004

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

JISOO menampar pipinya sendiri berkali-kali sebaik sahaja dia memasuki bilik air untuk mandi. Malu betul dia apabila terkenang kembali kejadian siang tadi. Spontan dia merenung sebentar tangan kirinya yang dikucup Kapten Mino itu. Tidak semena-menanya pipinya berubah merah dan dia melompat penuh keriangan di dalam bilik air sambil tangan kanannya sibuk menekup bibirnya, bimbang jika jeritannya didengari pengguna bilik air yang lain. Bilik air di bereknya merupakan bilik air yang besar. Di dalamnya ada lebih kurang sepuluh bilik air kecil untuk kemudahan para kadet mandi. Jadi tidaklah mereka terpaksa menunggu lama untuk mandi.

 

Selepas mandi dan berpakaian, Jisoo kembali ke bereknya dengan tuala diselempang di bahu. Dia lebih gemar memakai terus pakaiannya di bilik air sebaik sahaja habis mandi daripada memakainya di berek. Mungkin kerana dia sudah terbiasa berbuat demikian sebelum ini. Masuk sahaja ke berek, dia terserempak dengan Halla yang sedang bermundar-mandir berhampiran katilnya dengan gaya menggigit jari.

 

"Kenapa dengan kau ni? Ada masalah ke?"Soal gadis itu sambil menyikat rambutnya yang masih lagi lembap. Dia menyikat rambutnya dengan pantas sekali kerana sebentar lagi mereka perlu ke kantin untuk makan malam. Halla yang terdengar teguran Jisoo berpaling ke arah temannya itu sambil menggaru-garu kepalanya.

 

"Jisoo, aku runsing ni..."

 

"Apa yang kau runsingkan?"

 

"Aku runsing makanan dekat dewan makan habis sekejap lagi. Kau tahulah kan makanan dekat sana selalu cepat habis. So aku cadangkan lebih baik kau bersiap cepat-cepat untuk ke dewan makan. Orang lain semua dah ke dewan makan untuk makan malam kau tahu tak?"Halla sudah bercekak pinggang dihadapan Jisoo yang kini sudahpun menjemur tuala mandinya di penyidai berhampiran. Rambutnya yang masih lembap dibiarkan begitu sahaja tanpa diikat.

 

"Ceh! Kau ni...aku ingatkan apalah tadi. Tapi rambut aku belum kering lagi. Takkanlah aku nak ke dewan makan dengan rambut lembap macam ni?"Tukas Jisoo pula. Almaklumlah, dia memang anti betul dengan rambut lembap. Jika mahu keluar ke mana-mana dulu dia secara automatiknya akan mandi sejam lebih awal kerana tidak mahu keluar dengan rambut lembap. Dan malang sekali bagi dirinya kerana di sini, kemudahan pengering rambut tidak disediakan. Yelah, hidup sebagai askar yang sering kali sibuk dengan latihan yang tidak menentu manalah sempat mahu mengeringkan rambut guna pengering rambut.

 

"Ekeleh minah ni. Kau askar kut. Setakat pergi dewan makan dengan rambut basah tu apa lah sangat. Dah, jom pergi dewan makan. Aku lapar ni!"

 

Mahu tidak mahu terpaksa jugalah Jisoo menapak keluar dari berek mengikut Halla ke dewan makan. Dan dia patut mengucapkan berterima kasih kepada temannya itu kerana di sana dia bertemu pula dengan Mino yang sedang kusyuk menikmati makan malamnya bersama Sarjan Dujun di satu sudut dewan makan. Sedaya upaya jugalah gadis itu cuba mengawal rasa gembiranya tatkala apabila mata mereka bertembung ketika Jisoo berjalan melepasinya untuk ke kaunter bagi mengambil makanan.

 

"Kau tengok apa, Mino?"Tanya Sarjan Dujun yang perasan kelakuan aneh temannya. Mata lelaki itu tidak lepas memandang seorang kadet wanita yang sedang mencedok nasi ke dalam dulang besinya. Memang askar makan dalam dulang besi, lagi-lagi prebet mahupun kadet seperti Jisoo.

 

"Huh? Ah...tak ada apa-apalah."Mino sekadar tersenyum, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya sambil meneruskan kembali aktiviti makannya yang tergendala.

 

"Iya ke tak ada apa-apa? Aku tengok kau bukan main kusyuk perhati budak tu."

