5
This Is LoveChapter 5 – Kemunculan B.A.P
Sudah dua minggu Dae Hyun sembuh dari demam. Hubungan aku dan Dae Hyun bertambah baik sejak aku menjaganya dua minggu lepas. Kami sudah boleh berborak dan bergelak tawa tanpa mempedulikan pelajar-pelajar yang menjeling tajam ke arah kami. Aku dah tak peduli biarlah orang nak kata apa pun bila aku berkawan dengan Dae Hyun. Mereka tak kenal siapa Dae Hyun yang sebenarnya.
Lama-kelamaan aku mula mengenali sikap sebenar Dae Hyun yang ‘hilang’ sebelum ini. Dia semakin ceria dan semakin pandai bergurau.
Hari ini aku pergi ke sekolah seperti biasa tetapi bukan dengan Dae Hyun. Kami tidak lagi ke sekolah bersama-sama seperti sebelum ini. Terasa kekok pula. Tetapi adakalanya kami akan pulang bersama-sama. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua pelajar perempuan sedang sibuk mengatakan sesuatu dan hal itu tidak berkaitan dengan aku.
Telingaku dapat menangkap mereka bercakap mengenai sekumpulan pelajar baru di sekolah ini. Aku dengar mereka sebut tentang B.A.P. Siapa B.A.P? aku tertanya juga tetapi kemudian aku hanya buat tak tahu memandangkan aku bukanlah seorang yang suka ambil tahu tentang hal orang lain. Aku pergi ke lokar.
“Yoon Mi.” Seseorang memanggil namaku dari belakang dan aku cukup kenal dengan suara itu.
Aku terus berpaling dan melihat Dae Hyun tersenyum kepadaku tetapi dia tak keseorangan. Dia bersama-sama lima orang lelaki yang memakai seragam sekolah sama seperti kami. Fikiranku pantas mengagak yang merekalah pelajar baru yang mereka hebohkan tadi. Aku pandang wajah mereka satu persatu. Serasa seperti pernah melihat mereka sebelum ini. Di mana dan bila itu aku tidak pasti.
“Kenalkan ini kawan-kawan lama aku.” Beritahu Dae Hyun.
Aku tersenyum ramah. Teringat dua minggu lepas aku pernah lihat gambar mereka di rumah Dae Hyun. Jadi mereka semua pindah ke sekolah ni?
“Annyeonghaseyo, Bang Yong Guk imnida.” Lelaki berkaca mata tanpa cermin itu memperkenalkan dirinya.
“Annyeonghaseyo, Kim Him Chan imnida.”
“Annyeonghaseyo, Yoo Young Jae imnida,” ujar lelaki yang dilehernya tergantung fon kepala.
“Annyeonghaseyo, Moon Jong Up imnida.” Lelaki bernama Moon Jong Up itu tidak pernah lekang dengan senyuman dan senyumannya cukup manis sekali.
“Annyeonghaseyo. Choi Zelo imnida.” Zelo yang tinggi lampai itu memperkenalkan dirinya walaupun mereka mengatakan Zelo ialah yang paling muda.
“Choi Zelo?” aku mengerutkan dahi mendengar namanya yang pelik itu.
“Oh, nama dia Choi Jun Hong tapi kita orang jarang panggil dia dengan nama penuh. Biasanya kita orang panggil Zelo,” terang Dae Hyun. Aku mengangguk tanda faham.
“Annyeonghaseyo. Cheoneun Kim Yoon Mi imnida. Saya classmate Dae Hyun merangkap jiran dia.” Giliran aku pula memperkenalkan diri kepada mereka.
“Kita orang tahu. Dae Hyun ni daripada tadi asyik sebut pasal Yoon Mi aje. Macam-macam benda diceritanya,” ujar Him Chan ramah.
Aku memandang tepat ke arah Dae Hyun. Dia cakap pasal aku? Apa yang dia beritahu kat kawan-kawan dia tentang aku.
