7
This Is LoveChapter 7 – Hospital
Baru sebulan B.A.P berpindah ke sekolah, mereka sudah menjadi pelajar lelaki yang sangat popular dan diminati oleh seluruh pelajar perempuan di sekolah. Sementara Dae Hyun situasinya di sekolah itu juga sudah berubah 180°.
Jikalau dulu dia sering dipulaukan, dikutuk kerana bersikap sombong dan tidak mesra alam kini sebaliknya berlaku. Apabila mereka dapat tahu Dae Hyun sebahagian daripada B.A.P pandangan mereka terhadap terus berubah. Dari dipulaukan terus dipuja dan dari dikutuk terus dipuji. Hipokrit betul mereka ni!
Malahan perangai Dae Hyun sudah berubah 100% dia sudah jadi Dae Hyun yang dulu. Banyak cakap, kuat makan, peramah, dan ceria. Tiada lagi Dae Hyun yang beku, dan sombong. Keadaan sekarang benar-benar berubah.
Ahli B.A.P telah berpindah masuk ke rumah Dae Hyun dua minggu lalu. Tambahan pula dalam rumah itu ada dua lagi bilik yang kosong. Yong Guk dan Him Chan duduk di bilik bawah. Jong Up dan Zelo di bilik atas yang paling hujung manakala Young Jae ke bilik Dae Hyun. Setiap kali selepas pulang dari sekolah aku sering ke rumah mereka. Bermain permainan video, belajar bersama-sama. Malahan aku dan mama juga sekarang makan malam di rumah mereka dan mereka sarapan dan makan tengah hari di rumah aku.
Bukan itu sahaja. Hubungan ahli-ahli B.A.P yang lain dengan mama semakin rapat. Sejak mereka dengar Dae Hyun panggil mama aku dengan panggilan ‘mama’, mereka mula membiasakan diri memanggil ‘mama’. Terasa seperti sebuah keluarga pula. Mama tak kisah dengan panggilan malah dia rasa gembira apabila dipanggil mama. Ramai betul anak mama sekarang ni ya?
Setiap hari kami akan pergi ke sekolah dan balik ke sekolah bersama-sama. Kami bertujuh. Walaupun aku terpaksa menempuh jelingan maut pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Aku tak kisah. Kadang-kala terasa bangga apabila menjadi satu-satunya pelajar yang rapat dengan B.A.P di sekolah.
Mujurlah mereka semua tak tahu yang aku dan B.A.P berjiran. Aku tak boleh bayangkan bagaimana reaksi mereka kalau mereka tahu aku berjiran B.A.P dan meluangkan masa bersama-sama macam sebuah keluarga? Mesti kecoh.
Waktu pendidikan jasmani merupakan waktu yang sangat membosankan bagi aku. Walaupun aku menukar pakaian daripada uniform sekolah kepada pakaian sukan, aku tetap tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti.
Cikgu pendidikan jasmani kami, Cikgu Han sudah sedia maklum dengan penyakitku. Jadi setiap kali waktu pendidikan jasmani dia akan suruh aku duduk di dalam kelas sahaja atau membantu membuat kerja-kerja ringan di bilik guru.
Hari ini Cikgu Han ada mesyuarat di bilik guru dan aku pula kebosanan berada di dalam kelas seorang diri. Jadi aku ambil keputusan untuk turun ke gelanggang bola jaring untuk melihat rakan-rakan sekelasku bermain bola jaring.
Aku duduk di tempat penonton sambil memerhati mereka dengan rasa cemburu. Alangkah bagusnya kalau aku dapat jadi seperti mereka. Bebas bergerak dan buat apa saja tanpa batasan.
“Kim Yoon Mi!” aku mendongak memandang hadapan.
Min Ji berdiri di hadapanku sambil bercekak pinggang. Aku memandangnya tanpa berkelip. Apalah yang dia nak agaknya?
“Kau buat apa kat sini? Kenapa tak join yang lain? Mentang-mentanglah cikgu tak ada selamba kau aje duduk kat sini. Pergi berlari keliling gelanggang ni sepuluh kali. Sekarang!” arah Min Ji. Matanya membulat seolah-olah nak telan aku hidup-hidup.
Aku ingin memberitahu tentang penyakitku ini tetapi suaraku seperti tersekat-sekat. Min Ji dan rakan-rakan sekelasku yang lain tak pernah tahu tentang penyakitku ini. Hanya pihak sekolah yang tahu tentang hal ini dan mama telah meminata guru kelasku untuk rahsiakan hal ini daripada mereka.
“Yang kau duduk tercegat kat sini lagi kenapa? Cepatlah bangun buat apa yang aku suruh.” Bentak Min Ji.
