JOAH (I Like You)

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung berdiri di hadapan almari bajunya malam itu, buntu, tak tahu baju apa nak pakai untuk kelihatan segak bergaya di depan mata Seul. Selain dari itu, dia juga berasa gementar untuk perform di kafe depan Seul. Walaupun dah banyak kali buat persembahan di atas pentas, tetapi perasaannya kali ini tidak sama seperti dia bersama dengan peminat-peminatnya. 

Taehyung menyarung hoodie hitam dan skinny jeans. Selalunya dia memang mementingkan penampilannya apabila hendak keluar ke mana-mana tetapi harini tidak, makeup pun tidak. Dia mencapai cermin mata yang tidak bercermin itu dan snapback Superman untuk melengkapkan penampilannya.

Dia melihat jam di tangan, menunjukkan pukul 7.30. Telefon bimbit diperiksa banyak kali menanti panggilan atau pesanan ringkas dari Seul. Dia menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar dan berjalan turun ke bawah. Kasut disarung dengan cepat kemudian buat kali terakhir sebelum dia melangkah keluar dari rumah, dia memeriksa penampilannya di depan cermin.

"Oppa, tunggu!" jerit Taehee berlari terburu-buru ke pintu utama dan mengahampiri Taehyung yang dah bersedia untuk tutup pintu. "Oppa nak pergi mana?"

"Uh, Min jemput oppa pergi kafe dia buat show." Jawab Taehyung.

"Min? Go Hyemin? Dah lama tak jumpa dia. Oppa kejap tunggu sini jangan pergi mana-mana. 3 minit je Taehee naik atas ambil barang kejap." Sepantas kilat dia hilang ke bilik dan kembali semula dengan beg kertas. Dia menyerahkan beg itu kepada abangnya. "Tolong bagi dekat Min. Cakap dia Taehee rindu dia sangat-sangat. Ajak la dia datang rumah kita oppa." Taehyung hanya mampu tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Apa ni?"

"Nothing special. Scarf yang dikait sendiri oleh Kim Taehee." Taehyung mengangkat kening. "Alah! Nanti Taehee buatlah dekat oppa. Jangan risaulah, yang penting barang ni selamat sampai. Anyway, how's Min? Okay?"

"Okaylah kot." Taehyung mengangkat bahu. "Oppa pun baru call dia semalam."

"Okay, have fun. Jangan curang dengan Park Seul!" Taehyung membuat muka dan memulakan perjalanannya menuju ke kafe. 

Semasa dalam perjalanan ke kafe, telefon bimbitnya yang berada dalam keadaan silent mode tiba-tiba bergetar menandakan ada mesej baru masuk.

[Seul My Love <3]

Awak dekat mana? Saya dah sampai.

Laju saja jari-jemarinya membalas mesej tersebut. Dia berlari sepantas yang mungkin selepas memberitahu Seul bahawa dia masih dalam perjalanan menuju ke kafe. Selang beberapa saat telefonnya bergetar lagi.

[Seul My Love <3]

Tak apa, awak jalan perlahan-lahan. Saya tak kisah yang penting awak kena balas setiap mesej saya sehinggalah awak sampai di sini. Saya bosan :(

Taehyung memperlahankan langkahnya dan tersenyum lebar selepas membaca mesej tersebut. 

[Taehyung]

Okay :)

[Seul My Love <3]

So...lagu apa yang awak akan nyani malam ni?

[Taehyung]

Rahsia... :p

[Seul My Love <3]

Alah...why???

[Taehyung]

Tak ada sebab. Saya taknak awak berharap sangat. Lagipun persembahan saya malam ni biasa-biasa je.

[Seul My Love <3]

Saya tertanya-tanya macam mana suara awak bila menyanyi...

[Taehyung]

Kenapa tak tengok Youtube?