“Jangan risau. Semuanya benda baik,” sampuk Young Jae pula seoalah-olah dia dapat baca apa yang bersarang dalam fikiran aku sekarang ini.
“Jadi kau orang nilah B.A.P?” soalku.
“Nae!” balas mereka berenam serentak.
“Macam mana noona tahu?” soal Jong Up lurus.
“Mestilah tahu. Dah heboh satu sekolah ni cakap pasal kau orang. Nampaknya kau orang dah jadi budak hot kat sekolah ni.”
“Hey guys.” Kami bertujuh berpaling serentak ke arah pemilik suara itu.
Gyuri dan kawan-kawannya menampilkan senyuman menggoda. Aku dah dapat agak niat mereka untuk rapat dengan B.A.P.
Gyuri, Hyuna, Hyomin, dan Ji Yeon merupakan pelajar perempuan yang agak popular di sekolah. Itu tanggapan mereka sendiri sebenarnya. Matlamat mereka ingin mendahului pelajar perempuan lain dalam semua aspek termasuklah menjadi empat orang pertama yang rapat dengan B.A.P.
“Kau orang ni B.A.P kan?” soal Hyuna dengan gaya manjanya. Nak termuntah pula aku melihat perangai gediknya itu.
Mereka hanya mengangguk. Kemudian aku perasan keempat-empat minah senget itu dari tadi memandang Dae Hyun dengan pandangan semacam. Nak cari gaduh ke?
“Dae Hyun pun sebahagian daripada kau orang ke?” soal Gyuri pula.
Aku dah agak mereka agak mengajukan pertanyaan seperti itu. Aku kenal sangat dengan mereka berempat ni. Merekalah yang membenci Dae Hyun dan sering menghasut pelajar-pelajar lain supaya turut sama memulaukan Dae Hyun. Sedangkan aku tak nampak apa salah Dae Hyun kepada mereka.
“Sebenarnya, Dae Hyun ni memang sebahagian daripada B.A.P sebelum dia pindah kat sekolah ni,” balas Yong Guk sambil menepuk bahu Dae Hyun.
“Betul. Kita orang pindah sini pun sebab rindukan Dae Hyun. Kita orang rasa macam tak complete kalau tak ada Dae Hyun,” sampuk Him Chan pula.
Wajah keempat-empat gadis yang menggelarkan diri mereka queenkas itu berubah kelat. Aku dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran mereka saat ini. Pastinya mereka rasa bersalah yang teramat sangat kerana memulaukan Dae Hyun dahulu.
“And... dia ni pulak siapa?” kali pertanyaan itu merujuk kepada aku. Mereka mula memandangku macam singa betina yang kelaparan.
Aku dah tak tahu nak jawab apa tiba-tiba saja rasa lidahku kelu untuk bercakap.
“Ini... our special friend.” Young Jae menarik aku untuk berdiri di tengah-tengah antara mereka sambil tersenyum ke arahku. Akhirnya aku juga ikut tersenyum mengiakan saja kata-kata mereka.
Boleh dilihat dengan jelas betapa tidak puas hatinya mereka kepada aku. Yalah, mungkin dalam fikiran mereka; siapa kau untuk rapat dengan B.A.P dan tiada orang yang lebih layak dengan B.A.P selain daripada aku.
“Okeylah kalau macam tu kita orang pergi dulu.” Keempat-empat mereka masih sempat menghadiahkan satu jelingan yang mungkin merupakan amaran untukku sebelum mereka pergi.
“Dahlah Yoon Mi. Jom kita masuk kelas.” Penuh selamba Dae Hyun memegang tanganku. Ini kali pertama dia berbuat begitu. Malu pula rasanya bila ahli-ahli B.A.P memandangku semacam lalu tersenyum sesama sendiri.
