006

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

JISOO merenung ke luar tingkap biliknya yang berada di tingkat atas rumah keluarganya. Hujan yang mencurah-curah turun membasahi bumi membuatkan dia menghembus nafas penuh kesal. Dia kesal kerana tidak keluar awal-awal pagi tadi. Jika tidak sudah pasti sekarang dia sedang berjimba dengan Rose, temannya. Mereka sudah berjanji mahu keluar berdua memandangkan sekarang Jisoo sedang bercuti dari latihan tenteranya. Perlahan-lahan gadis itu meraup wajahnya. Sejuk! Hujan pula semakin lama semakin lebat menyebabkan Jisoo mencebikkan bibir. Dengan keadaan cuaca sebegini, sudah pasti dia tidak dapat keluar rumah. Macam mana nak keluar, dia seorang saja yang tinggal di rumah itu sekarang kerana ahli keluarganya yang lain semuanya bekerja. Nak naik bas pun susah kerana hujan lebat berserta ribut yang melanda ini. Jawabnya memang dia duduk di rumah sajalah sepanjang hari ini.

 

Jisoo menghubungi Rose menggunakan talian rumahnya untuk memaklumkan yang dia tidak jadi keluar. Dan Rose nampaknya tidak pula marah. Rose sendiri memang mahu memberitahu temannya yang dia juga tidak jadi mahu keluar bersama kerana tiada yang boleh menghantar dia keluar hari ini. Serta merta gadis itu menarik nafas lega. Kemudia mereka berjanji pula mahu keluar esok. Harapnya cuaca hari esok tidak seteruk hari ini.

 

Selesai berbual di talian dengan Rose, Jisoo ke dapur untuk memasak. Dan dia terkejut melihat satu susuk tubuh yang sedang berdiri di kaunter dapur, sedang memotong sayur-sayuran. Dengan sebelah kening terangkat, Jisoo masuk ke kawasan dapur sambil memerhatikan kelakuan manusia itu.

 

"Kau tak kerja?"

 

"Cuti."Jawab Jongin perlahan sambil tangannya cekap memotong ketulan dada ayam pula. Jisoo memerhatikan saja abangnya itu memotong sebelum berjalan ke arah peti sejuk lalu mengeluarkan susu kotak berperisa coklat bersaiz kecil. Dibuka penyedut minuman yang berplastik itu sebelum mencucuknya ke kotak susu berkenaan lalu menyedut susu coklat tersebut perlahan-lahan. Langkah kakinya membawa dia ke ruang tamu. Malas pula dia mahu berlama-lama di dapur dengan abangnya yang paling sengal itu.

 

Duduk saja di sofa, Jisoo terus mengambil alat kawalan jauh TV dan menghidupkan TV. Biasanya dia lebih selesa melayari internet di komputer ribanya tetapi cuaca sekarang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menonton TV saja. Bukan apa, line wifi rumahnya lemah bila hujan ribut sebegitu. Jisoo membuka saluran TV kegemarannya. Apa lagi kalau bukan kartun? Ketika ini dia sedang ralit menonton kartun We Bare Bears apabila Jongin tiba-tiba muncul di ruang tamu sambil menatang satu dulang berisi sepinggan nasi goreng kimchi. Diletak dulang tersebut di atas meja kopi depan Jisoo sebelum lelaki iu perlahan-lahan melabuhkan punggung di sofa lain.

 

Jisoo hanya mampu menghidu bau nasi goreng kimchi itu dalam diam saja. Sedangkan dalam hati dia teringin sekali makan nasi goreng itu kerana hidangan itu merupakan salah satu hidangan kegemarannya yang selalu dimasak oleh mamanya. Tetapi dia hairan juga bagaimana Jongin boleh terfikir untuk memasak nasi goreng tersebut  di waktu sebegini sedangkan Jisoo tahu Jongin lebih suka bersarapan dengan sesuatu yang ringan seperti french toast atau sandwich.

