one

Mr.Doppelganger

Warna biru yang mengerumuni langit kini sudah bertukar menjadi gelap. Awan kepulan putih juga sudah berubah kepada gulungan kelabu yang bakal menurunkan titisan hujan yang lebat bila-bila masa sahaja sebentar nanti. Eunah berpaling ke sebelah,melihat Oh Sehun yang sedang mengeluarkan payung dari beg galas.

"Awak bawak payang?,"soal Eunah tidak percaya. "Saya tak bawak pun payung,saya ni sangat tak boleh diharap"

Sehun sekadar tersenyum nipis mendengar kata-kata Eunah yang kedengaran begitu kecewa sekali dengan bibir dijuih hampa.

"Kenapa awak nampak macam hampa sangat? Hampa sebab saya bawak payung? Awak nak berhujan ke dari sini sampai ke rumah awak?,"soalan Sehun menerima gelengan daripada Eunah.

"Bukanlah..Sepatutnya,macam dalam movie..Perempuan yang patut keluarkan payung sambil lelaki tengok perempuan tu dengan terpesona..Itu sepatutnya yang terjadi"

Sehun menarik badan Eunah rapat ke badannya. Tidak mahu badan mereka terkena percikkan hujan yang mula menitis laju ke bumi. Eunah yang menyedari tindakkan lelaki tersebut terdiam sejenak dengan pipi merah sendiri. Dalam diam dia memerhati ekspresi wajah lelaki itu.

Seperti dalam dunia mimpi,Oh Sehun ialah teman lelakinya. Bagaikan susah untuk dipercayainya. Eunah menahan senyuman yang mula semakin lebar pada wajahnya. Sebaik mungkin dia menyembunyikannya,jika Sehun sedar akan senyumannya tersebut pasti dia diusik.

Waktu musim bunga tahun lepas,Eunah memberanikan diri meluahkan perasaan pada Sehun,pelajar lelaki yang digilai oleh hampir semua pelajar perempuan. Eunah sendiri tidak tahu,mengapa luahan cinta Eunah diterima dan luahan gadis lain ditolak. Atas faktor apa dia menarik lelaki tersebut?.

Namun,Eunah berusaha hilangkan persoalan itu daripada minda kerana dia bahagia dengan layanan Sehun yang begitu baik padanya. Dia yakin ada sesuatu yang ada pada dirinya sehingga mampu membuat lelaki itu menerimanya.

"Dah sampai,"suara Sehun mengejutkan Eunah daripada lamunanya tersendiri. Dia melihat sekeliling. Rupanya dia sudah sampai. "Terima kasih,jumpa lagi isnin nanti,"Eunah menjengketkan kakinya lalu mengangkat badannya. Tangannya berpaut pada lengan Sehun,sebuah kucupan ringan hinggap pada pipi lelaki tersebut.

"Bye bye,"Eunah bergegas membuka pintu pagar rumah dimana dua orang pembantunya sudah setia menunggu disitu dengan payung serta tuala.

Sehun terdiam sendiri dengan matanya melihat pintu pagar yang tertutup. Seusai itu jarinya mengusap bahagian pipi yang dikucupnya tadi oleh Eunah. Sengihan senget terpamer pada raut wajahnya sebelum handphone dikeluarkan dari poket seluar sebuah panggilan dibuat.

 


 

"Apa dude,kau nak pergi ke California?,"soal Kai dengan kentang goreng panas McD dilontar masuk ke dalam mulut. Walaupun ada kerisauan terselit pada wajah sahabatnya itu,dia tetap berselera makan.

"A'ah..Aku pergi isnin ni,"Sehun menghirup coke dengan rakus sebelum mencebik bibir. "Aku nak pergi jumpa mak aku"

"M-Mak kau? Ayah kau tak marah?,diorangkan pasangan bercerai..Punya hubungan complicated!,"Kai mengesat mulutnya yang terkena kesan sos cili dengan hujung tapak tangan.

"Mak dengan ayah aku nak remarry.."

"Tahniah!,"Kai ketawa terbahak-bahak tanda senang hati dengan khabar berita yang diberitahu oleh Sehun.

"Tapi,adik aku tak suka diorang kahwin semula,"Sehun menggeleng kepalanya.

"Adik,sejak bila pulak kau ada adik ni? Adik tiri ke?,"soalan Kai membuatkan Sehun menghantuk dahi dengan tangan.

"Kau ni ada alzheimer ke? Adik kembar aku. Takkan kau lupa,bukan kau pernah jumpa dia waktu kita kecil dulu ke?"

