Crush

Me&You
Please Subscribe to read the full chapter

Telefon bimbit diletakkan di atas meja sebelah katil. Taehyung berbaring dia atas katil dengan mata yang masih luas terbuka. Sekejap dia pusing ke kiri sekejap pusing ke kanan. Dia mengeluh lalu bangun dan duduk di atas katil, meletakkan selimut di tepi. "Macam mana aku nak tidur ni?" Wajah Seul masih lagi terbayang di mindanya. Comel sangat Seul sampai Taehyung jadi macam ni. Dia tersenyum sorang-sorang teringat balik scene Seul cium pipi kirinya sebelum masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan tapak tangannya di tempat yang dicium tadi, sekali lagi tersenyum seperti kera sumbang. 

"Aish, apa ni!" Ditampar-tampar pipi kirinya. Namun masih teringat kepada Seul. "Dia tengah buat apa agaknya?" Taehyung menyebamkan mukanya di bantal dan mengeluh, tak mampu mengawal perasaan gediknya yang sedang membuak-buak itu. "Kenapalah aku tak kiss dia tadi?" Tapak tangannya terasa seperti dicucuk bila teringatkan cara Seul mengenggam jari jemarinya. Jantungnya berdegup laju.

"Argh!" Dia mengerang, muka masih lagi ditutup dengan bantal. "Aku suka dia. Betul-betul suka dia. Argh, Kim Taehyung!!"

Dia berbaring semula dan cuba menutup mata untuk tidur tetapi tidak berjaya. Muka Seul dari tadi berlegar-legar di fikirannya. Taehyung paling suka dengan senyuman Seul yang beserta dengan lesung pipitnya yang dalam itu. "Kim Taehyung kenapa kau macam ni? Tidurlah wahai diriku, sekarang dah pukul 2 pagi."

 

"Kim Taehyung! Bangun!" Suara Puan Kim menusuk telinga Taehyung.

"Aish bising! Bising!" Dia menarik selimut menutupi separuh dari mukanya.

"Bangun Tae. Nanti bakal isteri kamu nak datang rumah kita." Bising Puan Kim lagi.

"Kacau betul mama ni. Tae tak puas tidur lagi." Rungut Taehyung.

"Mama dah cakap jangan main game sampai lewat malam, kan dah tak cukup tidur. Bangun sayang nanti mereka nak datang rumah. Kamu taknak ke bersiap handsome-handsome untuk bakal isteri kamu?"

"Bakal isteri?" Lantas dia bangun dan duduk di atas katil, menggosok matanya untuk mendapat penglihatan yang jelas. Puan Kim mengusap rambut depan Taehyung yang panjang itu ke belakang.

"Budak itulah. Bangun cepat pergi mandi, nanti mereka datang tengok anak mama masih mamai macam ni lagi." Ujar Puan Kim. "Budak tu? Park Seul ke?" bisik hatinya lalu mencapai tuala untuk mandi, takut-takut nanti Seul sampai tengok dia masih dalam keadaan selekeh, air liur basi yang melekat di pipi.

Selepas selesai mandi, Taehyung berdiri di hadapan cermin hanya dengan tuala di pinggangnya. Dia menguap sambil mengusap rambutnya yang basah itu ke belakang. "Baju apa aku nak pakai?" Setelah puas berfikir dia akhirnya mengenakan seluar skinny hitam yang koyak di lutut dan t-shirt putih kosong.

Sekali lagi dia memeriksa wajahnya di depan cermin. ", jerawat?! Aduh macam mana ni??" Taehyung mula gelisah. "Bila masa pula yang dia tumbuh dekat muka aku ni?" Dia menampar perlahan pipinya. "Takpe Tae, kau tetap handsome walaupun ada dua jerawat dekat pipi. Confident Kim Taehyung!" Dia membuat 'fighting' di hadapan cermin sebelum turun ke bawah.

"Selamat pagi, oppa." Tegur Kim Taehee, satu-satunya adik perempuan yang Taehyung ada. "Pakai segak-segak ni nak jumpa buah hati ke?" Sambungnya lagi sambil mengunyah bun coklat yang dihidang atas meja makan.

"Merepeklah. Mana Taejin?" Taehyung saja mengubah topik, tak mahu bercerita pasal cinta-cinta dengan adiknya sorang ni walaupun dia dah cukup umur. 

"Dalam bilik." Taehyung mengatur langkah ke bilik Taejin selepas mendengar jawapan Taehee. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik Taejin. "Kenapa tak siap lagi?" Tanya Taehyung kepada Taejin yang begitu asyik bermain game di komputer.

"Kenapa?" Soal Taejin balik.

"Kan kawan mama dan papa nak datang." Jawab Taehyung.

"Tak apalah. Taejin duduk dalam sajalah." Taejin cuba mengelak. Sebenarnya, sebelum Taehyung pulang ke Daegu, adik-adiknya sudahpun berjumpa dan berekenalan dengan keluarga Seul. Taejin pula tidak sukakan adik bongsu Seul yang suka berlagak besar, degil dan suka berebut-rebut game dengan Taejin macam budak kecil.

