9
This Is LoveEpilog
Aku merenung tasik yang terbentang di hadapan dan diliputi dengan kabus tebal. Sudah sebulan aku ‘hidup semula’ tanpa Dae Hyun. Terasa sangat asing dan lain. Seperti bukan aku yang hidup kini tetapi orang lain.
Selama sebulan ini aku cuba untuk terima hakikat yang Dae Hyun sudah tiada. Dia dah mati. Tetapi setiap kali aku cuba mengingatkan diri aku tentang hakikat itu hatiku pasti meronta menafikannya. Hari ini aku tak mampu nak meneruskan kehidupan ini lagi. Semuanya dah berubah dan tak sama seperti dahulu. Tak ada gunanya kalau aku hidup lagi.
Aku menghampiri tasik yang tenang itu. Telingaku seolah-olah terdengar suara Dae Hyun yang memanggil namaku dari tengah tasik itu. Aku terus berjalan sehingga aku betul-betul di tebing, tanganku ditarik oleh seseorang.
“Yoon Mi, apa yang awak nak buat ni?” marah Yong Guk.
Aku menarik tanganku dari pegangannya.
“Dae Hyun... dia kat sana. Dia panggil tadi,” ujarku seperti orang hilang akal sambil jari telunjukku lurus menghala ke tasik.
Young Jae menghampiriku.
“Dae Hyun dah tak ada. Dia dah lama meninggal.”
Aku menjadi marah mendegar kata-kata Young Jae itu.
“Mana ada! Dae Hyun belum meninggal! Dia masih hidup!” bentakku.
Aku kembali berjalan ke tepi tasik. Sekali lagi Yong Guk menarik tanganku dan...
Pang! Satu tamparan singgah tepat di pipi. Aku tergamam. Yang lain semuanya terdiam. Yong Guk memandangku dengan pandangan yang menyinga.
“Sedarlah Kim Yoon Mi! Dae Hyun dah tak ada! Dia dah lama pergi dan tak akan pernah balik lagi!” tengking Yong Guk.
Sepi. Aku tergamam. Lantas air mata mengalir. Yong Guk meraih ke dua-dua pergelangan tanganku.
“Jangan buat kerja gila macam ni lagi. Sia-sia Dae Hyun berkorban dan dermakan jantung dia jika kesudahannya begini. Dae Hyun buat semua ni bukan untuk lihat Yoon Mi dalam keadaan macam ni. Dia nak tengok Yoon Mi gembira dan ceria.” Suara Yong Guk mula merendah.
Kata-kata Yong Guk itu sedikit sebanyak meresap ke dalam hati dan menyedarkan aku.
“Tolonglah jangan buat macam ni lagi. Kesiankan mama. Cukuplah dia kehilangan Dae Hyun mesti mama tak sanggup nak kehilangan Yoon Mi pula, anak kandung dia sendiri.” Sambung Yong Guk lagi.
Aku sudah teresak-esak di bahu Yong Guk. Mianhei, Dae Hyun.
SEPULUH TAHUN KEMUDIAN...
Aku berjaya mencapai cita-citaku, iaitu menjadi seorang penulis. Setiap hasil karya yang aku tulis semuanya berkisar tentang kehidupan yang aku lalui dan juga tentang Dae Hyun. Sepuluh tahun masa yang berlalu langsung tidak mengubah apa-apa kerana perasaan ini masih lagi untuk Dae Hyun walaupun dia dah lama tiada.
Bagi aku tiada seorang lelaki pun yang boleh menggantikan tempat Dae Hyun dalam hatiku. Dae Hyun ialah lelaki yang pertama dan terakhir yang akan bertakhta dalam hati ini. Tak akan ada yang lain dan tak akan pernah ada yang lain. Aku lebih bahagia hidup bersendirian seumur hidup daripada mencintai lelaki lain. Aku tak mahu mengkhianati kasih sayang Dae Hyun.
B.A.P pula sudah berjaya dengan kerjaya sebagai artis berkumpulan yang sangat popular. Sejak dari dulu lagi mereka sangat mencintai muzik. Bila mereka dapat peluang untuk debut sebagai artis tanpa bertangguh mereka terus setuju. Tambahan pula mereka ingin menunaikan impian Dae Hyun juga.
Mereka berenam sama-sama meminati muzik dan bercita-cita untuk menjadi artis di bawah nama B.A.P tapi sayang Dae Hyun tak sempat menyertai mereka. Setiap album yang mereka keluarkan, akan ada satu lagu yang mereka tujukan khas untuk Dae Hyun. Malah baru-baru ini, Yong Guk terjumpa beberapa lirik lagu dan beberapa buah lagu yang dicipta oleh Dae Hyun sendiri. Mereka sudah sepakat untuk memasukkan lagu dalam album baru mereka nanti. Sebagai tanda kenangan mereka terhadap Dae Hyun, seorang sahabat baik yang tiada galang gantinya.
Aku melangkah masuk ke dalam bilik Dae Hyun. Sudah sepuluh tahun, bilik itu masih belum berubah. Masih sama seperti dahulu. Aku tak pernah ubah kedudukannya atau menggantikan bilik itu dengan perabot baru. Bagaimana keadaan bilik itu semasa Dae Hyun masih hidup, begitulah keadaannya sekarang. Aku sering meluangkan sedikit masa untuk mengemas bilik itu daripada berhabuk. Sering juga aku tidur di dalam bilik itu. Setiap kali aku buat begitu terasa diri ini begitu dekat dengan Dae Hyun.
Ahli B.A.P juga sering bermalam di rumah ini. Jika mereka ada masa lapang, mereka akan datang makan di sini bersama-sama aku dan mama dan meluangkan masa beberapa malam tidur di rumah ini. Mereka juga sama seperti aku. Terlalu rindukan Dae Hyun. Hanya rumah ini dan barang-barang di dalamnya yang mampu mengubat kerinduan kami kepadanya.
Aku duduk di birai katil sambil mengusap cadar katil berwarna ungu lembut itu. Cadar inilah cadar kegemaran Dae Hyun. Aku baring secara mengiring menghadap meja belajar Dae Hyun. Dia atas meja itu tersusun beberapa gambar aku bersama-sama Dae Hyun berpakaian seragam sekolah sepuluh tahun lalu.
Andai saja masa dapat diputarkan, aku ingin balik ke sepuluh tahun lalu dan beritahu dia sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku luahkan sepuluh tahun dahulu dan membuat aku kesal hingga kini.
“Saranghanda. Jung Dae Hyun.”
~ Tamat ~
Comments