"Alah,sekali tu aja pun aku jumpa dia..Manalah aku ingat sangat...Tapi aku masih ingat dia hempuk kepala aku dengan penyodek plastik mainan,"Kai menjuih bibirnya. "Kenapa mamat tu tak suka pulak diorang berkahwin semula? Dia tak nak satukan semula hubungan keluarga atau apa?"

Sehun menongkat dagunya dengan kentang dikunyah malas. "Susahlah dia tu..Dia benci ayah,sebab tu dia lari ke Jeju..Duduk dengan nenek,tahap dia benci ayah..Dia benci lagi mak.."

Kai tergeleng-geleng mendengarnya. Dia pasti kembar rakannya itu seorang yang menakutkan. Tidak dapat dia bayangkan jika dia berjumpa dengan lelaki itu setiap hari,boleh bayangkan? Sangat menakutkan!.

"Aku dah bincang dengan ayah..Macam mana nak buat dia ubah fikiran..Macam mana nak buat dia bersetuju untuk kitaorang berempat tinggal bersama semula"

"Apa dia?,"soal Kai dengan penuh teruja.

"Ayah telefon dia untuk balik ke Seoul..,"Sehun tersenyum. "Aku memainkan peranan untuk aku,nak ke California untuk berjumpa dengan mak..Waktu tu kami akan bertukar tempat,aku jadi dia..Dia akan jadi aku"

"K-Kejap..Kau jadi dia? Dia jadi kau? W-Wait,dia jadi kau? Dia akan berkawan dengan aku maknanya?,"Kai mula cuak dan gentar. Dia takut untuk hidup dengan adik kembar kawannya tersebut.

"A'ah"

"Uh..Macam mana dengan Eunah,kau tak risau kalau dia rogol Eunah? Dia tu kan..Krik krik siket,"Kai mengerdip-ngerdipkan mata.

Sehun mendengung panjang sebelum menghirup coke bagi menghilangkan rasa hausnya. "Sebenarnya..Aku memang dah khaskan tempat Eunah untuk dia"

"Apa maksud kau nih?"

Sehun menyengetkan bibirnya. "Eunah sukakan aku..Aku rasa..Rupa aku dengan lebih tepat..Jadi tak salah jika dia akan bercinta dengan kembar aku mulai detik kami bertukar tempat nanti"

Kai kelihatan keliru dengan keningnya yang sudah bercantum satu.

"Dude,kau nak cakap...Kau takde perasaan ke dekat Eunah?"

Soalan Kai membuatkan Sehun menganggukkan kepalanya.

"Eh,habis kenapa kau terima perasaan dia tahun lepas?"

"Aku rasa dia betul-betul sukakan aku,maksud aku rupa aku...Aku perlukan perempuan yang akan jaga dan sayang adik aku tu..Sebab adik aku tu tak percaya dengan cinta..Aku rasa tu salah satu faktor dia tak suka mak dengan ayah"

"Heh,aku rasa sekarang ni kau yang tak percaya dengan cinta..Aku tak percaya kau mainkan cinta Eunah"

"Untuk kebaikkan keluarga aku..Aku nak keluarga aku hidup berempat semula..Eunah takkan terluka..Tempoh dia bersama Segi,aku pasti dia akan dapat lupakan aku..The real Oh Sehun"

Kai mendiamkan diri dengan bibirnya dicebik. Dia tahu betapa Sehun mahu hidup bersama maknya. Kai tahu,Sehun begitu rindu pada maknya. 

"Aku bukan tak percayakan cinta,okay? Aku belum rasa cinta hadir untuk aku..Aku nak minta tolong kau..Pastikan Eunah jauh daripada Chanyeol"

Kai membuntangkan matanya. "Ha? Kenapa?"

"Aku syak sesuatu tentang..Chanyeol..Aku tak nak plan aku ni rosak..Kau jadilah orang tengah antara Eunah dengan kembar aku tu..Aku sure dia akan larikan diri daripada Eunah..Waktu tu,kau buatlah apa-apa supaya mereka kekal berdua,okay?"

 


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 5: Wahh kak aisyah!!! Another fanfics???? Semua ff kak aisyah memang jjang! Hahhaha >_<
tyhah_nad #2
Chapter 5: Hahahaha amboi kai..kaimazing sgt XD
chicchacchoc #3
Chapter 4: unnie jang!fanfic ni best sangat! saya suke watak Segi ke Sehun ahaha Segi yang menyamar jadi Sehun!
please update unnie! saya tak sabar nak bce next chapter <3
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 3: Wahahahahaha ~ interesting nyaaa ~ ><
VIXXVIPBABY
#5
Chapter 2: Teruskan usaha anda!
Fighting!!
^^