002

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

WOOBIN memerhatikan saja kelakuan Jisoo yang sedang sibuk berpelukan dengan mama dan papanya. Adiknya itu memang seorang anak yang manja. Walaupun dia kini sudah berusia dua puluh tiga tahun yang juga merupakan seorang graduan salah sebuah universiti terkemuka di negara ini, dia masih lagi tidak mampu untuk berenggang dengan keluarganya. Mama pernah memberitahunya bahawa Jisoo akan pulang ke rumah mereka setiap minggu walaupun adiknya itu tinggal di hostel universitinya. Kadangkala risau juga Woobin kalau-kalau adiknya itu tidak tahan hidup berjauhan dengan mereka nanti. Latihan ketenteraan yang perlu gadis itu tempuhi bukannya sekejap, tempohnya lebih kurang enem bulan! Dan bukan setiap minggu Jisoo boleh pulang ke rumah memandangkan peraturan tentera yang agak ketat itu. Setahu Woobin, anggota tentera hanya dibenarkan pulang bila ada diberi cuti. Kadangkala jika ada ahli keluarga mereka yang meninggal pun mereka tidak boleh pulang untuk menyertai upacara pengkebumian kerana tertakluk dengan peraturan tentera. Semua ini dia tahu daripada salah seorang temannya yang kini merupakan seorang anggota tentera.

 

"Nanti kamu free kamu tulislah surat untuk papa dengan mama."ucap Encik Kim bersahaja sambil memeluk bahu anaknya yang sedang sibuk menghembus hingus pada sapu tangan. Baru lepas menangislah katakan. Dia menangis pun bukan sebab sengaja tetapi sebab dia sedih. Untuk temph enam bulan akan datang nanti dia tidak akan bersua muka dengan ahli keluarganya dan itu membuatkan dia berfikir sejenak... Bagaimana dia harus meneruskan kehidupan sehariannya tanpa menatap wajah-wajah mama, papa serta abang kesayangannya itu? Sudahlah segala jenis alat komunikasi diharamkan penggunaannya sepanjang tempoh latihan yang akan berlangsung selama enam bulan mulai esok. Jisoo sudah meraup mukanya sendiri. Habislah mental aku nanti...

 

"Yang itu papa dengan mama tak usah risau. Jisoo akan tulis surat..dan surat tu nanti Jisoo akan tulis sepanjang mungkin! Kalau boleh jaraknya sejauh dari rumah kita sampailah ke pangkalan tentera ini."

 

"Buat apa tulis surat panjang-panjang wahai adikku Jisoo? Membazir dakwat pen saja. Membazir itu amalan setan dan abang tak pernah ajar adik ni abang membazir."tiba-tiba saja Woobin mengadakan ceramah percuma khas untuk adiknya. Encik dan Puan Kim sudah tergelak mendengar kata-kata anak sulung mereka.

 

“Ala abang ni, suka hati Jisoo lah nak tulis surat sepanjang mana pun. Tulis panjang-panjanglah syok, barulah Jisoo dapat luah rasa rindu Jisoo dekat mama dan papa habis-habisan. Betul tak papa, mama?”

 

Kedua pasangan suami isteri itu tersenyum saja mendengar kata-kata anak bongsu mereka. Woobin sekadar tersengih. Seperti biasa, setiap kata yang keluar dari mulut adiknya pasti akan membuatkan hatinya tercuit sedikit.

 

“Habis dekat abang Jisoo tak nak tulis surat pulak?”

 

“Abang kan duduk di luar negara, kos nak pos surat tu pun dah mahal jadi Jisoo tak tulislah surat untuk abang. Lainlah kalau abang nak tulis surat untuk Jisoo. Tapi kalau difikir-fikir balik rasanya lebih baik Jisoo tulis surat cinta dan bagi dekat mana-mana askar yang handsome dari tulis surat untuk abang. Mana tahu kalau surat cinta Jisoo berbalas ke, dapatlah mama dengan papa bermenantukan askar.”

 

Woobin sudah ketawa. "Oh, patutlah adik beria-ria ajak abang pergi daftar nama tadi, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.. Hurmm... Ni mesti adik dah jatuh hati pada salah seorang kakitangan dekat sini, kan? Haa kantoi! Hahah!"

