Hadiah

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

"Awak buat apa kat sini?" Soal Hyemin kepada lelaki di hadapannya. Lelaki tadi tersenyum lalu memberikan sehelai kertas bewarna oren kepada Min. 

Dear Hyemin yang ku sayangi,

Nah hadiah kau. Harap kau suka :)

                                                          Yang benar,

                                                    Taehyung yang handsome <3

Hyemin memandang lelaki di hadapannya. Hadiah aku? Jimin? Serious? Gila ke apa Taehyung ni??

"Cepatlah bersiap-siap, saya nak bawa awak keluar ni." Kata Jimin teruja.

Hyemin memandang Jimin dari atas sampai bawah. Beanie hitam, pakai spek yang takda cermin, jacket hitam baju kat dalam pun hitam, seluar jeans koyak sikit, kasut Air Jordan hitam.

Semua hitam, nak pergi berkabung ke apa? Tapi dia pakai spek la. Muka dia nampak lain. Lagi handsome!

Min memandang Jimin lalu berjalan masuk semula ke dalam rumah. 

"Boleh tahan juga muka boyfriend kau." Puji adiknya. "Dia bukan boyfriend aku la!" Balas Min geram. "Habistu dia siapa?" tanya adiknya, mengerutkan dahi. "Takda siapa-siapa." Balas Min sambil menyarungkan kasutnya dan beg lalu melangkah keluar meninggalkan adiknya dan Jimin. 

Jimin sempat menunduk hormat kepada adiknya sebelum mengejar Hyemin. "Awak dah sarapan?" tanya Jimin. Diam, tiada jawapan. "Min..." panggil Jimin. Masih diam. "Hyemin...Hyemin Hyemin Hyemin..." Jimin memanggil lagi. 

"Ya, Jimin?" 

"Oppa la." Jimin mengetuk kepala Hyemin. Aduh!

"Ya, Jimin oppa? Nak apa?" Kata Hyemin, geram.

"Dah sarapan?" Tanya Jimin. Hyemin menggeleng. "Oppa pun belum. Adakah ini jodoh?" Hyemin hanya diam, biarlah Jimin merepek sorang dia. 

 

"Jimin, kita nak pergi mana? Kalau taknak pergi mana saya nak pergi kafe." Kata Hyemin.

"Tch, orang cakap panggil oppa kan. Cik adik manis, tolong sedar sikit awak tu budak-budak lagi so please hormat orang yang lebih tua dari awak." Kata Jimin.

Hyemin menjeling. "Semua tu tak penting lah."

"Penting bagi saya." Jimin memetik jarinya tiga kali di depan muka Hyemin. "Listen, harini awak tak payah pergi kafe. Taehyung hantar saya untuk gembirakan awak harini. Saya tak tahu kenapa, sebab saya tak nampak awak sedih pun. So, please listen to me."

"Saya tak minta pun. Awak boleh balik buat kerja awak." Kata Hyemin, lalu berjalan meninggalkan Jimin di belakang.

"Eh, sombongnya. Semalam bukan main banyak cakap. Mood tiga suku betul minah ni." Jimin mengejar lalu menarik tangan Hyemin, masuk ke dalam sebuah restoran.

"Awak buat apa ni?" Tanya Hyemin terkejut. 

"Makan. Awak, saya, semua orang perlu makan untuk hidup." Kata Jimin. "Waiter!"

Pelayan restoran itu datang untuk mengambil pesanan. Semua makanan diorder oleh Jimin termasuk makanan yang akan Hyemin makan nanti.

"Kenapa awak ni gigih sangat nak buat apa yang Tae suruh? Kalau awak taknak, awak tak payah buat. Nanti saya tolong la cover awak." Kata Hyemin, menghirup air kosong yang sudah sedia ada di atas meja.

"Suka hatilah." Jawab Jimin lalu bermain dengan telefon bimbitnya.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. Hyemin mengangkat keningnya. Banyaknya dia ni order, makan ke pelahap ni?

"Jal meokkesseumnida!" Laung Jimin lalu memasukkan sudunya ke dalam mulut.

 

Setelah selesai menghabiskan sarapan pagi yang boleh dikatakan agak berat, Hyemin duduk berseorangan di kerusi menunggu Jimin membuat bayaran di kaunter. Sejujurnya, dalam diri tak rasa nak keluar rumah langsung. Dahla dari masa makan tadi sakit perut. Tah makanan apa yang Jimin pesan. Selepas selesai membuat bayaran, Hyemin bangun untuk keluar dari restoran tetapi ditarik oleh Jimin. Apa lagi?

"Umm...awak taknak pergi tandas ke?" Soal Jimin dengan nada resah gelisah.

"...Tak. Kenapa?" Hyemin menjawab dengan baik.

"Tak...ummm...awak tahu...umm...." Jimin mengerakkan kedua-dua tangannya seperti sedang menari tanpa mengikut rentak. Dia tahu Hyemin langsung tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan lalu dia menanggalkan jaketnya dan diikat di pinggang Hyemin. 

Hyemin bingung, cuba untuk membuka ikatan jaket itu dari pinggangnya tetapi dihalang oleh Jimin. 

"P-pakai." Jimin mengenggam tangan Hyemin. "Kita pergi toilet okay."

Hyemin memandang Jimin, masih lagi bingung.

"Ada darah dekat belakang baju awak." Bisik Jimin sambil memimpin Min ke toilet. Pada saat itulah, baru dia sedar bahawa dia sedang kebocoran. Tapi harini baru 26 haribulan. Cepatnya!

"Oh...Oh! Umm..." Hyemin berdiri kaku, malu dan tak tahu nak buat apa. Jimin membawa Hyemin masuk ke dalam tandas yang terdapat di dalam restoran tersebut. "Saya tunggu awak dekat sini. Take your time!"

"Tapi ni kan tandas perempuan. Awak mana boleh tunggu saya dalam ni." Kata Hyemin.

"Pergi cepat uruskan tu. Biar la saya tunggu di sini. Bak sini beg tu." Kata Jimin lalu mengambil beg yang tersangkut di bahu Min. 

"Eh kejaplah, saya tak ambil lagi benda tu." Nasib baik ada bawa, kalau tak habislah. Jimin la mangsa nak kena keluar beli benda tu. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam toilet.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!