two

Mr.Doppelganger

Angka kosong sembilan kosong kosong terpamer pada handphone Sehun,matanya dialih pada pintu gerbang ketibaan penerbangan domestik. Lehernya panjang mencari figura lelaki yang dinantikannya dalam lautan manusia yang berpusu pusu keluar dengan troli ditolak bersama-sama bagasi.

Lama memerhati,matanya terpahat pada seorang lelaki berambut hitam beralun memakai sweater serta cropped jeans mengheret bagasi. Terus senyuman terukir pada wajah Oh Sehun apabila sudah mengesan kehadiran lelaki yang dinanti sedari tadi.

"Segi!,"nama tersebut dilaung seraya tangannya melambai ke udara. Tak lama kemudian lambaian tangan itu disambut dengan panggilan abang yang memenuhi ruang udara di sekeliling mereka. Kedua mereka memasang senyuman ikhlas berseri.

"Bro,lama tak nampak,"Segi menarik Sehun dalam dakapan lalu menepuk-nepuk belakang abang kembarnya dengan mesra. Setelah sekian lama tidak bertemu mata dan melihat jasad dengan pancaindera mata,akhirnya terlunas juga rasa rindu di dada.

"Tiba-tiba balik,apa cerita?,"soal Sehun bersahaja walaupun sudah jelas dia yang pertama sekali tahu apa sebenarnya terjadi di sebalik cerita. Dengan sebaik mungkin wajah yang tenang dipasang pada raut wajahnya agar tidak dicurigai.

"Ayah suruh aku balik sini..,"Segi menyengetkan bibirnya. "Kau heret bagasi aku,"arah Segi dengan spontan. Sehun akur sahaja tanpa banyak kata.

"Kau nak pulak..Ingatkan kau maki hamun ayah.."

"Walaupun aku benci ayah..Aku tetap respect dekat dia sebagai parents,"kata-kata Segi menerima anggukan ringan daripada Sehun yang menahan senyum.

Kedua mereka mengisi kesunyian sepanjang membawa langkah ke pintu utama lapangan terbang dengan perbualan ringkas serta pertanyaan khabar dari kedua belah pihak. Seusai menunggu beberapa saat,sebuah teksi muncul dihadapan.

Bagasi dimasukkan ke dalam bonet lalu kedua kembar itu masuk ke dalam perut kereta sebelum teksi dipandu pecut oleh pemandunya. Cuak juga hati Sehun dek cara pemanduan si pemandu teksi itu yang mencecah kelajuan yang agak melebihi had yang diberi.

Bimbang juga,manalah tahu si pemandu dibawah penggunaan alkohol ataupun bahan terlarang. Nanti tak fasal-fasal terlibat dalam kemalangan takpun bertembung dengan kenderaan. Menempuh sial namanya.

"Kau nampak kurus,"komen Sehun dengan mata tidak sudah menilik paras rupa kembarnya sendiri.

Segi sekadar mengangguk tanda mengia. "Aku tahu..Aku banyak buat kerja,tolong nenek kebayan kat sana..Campur dengar bebelan dia yang meningkatkan tahap kestressan dalam diri..Mana tak kurusnya,"Segi tersengih dengan kata-katanya sendiri.

"Kau tak penat?"

"Penat dengan apa?,"Segi memandang Sehun dengan keliru.

"Penat dengan semua tulah.."

Segi ketawa kecil mendengarnya sebelum tergeleng. "Aku lebih penat mengadap keluarga kita,"wajahnya ditoleh ke luar tingkap kereta sebelum sesuatu ditarik dari poket seluarnya. Mata Sehun terbuntang luas apabila sebuah kotak kecil berada di dalam genggaman adiknya.

"Kau merokok?"

Segi berpaling dengan putung rokok ditempatkan pada celah bibir dengan selamba. Lighter dihidupkan lalu dirapatkan pada hujung putung rokok sehingga asap kelabu mula muncul dan bau rokok mulai meliputi ruang udara kereta. Dengan bersahaja jari Segi menekan punat lalu tingkap kereta terbuka.

"Merokok tak bagus..Janganlah merokok,"pesan Sehun dengan prihatin,namun nampaknya Segi sekadar membiarkan alasan itu terbang ke luar tingkap tanpa rasa bersalah.

"Janganlah membebel..Aku kat kampung susah gila nak merokok..Nenek tak sudah-sudah membebel..Takkan kau pun sama,rimaslah camni,"Segi menunjukkan wajah meluat serta tidak puas dengan jelasnya. Dia mendengus kasar sebelum menghentak belakang badannya pada tempat duduk kereta.

Sempat si pemandu teksi mengerling ke belakang melalui cermin,bimbang jika ada sebarang kerosakkan sepanjang perjalanan dia menghantar kedua remaja kembar ini ke destinasi mereka.

"Hmm,mak suka lelaki yang merokok..,"perlahan sahaja ton suara Sehun berkata. Sengaja dia berkata sedemikian rupa.

Dengan tidak semena-mena,putung rokok yang dinyalakan tadi dilempar ke luar dari tingkap. Wajah Segi masam mencuka dengan bibirnya dicebik geram. Kini lengannya disilang dengan marah.

Sehun geli hati melihat tingkah laku adik kembarnya. Sudah dapat dilihat dengan jelas bahawa Segi betul-betul tidak suka pada mak mereka. Sebencinya pada ayah,benci lagi dia pada mak.

Sehun sendiri hampa dan kecewa dengan kedua orang bapanya apabila hubungan mereka mula goyah dan runtuh. Saat dia dan kembarnya semestinya mahukan perhatian kasih sayang daripada kedua mereka. Namun,benci dan marah Sehun tidaklah sedalam rasa kembarnya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 5: Wahh kak aisyah!!! Another fanfics???? Semua ff kak aisyah memang jjang! Hahhaha >_<
tyhah_nad #2
Chapter 5: Hahahaha amboi kai..kaimazing sgt XD
chicchacchoc #3
Chapter 4: unnie jang!fanfic ni best sangat! saya suke watak Segi ke Sehun ahaha Segi yang menyamar jadi Sehun!
please update unnie! saya tak sabar nak bce next chapter <3
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 3: Wahahahahaha ~ interesting nyaaa ~ ><
VIXXVIPBABY
#5
Chapter 2: Teruskan usaha anda!
Fighting!!
^^