I MISS YOU
I MISS YOU
1999 , Seoul . South Korea .
Sedang Chorong leka bermain pasir di taman permainan . Tiba- tiba ada sepasang kaki berdiri tegak dihadapannya . Pantas dia mendongak , kelihatan seorang budak lelaki yang mungkin lebih tua darinya berdiri dengan senyuman lebar yang menghiasi mukanya .
"Hai ."
"Hai ." balas Chorong kekok . Laju dia bangun dan menepuk tangannya di seluar yang elok dipakai .
"Saya Kim Hyeongkon . Hyeongkon ."
Budak lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya kepada Chorong . Pantas juga Chorong menyahut huluran tangannya .
"Hai . Saya Park Chorong . Chorongie ." Balasnya sambil tersenyum manis .
"Awak budak baru ke ?"
Dia memandang ke arah Chorong sekilas lalu menyambung semula permainannya . Kepalanya diangguk laju . Chorong hanya memandang dan mengangguk tanda faham .
"Chorongie , rumah awak yang mana ?" Dia membuka mulut untuk menanya soalan .
"Yang tu . Yang rumah warna biru laut tu ."
Chorong menunjukkan arah rumah yang berhadapan dengan taman permainan .
"Rumah saya yang ni ." Ujarnya tanpa ditanya . Rumahnya agak besar dan cantik . Sempat Chorong tersenyum .
Tidak lama selepas itu , ibu Chorong datang untuk menyuruhnya pulang .
"Chorongie . Esok kita main lagi ya ." Jeritnya kuat sambil melambai tangannya ke arah Chorong .
Chorong memandang ke arahnya dan tersenyum sambil mengangguk laju .
* * * *
"Chorongie , awak nak sesuatu tak ?" Tanya Hyeongkon . Tangan kanannya memegang kereta mainan pemberian Chorong pada hari jadinya pada minggu lepas .
"Apa ? Awak nak bagi anak kucing ke ?"
Balas Chorong mengharap sesuatu darinya . Telah lama Chorong menyimpan hasrat untuk membela seekor anak kucing . Tapi ia tidak kesampaian kerana ibu melarang .
"Tak . Ni lagi best . Benda ni lembut tau . Dia manis , lembut . Tak macam kucing , suka gigit ."
Hyeongkon cuba memujuk Chorong .
"Apa ? Macam best je . " Chorong gembira .
Lantas Hyeongkon memberi Chorong gula-gula kapas yang disorok di belakang badannya . Terkejut Chorong dengan hadiah yang diberi oleh Hyeongkon .
"Gula-gula kapas ." Jerit Chorong gembira .
Hyeongkon tersenyum lebar . Bangga dengan dirinya kerana telah membuat si gadis ini tersenyum gembira .
'Awak hebat Hyeongkon .'
"Terima kasih oppa ." Ucap Chorong pertama kali memanggil Hyeongkon sebagai abang .
"Apa ? Awak panggil saya apa tadi ? Oppa ?"
Hyeongkon terkejut besar dan menyuruh Chorong ulang semula . Tapi Chorong hanya mengangguk dan berlalu sambil makan gula-gula kapas pemberian Hyeongkon tadi .
"Chorongie , cakap lagi boleh tak ?" Hyeongkon menarik beg sandang Chorong .
"Tak nak . Kalau awak nak saya cakap lagi , belikan saya gula-gula kapas ."
Balas Chorong dengan senyuman penuh makna . Hyeongkon mengelengkan kepalanya .
"Mana boleh makan banyak gula-gula kapas . Tak baik untuk gigi . Patut lah gigi awak tak ada . Tengok saya . Penuh ."
Ujarnya bangga sambil tersenyum lebar sambil mempamerkan gigi putihnya itu .
"Alah . Kedekut ."
Laju Chorong berjalan meninggalkan Hyeongkon .
"Yah ! Chorongie . Tunggu saya ."
Jerit Hyeongkon sambil berlari mengejar Chorong yang jauh di hadapannya .
Comments