 

"Makan."Arah Jongin sambil memerhatikan adiknya yang sedang menonton TV. Dia tahu adiknya itu suka benar dengan nasi goreng kimchi. Dulu ketika mereka masih bersekolah, Jisoo selalu meminta mama mereka memasak nasi goreng itu untuk sarapan. Dan sudah pastilah mama mereka akan masakkan untuk Jisoo memandangkan Jisoo merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka atau dengan kata lainnya, anak yang paling disayang kedua orang tua mereka. Mungkin sebab itulah Jongin dan Jin suka membuli Jisoo. Mereka berdua tidak boleh menerima hakikat bahawa Jisoo lebih disayangi dari mereka. Berbeza pula dengan Woobin yang lebih berfikiran matang.

 

Jisoo berpaling ke arah abangnya dengan dahi berkerut. "Kenapa?"

 

"Kau lapar kan? Lagipun mama suruh abang masakkan untuk kau sebelum dia keluar tadi."

 

"Dan kau sebenarnya memang masakkan untuk aku?"

 

"Salah ke?"

 

"Pelik."Luah Jisoo perlahan dengan pandangan aneh dilemparkan ke arah Jongin, membuatkan lelaki itu tersenyum.

 

"Dah lah, baik kau makan. Aku tahu kau lapar. Dari tadi aku dengar bunyi perut kau. Ke kau nak aku suapkan?"Jongin sudah mengangkat keningnya ke arah adik perempuannya itu penuh nakal. Jisoo terus menjulingkan mata tanda menyampah sebelum tiba-tiba mereka mendengar loceng pintu rumah mereka berbunyi. Jongin selalunya akan menyuruh Jisoo membuka pintu tetapi hari ini dia terlebih rajin agaknya, jadi dia menawarkan diri untuk membuka pintu rumahnya untuk melihat siapa yang datang. Sebaik sahaja pintu dibuka, tersembul wajah abang sulungnya, Woobin di sebalik pintu bersama seorang lelaki yang Jongin agak sebagai kawannya. Keadaan mereka yang basah kuyup menyebabkan Jongin menyuruh Jisoo mengambil tuala untuk abang mereka itu.

 

Jisoo tidak berkata apa. Dia terdengar suara abang kesayangannya Woobin yang sedang membebel tentang hujan dan basah. Terus saja gadis itu menaiki tangga mengambil sehelai tuala besar dari bilik Woobin, turun ke ruang tamu dan memberikannya kepada abangnya yang basah kuyup kerana hujan itu. Dan dia baru perasan ada seorang lelaki asing yang berada di situ selain kedua abangnya dan lelaki itu kini sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala yang diberi Woobin.

 

"Kenapa abang basah kuyup ni? Bukan abang keluar naik kereta ke?"

 

"Ya sayang tapi kereta abang tiba-tiba rosak pula masa nak balik ke sini. Sekarang kereta tu tersadai dekat tepi jalan dekat rumah kita dan kami terpaksa jalan kaki dalam hujan untuk balik rumah."

 

"Oh..patutlah. Ni mesti dalam kereta abang tak ada payung kan?"

 

Woobin tersengih. "Haah. Kamu tolong ambilkan sehelai lagi tuala boleh tak? Sehelai tuala untuk dua orang macam tak cukup je."Omel lelaki itu lagi sambil memerhatikan temannya yang masih sibuk mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia kesejukkan sebenarnya. Jisoo dan Jongin sendiri nampak abang mereka kesejukan kerana dia asyik menggosok kedua tapak tangannya.

 

Jisoo tidak menjawab. Sekali lagi dia ke bilik abangnya dan mengambil tuala seperti yang disuruh sebelum kembali kepada abangnya dan menghulurkan tuala tersebut kepada Woobin. Dan ketika itulah dia ternampak wajah lelaki misteri itu kerana lelaki itu kini sudah selesai mengeringkan rambutnya. Tergamam gadis itu melihat lelaki tersebut.

 

"Ka-kapten?"

