First Date

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

Taehyung berbaring beralaskan lengan tangan kanannya di bawah kepala. Nafas panjang dihela, lalu dihembus sedikit demi sedikit. Mata dipejamkan, cuba membayangi wajah gadis tadi. Tak sangka bila berdepan, lagi cantik orangnya. Lalu matanya dibuka perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling biliknya. Masih sama tiada yang berubah cuma semakin kemas dan bersih sahaja. Jam baru menunjukkan 7.40 p.m, tetapi Taehyung dah teruja, tak sabar-sabar nak jumpa dengan si bunga lagi. Dia bingkas bangun dari katil. Cepat-cepat dia mencapai tuala untuk bersiap sedia. 

"Mama, Tae nak keluar kejap." Jeritnya di hadapan pintu sambil mengeluarkan kasut berjenama 'Timberland' yang akan dipakainya nanti.

"Kamu nak pergi mana?" Soal Puan Kim yang baru keluar dari dapur dengan apron Hello Kitty yang masih belum ditanggalnya lagi. 

"Jumpa kawan." Jawab Taehyung pendek, selesai mengikat tali kasutnya. "Tae balik lambat sikit tau mama."

"Bawa berehat sama Taehyung. Baru sampai tadi pun kamu dah keluar dengan kawan-kawan kamu sekarang nak keluar lagi, esok nak keluar, lusa nak keluar. Keluar je yang kamu tahu. Kamu sebenarnya nak jumpa kawan ke girlfriend baru ni? Jangan nak buat perangai Kim Taehyung kalau mama dapat tahu kamu bercinta dengan orang lain selain dari perempuan yang mama tunjuk tu, siaplah!" 

"Alah mama jangan risaulah." Taehyung senyum, menampakkan barisan giginya. "Okaylah mama, Tae dah lambat. Bye!"

 

Taehyung berjalan di tengah-tengah bandar Daegu itu, menyusur ke arah restoran tadi. Kedengaran lagu-lagu Inggeris dan kemudian bertukar lagu berbahasa Korea bertingkah di sepanjang jalan itu. Di situ juga terdapat banyak stall-stall kecil yang menjual berbagai jenis barang antik, aksesori, dan sebagainya. Sudah beberapa lama dia meninggalkan Daegu, tak pernah pula dia terbayang bandar sunyi ini akan berubah meriah sebegini rupa.

Taehyung memberhentikan langkah apabila ternampak satu gerai kecil di hadapannya yang menjual pelbagai jenis bunga. Seorang wanita tua, si penjual bunga yang sedang menggubah bunga-bunga itu, perasan akan kehadiran Taehyung lalu tersenyum ke arahnya. Taehyung membalas senyuman wanita tua itu dengan ikhlas, manis dan menawan seperti mawar merah yang sedang digubah wanita tua itu. 

"Cu, nak beli bunga?" Soal wanita tua itu.

"Beli bunga?" Balasnya dengan mata yang terbeliak sedikit seperti terkejut. "Beli bunga? Dia suka ke kalau aku beli? Aku nak beli bunga apa? Arghh malunya beli bunga. Eww cheesy gila!" Meronta- ronta hati Taehyung.

"Buat kekasih?" Soal wanita tua itu lagi sambil membungkuskan sesuatu.

"Huh?" Taehyung kehilangan kata-kata. "Bu-bukan..." Ayatnya dipotong apabila wanita tua itu menyerahkan sejambak bunga mawar merah yang sudah cantik-cantik dibungkus kepada Taehyung.

"Bunga istimewa buat orang yang istimewa. Beri pada gadis yang kamu suka itu. Nenek akan doakan yang baik-baik untuk kamu berdua."

"Nenek, terima kasih banyak-banyak tapi bunga ni..."

"Ambil je nenek bagi percuma. Kalau kamu nak tahu, cucu nenek minat betul dengan kamu. Bilik dia penuh dengan poster-poster kumpulan kamu, BTS? Nama kamu V, betul?" Kata nenek tua itu.

"Ya, saya lah tu." Taehyung tersengih-sengih sambil mengurut belakang lehernya. 

"Awak artis?" Satu suara lembut mencelah, memotong perbualan antara Taehyung dan nenek tua itu.

