3
This Is LoveChapter 3 – Mr. Saviour
Apabila jam sudah mengingjak pukul 8.00 malam barulah aku pulang ke rumah. Sepanjang petang aku menghabiskan masa belajar di rumah salah seorang rakan sekelasku. Aku melewati jalan yang suram dan sunyi. Walaupun malam masih muda, perasaan takut masih bersisa dalam diriku. Tetapi aku cuba memberanikan diri di samping mempercepat langkah kakiku supaya cepat sampai ke tempat yang lebih terang dan ramai orang.
Di jalan yang sunyi itu aku dapat menangkap bunyi derapan kaki seseorang bermakna ada orang lain di situ selain daripada aku. Aku menoleh ke belakang namun tiada sesiapa di belakangku. Adakah aku tersalah dengar? Tetapi aku yakin dengan bunyi yang aku dengar tadi.
Aku berdiri di situ untuk beberapa detik lagi dan masih tiada sesiapa. Aku meneruskan perjalanan seperti biasa. Kemudian bunyi itu kembali menyusup ke telingaku bunyi itu semakin lama semakin kuat seolah-olah individu itu berada betul-betul di belakangku. Sekali lagi aku menoleh ke belakang tetapi hasilnya tetap sama.
Aku semakin diburu rasa takut. Aku berjalan secara mengundur sehinggalah beberapa tapak tubuhku terlanggar seseorang.
“Jung Min?” Aku terkejut melihatnya di situ pada waktu begitu.
Jung Min memandangkan aku tanpa berkelip dan renungannya itu menggerunkan aku. aku mengundur beberapa langkah apabila dia mula bergerak menghampiriku.
“A...pa..apa awak buat kat sini?” tergagap-gagap aku mengajukan pertanyaan.
Tiada jawapan daripada lelaki itu. Aku ingin pergi dari situ namun tangannya pantas menggenggam erat pergelangan tangan kiriku.
“Apa awak buat ni? Lepaslah.” Aku meronta cuba melepaskan diri.
Jung Min masih lagi tidak bersuara sebaliknya dia menarikku ke sebuah lorong yang sempit dan hanya diterangi lampu jalan yang sangat malap, menanti masa untuk terpadam. Betapa sakitnya belakang badanku apabila dia menolakku ke dinding. Aku mula panik. Sekali lagi aku cuba melepaskan diri tetapi dia pantas menghalang dengan mencengkam kedua-dua bahuku.
“Jung Min, apa yang awak nak buat ni? Lepaslah!” teriakku. Air mata ketakutan mula membasahi pipi.
“Tolong! Tolong!” aku menjerit sekuat hati.
Jung Min ketawa. “Jeritlah. Bukannya ada orang dengar pun. Kita berdua aje kat sini.”
“Tolong! Tolong!” teriakku lagi namun Jung Min pantas menutup mulutku.
“Kali ini aku tak akan lepaskan kau.”
Aku memejam mata sebelum menyepak lutut lelaki itu sekuat hati. Jung Min melepaskan cengkamannya dan kesempatan itu aku gunakan untuk melarikan diri.
“Yoon Mi!” teriak lelaki itu lalu berlari ke arahku. Aku tak mampu berlari jauh. Jung Min memeluk pinggangku sebelum menolakku ke dinding dengan kasar hingga aku terduduk di atas tanah.
Kali ini aku tak mampu ke mana-mana lagi. Jung Min berdiri di hadapanku dengan pandangan yang menakutkan. Dia semakin lama semakin dekat manakala aku sudah menutup muka dengan kedua-dua tapak tangan. Manakala jantungku sudah berdenyut-denyut.
Dalam keadaan yang genting itu aku terdengar bunyi pukulan kuat. Apabila aku memberanikan diri mengalihkan telapak tangan dari menutup wajah. Saat itu aku melihat Jung Min sudah terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri.
Aku mendongak. Wajah orang yang bertindak sebagai ‘Mr. Savior’ itu masih belum dapat aku lihat.
“Ya, Kim Yoon Mi. Neon kwenchana?” orang yang telah meyelamatkan aku bersuara. Lelaki.
Suaranya seperti aku biasa dengar sebelum ini. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Lelaki itu melutut di hadapan aku. Sekarang barulah aku dapat lihat wajah lelaki itu. Jung Dae Hyun?
“Kau okey tak ni?” soal Dae Hyun.
Aku mengangguk kerana tidak mampu bersuara. Dia membantu aku berdiri. Kami berdua diam masing-masing tak bersuara.
“Tadi...”
Belum sempat Dae Hyun menghabiskan ayatnya jantungku mula berdegup laju. Aku terasa sangat sukar untuk bernafas.
“Yoon Mi, neo wae keurae.” Dae Hyun memegang bahuku.
Aku mengerang kesakitan. Tanpa menunggu lama, Dae Hyun terus mengendongku keluar dari lorong yang sempat dan gelap itu. Selepas itu, aku tidak ingat apa-apa lagi.
“Mama...” aku memanggil mama. Mataku liar memerhati sekeliling. Aku dalam bilik? macam mana aku boleh ada kat sini?
“Yoon Mi.” Mama melangkah masuk ke dalam diikuti oleh Dae Hyun di belakang.