Di dalam kelas semua mata merenung tajam ke arah aku. Macamlah aku ni penjenayah yang paling dikehendaki atau alien yang ada kepala lapan! Tetapi macam biasa aku hanya buat tak tahu. Mungkin mereka pelik lihat aku berpegangan tangan dengan Dae Hyun.
“Ya! Yoon Mi. Kau bercinta dengan mamat beku ni ke?” soal Min Ji, ketua kelas kami yang kaki penyibuk dan suka menyebarkan gosip palsu.
Aku memandang Dae Hyun yang duduk di hadapanku. Meskipun aku tak dapat melihat wajahnya kerana dia duduk membelakangkan aku, namun aku tetap dapat rasa yang dia berkecil hati.
“Kalau betul pun aku bercinta dengan Dae Hyun kenapa? Salah ke?” balasku dengan berani.
Dae Hyun terus menoleh ke belakang. Dia juga kelihatan terkejut dengan jawapan selamba aku tadi.
“Kau ni memang butalah Yoon Mi. Budak macam ni pun kau berkenan.” Sampuk salah seorang rakan sekelasku.
Aku tersenyum sinis. Buta? Aku yang buta ke kau orang yang buta? Nampaknya dia orang tak tahu lagi siapa Dae Hyun. Siaplah kau orang lepas ni. Mamat yang kau orang tak berkenan nilah yang kau orang akan gilakan nanti.
Sudah tiba waktu makan tengah hari. Kami semua masih lagi di dalam kelas. Sebelum keluar Cikgu Song memberi arahan kepada kami; jangan keluar selagi belum selesai salin nota di papan hitam. Aku dan Dae Hyun menulis nota yang panjang lebar itu secepat mungkin. Kami berdua sudah kelaparan dan ahli B.A.P yang lain pasti sedang menunggu di kantin. Dalam pada kami berdua kelam-kabut menulis nota, suasana dalam kelas menjadi riuh seketika dengan suara pelajar perempuan. Baik aku mahupun Dae Hyun malas mahu ambil tahu apa yang terjadi. Apa yang penting sekarang ini ialah siapkan nota dan pergi makan!
“Hyung... noona...” aku dan Dae Hyun serentak mengangkat muka tatkala telinga kami menangkap suara Zelo.
B.A.P berdiri di muka pintu. Rakan-rakan sekelasku memandang aku dan Dae Hyun serta B.A.P silih berganti. Pasti mereka keliru dengan situasi di hadapan mereka sekarang.
“Hyung... noona... cepatlah. Kita orang dah lapar ni.” Zelo sudah membuat muka comelnya.
“Ya! Jung Dae Hyun! Kim Yoon Mi! Ppali wa.” Panggil Him Chan pula.
“Siap!” jerit Dae Hyun sambil menutup buku di atas meja.
“Kim Yoon Mi. Tak siap lagi ke?” soal Dae Hyun.
Aku menggeleng. “Tak apalah. Kau orang turun dulu. Nanti aku datang,” balasku tanpa memandang Dae Hyun.
“Noona.. cepat turun tau.” Jong Up mengingatkan aku.
“Nae.” Balasku kemudian persekitaran menjadi senyap. Pasti B.A.P sudah pergi.
Beberapa minit kemudian barulah aku selesai menyalin nota. Buku dan alat tulis aku letakkan di dalam laci meja. Sebelum keluar aku perasan mereka semua tidak lepas memandangkan aku. Baik lelaki mahupun perempuan.
“Waeyo? Kau orang mesti pelik tengok Dae Hyun dengan B.A.P kan? Kalau kau orang semua nak tahu Dae Hyun dan B.A.P tu bestfriend. Lebih tepat lagi Dae Hyun salah seorang daripada ahli B.A.P. Kalau kau orang tak percaya boleh tanya dia orang sendiri. So sekarang ni siapa yang buta? Aku? Ke kau orang?”
Aku keluar dari kelas dengan senyuman. Puas kerana dapat mengajar mereka yang berlagak dan sombong itu.
Comments