four

Mr.Doppelganger

Kedua jejaka yang kacak tersebut sudah hampir sampai di perkarangan sekolah,tiada sesiapa menunjukkan kecurigaan pada Oh Segi yang dianggap ialah Oh Sehun. Mungkin kerana mereka tidak pernah tahu akan kewujudan Segi,kembar lelaki kacak tersebut.

Apabila dia berjalan menuju ke kelas,semua pelajar perempuan yang berada di tepi jalan serta koridor melihatnya dengan wajah yang terpegun. Segi mungkin sudah tahu sesuatu,abang kembarnya itu seorang yang terkenal dikalangan perempuan. Begitu berbeza dengan dirinya. Dirinya yang berada di pulau Jeju. Tiada gadis yang mahu mendekatinya. Dan dia juga tak kuasa nak dekati mereka.

Segi fikir ini sesuatu yang senang,dia cuma perlu sekali sekala tersenyum,buat muka baik serta jadi pelajar yang bagus yang tidak menimbulkan sebarang masalah. Itu kerja mudah,Segi pasti.

"So,macam mana dengan adik kembar kau? Dia setuju pergi ke California?,"soal Kai yang duduk di meja sebelahnya.

Segi terdiam kelu. Kemudian dia tersengih janggal. "A'ah..Dia setuju,dia dah berangkat pagi tadi,"Segi memandang kearah hadapan semula menanti kehadiran cikgu.

Kai juga turut sama menanti,dia tidak memulakan mana-mana topik perbualan. Apa yang mahu diborakkan? Dia sendiri sekarang kekok. Campur takut lagi.

Kedua mereka tidak berkata apa-apa sehinggalah waktu rehat bermula dengan berbunyinya loceng yang bergema di keseluruhan ruang di sekolah. Segi menggeliat,ini kali pertama dia mendengar bebelan serta apa yang dikatakan oleh cikgu di hadapan kelas tanpa tidur ataupun tidak mengendahkannya. Semuanya kerana abang kembarnya.

Segi menoleh kearah tingkap kelas,seorang pelajar perempuan yang berambut hitam dengan cekak rambut biru melambai tangan dengan tersipu-sipu. Gadis itu paling menyerlah kerana hanya dia seorang tersengih-sengih memandang dirinya sementara gadis lain di sekeliling koridor di tepi tingkap tersebut menjeling gadis berambut panjang itu dengan meluat.

"Dah tu sape plak..,"gumam Segi sendiri. Peminat setia abangnya aja kot,abaikan ajalah. Segi menyimpan buku nota di dalam laci meja,tidak mengendahkan gadis tadi.

Kai yang sedar akan situasi tersebut mula cuak. Takkan Segi tak mahu layan Eunah,atau sebenarnya Sehun belum beritahu tentang Eunah kepada Segi? Parah,ini parah.

"Dude,kau biarkan girlfriend kau kat situ? Aku sure dia nak ajak kau makan lunch box sama-sama"

"G-Girlfriend?,"terbeliak mata Segi namun semungkin boleh dia menenangkan diri dan ekspresi. "Girlfriend? Hyung tak beritahu apa-apa tentang girlfriend dia,dia tinggalkan girlfriend dia dekat aku?,"Segi bermonolog sendiri di dalam hatinya sebelum menoleh semula kearah gadis tersebut yang masih menanti.

"A-ha-haha..Ya aku tahu,aku nak kemas barang kejap,"seusai itu,Segi dengan ragu-ragu mengatur langkah kearah teman wanita abangnya. 

Dengan serius Segi memandang gadis tersebut dari atas sehingga ke bawah. Nampak biasa-biasa aja,kenapa perempuan ni boleh jadi teman wanita abangnya? Seriously,macam tak ada keistimewaan langsung. Bukankah abangnya itu popular orangnya? Dia mampu pilih orang yang lebih cantik daripada gadis ini.

"Jom kita makan,"gadis itu tersenyum lebar lalu meraut pergelangan tangan Segi tanpa segan silu. Ya! Tanpa segan silu! Oh,Segi terlupa mengapa pula dia mahu menjadi segan untuk berpegangan tangan dengan teman lelakinya sendiri,namun sekarang ini Segi. Segi bukan teman lelaki perempuan ini dan ianya sungguh janggal untuk melakukan skinship mengejut sebegini.

Segi tidak tahu mengapa,tetapi kesunyian antara mereka membuatkan tahap kekekokkan semakin tinggi. Dia menoleh kearah gadis yang tidak diketahuinya nama ini dengan hairan. Kelihatan senang hati aja,dia bahagia dengan situasi tanpa komunikasi ini?.

Mereka sampai di bawah pokok yang besar serta rendang di belakang sekolah. Jadi,inilah tempat abangnya berdating dengan kekasih dia waktu rehat dekat sekolah ya? Romantik mak aih,itu langsung tidak mengejutkannya kerana abangnya ada ciri-ciri seorang lelaki romantik yang penyayang.

"Tada~Hari ini saya buatkan kimbap,"riang gadis itu memberitahu.

Mata Segi terbeliak luas. Kimbap? Kimbap? Terngiang-ngiang perkataan kimbap itu berenang-berenang dalam otaknya. Dia tidak suka dengan kimbap,kerana dalam kimbap itu ada lobak merah,timun. Yang pasti ada sayur-sayuran. 

"A-Ahahaha,"ketawa janggalnya terburai. Perlukah dia makan? Dia takkan mati dengan makan sayur,lagipun tiada sesiapa pernah masuk surat khabar mati sebab makan lobak dan timun. Tapi,bagaimana jika dia menjadi orang pertama yang mati?. Manalah tahu,sayur itu terkena bahan toksid takpun racun.