Mama memeluk aku dengan erat untuk beberapa saat lalu dia meleraikan pelukan. Setelah itu dia mencium dahiku sebelum mengusap lembut rambutku.
“Yoon Mi tak apa-apa ke? Risau betul mama bila Dae Hyun beritahu apa yang jadi tadi.”
Aku memandang Dae Hyun tetapi lelaki itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Pandangan mataku kembali dialihkan ke arah mama. Jelas kelihatan mata mama yang basah itu. Pasti mama menangis tadi. Aku berasa serba salah pula kerana buat mama risau.
“Yoon Mi okey. Mama tak payahlah risau.” Aku cuba menenangkan mama.
“Macam mana sekarang? Sakit lagi ke? Mama dan Dae Hyun baru ingat nak bawa kamu ke hospital kalau kamu tak sedar lagi.” Mama mengusap lembut tanganku.
Aku menggeleng. “Mama, Yoon Mi dah okey. Dah tak sakit lagi tak payahlah pergi hospital. Membazir duit mama aje.” Dengan lembut aku menolak.
“Dae Hyun, tolong ambilkan ubat Yoon Mi kat meja makan,” arah mama.
Dae Hyun hanya menurut. Tinggalah aku berdua dengan mama dalam bilik itu.
“Mama, Dae Hyun tahu ke pasal penyakit Yoon Mi ni?”
Dari cara mama bercakap tadi seolah-olah mama telah beritahu tentang penyakitku kepada Dae Hyun.
“Mama terpaksa beritahu Dae Hyun supaya nanti bila mama tak ada dia boleh tengok-tengokkan kamu. Lepas apa yang jadi tadi mama hanya boleh percayakan dia untuk jaga kamu.” Begitu besar sekali harapan mama kepada Dae Hyun.
“Alah mama tak payahlah nak susahkan Dae Hyun tu. Yoon Mi boleh jaga diri sendiri.” Tak ingin aku dijaga oleh mamat beku tu. Silap hari bulan dengan aku sekali jadi beku.
Hari ini aku sekolah seperti biasa. Walaupun mama mahu aku berehat kerana masih belum sembuh sepenuhnya, aku masih berkeras mahu ke sekolah. Daripada aku kebosanan di rumah lebih baik aku belajar di sekolah. Setelah beberapa minit memujuk mama akhirnya mama terpaksa akur dengan keputusan aku untuk pergi ke sekolah. Sempat lagi mama berpesan kepada Dae Hyun supaya tengok-tengokkan aku di sekolah. Macamlah mamat tu nak sangat jaga aku kat sekolah.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar perempuan meluru ke tempat dudukku.
“Kim Yoon Mi, kau dah dengar berita pasal Jung Min?” salah seorang rakan sekelas aku bertanya.
Aku meneguk liur sebaik saja terdengar nama itu.
“Jung Min... kenapa dengan Jung Min?” soal aku. walaupun aku masih belum dapat maafkan dia atas apa yang dia cuba buat semalam. Atas dasar prihatin, aku perlu juga ambil tahu pasal dia.
“Kau tak tahu ke? Dia dah meninggal. Aku dengar cerita dia meninggal sebab bergaduh dengan gangster kat kelab. Dah kecoh satu sekolah cakap pasal dia.” Sampuk rakanku yang lain.
“Tak sangka pulak aku dia tu jenis yang suka pergi kelab. Dia bukan ke bawah umur? Macam mana kau boleh couple dengan dia ek?”
“Kita orang dah clashla,” bidasku cuba mempertahankan diri.
“Tapi sebelum ni kau orang tetap pernah couplekan. Jangan-jangan kau pun pernah pergi kelab malam dengan dia tak?” sampuk Min Ji. Aku tersentak dengan kata-kata Min Ji. Tapi aku tak berdaya nak melawan lagi.
“Diam aje. Betullah tu kan?” ujar Min Ji sambil tersenyum sinis.
“Aish.. sikkeuro!” bentak Dae Hyun sambil berdiri menghadap kami.
Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Kau kenapa tiba-tiba aje nak marah ni?” tengking Min Ji.
“Kau orang tu yang kenapa? Sibuk sangat nak ambil tahu hal orang sedangkan diri sendiri pun tak terurus. Jung Min tu dah mati dahlah. Tak payah nak kecoh-kecoh. Baik kau orang duduk tempat kau orang sendiri lepas tu bukak buku. Lagi bagus,” bidas Dae Hyun.
“Jung Dae Hyun!” teriak Min Ji.
Dae Hyun seolah-olah langusng tak terkesan dengan teriakkan Min Ji sebaliknya lelaki itu mendekati Min Ji selangkah demi selangkah.
“Neo, Lee Min Ji. Berhenti jadi busy body. Neon jukollae?”
Min Ji terkesima. Begitu juga dengan aku. Tidakkah dia terfikir apa yang dia buat sekarang akan buata orang semakin membenci dia? Kenapa dia perlu bertindak sampai begitu sekali. Sebab akukah? Mungkin sebab mama. Yalah mama dah suruh dia jaga aku di sekolah sebab itulah dia bertindak sampai begitu sekali.
“Ada apa ni?” tegur Cikgu Park. Semua pelajar terkocoh-kocoh duduk di tempat mereka.
Dae Hyun dan aku sempat berpandangan sebelum dia duduk di tempatnya. Kumawo, Dae Hyun-nie.
Comments