three

Mr.Doppelganger

"Segi,ayah nak kau ke California"

Air jus yang disedut tadi kini tersembur merencik tepat pada wajah Oh Sehun yang memejamkan matanya dengan rapat disertai sebuah senyuman janggal. Tangannya perlahan-lahan mencapai tisu di dalam kotak atas meja lalu dikesat wajahnya.

"Hyung..Maaf,"dihujungnya,Oh Segi terbatuk-batuk dengan tangan kanan meletakkan gelas di atas meja manakala tangan kirinya mengusap dada yang perit.

p/s:mak ayah abang ditukar pd panggilan dlm korea ya

"Takpe..Takpe,"Sehun membetulkan duduknya. 

Segi menyeka bawah bibirnya kemudian menggaru belakang kepalanya yang mula terasa gatal. Mukanya menunjukkan riak tidak puas hati.

"Aku tak nak pergi sana..Aku tak nak jumpa perempuan tu,"Segi mendengus dengan bibir dicebik. Memprotesnya.

"Come on,dah berbelas tahun kau tak jumpa omma..Tak rindu dia?,"apabila Sehun berkata begitu,Segi menjulingkan matanya keatas dengan keluhan kasar meluat.

"Rindu? Tolonglah..Buat apa nak rindukan orang yang buang kita,"dia mengerutkan riak wajah lalu mengerling kearah abang kembarnya yang sekadar tergeleng melihat gelagatnya.

"Takkan kau sedikit tak marah dekat dia? Kau ni baik ke bodoh?"

Sehun mengangkat kedua belah bahunya.

"Aku tahu..Hyung..Kau ni alien..Tak normal,tak ada deria kemarahan agaknya,"Segi mencebikkan bibirnya dengan tangan disilang pada dada. Sehun terjongket kening kerana dirinya digelar alien oleh Segi. Jika dia alien,dialah alien paling kacak yang ada di semesta alam ini.

"Tapi abeoji dah beritahu omma,kau akan ke California isnin ni..Dah siap tempah tiket penerbangan..Takkan kau tak nak pergi..Pembaziranlah..,"pujuk Sehun dengan nada suara yang tenang. Tidak begitu mendesak.

Segi berkeras,dia tetap tidak mahu pergi. Dia tidak kisah dengan pembaziran yang berlaku disebabkan oleh hatinya yang sudah panas dan meledak-ledak naik angin. Dia sungguh tidak sangka,abeoji menyuruhnya pulang ke Seoul semata-mata untuk menghantarnya ke California untuk bersama perempuan yang paling dibencinya itu.

"Aku tak nak pergi..Kalau ni rupanya yang terjadi..Baik aku balik ke Jeju semula,"Segi bingkas berdiri dari sofa. Sehun mula cuak,takkan kembarnya itu betul-betul mahu lari dari sini sekarang juga.

"Janganlah pergi..Nanti abeoji marah aku..Cakap aku tak jaga kau elok-elok sampai kau lari lagi"

"Tolonglah..Abeoji marah kau?,"Segi memasang wajah tidak percaya. Semestinya itu penipuan paling tak bernas kerana semua tahu abeoji begitu menyayangi Sehun. Lagi-lagi Segi,dialah paling tahu akan kenyataan tersebut. Segi fikir,hanya halmeoni insan yang betul-betul serta tulus menyayangi dia. Manusia lain,tiada. Penipu belaka.

"Segi,kau tak tahu..Bukannya kau ada dekat sini selama ni..Abeoji pun manusia biasa.."

"Habis..Kau nak aku buat apa? Aku memang tak nak pergi jumpa perempuan tu,kenapa takde orang nak faham? Bukan benda susah sangat pun..Kalau aku jumpa dia aku boleh beri keamanan pada dunia atau apa?"

Sehun mendiamkan diri. Memanglah bukan boleh beri keamanan pada dunia,tetapi akan menyumbang kebahagiaan pada keluarga Oh. Apalah motif perkahwinan semula orang tua mereka untuk tinggal bersama semula jika hubungan mereka berempat tidak berbaik.

"Aku ada idea..Supaya aku tak dimarahi abeoji..Dan kau tak payah jumpa omma..Kita tukar tempat..Kau jadi aku..Aku jadi kau,"Sehun memberi idea yang contohnya spontan keluar dari otaknya. Walhal sudah dirancang sejak azali.

"Apa?,"Segi kelihatan tercengang.