Aku tak mampu melawan. Dengan terpaksa aku menurut katanya dan berlari mengelilingi gelanggang bola jaring itu. Aku berlari perlahan yang mungkin untuk mengelakkan diri daripada terlalu penat.
“Laju lagi!” teriak Min Ji dari jauh.
Aku mengeluh seketika sebelum menambah kelajuan seperti yang disuruh oleh Min Ji. Baru dua pusingan aku berlari, jantungku mula berdegup laju dan titik-titik peluh mula merecik di dahi. Aku mula terasa sukar bernafas lantas aku berhenti berlari.
“Kim Yoon Mi jangan berhenti berlari!” jerit Min Ji lagi.
Dalam kesakitan yang teramat sangat, aku berlari kemudian berhenti betul-betul di hadapan Min Ji.
“Kenapa berhenti? Tak sampai 10 pusingan lagilah.”
“Aku... dah tak larat..” ujarku tercungap-cungap. Degupan jantung semakin menyakitkan aku. Aku terasa lemas dan sangat sukar bernafas.
“Apa yang kau buat ni Min Ji?”
Aku tahu suara yang itu. Dae Hyun menghampiriku.
“Yoon Mi, kau okey tak?” soal Dae Hyun.
Semua orang sudah mengerumuni aku, Min Ji, dan Dae Hyun. Keadaan yang sesak itu makin menyukarkan aku untuk menarik nafas.
“Kenapa kau suruh dia berlari 10 pusingan? Dia bukannya boleh buat benda-benda macam tu.”
Dae Hyun memarahi Min Ji dan selepas itu aku tak dengar apa-apa lagi dan pandanganku mulai gelap.
“Noona.” Suara Zelo kedengaran jelas di halwa telingaku.
Pandanganku yang tadinya kabur mula kelihatan semakin jelas dan terang. Aku mengamati pandangan di sekeliing. Semua orang ada di situ termasuk mama.
“Mama, Yoon Mi kat mana?” soalku kebingungan.
“Yoon Mi ada kat hospital,” balas mama lembut. Dia mengusap rambutku.
“Hospital? Macam mana boleh ada kat sini?” soalku lagi. Aku tak ingat apa yang berlaku.
“Mama balik dulu. Nanti mama datang lagi bawakkan makanan untuk Yoon Mi.” Mama berdiri lalu mencium dahiku sebelum beredar meninggalkan wad.
“Macam mana aku ada kat sini?” soalku kepada Dae Hyun.
“Kau pengsan waktu sukan tadi,” beritahu lelaki itu ringkas.
“Ya! Kim Yoon Mi! Kenapa tak beritahu kita orang yang kau sakit.” Him Chan mencelah.
“Bukannya serius pun. Sakit biasa aje.”
“Yoon Mi-ah. Sakit jantung berlubang tu sakit biasa aje? Micheosseo?” potong Him Chan.
“Sampai hati kau tak beritahu kita orang benda penting macam ni. kita orang ni bukan kawan kau ke?” ujar Young Jae pula.
Aku sudah serba salah. Tak sangka yang mereka akan berkecil hati gara-gara perkara ini.
“Sudahlah tu. Kesianlah kat Yoon Mi. Dia baru aje sedar kau orang dah cakap macam ni. Kalau dia sakit lagi macam mana? Kau orang bukannya nak bagi sokongan tahu marah aje.”
Aku tersentuh bila Dae Hyun bersungguh-sungguh membela aku.
“Mianhei. Yoon Mi,” ucap Him Chan.
“Kwenchana.”
“Rehatlah dulu.” Yong Guk menarik selimut menutupi sebahagian tubuhku.
“Kau orang duduk sini. Jaga dia,” arah Dae Hyun.
“Hyung nak pergi mana?” Jong Up menyoal.
Semua mata tertumpu ke arah Dae Hyun. Dia meramas-ramas rambutnya.
“Ada hal sikit. Aku pergi dulu.”
Aku tak pasti hal apa yang dimaksudkan oleh Dae Hyun. Ke mana dia nak pergi waktu petang begini? Kebelakangan ini dia kelihatan agak aneh dari segi tingkah lakunya. Dia sering bercakap dalam telefon dengan seseorang. Tapi aku tak tahu siapa dan dari gaya dia sahaja aku tahu dia sedang bercakap tentang perkara yang penting.
Malah sejak dua menjak ini Dae Hyun sering pulang lewat ke rumah. Setiap kali selepas pulang dari sekolah, dia pasti akan singgah ke tempat lain tanpa pengetahuan aku dan B.A.P. Bila kami bertanya dia lebih senang mendiamkan diri. Dae Hyun seolah-olah merahsiakan sesuatu daripada kami.
Comments