkan kepala dan tersengih.

 

“adeh!ni cekik namanya bongok!”.

 

Pok!Hanri menghempuk kepala Suhan.Sakitnya,dahlah kena dukung Hanri macam belakang dia ni teksi,kalau bayar tak apa gak,ni free.Siap kena hempuk pula.

 

“macam mana kau boleh tak balik lagi ni?sekarang kan pukul 11.30 malam..dengan mabuknya”.Suhan menggeleng kepala.Hanri langsung tak respon apa.Sakit hati Suhan dibuatnya kena ignore macam ni.Ingat Suhan ini boneka ke?yang tiada hati dan perasaan?.Sedih tau.Sob.

 

“Suhan..”.

 

“yep”.Suhan menjawab malas.

 

“kenapa kau wangi sangat?sejak kecil lagi?”.soal Hanri.Suhan tersenyum kecil.

 

“mana aku tahu”.

 

“kau sentiasa wangi..dari kecil lagi..kau pun sopan dan manis..sejak dari kecil”.

 

Suhan tersenyum sendiri mendengar apa yang Hanri katakan.Dia tengah dipuji ke?.

 

“tapi..apa yang aku fikirkan..bila aku jumpa kau masa besar….lain sangat Suhan..”.Hanri kedengaran kecewa aja.Suhan mengangkat kening.Apa yang Hanri fikirkan tu?.

 

“weh..kau dah tidur ke?”.soal Suhan.Hanri tidak respon apa-apa.Suhan mengeluh kecil.Boleh dia tidur macam tu aja.

 

 


 

 

 

“omg!what happen to my baby girl?”.soal Puan Xi dengan muka cemas dan bercampur gaul.

 

“err..entah..masa Suhan jumpa dia tadi..ada gangster mana entah kacau dia..tapi masa tu dia mabuk”.Jujur Suhan.

 

Puan Xi sudah menyising lengan bajunya dengan muka aura pembunuh.Encik Xi disebelah sudah naik radar tanda amaran bahawa bininya akan mengamuk.

 

“siaplah gangster-gangster tu..kau kacau baby aku ek”.

 

“yeobu..sudah-sudahlah tu..Hanri kan dah selamat ni…Suhan..terima kasih tau sebab tolong Hanri”.

 

Suhan anggukkan kepala dan tersengih.

 

“takpelah..uncle..auntie..balik dulu ek”.

 

“hati-hati Suhan”.

 

Suhan pun berjalan pergi sambil menggaru kepalanya.Tiba-tiba wajah dia merah padam.

 

“jap..err…tadi..aku kasi Hanri piggyback..”.Suhan terkebil-kebil.Nasib tak berdarah hidung dibuatnya.

 

Dia berjalan sambil menggaru-garu kepala.Dahlah jalan sunyi sepi aja.Gelap pula tu.Eish,takutnya.Tiba-tiba Suhan rasakan bahunya terkena sesuatu.Dilempar oleh sesuatu objek.Pantas Suhan berpaling kebelakang.

 

Lelaki yang dekat kedai awal tadi dengan konco-konconya datang semula sambil tersenyum jahat.Suhan meneguk air liur.Dead!.

 

“oi budak..anak kawan ketua polis Seoul ya?”.Dia ketawa dan meludah.Suhan meneguk air liur.LARI!!.

 

Dengan pantas Suhan berlari selaju mungkin.Dikejar oleh 7 orang dan bertambah lagi 5,ah jadi 12 orang.Tidak!.Kini Suhan menuju ke laluan lorong-lorong kedai.Semua orang ditepi-tepi kedai memandang Suhan yang dikejar dengan hairan.

 

“tidak!someone!help me!”.Suhan cuba meminta pertolongan tapi tiada sesiapa yang mengendahnya.yalah,bunuh diri namanya terlibat dengan gangster.Pantas Suhan menyorok disebalik tong sampah dan meraba-raba phone didalam poketnya.Kai!!Kai satu-satunya kawan yang terror dalam bergaduh ni.Namun tak sempat nak menekan dail.Suhan ditarik kasar oleh seorang lelaki.Mukanya ditumbuk.

 

Suhan jatuh tersungkur.Dia hanya dapat mendengar ketawa-ketawa jahat mengelilingi ruang.Siapakah yang akan menolongnya ketika ini?.Dagu Suhan diangkat oleh lelaki berbadan tinggi dan ditampar berkali-kali pipinya.

 

“jom!kita habiskan dia!”.Suhan dipukul oleh mereka sekaligus.Kesakitan yang tidak dapat Suhan gambarkan sekarang ini.Dia terasa sangat sakit dan tidak mampu untuk bangkit mahupun bersuara.Akhirnya dia pengsan dalam kegelapan malam dan dikelilingi gangster yang memukulnya tanpa henti.

 

“eh…dah mati kot”.Ujar lelaki berparut dimata sambil mengesat peluh didahinya.

 

“jom blah..sebelum sesiapa nampak”.Mereka pun pergi meninggalkan Suhan yang sudah tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah.

 

“ma..pa…”.Mata Suhan terpejam rapat.Air matanya mengalir.Sekejap bayangan mama dan papanya datang,Hanri,dan 2 sahabat baiknya.Kai dan Chanyeol.Akhirnya dia langsung tidak sedarkan diri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 19: Fuh,ingatkan suhan die betul2.jaht lah dia tu..tp takper,akhirnya hepi ending..so sweet
kyunnie96
#2
Chapter 18: Mula2 ingatkan betul.. kenapaa T,T suhan mati.. then terpikir ni mesti tipu.. haha! Agak dah xD Daebak !
leehyesoo
#3
Chapter 18: hampir2 nk nangis sbd ingat suhan dah mati! huaaaaaaaaaaa
jahat la author ni..btw, gud job!!:D
anonymous_77 #4
Chapter 18: kakaka mati mati ingat suhan mati pfft! XD btw best giler cite ni!!!HAPPY ENDING~~