"Aku jadi Oh Segi..Aku pergi jumpa omma..Kau jadi Oh Sehun,tinggal dengan abeoji..Segalanya tenteram,kan?"

"Aku tak nak!,"bentak Segi.

"Kalau macam tu,silalah ke California dua hari dari sekarang,"Sehun membaca reaksi Segi yang mula mahu turut serta dalam rancangan hebatnya itu.

Segi menarik nafas panjang dengan berat serta sukar. Dia sendiri tidak begitu yakin dengan idea kembarnya tersebut. Bolehkah mereka bertukar tempat?.

"Okaylah..Kalau abeoji marah aku..Aku guna nama kau"

"Deal,mulai hari ni..Aku Oh Segi,kau Oh Sehun"

 


 

Pada pagi yang tenteram itu dengan burung berkicauan di atas langit berterbangan yang kelihatan seperti ombak di laut kelihatan seperti taman neraka di mata Kai. Sungguh dia kecut perut sehingga peluh tidak sudah-sudah menitis di pipinya. Sejak dua hari lepas dia tak cukup tidur. Bukan kerana dia telah jatuh cinta,tetapi kerana dia sudah tersungkur masuk ke lubang neraka. Lubang neraka bernama rancangan bangang abadi milik Oh Sehun.

Sudah semestinya dia cuak,gementar serta ketakutan. Dia akan hidup sebagai kawan kepada Oh Segi,kembar rakan baiknya yang sudah bertukar identiti sebagai Oh Sehun. Sudahlah dia perlu berlakon tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Bolehkah dia melayan Oh Segi seperti dia melayan Oh Sehun selama ini?.

Sumpah Kai gerun.

Kai yang dibelenggu kerisauan itu terkejut apabila bunyi pintu pagar rumah didengarnya. Dia terkebil-kebil melihat Oh Segi,atau sepatutnya dipanggil Oh Sehun. Wajah mereka sememangnya sama. Sangat sama,cuma lelaki dihadapannya ini kelihatan agak kurus berbanding rakannya.

"You can do it,Kai..Jangan gentar..Kau boleh buat,kalau tak apa guna kau dapat jadi johan pertandingan drama sewaktu tadika dulu?,"bisik Kai sendiri,memberi kata-kata semangat sebelum dia mahu menyapa doppelganger Oh Sehun.

"Yo,dude!,"dengan wajah setenang boleh Kai menegur. Kebiasaannya dia akan menepuk-nepuk bahu Sehun,namun sekarang ini dia tidak berani. Manalah tahu lelaki itu akan menarik lengannya sehingga tercabut seperti anak patung barbie milik kawan perempuannya sewaktu kecil-kecil dulu yang pernah dicabut olehnya. Alamak,pecah rahsia Kai pernah main anak patung barbie sewaktu dulu.

Segi terkebil-kebil. Okay,siapakah lelaki yang berkulit seperti model minyak wangi Calvin Klein ini? Rupanya boleh tahan kacak dan dia kelihatan seksi,dia kelihatan seksi sekarang kerana mukanya kebasahan. Segi tidak pasti samaada lelaki tersebut baru lepas mandi ataupun dia sengaja simbah air atas kepala supaya kelihatan seperti penari bogel lelaki,kah!.

"...Kai?...Hahaha,hey,"Segi menepuk-nepuk belakang badan Kai dengan penuh mesra walaupun dia tidak pernah berbual dengan lelaki itu sebelum ini. Cuma dia baru teringat,dia pernah cederakan lelaki tersebut sehingga dia menangis keluar hingus. Itu pun guna mainan aja. Tak tahan lasak betul,apa Segi pasti,Kai lemah dan kurang imunisasi.

Hampir pengsan Kai kerana Segi baru aja menyentuhnya,dia berharap hidupnya selamat serta fizikalnya tidak tercedera selama Segi bertukar identiti sebagai rakan baiknya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 5: Wahh kak aisyah!!! Another fanfics???? Semua ff kak aisyah memang jjang! Hahhaha >_<
tyhah_nad #2
Chapter 5: Hahahaha amboi kai..kaimazing sgt XD
chicchacchoc #3
Chapter 4: unnie jang!fanfic ni best sangat! saya suke watak Segi ke Sehun ahaha Segi yang menyamar jadi Sehun!
please update unnie! saya tak sabar nak bce next chapter <3
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 3: Wahahahahaha ~ interesting nyaaa ~ ><
VIXXVIPBABY
#5
Chapter 2: Teruskan usaha anda!
Fighting!!
^^