 

Jisoo sudah menutup pipinya yang mula kemerah-merahan. Ish, macam mana abang boleh tahu niat aku ni? Terus Jisoo mengalihkan pandangannya ke arah Encik dan Puan Kim. Papa dan mamanya sudah memandang ke arahnya sambil menggelengkan kepala namun masih kedengaran ketawa yang masih bersisa dari mereka. Agaknya mereka ketawa kerana tidak menyangka anak gadis mereka ini bersetuju menyertai tentera hanya kerana terjatuh hati kepada salah seorang pagawai tentera di sini.

 

"Mama, papa, tak payah percaya sangat cakap abang long tu. Dia buat lawak merapu dia saja tu."ujar Jisoo, cuba untuk coverline apa yang abangnya katakan tadi.

 

"Mama rasa takda salahnya kalau betul apa yang abang kamu ni merapukan tu. Kebetulan mama sekarang mengidam nak bermenantukan seorang tentera."

 

"OMG MAMA adakah itu tandanya Jisoo bakal bergelar kakak?"

 

"Apa yang kamu merepek ni Jisoo?"Puan Kim sudah mengerutkan dahi, tidak faham dengan apa yang anak bongsunya itu katakan. Woobin dan suaminya di sebelah sudah menekup mulut menahan tawa yang bakal meletus bila-bila masa saja.

 

Jisoo menggaru kepalanya yang tiba-tiba teras gatal. "Tadi mama cakap mama mengidam kan? Bukankah orang mengandung saja yang suka guna perkataan tu?"tanya gadis itu dengan lurus bendulnya. Bendul Jisoo ni datang kadang-kadang saja. Nasib baik bendulnya itu bukan datang setiap masa, kalau tidak jenuh pula ahli keluarganya bersoal jawab dengan dia. Yelah, orang bendul ni kan banyak soalan? Lol.

 

Puan Kim sudah menepuk dahinya perlahan. Tidak dia sangka Jisoo boleh menjadi sebendul ini. Sempat lagi dia menoleh ke arah suami dan anak sulungnya yang masih lagi cuba menahan tawa. Kelakar? Memang kelakar. Masakan wanita berumur lima puluhan sepertinya bisa hamil dan melahirkan anak lagi? Ya, memang ada wanita yang berusia sekitar umurnya mengandung tetapi hal sebegitu sangat jarang berlaku. Ia seperti keajaiban apabila nenek yang berumur hampir tujuh puluh tahun mengandung. Tapi keajaiban seperti itu tidak akan berlaku kepadanya kerana dia sudah lama menopause, atau dalam erti kata lainnya putus haid yang mana menghalang dia untuk hamil lagi.

 

"Aduh Jisoo. kamu hampir buat urat kentut papa terputus tadi. Mama kamu kan monopod, tak mungkinlah dia mengandung."

 

"Err papa, it's menopause...not monopod. Monopod tu something yang orang guna bila nak berselfie."tegur Woobin sambil cuba menampilkan riak wajah serius tetapi sebenarnya dalam hati dia sudah ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata papanya tadi. Jisoo dengan Puan Kim pula sibuk ketawa. Kelakar betul. Ada ke patut dia samakan aku dengan monopod?, bebel Puan Kim dalam hati. Alahai, sabar sajalah dapat suami macam ini.

 

Encik Kim yang tersedar dia tersalah cakap tadi sudah menyeringai. Dengan penuh machonya dia memandang Woobin sambil berkata, "Papa saja je cakap monopod sebab nak tahu kamu alert tak dengan apa yang papa nak sampaikan tadi."

 

"Tak payah nak coverlinelah papa. Kalau dah lupa cakap saja lupa."tukas Jisoo sambil menggelengkan kepala.

 

 

* * * * *

 

SELEPAS tamat sesi pendaftaran, Jisoo dan kadet-kadet yang lain dibawa ke asrama. Maka bermulalah perjalanan gadis itu bersama kadet-kadet wanita yang lain ke asrama y

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!