I MISS YOU

I MISS YOU

     

 

"Cantiknya." jerit Bomi sambil berlari ke hadapan Chorong. 

     'Macam budak kecik.'

     "Chorong-ah. Cantiknya pantai kat sini. Unbelieveable." ujar Bomi lalu duduk di atas pantai itu. Chorong mengikut langkah Bomi dan duduk di sebelahnya. Dia tersenyum sendiri sambil berpeluk tubuh. Cuba menahan kesejukan yang dihembus bayu.

 

   POV

   "Chorongie!" Hyeongkon berlari mendapatkan Chorong yang sedang membina istana pasir. Tanpa dia sedar, dia telah melanggar istana pasir yang dibina oleh Chorong.

   "Kya Hyeongkon!" Jerit Chorong. Dia menolak bahu Hyeongkon. Hyeongkon terkedu.

   "Ma...maaf. Saya tak sengaja" Kata Hyeongkon lalu terus mencangkung. Dia cuba membina kembali istana pasir yang telah dibina Chorong.

   Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang menangis. Dia mendongak. Chorong sedang menangis. Dia segera bangun.

    "Park Chorong, janganlah nangis. Saya janji, saya buat balik istana pasir awak" Pujuk Hyeongkon, cuba menenangkan Chorong yang menangis. Chorong menyapu air matanya. 

   "Janji ye?" Tanya Chorong lalu menghulurkan jari kelingkingnya kearah Hyeongkon. Hyeongkon tersenyum. Dia melakukan pinky promise nya dengan Chorong. Chorong kembali senyum. 

 

 

 

   Chorong tersenyum sendiri. Bomi asyik bermain air di gigi pantai. 

   "Bomi, aku nak jalan-jalan dulu. Kalau kau nak duduk sini, duduklah"

   "Ok. Jangan lambat sangat tau. Apa-apa hal, telefon aku" Balas Bomi sambil tersenyum. Chorong membalas senyumannya dengan sebuah senyuman yang manis.

    Sedang dia berjalan memandang ke arah laut, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Barang-barang milik orang itu berterabur diatas pasir. Chorong menolong orang itu mengutip kembali barang-barangnya.

   "Encik, saya minta maaf" Kata Chorong lalu dia menghulurkan barang-barang lelaki itu. Dia mendongak. Dia kenal wajah itu.

   "Terima....kasih" Ucap Hyeongkon. Mereka berdua terdiam. 

    Mata Hyeongkon tepat memandang mata Chorong. Lama mereka berpandangan akhirnya Chorong membuang pandangannya ke arah laut. Dia menekup mulutnya dan air mata mula bercucuran jatuh ke bumi.

   "Chorong..." Hyeongkon menegur. Dia memegang bahu Chorong. Chorong mengesat air matanya. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memandang Hyeongkon sambil tersenyum.

  "Awak...apa khabar?" Tanya Chorong. Hyeongkon tersenyum.

  "As you see. Baik. Awak?" Tanya Hyeongkon. Chorong mengangguk tanda dia juga baik baik sahaja.

  "Awak datang sini dengan siapa?" Tanya Hyeongkon lagi.

  "Kawan" Balas Chorong pendek. HAtinya berdebar bila berdepan dengan lelaki ini.

  "Kawan or pakwe?" Teka Hyeongkon. Chorong tersenyum.

  "Kawan jelah. Kawan perempuan pulak tu. Kalau saya mengaku dia tu pakwe saya, habislah awak cop saya lesbian" Balas Chorong. Kata-kata Chorong itu mengundang gelak ketawa kepada Hyeongkon.

  "Chorongie.." Hyeongkon memanggilnya. Segera Chorong memandang Hyeongkon.

  "Awak, masih lagi pakai rantai tu?" Tanya Hyeongkon. Matanya tertancap kepada loket berbentuk hati yang tergantung dileher Chorong. Chorong memegang loket berbentuk hati itu dan mengangguk perlahan.

  "Walaupun 10 tahun berlalu, rantai ni masih lagi elok. Saya suka. Ramai yang puji rantai ni lawa" Balas Chorong sungguh. Hyeongkon tersenyum. Manis.

  "Baguslah kalau awak suka" Kata Hyeongkon. 

  "Okay lah saya kena pergi dulu. Kawan saya dah lama tunggu." Ujar Chorong meminta diri. Hyeongkon segera memegang tangan Chorong, menghalangnya pergi. 

  "Saya kena pergi."

  "Ni nombor telefon saya. Nanti call ya. Saya rindu awak sangat." 

  Chorong mengambil kad yang dihulur oleh Hyeongkon dan berlalu pergi.

  'Saya rindu awak juga.'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
TheGirl96
i will update soon ~~ so keep calm ya . thanks

Comments

You must be logged in to comment
saranghae_changmin
#1
Chapter 7: Update cepat
Tak sabar nak baca
:D♥♡♥♡
93Hanafayana #2
Chapter 6: sambung....la,,,=*=
saranghae_changmin
#3
Chapter 5: Update la lagi ♡♥♡=x)
baekyeolexo87
#4
Chapter 4: bestlah cerita ni.
Update lagi :D
Forteenagerss
#5
Update lah lagi =D