Drunk?

Smoothie VS Bubble Tea (Sequel My Cold Sweet Love)

“yah..new girl~jom lepak dengan kitaorang”.Sojin tersenyum sambil keningnya dinaik-naikkan.

 

“sorry..aku tak nak”.Hanri berjalan menuju rumah memandangkan dia dah habis kelas.Hari pun dah lewat.

 

“jomlah geng~kau ni..asyik sibuk aja”.Minah mengerlip-ngerlipkan mata.

 

Hanri menggaru lehernya.

 

“okaylah”.Ujar Hanri sambil tersenyum nipis.Dia pun kena cari kawan.Takkan nak termenung seorang aja.

 

Sojin memandang Minah dan memberikan isyarat sesuatu.Mereka pun ke gerai ditepi jalan bersama-sama.

 

“anyway..aku dengar Kai suka kau..”.Yura memeluk leher Hanri dan mengejutkannya sedikit.

 

“Kai?”.Hanri menaikkan kening.Malas dia nak layan semua tu.

 

“Kai kan kingka sekolah..handsome..hot..kaya..kenapa tak terima aja dia?”.soal Minah pula sambil menjilat lollipop.

 

“hmmm…tak payahlah cakap pasal ni ek”.Hanri tersengih nipis.

 

“unnie..gila sombong dia ni”.Yura berbisik ditelinga Sojin.Cepat Sojin berdehem kecil.

 

“kita dah sampai”.Sojin tersenyum dan menarik tangan Hanri.

 

“ahjusshi!bagi satu botol soju ek!”.

 

Ahjusshi tersebut pun tergedek-gedek berjalan dengan botol soju dan beberapa gelas cawan.Terbeliak mata Hanri dibuatnya.

 

“eh..kita bawah umur kan..kan”.Hanri meneguk air liur.

 

“alah..shh..dekat sini..line clear..takde siapa kisah”.Minah ketawa nakal lalu menuangkan sedikit soju kedalam cawan dan menghulurkannya kepada Hanri.

 

“minumlah..sikit aja”.Pujuk Sojin.Hanri serba salah.

 

“takpelah..dia pengecut..tak berani…”.Yura cuba memancing Hanri.Membuat gadis tersebut mengetap gigi dan berasa geram.Ya,pantang dicabar.

 

Hanri pun mengambil cawan kecil tersebut dari tangan Minah dan mendeguknya dengan muka berkerut.

 

“wow!Hanri is daebak”.Sojin menepuk-nepuk tangan.

 

Hanri menyepetkan matanya.Pening kepala dibuatnya.

 

“lorh..minum segelas dah camni?”.

 

“takpe..lagi senang”.Yura ketawa kecil.

 

Mereka bertiga makan sepuas-puasnya dan order soju berbotol-botol dan langsung tak hiraukan Hanri yang sudah terhempas wajahnya diatas meja.

 

 

 


 

 

 

“agashi..agashi..bangun”.ujar tuan punya kedai tersebut.

 

“waeeee”.Hanri menenyeh matanya.Sakit kepalanya.

 

“agashi..siapa nak bayar semua ni?”.

 

Hanri melihat kearah hadapan.Terkebil-kebil dia melihat penuh pinggan dan cawan.

 

“be..berapa semuanya?”.soal Hanri dengan memegang kepala.

 

“RM103.90”.

 

“hurk!!”.Hanri meneguk air liur.

 

Dia meraba-raba handbegnya.Alamak!tak ada sebarang duit!dahlah dompet tertinggal.

 

“ahjusshi..saya takde duit”.

 

Dengan marah ahjusshi tersebut menghentak meja marah.

 

“mwoya!!makan tak nak bayar!!!”.Hanri meneguk air liur.Dahlah sakit kepala pening huyung hayang macam ni.

 

“sorry sangat!..esok saya bayar ek”.

 

“takpe ahjusshi..biar saya bayarkan”.Ujar seorang lelaki berumur lebih kurang akhir 20-an.Hanri memandang kearahnya dengan kening terangkat.Nasib baik ada yang berhati mulia.hagagaga.

 

“ohh..bagus-bagus”.Ahjusshi tersebut tersengih.

 

Hanri menggalas begnya dan berjalan keluar dari khemah kedai tersebut.Dia memegang kepalanya.Sakit.Nak berjalan pun dah tak larat.Nak merapu aja rasanya.Hanri setia menekup mulutnya.Mahu dia pergi sumpah orang,dan orang tu salah faham,tak ke naya?.

 

Tiba-tiba tangan Hanri digenggam. “Suhan..apa kau buat ni?”.Hanri mencebik bibir.Dia berpaling kebelakang.Erk!bukan Suhan.Lelaki yang tolong bayarkan tadilah!.

 

“hai si manis..mana nak pergi malam-malam ni?”.Dia melihat Hanri atas bawah.Euww lebih teruk dari Kai!.Hanri lebih rela Kai yang ada dihadapannya sekarang.At least Kai masih sopan dan santun seperti dalam rukun Negara Malaysia!.

 

“balik rumahlah!”.Hanri cuba meloloskan tangannya.Namun tak berhasil.Eh,nilah masa nak keluarkan teknik bertaekwando bagai dari ajaran ommanya Chorong.