Taehyung segera pusing ke belakang, memandang gadis di hadapannya yang kelihatan sangat cantik hanya dengan memakai jeans pendek dan blaus putih. Rambut perangnya yang panjang itu disisir ke belakang dengan rapi. Taehyung mula jadi tak keruan apabila tersedar bahawa gadis tersebut ialah dia, si bunga.

"Y-ya." Tergagap-gagap dia menjawab soalan gadis itu. Terlalu terkejut mungkin.

"Awak kenal nenek ni?" Soalnya lagi.

"Baru kenal tadi. Baik budaknya." Nenek tua itu mencelah lalu menepuk-nepuk bahu Taehyung. "Sesuai dengan kamu." Bisik nenek itu kepada Taehyung. 

Gadis itu tersenyum, senyuman yang manis dan sangat menawan membuatkan hatinya terbang di awangan. "Boleh mati aku kalau hari-hari macam ni." Sempat lagi dia bermonolog sendirian.

"Nenek itu jiran saya." Balas gadis itu. "At least saya rasa selamat sikit keluar dengan seseorang yang nenek kenal." Nenek itu menggelengkan kepalanya lalu berjalan ke gerainya semula, tinggalah mereka berdua berdiri keras di situ memandang sesama sendiri. Suasana tiba-tiba berubah sunyi sehinggalah gadis tadi memecahkan kesunyian itu dengan menunding jari ke arah bunga yang dipegang erat oleh Taehyung. 

"Untuk saya ke?" Soalnya, tersengih menunjukkan barisan giginya.

"Oh, ya. Nenek tadi bagi percuma sebab cucu dia minat kumpulan kami terutama sekali saya yang handsome ni." Dengan rasa sedikit malu, Taehyung memberikan bunga itu kepada gadis tersebut. Jari-jemari bersentuhan tanpa sengaja, membuatkan Taehyung berasa seperti terkena kejutan elektrik voltan tinggi.

"Thank you, V." Ujarnya lembut sambil tersenyum ke arah Taehyung. Terkebil-kebil Taehyung bila dipanggil V semasa bukan waktu kerjanya. Memang nama V itu jarang diguna terutama sekali dengan peminatnya. Macam tak ada guna je bagi nama stage tapi peminat tak panggil pun instead mereka guna nama sebenar idol. Bagi Taehyung itu tersangatlah pelik. "Panggil saya Taehyung. Siapa nama awak?"

Gadis itu membuat muka. "Saya tak suka nama saya." Omelnya. "Tapi tak apalah saya bagitahu awak. Sini." Dia membuat isyarat untuk Taehyung merendahkan badannya supaya mendapat ketinggian yang sama dengannya. "Nama saya Park Seul." Bisiknya tepat di wajah Taehyung. Hembusan nafasnya yang hangat terasa di wajah Taehyung. Mata Taehyung tertancap pada bibir kecilnya, terasa hendak melakukan sesuatu dengan bibir itu tetapi cepat-cepat membuang fikiran negatifnya jauh-jauh.

"Nama awak sesuai dengan awak kenapa awak tak suka?" Soal Taehyung pula, menegakkan badannya semula.

"Entah saya rasa nama tu pelik dan tak sesuai dengan diri saya. Orang lain pun cakap pelik, saya malu." Taehyung ketawa. 

"Seul, semua tu tak penting. Awak tak payah nak risau pasal nama awak tak sedaplah, tak sesuai dengan awaklah. Awak ialah awak. Sepatutnya awak bersyukur awak dilahirkan dan diberi nama dengan maksud yang baik. Kalau orang lain cakap nama awak pelik, saya Kim Taehyung, cakap nama awak itu sebenarnya cantik, lagi cantik dari nama orang lain. Lagipun kalau nama je sedap tapi perangai teruk pun takde gunanya wak~" 

Seul terdiam seketika. Dia merenung wajah Taehyung tanpa berkedip. Taehyung melambai-lambai tangannya di depan muka Seul untuk pastikan yang dia masih lagi hidup. "Awak tahu dulu saya selalu menangis bila orang cakap nama saya tak sedap. Tapi sekarang pun saya rasa nak menangis juga bila awak orang kedua lepas roomate saya cakap nama saya sedap." 

Taehyung ketawa kecil, dalam hati tak tahan rasanya nak peluk gadis kecil di hadapannya ini. "Apa-apa jelah sayang. Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi? Sekarang ni jangan nak rasa malu-malu dah untuk guna nama Park Seul tu, understand?" Seul mengangguk diselang dengan senyuman.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!