I MISS YOU
I MISS YOU
Perpustakaan Victoria High School
Chorong berjalan menuju ke arah meja yang masih kosong di hujung perpustakaan . Ada seorang lelaki sedang meletakkan kepalanya di atas meja . Tidur ke ? Tanya hatinya kecil .
"Tak kisah lah . Duduk je lah ." ucap Chorong perlahan lalu menarik kerusi itu dengan perlahan supaya ia tidak mengeluarkan bunyi .
Tapi ia hanya imiginasi , Chorong tertarik kerusi itu terlampau kuat . Badan lelaki itu mula bergerak - gerak .
"Alamak ." Chorong mula gelabah . Pantas dia duduk dan membuka buku rujukan yang dibawa tadi .
"Ahhhh ." lelaki itu mengeliat sambil menjerit kecil .
Terkejut Hyeongkon apabila melihat seorang gadis sedang membaca buku di hadapannya . Tak pernah ada orang yang berani berkongsi meja dengannya atau orang itu pasti dijeritnya .
Tapi , gadis ini seolah-olah tidak tahu . Budak baru ke ? teka Hyeongkon sambil tersenyum nipis .
Sedang matanya ligat memikirkan idea , tiba-tiba dia terlihat rantai yang dipakai oleh gadis itu .
'Macam kenal .' ujar Hyeongkon . Laju kepalanya mengingat insiden apabila Chorongie pindah . Ya ! Dia bagi rantai itu kepada papa Chorongie . Tak kan lah ada rantai macam tu kat dunia ni . Ni design mama . Tak mungkin gadis ni Chorongie .
Pelbagai persoalan berada di dalam kepala Hyeongkon . Laju dia bangun dan meninggalkan meja itu .
Terkejut Chorong melihat lelaki itu laju meninggalkan meja secara tiba-tiba . Kenapa dengan dia tu ? Pelik .
"Sungmin-ah , Sungmin-ah ." jerit Hyeongkon memanggil Sungmin di dalam bilik muzik . Habis semua perabot yang berada di ruang itu bertaburan kerana dilanggar oleh Hyeongkon .
Air matanya sudah berjuraian jatuh . Tiba- tiba dia jatuh terjelepok . Tak mungkin . Tak mungkin .
Sungmin yang terdengar namanya dipanggil , pantas dia keluar dan melihat Hyeongkon sudah terduduk di atas lantai .
"Hyung . Kenapa ni ?" soal Sungmin cemas melihat Hyeongkon sudah menangis tanpa bunyi .
"Chorongie , Chorongie ada kat sini ." ucap Hyeongkon perlahan . Cuba untuk menahan tangisnya .
Terkejut Sungmin apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Hyeongkon tadi .
"Apa ? Chorongie ? Biar betul mana hyung ?"
Hyeongkon hanya diam dan terus menangis .
* * * * *
"Bro , aku nak minta tolong boleh tak ?" tanya Sungmin lalu menghirup teh panas yang berada di hadapannya . Lelaki itu hanya ketawa kecil .
"Aik . Tak pernah aku tengok macam ni ? Dah sepuluh tahun kita kawan . Cakap lah . Selagi tak langgar undang-undang aku boleh buat ." balas lelaki itu sambil tersenyum .
Sungmin tersenyum malu .
Setelah tamat berjumpa dengan kawannya , Sungmin terus berlalu meninggalkan kafe itu . Tiba- tiba Iphone miliknya berbunyi , sedang dia mengeluarkan telefon itu . Tiba-tiba . . .
"Auch ." jerit kecil Chorong sambil memegang kakinya .
Pantas Sungmin memandang ke arah suara itu . Terlihat seorang gadis sedang memegang kakinya .
Cedera ke ? tanya Sungmin dalam hati .
"Maafkan saya ." ucap Sungmin perlahan lalu mengutip buku milik gadis itu yang bertaburan di atas lantai .
"Tak apa . Saya okay . Awak okay tak ?" balas Chorong lalu mengambil bukunya .
Sungmin tersenyum .
Dan mengangguk .
'Cantiknya dia . Macam anak patung .'
Jantung Sungmin berdegup kencang .
"Okay lah macam tu . Terima kasih ." ujar Chorong sambil tersenyum nipis .
"Ni kad saya , kalau awak cedera , telefon saya . Nanti saya uruskan ."
Chorong mengambil kad itu dan mengangguk faham .
Sempat dia membaca tulisan yang tertulis di atas kad itu .
'A-JAX ?'
"Boleh saya tahu nama awak ?" tanya Sungmin sambil melurut rambutnya yang berjuntaian .
"Chorong . Park Chorong ."
"Oh . Sama macam nama kawan saya . Saya , Park Sungmin . Nama belakang kita sama lah ." ucap Sungmin sambil tersenyum lebar .
"Okay lah . Saya nak kena pergi . Jumpa lagi ." Sambungnya lalu pergi meninggalkan Chorong .
Comments