[Seul My Love <3]

Dengar live baru boleh nilai :)

Taehyung tersenyum lagi, berbunga-bunga hatinya. Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar apabila dia tiba di kafe milik kawan baiknya. Dari jauh dia memandang Seul yang sedang berdiri sambil mengetap bibir sendiri mungkin tengah tunggu reply dari Taehyung.

"Hi." Taehyung menghampirinya dengan senyuman. Dia menoleh ke arah Taehyung dengan muka yang kemerah-merahan. "Hi." balasnya lembut.

"Kenapa tak tunggu di dalam sini kan sejuk. Dah jom masuk." Kata Taehyung lalu mengenggam erat tangan Seul, masuk ke dalam kafe.

"TaeTae!" Satu suara yang cukup dikenali Taehyung memanggil. Taehyung menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Go Hyemin atau lebih dikenali sebagai Min, kawan baik kepada Taehyung dari kecil. Selalu sangat main bersama seperti permainan putera puteri dan mangsanya ialah Taehyung. Min berlari ke arah Taehyung lalu memeluknya dengan erat.

"Aku rindu kau bodoh!" ujar Min, melepaskan pelukan lalu menampar lengan Taehyung dengan kuat tanpa rasa bersalah. "Dah lama kita tak jumpa!"

"Semalam kan dah call." Taehyung ketawa, mengusap lembut kepala Min. "Nah, Taehee bagi." Taehyung menyerahkan beg kertas yang dikirim oleh adiknya kepada Min.

"Taehee bagi? Ingat lagi rupanya dia dekat aku. Heheh thankyou." Balas Min sambil mengintai-intai di belakang Taehyung. "Wahh, Kim Taehyung...dah matang." Min menghadiahkan senyuman manisnya kepada Seul yang berdiri kaku di belakang Taehyung.

"Hi, saya Go Hyemin. Panggil Min je." Min menghulurkan tangan untuk berjabat dan disambut lembut oleh Seul. "Park Seul." Katanya lalu membalas senyuman Min beserta dengan lesung pipitnya.

"Tae, dah ready nak perform?" Soal Min kepada Taehyung pula. Taehyung mengangguk dan mereka kemudiannya berjalan ke arah meja yang telah ditetapkan oleh Min.

"Cantik awek kau." Bisik Min perlahan kepada Taehyung.

"Mestilah. Baru sesuai dengan aku yang handsome lagi menawan ni. Kau nampak tak dia cantik aku handsome. Orang kata apa? Bagai pinang dibelah dua." Jawab Taehyung bangga lalu mendapat habuan oleh Min sebagai balasan. "Aduh, kau ni lelaki ke perempuan? Sejak bila jadi macam ni?" Sekali lagi dia ditampar.

"Aku suka la cara dia, lembut, baik, dahlah cantik, pandai bergaya juga."

"Body dia cantik." Kata Taehyung. Kali ini bukan saja ditampar malah ditolak sekali kepala Taehyung. "Kau jangan nak miang Kim Taehyung." Marah Min.

"Eleh, Min please lah aku dah kenal kau sejak baby tau. Aku tahulah kau macam mana. Takkan tiba-tiba aku cakap body dia lawa kau dah tukar angin berlagak baik dengan aku? Kau tak ingat dulu waktu kau crush kat siapa tu lelaki yang tinggi tu aku tak ingat nama dia, selalu sangat kau puji body dia lawa sampai tahap rasa nak jilat bar coklat dia. Aku sebagai lelaki, aku pun rasa terancam duduk dengan kau waktu tu."

"YAH! KIM TAEHYUNG KAU DAH GILA KE? Itu kisah lama kot, aku dah berubah la. Dah tak ada mana-mana lelaki pun dalam kamus hidup aku selain kau dengan papa aku." Min menjeling Taehyung.

"Wait, so kau dengan..."

"We have nothing. Nanti la aku cerita. Anyway Tae, kau makin handsome sekarang."

"Hmm, Kim Taehyung mana pernah tak handsome." Taehyung mengekek. "Same goes to you. Rambut pun dah purple."

