five

Mr.Doppelganger

Gila. Gila,memang gila. Segi tak pernah sangka dia akan pergi date dengan girlfriend abang kembarnya sendiri. Dia boleh tahu minah depan dia ini begitu cinta bagai nak rak dekat abangnya yang oh-sempurna-nya itu. Mestilah dia cinta bagai nak rak serta almari meja dan kerusi. Segi akan fikir mana-mana perempuan yang tak fikir begitu memanipulasikan diri sendiri jika diorang tak.

"Espresso?,"soal Eunah dengan kening terangkat tinggi sebelum memandang wajah Segi dengan penuh teruja. Segi masih menanti sewaktu Eunah menjerit apabila menjumpai perbezaan pada wajahnya dek gadis itu terlalu tekun menatap setiap garis wajahnya. Takkan dia tak perasan sedikit pun perbezaan antara wajah ini dengan wajah Oh Sehun?.  Segi fikir,Eunah ini slow ataupun bodoh.

"Huh?,"Segi tercengang. Ah,abangnya minum Espresso. Mengapa begitu banyak perbezaan antaranya dan juga abang kembarnya? Harap muka aja sama,segalanya berbeza. Segi tersengih janggal.

"Tukar selera,Latte?,"dahinya diangkat. Sumpah Segi tak pernah tahu apa rasa kopi. Yang pastinya pahit. Kawannya ada cakap,yang kureng minat kopi boleh try Latte kalau tak nak mati tercekik kepahitan.

"Latte? Okay"

Apabila minuman serta kek yang diingini sudah berada di dulang dibawa Segi,mereka berdua ke meja yang kosong,sedikit jauh daripada pelanggan yang lain. 

Segi akan kenakan Sehun cukup-cukup nanti kerana babitkan dia dalam situasi sebegini. Ini jauh daripada apa yang disangkakan. Apa-apa pun,kek keju yang terhidang seksi diatas meja membuatkan Segi hilang fokus pada Eunah yang masih ralit memerhatinya.

Hirisan kecil kek keju dengan garfu tersebut dimasukkan ke dalam mulut dengan bahagia. Segi tersenyum lebar dengan mata bercahaya. Ah,kek keju. Memang sedap!. Segi bagaikan berada di langit berselimutkan awan serta berbantalkan bayu. Namun wajahnya ditenangkan serta ekspresi wajah sebenarnya dimanipulasikan.

"Sejak bila awak berminat makan kek? Selalunya awak mengelak dari masuk kedai kek,bakeri...Kedai aiskrim,"Eunah menyedut minumannya dengan mata masih memerhati Segi yang terkebil-kebil ligat cuba memberi alasan.

Segi terdiam sendiri. Orang cakap,tak manly makan-makan benda yang dimention Eunah tadi. Siapa yang cakap,Segi tak pasti. Namun hati dia cukup terhiris dek ayat tersebut kerana dia penggemar manisan. Sweet tooth ke apa entah orang barat cakap.

"Ha..Ha..haha,perempuan kan suka makan benda manis..,"cewah,sejak bila Segi kisah fasal perempuan? Selama ini semuanya lantak kau lah. Oh,Segi terlupa,nenek suka makan pau kacang merah takpun rice cake. Sebab itu dia tahu perempuan memang suka benda manis. Tapi kena awasi jugak sebab nenek ada kencing manis. Selain tu,kawan dia selalu curi baca majalah perempuan,konon mahu memahami isi hati mereka,jadi dari situ Segi tahu perempuan suka makan benda manis.

"Jadi..,"matanya mengerling ke kiri dan kanan. "Apa salahnya sekali-sekala korbankan deria rasa untuk awak?,"waktu itu entah dari mana terasa kilat sambar menyambar dari langit terkena kepala Segi sehingga terbakar garing dirinya serta terpacak-pacak rambut ke udara. Dia telah menggunakan istilah kata ganti nama 'saya,awak' yang tidak pernah digunanya pada perempuan. Dia juga bercakap dengan penuh manis dengan seorang perempuan. Korbankan deria rasa untuk awak? Seriously,Segi hampir mati tercekik dengan ayatnya sendiri.

Eunah tersipu-sipu mendengar ungkapan tersebut. Dia tidak pernah sangka kekasih hatinya itu boleh berubah sebegini,sejak bila? Eunah rasa bahagia kerana dapat menikmati manisan bersama teman lelakinya ini yang tidak pernah mahu merasai makanan sebegitu. Lelaki mungkin tak faham,namun perkara sebegini membuat hati perempuan berdebar laju macam jantung itu sertai acara marathon. Ya,perkara yang membuatkan lelaki itu berubah demi perempuan tersebut.

Jika itu dianggap oleh Eunah,dia silap. Segi sememangnya seorang yang suka makan benda manis,sekali lagi diulang,entah kali keberapa. Dia juga berbuat sebegini supaya teman wanita abangnya tidak membenci dirinya yang sekarang ini menjadi Sehun. Dia tidak mahu menjadi sumber utama pergaduhan pasangan tersebut,hanya kerana Segi berkelakuan seperti babi yang naik sawan dan membuatkan gadis itu terluka lalu memutuskan hubungan.

Di sebalik pasu besar yang entah apa fungsinya di luar kafe tersebut,Kai sedang menjadi penghendap sepert spy filem tamil yang tidak gagal dalam memfokuskan mata pada dua manusia yang sedang menikmati date di petang hari tersebut. Tak,hanya salah seorang mereka sahaja menikmati date tersebut,seorang lagi sekadar menikmati kek.

Apa dia buat disitu? Dia sedang menulis laporan untuk rakan baiknya. Semuanya dicatat dalam note di dalam telefon pintar miliknya bersungguh-sungguh.

 

Hari pertama Segi menjadi Sehun.

Date di kafe,Segi kelihatannya boleh menerima Eunah sebagai teman wanita kau,wahai Oh Sehun. Mungkin sebab itu dia layan Eunah seperti manusia dan bukan seperti dia singa dan Eunah itu kucing yang dibenci sejak azali. Eunah pun nampak tak sedar akan pertukaran identiti yang hebat ini. Aku sarankan,Segi digemukkan sedikit supaya nampak lebih realistik macam kau,tapi dia memang dah real. Nanti aku ajak dia makan burger tempat kita biasa lepak. Mungkin aku perlu suruh dia pakai produk kecantikkan supaya kulit dia putih siot macam kau.

Sekian,laporan terpantas dan terhebat dari Kaimazing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 5: Wahh kak aisyah!!! Another fanfics???? Semua ff kak aisyah memang jjang! Hahhaha >_<
tyhah_nad #2
Chapter 5: Hahahaha amboi kai..kaimazing sgt XD
chicchacchoc #3
Chapter 4: unnie jang!fanfic ni best sangat! saya suke watak Segi ke Sehun ahaha Segi yang menyamar jadi Sehun!
please update unnie! saya tak sabar nak bce next chapter <3
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 3: Wahahahahaha ~ interesting nyaaa ~ ><
VIXXVIPBABY
#5
Chapter 2: Teruskan usaha anda!
Fighting!!
^^