 

Dengan pantas Hanri menendang dada lelaki tersebut.Jatuh ketanah dia dibuatnya.Lelaki tersebut terbatuk sedikit dan memandang Hanri dengan geram dan mengetap gigi.Beberapa minit kemudian beberapa konconya datang.

 

“aku dah bayar mahal-mahal..kau kenalah ‘tembus’ balik”.Lelaki tersebut menjilat bibirnya.Euuww gross.

 

“esok aku bayarlah ahjusshi..saya nak balik..sakit kepala ni!you know…lagu Exo eurerong~eurerong~”.

 

Lelaki tersebut menaikkan kening.Kenapa Exo terlibat sekali ni?.

 

“takpe..bayar sekarang..tapi bukan dekat sinilah..dekat hotel!hahahha”.lelaki tersebut ketawa.Hanri rasa lelaki dihadapannya sudah biadab melebihi batas.Pantas dia menyepak lelaki tersebut bertubi-tubi dengan package merapu.

 

“tak guna!tangkap dia!”.Ujar lelaki tersebut.

 

 

 


 

 

 

Suhan memakai hood jaketnya.Bahaya ni,karang sasaeng fan sekolah dia duk snap-snap disebalik semak-samun.Pergh,dahsyat betul.Suhan menggosok-gosok tangannya.Sejuk.Dia tersenyum sendiri membayangkan wajah Hanri.Entah kenapa sejak dua menjak ni,fikirannya kalau tak ada kerja hanya bayangkan Hanri.Hanri tu bagaikan sejenis dadah yang sah disisi undang-undang.

 

Suhan mengangkat wajahnya apabila mendengar kecoh dihadapan.Matanya disepetkan.Macam kenal aja perempuan yang sedang nak menggelepar tu. “Hanri!”.Terbeliak mata Suhan.Pantas dia meluru kearah kedai tersebut dan menghentikan langkahnya apabila memandang 7 orang lelaki sedang memandangnya.

 

“Suhan?”.Hanri menaikkan keningnya.Suhan terkebil-kebil.Dia tak reti nak berlawan.Tapi,apa nak jadi,jadilah asalkan dia dapat selamatkan puteri didalam hatinya yang dalam bahaya tu seperti putera raja walaupun hakikatnya macam badut.

 

“lepaskan dia..khojo!”.

 

7 Orang lelaki tadi ketawa terbahak-bahak.Yalah,muka jambu gila kut.Ala-ala ulzzang gitu nak belasah gangster.Logik ke?.Tak.

 

“alah!sepak terajang!buat aja asalkan ada keyakinan diri!”.Suhan berbisik didalam hati.Pantas dia menyepak tepat muka lelaki dihadapannya.Jatuh tergolek lelaki tersebut.Semua pakat serang dia ramai-ramai.Entah dari mana dia dapat kekuatan nak memukul semua lelaki tersebut.

 

Tapi kini Suhan tak begitu kuat setelah beberapa kali ditumbuk dan diterajang.Dia mengambil telefon bimbitnya. “wait!kawan kepada orang tua aku ketua polis Seoul..kalau aku cakap ada gangster yang belasah anak kawan dia..camne?”.soal Suhan,cuba memberi ugutan.

 

Lelaki yang ala-ala ketua tersebut mendeguk air liur. “jom blah”.

 

Suhan menghembus nafas lega apabila mereka sudah berlalu pergi.Eceh,tak macam drama sangat.Senang aja diorang pergi.Tapi baguslah.Macam mana kalau mati Suhan dibelasah dekat sini?.

 

Suhan mengesat darah dibawah bibir dan mencari Hanri.Hanri?ek?mana kau Hanri?Hanri dah hilang?dibawa dengan konco-konco tadi tu ke?Eish,tak mungkin.

 

“Hanri..oi..Hanri”.Suhan cuba memanggil Hanri beberapa kali.Senyap aja.Kemudian dia dengar bunyi orang muntah.

 

“Hanri!”.Suhan berlari anak kearah Hanri yang muntah dekat longkang yang besar.

 

“adehh”.Hanri memegang kepalanya.

 

“ehh hati-hati..masuk longkang kan”.

 

“oh darling.. Oh darling neomji marayo Du ipsul sai georin ajikkkajin 50cm Dalkomhan mallo ppeonhan mallo Chakhan nareul yuhokharyeo hajin marajuseyo”.

 

Terbeliak mata Suhan.Boleh pula Hanri nyanyi lagu IU 50cm.Erghh.Menggoda nafsu betul.Suhan meneguk air liur dan mengalihkan pandangannya kearah lain.

 

“oih..dah..sudah muntah ke?”.soal Suhan.

 

Hanri tersengih kemudian dia jatuh kedalam dakapan Suhan.Terbeliak matanya.

 

“Hanri…yah..Hanri”.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 19: Fuh,ingatkan suhan die betul2.jaht lah dia tu..tp takper,akhirnya hepi ending..so sweet
kyunnie96
#2
Chapter 18: Mula2 ingatkan betul.. kenapaa T,T suhan mati.. then terpikir ni mesti tipu.. haha! Agak dah xD Daebak !
leehyesoo
#3
Chapter 18: hampir2 nk nangis sbd ingat suhan dah mati! huaaaaaaaaaaa
jahat la author ni..btw, gud job!!:D
anonymous_77 #4
Chapter 18: kakaka mati mati ingat suhan mati pfft! XD btw best giler cite ni!!!HAPPY ENDING~~