Oops!

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

"Kenapa awak tak balik lagi? Dah lewat ni?" Kata Min sambil membelek jam tangannya. Jimin tidak membalas apa-apa dengan pertanyaan Min, cuma memandangnya yang tengah sibuk menulis sesuatu. Min mendongak, memandang Jimin di depannya. Mata bertentang mata. Dah kenapa mamat ni pandang aku macam ni. Aku bukannya bogel pun kat sini. Jimin tiba-tiba tersenyum. Nak cover la tu sebab dah kantoi. Min membalas senyumannya. Nasib baik handsome. Bila senyum nampak lesung pipit kat pipi kanan, mata sepet. 

Pintu dapur terbuka. Ada seorang perempuan muncul berdiri di hadapan Min. "Cik, I nak minta balik awal please. Anak I demam la. Sorry sangat-sangat I tak sempat nak habiskan cuci pinggan." 

Min mengangguk-angguk, tekejut tiba-tiba sahaja pekerjanya minta balik awal.  “Pergilah, biar saya uruskan yang lain. Lagipun dah nak habis waktu kerja ni.”

“Tapi dekat dalam ada pinggan tak basuh lagi. Banyak.” Kata pekerjanya.

“Tak apa, biar saya buat. Awak pergi dekat anak awak okay. Kesihatan lagi penting.” Kata Min.

“Cik, terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu ye.” Wanita itu menanggalkan apron lalu diserah kepada Min.

Min mengeluh. “Basuh pinggan pula.” Dia menggeleng-gelengkan kepalanya lalu berjalan masuk ke dalam dapur. Jimin menyusur.

Min berdiri di hadapan sinki, memandang pinggan-pinggan yang menggunung di dalam sinki. Dalam hidup dia, kerja-kerja rumah ni petik jari je kecuali kalau disuruh lipat kain dengan cuci pinggan. Memang blacklist terus. Paling tak suka sebab makan masa nak habis.

“Awak menung apa? Tu pinggan kenapa tak basuh lagi?” Jimin mengembalikan Min ke alam realiti semula.

“Saya tak sukalah basuh pinggan ni.” Rungut Min lalu menyarung sarung tangan getah dan membuka paip air, membasahi pinggan-pinggan tersebut.

Jimin ketawa, lalu menarik keluar sarung getah itu dari tangan Min, disarung ke tangan sendiri. “Kalau tak suka kenapa awak biar dia balik tadi?”

“Anak dia kan demam. Eh, awak buat apa ni, tepilah biar saya basuh.” Min cuba merampas semula sarung getah tetapi Jimin memercikkan air ke mukanya. “Biar saya tolong awak, awak kan letih. Saya basuh awak lap okay?”

Min terdiam dalam hati melompat gembira ada hero datang tolong.

Sesi mencuci pinggan bermula. Satu demi satu pinggan dicuci Jimin lalu diberikan kepada Min untuk mengeringkannya dengan tuala. Suasana diam menyepi. Tiada siapa di dalam dapur melainkan mereka berdua sahaja. Pekerjanya yang lain mungkin di luar sedang mengemas sebelum pulang.

“Emm, Hyemin.” Jimin memecahkan suasana sunyi sepi tadi. “Saya dengar cerita awak ni kawan baik Taehyung, betul?”

“Yup. Kami kawan dari kecil lagi. Tak sangka masa berlalu dengan cepat, Taehyung dah pun berpunya.” Balas Min.

“Awak sukakan Taehyung ke?” Tanya Jimin tiba-tiba.

“Saya dengan dia tu? Lelaki tak guna tu?” Terus terbahak-bahak dia ketawa. “Takkan sesekali.”

“Lepastu cara awak cakap yang dia dah berpunya tu macam sedih je.”

“Bukan sedihlah, saya cuma…tak tahulah nak explain macam mana. Taetae mana pernah bercinta tiba-tiba je dia bawa perempuan tu datang sini. Saya terkejut. Tapi, perempuan tu sesuai dengan dia.”

“Mama Kim yang perkenalkan Seul dekat dia. Sebelum tu kami semua dah jumpa dia dekat kedai makan. Tae keluar dengan dia pun mama Kim tak tahu. Dia kata nak surprise. Tapi haritu Seul pergi rumah dia. Tak tahulah apa jadi.”

“Sampai hati Taehyung berahsia dengan saya. Anyway, awak orang mana?”

“Busan.”

“Oh, Busan. Saya suka Busan, especially pantai dia. Cantik!” Hyemin menaikkan ibu jarinya kepada Jimin. Jimin tersenyum. “Pernah pergi sana?”

“Tak.” Dia menggeleng. “Awak? Mesti la awak pergi kan, awak orang sana. Apalah.”

“Dua kali je.” Jawab Jimin.

Hyemin terus berhenti lap pinggan, memandang Jimin seakan-akan tidak percaya. Duduk di Busan punya lama tapi dua kali je dia pergi pantai kat sana. Apa punya orang la.

“Awak ingat semua yang duduk Busan selalu sangat pergi pantai? Semua ada kerja sendiri la. Kalau awak nak tahu Busan la bandar yang paling sibuk sekali selain New York.” Jawab Jimin tenang.

“Wow, dahsyat!”

Suasana kembali sepi semula. Tiba-tiba pintu dapur dikuak. Dua tiga orang pekerjanya masuk. “Cik, kami balik dulu. Lantai dah mop, meja dan kerusi pun dah disusun.”

Min mengangguk-angguk. “Okay, okay. Baliklah. Terima kasih!” Katanya, dan kini tinggalah dia dan Jimin sahaja di kafe itu.

“Berapa umur awak?” Tanya Jimin.

“Saya? 19 tahun. Awak?”

“21.”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!