Zombie

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

Malam menjelma seperti biasa. Dan pada malam itu juga Seul mendapat panggilan dari Taehyung.

“Hello?” Seul menjawab selepas beberapa deringan. Taehyung pula di sisi lain tak dapat nak kawal diri betapa seronoknya dia selepas mendengar suara Seul.

“Awak buat apa sekarang?” tanya Taehyung.

“Um…” Seul baru sahaja selesai mandi. Dan sekarang dia sedang berdiri di hadapan cermin dengan berbalut tuala di badan, bersedia untuk menyarung baju tidurnya. “Tak buat apa pun.”

“Boleh keluar?”

Seul tersengih. “Kenapa? Ada apa?”

“Datang rumah saya.” Jawab Taehyung dengan nada galak.

“Saya nak pakai baju apa?” Tanya Seul lagi, duduk di birai katil.

“Pakai ajelah baju apa pun.” Balas Taehyung ringkas.  “Kita duduk dalam rumah je, tak pergi mana pun.”

“Okay.”

“Saya tunggu awak depan rumah. Cepat sikit tau!” Kata Taehyung lalu mematikan talian.

Seul bersiap-siap sebaik sahaja selesai bercakap telefon. Dia menuruni anak tangga. Kelihatan teman serumahnya baru sahaja pulang dari kerja sedang bersantai di ruang tamu sambil membaca majalah. Lalu dia menghampiri dan duduk di sebelah kawannya di sofa.

“Hai, Nina…tengah buat apa?” Nina tidak membalas apa-apa. Seul masih tak mahu mengalah. “Hello…aku tanya ni. Kau tengah buat apa? Baru balik kerja eh?”

Nina melontar pandangan pada Seul. “Aku tengah goreng cekodok sambil bedah pesakit. Weh kau ni tanya soalan bodoh gila. Dahlah. Jangan kacau aku.” Nina menolak Seul, membuatkan gadis itu mencebik.

“Eleh, orang tanya sikit pun nak marah.” Nina masih lagi tidak menghiraukan Seul. “Woi, aku nak keluar ni. Kau jaga rumah eh. Nanti aku baliklah.”

“Kau nak pergi mana?” Tanya Nina, tanpa melihat muka Seul.

“Keluarlah. Kau sibuk kenapa? Goreng cekodok tu sampai habis, nanti pesakit kau lapar.” Saja Seul bertindak sarkastik.

“Eleh. Pergilah sana. Syuhh!”

 

Seul melangkah keluar dari rumah, berjalan sendirian menuju ke rumah Taehyung. Beberapa minit kemudian dia tiba di kawasan perumahan Taehyung. Kelihatan Taehyung yang sedang duduk mencangkung di depan pintu rumahnya sambil bermain telefon.

“Tae…” Seul memanggil dengan nada yang mendatar dan perlahan.

Taehyung mendongak lalu tersenyum lebar. “Awak lambat.” Lalu dia mengangkat tangannya di depan Seul. Seul menarik tangan Taehyung untuk berdiri semula.

“Saya baru lepas mandi semasa awak call tadi.” Kata Seul. Dia menolak rambutnya yang lembab itu ke belakang.

“Oh, rambut awak basah!” Kata Taehyung. Dia mengusap lembut kepala Seul, “Awak jangan demam tau.”

“Saya okay.” Balas Seul, dengan lembut menarik tangan Taehyung dari kepalanya. “Kita nak buat apa dekat rumah awak?”

“Rahsia.” Taehyung tersenyum sinis. “Masuklah.”

“Mama dengan Papa ada?” Tanya Seul, risau juga kalau diapa-apakan Taehyung. Manalah tahu, lelaki kan?

“Baru keluar sekali dengan Taehee dan Taejin. Awak jangan risau lah. Saya tak buat apa-apa pun dekat awak. Janji!” Taehyung mengangkat tapak tangannya, bersumpah.

Seul melangkah masuk. Tuan rumah pula ditinggalkan di belakang. Taehyung memerhati bahagian belakang Seul. Hoodie yang dipakainya terangkat sedikit . Terpampang sedikit bahagian pinggangnya. Dia menghampiri Seul. Laju tangannya menarik turun baju Seul, menutup bahagian yang terdedah itu tadi.

Seul memberhentikan langkahnya laju menoleh memandang Taehyung. “Awak buat apa tadi?” Taehyung menggeleng. “Tak ada apa…” Lantas dia menarik Seul masuk ke dalam biliknya.

“Saya ada download game baru. Jungkook yang tolong suggest.”  Kata Taehyung, menghempaskan bontotnya di atas katil.

“Game apa?”

“Resident Evil. Game zombie.” Jawab Taehyung. Seul dah mula gelisah. Dengan perlahan dia duduk di sebelah Taehyung. Dari kecil lagi dia memang tak sukakan benda-benda yang seram ni terutama sekali zombie. Dahla hodoh bising pula tu. Eeee.

“Jom kita lawan.” Taehyung membuka game yang disebutnya tadi lalu memadamkan lampu biliknya. Gelap gelita, Seul lagi bertambah takut. Bantal-bantal yang ada di atas katil dipeluknya erat.

“Nah.” Taehyung memberi satu game controller kepada Seul. “Tekan ni untuk jalan, ni untuk tembak, ni untuk lari.”

Menggigil-gigil tangan Seul untuk mengambil controller tersebut. Taehyung beralih kepada komputernya lalu membesarkan volume. Mulalah kedengaran suara zombie-zombie tu.  Seul menelan air liur, terbayang kembali ketika dia digempar oleh adiknya dengan wajah zombie gemuk yang pegang gergaji elektrik dengan bunyi yang menyeramkan tu. Eeeee!!

Mereka memulakan permainan. Sepanjang permainan Seul tidak senang duduk, bila keluar saja muka zombie tu mesti dia menjerit. Baru Taehyung tahu, Seul penakut hantu rupanya.

Taehyung hanya ketawa sepanjang permainan. Tiba-tiba si zombie gemuk dengan gergaji elektrik tu muncul depan skrin. BETUL BETUL DEPAN MUKA SEUL. Apa lagi, menjerit lalu dilemparnya controller tu pada Taehyung. Mukanya ditekup dengan bantal. Taehyung ketawa lagi.

“Seul, cepatlah jalan ke depan tu. Kalau awak berhenti nanti zombie gemuk ni makan kita. Cepatlah awak, game je pun.” Seul tidak menghiraukan Taehyung.

“Seul. Cepat!” Taehyung cuba untuk memberikan controller itu semula kepada Seul tetapi ditepisnya.

“TAKNAK!” jerit Seul.

“Seul! Cepatlah!!!”

“TAKNAK TAKNAK TAKNAK!!!!!”

“Seul, tengok tu zombie tu datang dekat lagi. Seul dengar tak dia buat bunyi tu.”

Seul mula membuat bunyi pelik-pelik supaya dia tak dengar suara zombie tu. Taehyung ketawa mengekek.

“Seul, tengok dia datang lagi dekat. Seul dia bawa gergaji!! Dia nak makan kitaaaaa!!! Eyahhhh!!!”

Dalam hati mahu saja dia tending-tendang, pijak-pijak Taehyung sebab main game ni lepastu buat ulasan lagi. Hish!

“Alah, dia makan kita awak. Tengok. Dah game over.” Taehy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!