"Daripada duduk rumah melayan si gila tu baik aku pergi rumah Hyungseok. Selain dari main game, aku boleh makan. Hyungseok kan kuat makan!" bisik hati Taejin.

"Kesian mama penat-penat gosokkan baju, Taejin pula nak duduk dalam bilik." Ujar Taehyung, cuba memujuk adik bongsunya itu.

"Baju apa yang mama suruh pakai?" Selalunya, dia memang tidak suka baju-baju pilihan mamanya. Apa tidaknya, Puan Kim selalu menyangka yang fesyen zaman sekarang terutama sekali bila si Taejin nak bergaya seperti abangnya, Taehyung memang dibangkang sekeras-kerasnya oleh Puan Kim. Tak sesuai dengan Taejin katanya. Taejin selalu stress. Dah umur 15 pun masih dilayan seperti 5 tahun. Nasib anak bongsu.

Namun begitu, sebagai seorang anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa, Taejin akur dan terus membuka almari bajunya. Kelihatan tergantung kemeja bewarna biru siap dengan seluarnya.

"Hyung~ kenapalah mama suruh pakai baju ni?" rungut Taejin sambil membelek-belek kemeja itu. "Macam nerd kot!" Taehyung tersenyum memandang Taejin.

"Taejin nak pakai baju hyung?" soal Taehyung, kesian melihat adik bongsunya. 

"Serious hyung? Tapi nanti kalau mama marah?"

"Nanti hyung cakap dengan mama. Pergilah pilih nak pakai baju apa." Taejin tersenyum lebar lalu bergegas ke bilik Taehyung. Taehyung tersenyum lalu keluar dari bilik Taejin untuk mendapatkan mamanya. Belum sempat dia melangkah ke dapur, loceng rumah berbunyi. Park Seul dan keluarganya sudah sampai.

"Tae, tolong bukakan pintu. Mereka dah sampai tu." Taehyung memandang Taehee yang sedang sibuk bermain telefon. "Psst,Taehee..." Panggil Taehyung perlahan. Laju saja adiknya menoleh sambil mengangkat kening. "Nak buat apa ni?" soal Taehyung. "Buat apa?" tanya Taehee balik. "Mereka dah sampai..."

"Tae, kenapa tak buka pintu lagi?" Puan Kim bergegas ke muka pintu sambil membebel dekat Taehyung. Puan Kim menjemput keluarga bakal isteri Taehyung masuk ke dalam. Seul yang merupakan orang terakhir masuk, terhenti langkahnya apabila terlihat Taehyung yang sedang menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu lalu menghadiahkan senyuman petaknya kepada Seul.

"Taehyung?" Tegur Seul dengan mata yang membulat besar.

"H-hai..."

"Awak buat apa dekat sin

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
JIMINMABOY
Dududu DOUBLE THE UPDATE. YEAY!

Comments

You must be logged in to comment
Ayunie_98
#1
Chapter 8: seriously, sye dah jatuh cinta pandang pertama dkt fanfic ni. Jjang! :D Keep update again and again and again!
reddeubelbet #2
Chapter 8: banyak comment pasal hyemin and jimin cite ni pasal taetae tp xpe thornim saya tetap suka seultae couple sebab dorang mmg cute gila! hyemin and jimin pun ok...tapi saya lagi suka seultae :D
4dalienoppa
#3
Chapter 8: "Ada zombie pecah rumah. Jom buat report polis." HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHA MANGKUK AYUN PUNYA TAEHYUNG.

authornim cepat siapkan assignment awak pastu update next chapter tak sabar dah ni. Tak sabar nak tunggu apa jadi dengan seultae&hyeminjimin
jieun_sg #4
Keep update pleasee...really love your story..
Coco_Cherry #5
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
Coco_Cherry #6
Chapter 8: Sye suke ! sye suke ! Cute laa Jimin ngn Hyemin~ Entaa sye lgi ske bca dyorg pnye moment sbb cute and sweet sgt ! ^_^ Bt yg lgi sweet for next chap authornim ! *thumb up*
MeenHan
#7
Chapter 8: Haru!!!! aku tahu sangat rupa zombie gemuk tu. kau takut ann! Anyway updateeeeeeeeeeeeeeeee soon! Aku dah mula excited dengan kisah percintaan taehyung, jimin, bts <3 caiyok!
MeenHan
#8
you update like a wreckinggggggg balllll~~
SeKaikai #9
Chapter 7: comel gila bila ada part jimin dengan hyemin gaduh benda kecil sikit. jimin pergila couple dengan hyemin pastu buat dia happy tayang dekat jinho tak guna tu eee menyampah aku. aku cam boleh agak nanti jinho tu muncul depan hyemin lagi EEEE!!!!!!!!!
onlynamjoon #10
Chapter 7: IM SCREAMING SO CUTE SO CUTE SO CUUUUTEEEE!1!!!1!