"This is my style. Dah, lagi 2 minit turn kau. Get ready. Oh, lagu apa kau nak nyanyi?"

"Jay Park Joah." Balas Taehyung, memandang ke arah Seul yang sedang duduk di meja memerhatikannya dengan Min dari jauh.

"Kau nyanyi untuk dia kan?" Min mencucuk pinggang Taehyung berkali-kali. "Diam lah." Kata Taehyung lalu menepis tangan Min dari pinggangnya. Dia memandang Seul sekali lagi sebelum naik ke atas pentas.

Para pelanggan yang ada di kafe mula bertepuk tangan apabila Taehyung naik ke atas pentas dengan gitar yang dipinjam dari Min. "Hi, saya akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Joah oleh Jay Park." Taehyung mula memetik gitar.

"Oh baby, I like you so much that you're driving me crazy. Just thinking about you makes me feel good. Makes me feel good. Makes me feel good na na na na na. This feeling, only you can make have this feeling. I want to feel it till I die. Stay next to me, I can take care of you, I can take care of you."

Seul memandang Taehyung tanpa berkedip. Nafasnya terasa sesak, terasa sukar untuk bernafas, jantungnya terasa seperti hendak melompat keluar. Taehyung meneruskan nyanyiannya sambil memandang ke dalam mata Seul.

"I will always look at only you. Without knowing, I just start laughing. Oh baby baby baby baby. I want to shout out loudly. I like you, I like everything about you. From your head to your toes. Even each of your small actions. I like it all, I like everything about you. If I'm with you, I'm happy. The more time passes, the more I like you. I need you. I pray that I can be with you everyday. I can live happily with only you."

Walaupun gementar, Taehyung berjaya menyanyikannya dengan baik, sempurna dan penuh perasaan. Dia juga berjaya menarik perhatian orang ramai dengan suaranya yang merdu itu.

"Ay girl, If I'm with you, each day feels so special. Stay with me forever and ever baby please. And girl, even if we're not meant to be. It's you without question. You know that I got you, you know that I love you. I'll always be with you baby."

Wajah Seul mula bertukar warna apabila Taehyung mendendangkan rangkap kedua lagu tersebut. Taehyung bersyukur sebab Seul tidak menyorokkan mukanya dengan rambut seperti mana yang dia selalu lakukan bila malu. Taehyung menundukkan wajahnya sambil menyanyikan rangkap yang terakhir.

"I don't ever want to be apart from you. Even when I'm looking at you, I already missing you. Always be by my side, my girl. I want you and I need you don't ever ever leave my side."

Seul tersenyum sambil memandang Taehyung. Tanpa pengetahuan Taehyung, Seul sebenarnya rakam suaranya dari mula sehingga akhir lagu.

"Thank you." Orang ramai mula bersorak dengan persembahan Taehyung. Disebabkan dia menyanyikan lagu tersebut dengan baik dan ikhlas, orang ramai dapat mendalami maksud lagu tersebut. Dia menyimpan gitar ke dalam sarungnya semula dan turun ke arah Seul dengan sekuntum bunga ros yang diambil di meja berdekatan.

"Untuk awak." Dia menyerahkan bunga ros itu dan disambut lembut oleh Seul. "Thanks." Ujar Seul perlahan.

Suasana sepi seketika antara Seul dan Taehyung. Hanya suara-suara pelanggan lain dan lagu jazz yang kedengaran di dalam kafe tersebut. Taehyung dan Seul saling berpandangan sesama sendiri.

"Sedap suara awak." Kata Seul lembut.

"Terima kasih." Balas Taehyung perlahan, segan. Dia berasa sangat malu selepas menyanyi di atas pentas tadi tambah-tambah bila ada Seul di depan mata. Lain rasanya apabila membuat persembahan di atas pentas dengan peminat berbanding di depan 'date'.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!