 

"Budak mana pulak kau ni?"Mino sengaja buat muka blur.

 

"Itu..."Sarjan Dujun menjuihkan bibirnya ke arah Jisoo yang sedang berjalan menuju ke sebuah meja di mana sekumpulan kadet wanita sedang duduk. Mungkin itu rakan sebereknya, fikir lelaki itu sambil mengalihkan pandangannya kepada Mino. Lelaki itu nampak begitu tenang sekali dengan tangan memegang gelas berisi air kosong lalu meneguknya perlahan. Spontan bibir Sarjan Dujun mengukir senyum. Senyum nakal sebenarnya.

 

"Acah cool pulak padahal dalam hati dub dab dub dab bila aku tunjuk kadet tu dekat kau kan?"Usik Sarjan Dujun lagi. Lelaki itu pantang benar jika ternampak atau tahu sesuatu yang boleh dibuat bahan untuk mengusik Mino. Bukan apa, dia seronok mengusik temannya itu kerana Mino sebenarnya seorang yang agak pemalu dengan wanita. Dan dia pula secara tidak sengajanya ternampak apa yang Mino lakukan terhadap seorang kadet wanita siang tadi. Terkejut jugalah Sarjan Dujun melihatnya. Tak ada ribut mahupun taufan, tiba-tiba saja lelaki bernama Song Mino itu berubah berani dan peramah sampai ke tahap boleh bercakap sekaligus mencium tangan perempuan ala-ala prince charming. Choihh! Geli-geleman pula lelaki itu tatkala teringatkan adegan temannya itu tadi.

 

"Yoon Dujun...sekali lagi kau merepek, aku bagi kau hell depan kadet-kadet yang tengah makan ni."Mino memberi amaran. Sedaya upaya dia mengawal riak mukanya yang tenang itu supaya tidak berubah malu. Mendengar daripada kata-kata Sarjan Dujun tadi, pasti dia ada ternampak perbuatannya tadi. Malu? Sudah tentu dia malu. Dia sendiri pun tidak pasti mengapa dia berbuat demikian terhadap Jisoo. Ada sesuatu yang membuatkan dia tertarik untuk mengenali gadis itu sewaktu mereka pertama kali bertemu tempoh hari tetapi dia tidak dapat menjelaskan 'sesuatu' yang dimaksudkan itu.

 

Seketika kemudian, Jisoo tiba-tiba berjalan bersama rakannya melepasi kedua lelaki yang masih lagi belum selesai makan. Dan ketika itulah mata mereka sempat bertembung sebelum masing-masing mengalihkan pandangan apabila tersedar mata mereka bertatapan agak lama. Mino memerhatikan saja gadis itu berjalan keluar dari dewan makan dengan senyuman terukir di bibirnya. Senyuman yang hanya dia saja boleh tafsirkan apa maknanya.

 

* * * * *

 

PAGI itu, selepas selesai saja senaman pagi serta bersarapan, para kadet diminta menukar pakaian mereka ke pakaian medan untuk sesi pembelajaran ilmu medan perang. Dan siapa sangka hari ini merupakan hari bertuah Jisoo kerana Kapten Mino akan mengambil skuadnya sebentar lagi untuk sesi pembelajaran tersebut. Gembira? Sudah tentu! Siapa tak gembira jika dapat bertemu pujaan hati? Oh, Kapten Mino pujaan hatiku!, sempat lagi Jisoo berangan dalam hati ketika dia dan skuadnya menuju ke padang berhampiran hutan di pangkalan tentera itu bersama Mino. Nasib baiklah Mino berada di hadapan bersama kadet lelaki, barangkali sedang rancak berbual mengenai pengalamannya dalam bidang ketenteraan ini.

 

"Kau tengah tengok siapa ni, Jisoo?"Usik Yuna yang perasan gadis itu sedang kusyuk memandang kapten mereka di depan. Tak pelik pun sebenarnya jika Jisoo berbuat demikian. Bukan setakat Jisoo, skuad wanitanya yang lain pun ramai juga yang jatuh hati pada Kapten Mino. Dengan wajah yang kacak dan badan yang tinggi serta tegap, dia secara tidak sengaja menjadi antara salah seorang pegawai  yang popular dalam kalangan para kadet, pegawai mahupun staf wanita di pangkalan tentera tersebut. Nasib yang sama turut menimpa Sarjan Dujun serta beberapa pegawai lain.