Jika dia menolak,pasti terserlah perbezaan antaranya dan Sehun. Abang kembarnya itu begitu suka dengan kimbap. Peliklah jika Sehun ini tidak mahu memakannya.

Tanpa rela serta penuh keterpaksaan,Segi memasukkan kimbap itu ke dalam mulut. Dia mengunyah dengan susah payah,dia memerhati gadis disebelahnya yang begitu bahagia melihatnya mengunyah makanan.

 


 

Segi tarik balik kata-kata menjadi abangnya ini mudah. Ini kerana gadis yang tidak dikenalinya itu,gadis yang berstatus teman wanita abangnya. Dia banyak berpegangan tangan dengan seorang manusia berjantina perempuan kerana gadis itu,dia terpaksa makan kimbap kerana gadis itu. Hidupnya hampir musnah.

Dia lega kerana waktu persekolahan telah pun tamat. Dia mahu pulang dengan cepat dan berehat,dia juga tidak sabar mahu memarahi abangnya yang meninggalkan seorang manusia yang begitu menyusahkannya. 

Namun belum sempat dia mahu melarikan diri,baru aja dia keluar dari kelas,gadis yang menyusahkannya itu sudah muncul terpacak dihadapannya dengan wajah berseri-seri. Mengapa dia gembira sangat jumpa dengan abangnya atau sebenarnya dirinya? Yang berkongsi wajah yang sama? Wajah ini bukanlah kacak sangat pun.

"Jom balik sama-sama,saya dah beritahu pemandu saya hari ini yang saya akan balik lewat"

"Balik lewat?,"terbuntang mata Segi. "Apa maksud dia? Dia nak bawak aku pergi motel atau apa?,"bisik Segi sendiri.

"Jangan cakap awak lupa,"gadis tersebut menjuihkan bibirnya. "Kita ada date lepas sekolah hari ni,awak dah janji"

Janji apakah itu? Mengapa abangnya berjanji sebegitu jika sudah tahu mereka akan bertukar tempat? Segi terasa mahu naik gila. Date? Dia tidak pernah date dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Mengapa pula date pertamanya harus dengan gadis ini pula?.

"Jadi,awak nak makan dekat mana?,"soal gadis itu dengan tersenyum lebar. Satu masalah besar,apa nama perempuan ini? Segi tidak tahu. Segi cuba mencuri-curi lihat beg gadis tersebut,manalah tahu ada keychain tertulis nama. Tekaan Segi tepat,ada nama pada keychain. Kim Eunah. Okay,namanya Eunah.

"Sehun? Saya tanya ni,awak nak makan dekat mana?"

Segi terkebil-kebil. Makan dekat mana? Dia perlu menghilangkan rasa loyanya memakan timun dan lobak yang ditelannya tengahari tadi,dia berkorban makan makanan yang membahayakan jiwanya demi abangnya. Kini,identiti abangnya perlu berkorban untuk dirinya pula.

"Kedai manisan,"Segi menjawab dengan selamba. Eunah itu melihat Sehun dengan terkebil-kebil.

"Serius?,"wajahnya kelihatan berseri-seri. Nampak bahagia sangat ketika Segi mencadangkan untuk pergi ke kedai manisan.

"Kita tak pernah pergi ke kedai manisan,sebab saya tahu awak tak suka manisan...Adakah sebab,awak nak pergi kerana saya?"

Segi menggeleng dalam hati. Dia tak mahu ke sana kerana perempuan ini pun. Perempuan ini tak makan pun dia haram tak kisah. Makanan yang manis adalah makanan kegemarannya.

Mereka berdua mengambil laluan ke kedai kek yang tidak begitu jauh dari kawasan sekolah. Segi terasa aneh,ini kali pertama dia pulang dari sekolah untuk dating dengan seorang perempuan. Berjalan beriringan bersama. Ini sesuatu yang sangat aneh untuk Segi yang pertama kali melaluinya.

Kebiasaannya dia akan tergesa-gesa pulang ke rumah nenek untuk bantu wanita tua itu. Ada hari dia pergi ke pasar,ada hari dia menyelam ke laut. Dia tiada masa untuk bercinta dan dia sendiri benci pada perempuan,yeah kecuali neneknya yang berjantina perempuan. Kadang-kadang dia berharap neneknya itu adalah jantina lain. Bukan lelaki semestinya dan bukan perempuan pastinya. Paling bukan adalah pondan takpun tomboy. Cuma jantina lain yang mahu Sehun wujudkan.

Dia kebiasaannya kelihatan tidak terurus dan kemas. Rambutnya kering dan menjadi beralun serta keras seperti plastik. Dia juga kurus serta tidak berbau wangi seperti model cologne. Semestinya,dirinya yang sebenar tidak kelihatan kemas dan kacak. Dia sekarang ini bukan dirinya,dia ialah abangnya yang sempurna. Dia pasti,jika si Eunah ini sedar dengan siapa dia berjalan bersama dan meluangkan masa bersama sekarang,dia akan muntah seperti baru aja menaiki roller coaster.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 5: Wahh kak aisyah!!! Another fanfics???? Semua ff kak aisyah memang jjang! Hahhaha >_<
tyhah_nad #2
Chapter 5: Hahahaha amboi kai..kaimazing sgt XD
chicchacchoc #3
Chapter 4: unnie jang!fanfic ni best sangat! saya suke watak Segi ke Sehun ahaha Segi yang menyamar jadi Sehun!
please update unnie! saya tak sabar nak bce next chapter <3
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 3: Wahahahahaha ~ interesting nyaaa ~ ><
VIXXVIPBABY
#5
Chapter 2: Teruskan usaha anda!
Fighting!!
^^