 * * * * *

 

MINO menghela nafasnya perlahan. Ketika ini dia sebenarnya sedang mandi. Nasib baiklah rumah Woobin mempunyai pemancur air panas, bolehlah dia mandi air panas untuk menghilangkan sejuk badannya ketika berjalan dalam hujan tadi. Apalah nasib badan, terpaksa pula berjalan dalam hujan kerana kereta milik Woobin tiba-tiba meragam. Tetapi bagus juga..kerana kereta rosak itulah dia dapat bertandang ke rumah Woobin dan bertemu Jisoo.

 

Kelakar betul hidup ini. Siapa sangka kadetnya itu sebenarnya adik teman baiknya? Dan dia sendiri pula boleh terlupa Woobin sebenarnya mempunyai seorang adik perempuan bongsu? Aduh...manalah mahu diletak mukanya nanti? Sudah pasti Jisoo yang manja itu (pada pandangan Minolah) akan mengadu kepada kedua orang tuanya tentang jurulatihnya (yakni Mino, of course) yang suka membulinya...bukan buli pun, lebih kepada denda sebenarnya kerana Jisoo banyak buat salah. Ada saja benda yang dia tersalah buat dan sudah tentulah dia sebagai jurulatih perlu memberikan tindakan pembetulan kepada gadis itu. Mino sendiri sebenarnya tidak suka mendenda kadetnya tetapi jika apa yang dia minta mereka buat itu tak kena dengan gayanya, Mino kenalah bagi mereka denda. Dan malangnya, Jisoolah yang selalu menjadi mangsa dendanya. Yelah..orang awam yang tak tahu apa-apa tiba-tiba masuk dalam dunia ketenteraan dengan ilmu ketenteraan yang kosong, memang selalulah mereka akan buat salah bukan?

 

Dan mungkin kerana dia selalu mendenda Jisoolah, sedikit sebanyak rasa sukanya terhadap gadis itu perlahan-lahan mula muncul. Jujur cakap...siapa yang tak akan jatuh hati kepada Jisoo? Jisoo antara kadet wanita yang agak popular dalam kalangan para kadet lelaki di kem mereka, terkenal kerana kebaikan, keramahan serta kecantikannya. Ya, Jisoo memang cantik orangnya. Walaupun tanpa secalit mekap, gadis itu terlihat cantik sekali dengan senyum manis yang sentiasa terukir di bibirnya. Natural beauty-lah katakan. Boleh dikatakan ada saja gosip-gosip hangit di kem yang tersebar mengenai kadet lelaki mana yang sudah meluahkan perasaan kepada gadis itu. Dan setakat ini, hampir semua yang meluahkan perasaan terus ditolak mentah-mentah oleh Jisoo sehinggakan perkara itu menjadi tanda tanya...apakah Kim Jisoo sudah berpunya sehingga dia dengan mudahnya menolak luahan kadet-kadet lelaki itu?

 

Selesai saja mandi, Mino keluar dari bilik air dalam bilik tetamu itu dengan bertuala paras pinggang. Segar bugar rasanya berendam dalam tab air hangat tadi. Mino melabuhkan punggungnya di birai katil apabila matanya tertancap pada sehelai baju T dan seluar tiga suku yang berada di atas katil. Pasti Woobin yang menyediakan pakaian tersebut tadi..atau mungkin saja Jisoo. Woobin juga basah kuyup sepertinya jadi tak mungkinlah dia merajinkan diri mahu menyediakan pakaian tersebut. Lebih baik dia pergi mandi dulu bukan?

 

"Kejap lagilah aku pakai baju..."Luah lelaki itu perlahan sambil membaringkan badannya di atas katil yang empuk itu. Perlahan-lahan kelopak matanya ditutup rapat. Rasa seperti ingin terlelap pun ada. Namun begitu niatnya terbantut apabila dia terdengar bunyi pintu bilik tersebut dikuak perlahan.

 

"Ermm...tuan dah pakai baju ke? Sebab abang minta tuan turun seka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!