 

Sampai sahaja di padang, kesemua kadet diminta duduk di atas tanah dalam keadaan teratur. Maka duduklah kesemua mereka seperti yang diminta sambil memerhatikan kepten mereka yang sedang memeriksa webbing set milik Yunhyung. Jisoo juga turut memerhatikan kelibat dua beradik itu dan tanpa sedar matanya bertembung dengan mata Yunhyung yang sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu terus menghadiahkan Jisoo seukir senyuman, menyebabkan gadis itu membalasnya dengan senyuman dan kebetulan Mino terperasan pula kelakuan dua kadetnya yang sedang berbalas senyum itu. Terus dia berdehem seketika sebelum menyuruh adiknya itu kembali duduk. Sangka Mino, adiknya itu akan duduk kembali di tempatnya tadi tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Kini, Yunhyung duduk betul-betul di sebelah Jisoo.

 

"Okey tuan-tuan dan puan-puan sekalian...seperti yang saya sudah maklumkan kepada kamu semua, hari ini kita akan belajar tentang ilmu medan perang dan pelajaran hari ini merangkumi penubuhan pangkalan hutan dengan penyamaran. Tetapi sebelum saya memulakan pembelajaran hari ini...ada sesiapa sakit? Atau ada sesiapa mahu kemukakan soalan mengenai pembelajaran kita ini?"Mino bercakap sambil memandang muka kadet-kadet yang berada di depannya dengan penuh minatnya. Nampak berkobar-kobar betul semangatnya untuk mengajar para kadet di hadapannya itu.

 

"Saya ada satu soalan, tuan."Halla tiba-tiba mengangkat tangan kanannya, membuatkan Mino berpaling ke arah gadis itu.

 

"Haa, tanyalah."

 

"Kenapa kita kena belajar penubuhan pangkalan hutan,tuan?"

 

"Supaya nanti kamu boleh survive dalam hutan dan kamu punya pengurusan akan lebih teratur apabila kamu semua masuk ke dalam hutan dalam tempoh peperangan. Dan at least kamu boleh pertahankan diri kamu apabila pangkalan yang tubuhkan itu diserang musuh sebab setiap pangkalan hutan yang ditubuhkan mempunyai pertahanannya yang tersendiri.'Terang Mino. Kadet-kadet yang lain menganggukkan kepala sambil mencatat apa yang kapten mereka katakan tadi ke dalam buku nota yang dibawa mereka. Kalau nak ingat saja memang taklah jawabnya...haha. Jisoo turut mencatat apa yang diterangkan Mino tadi manakala Yunhyung di sebelahnya sekadar memegang pen tanpa mencatat apa-apa.

 

Setelah merasakan tiada lagi soalan dari kadetnya, Mino membuka back pack yang dibawanya lalu mengeluarkan sehelai *poncho sebelum tiba-tiba seorang kadetnya yang bernama Minjae tiba-tiba mengangkat tangannya.

*poncho - baju hujan yang boleh dibuat sebagai khemah.

 

"Haa, kamu ada soalan apa lagi nak tanya saya?"

 

"Err tuan, saya nak ke tandas boleh? Dah tak boleh tahan sangat dah ni..."

 

"Kamu ni...nak buang air kecil ke besar?"Tanya Mino sambil memandang Minjae. Wajahnya pucat kerana Minjae ada terdengar khabar angin bahawa Mino merupakan seorang pegawai yang sangat tegasdan beliau tidak suka kadetnya ke tandas sewaktu dia mengajar. Tetapi mahu tidak mahu dia perlu juga ke tandas kerana dia sudah tidak dapat menahan sisa toksik dalam badannya. Namun bagi Mino pula, wajah pucat Minjae membuatkan lelaki bergelar kapten itu sedikit risau. Takkanlah tengah tahan kencing pun muka jadi sepucat itu?

 

"Dia sembelit tuan..."Tiba-tiba Hyungwon, teman Minjae menyampuk sambil cuba menahan tawanya dari terburai. Entah kenapa hakikat bahawa temannya itu sembelit kedengaran kelakar baginya.

 

Mino sekadar menganggukkan kepala tanda faham. Patutlah muka pucat, sembelit rupanya...I feel you bro...tabahlah wahai

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!