6
This Is LoveChapter 6 – Sakit
Pintu di buka dari dalam dan Zelo muncul di muka pintu.
“Noona,” sapanya ramah. “Masuklah.”
Aku masuk ke dalam rumah Dae Hyun sambil diikuti oleh Zelo. Ahli-ahli B.A.P yang lain semuanya sedang lena diulit mimpi. Ada yang Him Chan terlentang di atas sofa manakala yang lain semuanya terbaring di atas lantai.
“Dah lama ke kau orang sampai?” soalku sambil meletakkan dua beg plastik di atas meja.
“Petang tadi. Noona bawak apa ni?” Zelo membelek-belek beg plastik itu.
“Daging, salad, dan kimchi.”
Zelo kelihatan ceria apabila aku menyebut daging. Comel betul dia ketika itu.
“Sekarang tolong noona hidang semua ni kat luar. Kita makan kat luar lepas tu baru kita kejutkan dia orang.”
Zelo akur. Dia meletakkan daging mentah, dan salad di atas pinggan lalu di bawa ke luar. Di luar rumah Dae Hyun terdapat meja makan kayu yang masih lagi baik dan boleh digunakan.
Dengan bantuan Zelo semuanya tersedia dengan cepat.
“Zelo, pergilah kejutkan yang lain.”
Dia akur dengan arahanku. Dia menghilang ke dalam rumah sementara aku meletakkan daging ke atas pemanggang. Beberapa minit kemudian, mereka semua muncul. Senyuman terukir di bibir masing-masing mungkin kerana bau daging yang sedang dipanggang menusuk ke dalam hidung mereka.
“Wow.. sedapnya bau. Baru tadi aku mimpi nak makan daging,” ujar Dae Hyun. Aku hanya tersenyum. Dae Hyun kalau bab makanan memang no. 1.
“Terima kasih Yoon Mi sebab sediakan semua ni,” ujar Young Jae. Mereka semua sudah duduk di meja makan.
“Noona pun duduklah sekali.” Jong Up sudah menarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya.
Aku hanya menurut memandangkan kerusi yang kosong berada di tengah-tengah antara Jong Up dan Dae Hyun.
“Kenapa muka noona pucat?” pertanyaan Zelo menyebabkan yang lain mengalihkan pandangannya ke arahku.
Aku menyentuh kedua-dua belah pipiku. “Pucat sangat ke?” soalku.
Mereka mengangguk serentak. Aku menoleh memandang Dae Hyun. Matanya tidak berkelip memandangku. Aku dapat rasakan kerisauannya di sebalik renungan matanya.
“Tak ada apa-apalah. Kau orang tak payahlah risau.” Aku cuba menyedapkan hati mereka semua kecuali Dae Hyun.
Mustahillah aku boleh menipu Dae Hyun sedangkan dia tahu tentang aku dan penyakitku ini.
“Yoon Mi, ikut aku kejap.” Dae Hyun bangun dari tempatnya lalu memegang tanganku.
Aku terkulat-kulat. Ahli B.A.P juga tergamam melihat kami. Akhirnya aku bangun dan mengikut langkah Dae Hyun masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu rumah lalu mendudukkan aku di atas sofa sebelum duduk melutut di hadapanku.
“Cakap betul-betul dan jangan menipu. Penyakit kau datang lagi kan?” soalnya serius.
Aku meneguk liur. Tak tahu sama ada mahu mengiyakan atau menidakkan. Sejujurnya sekarang ini memang jantung aku berdegup-degup tapi tidaklah terlalu menyakitkan seperti selalu. Setelah lama duduk kaku di atas sofa itu akhirnya aku mengangguk.
“Dahlah. Pergi baring dalam bilik aku,” arah Dae Hyun.
“Tapi macam mana dengan dia orang. Mama? Kalau mama tahu mesti mama marah.” Aku tak berapa setuju dengan cadangan Dae Hyun. Bukannya sakit sangat pun. Lagipun macamlah aku tak boleh baring atas sofa ni.
“Jangan nak banyak soal boleh tak? Pasal dia orang tu aku cakap aje kau tak sihat. Nanti aku telefon mama cakap kau sakit. Takkanlah mama nak marah pulak,” balas Dae Hyun.
“Aku boleh balik rehat kat rumah aje.” Aku memberi alasan lain. Dan ternyata kata-kata aku itu mengundang kemarahan Dae Hyun.
“Jangan degil boleh tak? Pergi ajelah baring dalam bilik aku tu. Kalau kau duduk sorang-sorang kat rumah tu siapa yang nak jaga kau. Dahlah mama tak ada kat rumah sekarang,” bidas Dae Hyun.
Untuk seketika aku tergamam. Tak pernah aku lihat Dae Hyun segarang itu. Risau sangatkah dia kat aku?
“Dah pergi naik. Nanti aku bawakan makanan.” Suara Dae Hyun mula mengendur. Kali ini aku terpaksa akur.
“Macam mana? Dah okey?” Dae Hyun muncul di muka pintu sambil menatang dulang yang berisi makanan.
“Makan ni. Lepas tu jangan lupa makan ubat ni.”
Aku menyambut mangkuk bubur yang diberikan oleh Dae Hyun.
“Mana yang lain?” soalku. Aku menyuapkan bubur ke dalam mulut. Sedap.
“Ada kat bawah. Dia orang nak tengok kau tapi aku tak bagi.”
“Dia orang tahu tak pasal aku?” aku bertanya lagi. Kalau boleh aku tak tahu mereka tahu tentang hal ini. Aku tak mahu mereka terlalu risaukan aku.
Gelengan Dae Hyun itu melegakan aku. “Buat masa ni dia orang tak tahu. Tapi suatu hari nanti dia orang akan tahu jugak. Kita bukannya boleh rahsiakan benda ni lama-lama.”
“Mana kau dapat ubat tu?”
Ubat yang berada di tangan Dae Hyun itu ialah ubat dari hospital untuk penyakitku ini. Di mana Dae Hyun mendapatkannya?
“Dekat rumah kau. Aku telefon mama tadi pasal kau. Risau betul mama bila aku cakap kau sakit,” jelas Dae Hyun. Aku mengangguk tanda faham lalu meneruskan suapan. Kemudian barulah aku perasankan sesuatu.
“Sejak bila kau panggil mama aku ‘mama’?” baru aku perasan yang Dae Hyun juga memanggil mamaku dengan gelaran ‘mama’ bukan lagi ‘mak cik’.
“Dah lama dah. Kau aje yang tak tahu. Mama kau betul-betul mengingatkan aku dengan mama aku. Cara mama jaga aku, masakan mama, dan setiap nasihat yang dia berikan kat aku semuanya buat aku rindukan kasih sayang seorang mama. Aku harap kau tak kisah.”
Tersentuh hatiku mendengar jawapan Dae Hyun. Aku menggeleng perlahan.
“Mama dah beritahu aku semuanya. Aku tak kisah pun.”
Kami berbalas senyum untuk seketika.
“Kau makanlah dulu. Lepas tu rehat. Kalau kau nak apa-apa panggil aje okey. Lagi satu mama suruh kau tidur kat sini sebab malam ni mama mungkin tak balik.”
“Habis tu kau macam mana?” aku serba salah pula bila terpaksa bermalam di rumah Dae Hyun.
“Tak payah risau pasal aku. Lagipun dalam rumah nikan banyak bilik. Aku tidur kat bilik bawah.”
“Kumawo,” ucapku.
Dia hanya balas dengan senyuman.
Comments