003

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

PAGI itu merupakan hari pertama latihan kadet pengambilan baharu. Awal pagi lagi kadet-kadet tersebut sudah bangun, bersiap-siap dengan baju sukan mereka dan berkumpul di padang latihan untuk sesi latihan fizikal. Nasib baiklah Jisoo jenis yang mudah terjaga dan bangun pagi jadi tiada masalah bagi dia untuk bangun. Yang menjadi masalah bila dia perlu mengejutkan ahli skuadnya yang lain. Memandangkan dia tinggal bersama hampir sebelas orang kadet wanita di dalam sebuah dorm yang mana kebanyakannya jenis kaki tidur (berdasarkan pemerhatian Jisoo) jadi mahu tidak mahu terpaksa jugalah gadis itu menebalkan muka mengejutkan mereka semua.

 

"My God Jisoo, terima kasih banyak-banyak sebab kejutkan kami semua! Kalau bukan sebab kau mungkin satu skuad kita kena *hell."ujar ketua dorm, Yuna. Gadis itu memeluk Jisoo yang sedang sibuk melayan rasa bangganya kerana dipuji Yuna. Halla di sebelahnya sudah tersengih-sengih.

*Hell - denda

"Takde hallah, Yuna. Kita semua kan sebilik so dah jadi tangungjawab aku untuk kejutkan semua orang bila aku bangun awal."jawab Jisoo bangga. Sempat lagi dia memerhatikan rakan-rakan sebiliknya yang lain yang sedang berebut-rebut dengan kadet wanita dari bilik lain untuk melihat sesuatu di depan mereka. Aneh, apa saja yang mereka mahu lihat sekarang?

 

Disebabkan rasa ingin tahunya, dia mendekati Halla yang sedang berdiri tidak jauh darinya. "Eh Halla, dorang semua tengah tengok apa tu?'

 

Halla sekadar menjongketkan bahu dengan gaya berpeluk tubuh. "Entahlah nak, aku pun tak pasti apa benda yang dorang tengah tengok tu. Kau pergilah tengok sendiri."

 

Apa lagi, mulalah Jisoo membuka langkah berjalan ke arah sekumpulan kadet wanita yang nampaknya sedang sibuk ber-fangirling kerana Jisoo terdengar mereka menjerit-jerit menyebut nama seseorang tapi tidak pula dia dengar dengan jelas nama yang mereka sebutkan itu. Namun setibanya dia di hadapan Yuna pula menarik tangannya kembali ke belakang kerana jurulatih jasmani yang akan mengambil mereka untuk senaman fizikal pagi itu sudahpun tiba.

 

"Amboi, kacaknya dia."bisik Jisoo sambil mengerdipkan matanya berkali-kali, kagum dengan rupa paras jurulatih jasmani yang memakai jaket dan seluar sukan berwarna putih dengan logo tentera tertera padanya. Buat seketika dia berfikir, mengapa hampir semua lelaki yang dia jumpa di pangkalan tentera ini berwajah kacak ya?

 

"Hai Jisoo, dah jatuh hati dekat Encik Dujun ke?"tegur Halla sambil menyiku Jisoo di sebelahnya. Panas gadis itu menggelengkan kepala, menidakkan apa yang Halla katakan tadi. Tak mungkinlah dia jatuh hati pada jurulatih jasmani itu memandangkan hatinya kini dicuri oleh 'lelaki tisu' kelmarin.

 

Ah, bercakap mengenai lelaki tisu semalam...di mana adiknya yang bernama Song Yunhyung itu ya?

 

 

* * * * *

 

YUNHYUNG mengelap peluhnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Sudah sejam berlalu sejak senaman pagi dan kini semua kadet sedang sibuk menikmati sarapan. Namun lain pula dengan Yunhyung. Dia tidak pula ke kantin untuk mengambil makanannya sebaliknya dia gigih mencari kelibat gadis yang dijumpainya semalam. Gadis yang bernama Kim Jisoo, ahli skuadnya.

 

"Hei Jisoo!"panggil Yunhyung apabila seorang gadis beruniform tentera medan berjalan melintasinya. Dan memang gadis tersebut adalah Jisoo kerana gadis tersebut berpaling apabila Yunhyung memanggilnya.

 

"Oh, hei Yunhyung! Tak breakfast ke?"

 

Yunhyung tersenyum. "Belum sebab sekarang tempat duduk penuh and at the same time saya ingat nak ajak awak makan sekali dengan saya. Boleh?"

 

Spontan Jisoo mengerutkan dahi, pelik dengan pelawaan yang ditawarkan oleh pemuda di depannya. Dipandang wajah Yunhyung dengan ekor mata dan kebetulan pemuda itu sedang melemparkan senyum manis ke arahnya. Cair? Tidak pula dia cair. Dia lebih tertarik dengan senyuman milik abang lelaki itu. Oh my mystery man!

 

"Kalau macam tu jomlah kita pergi makan sekali. Sekejap lagi kita ada taklimat pasal senjata api pulak."

 

"Okey."balas Yunhyung dengan sengihan. Terus dia berjalan seiringan dengan Jisoo ke arah kantin yang hanya beberapa meter saja jaraknya dari tempat mereka berdiri. Nasib baiklah bilangan kadet yang makan di situ semakin berkurang, jadi tiada masalahlah bagi mereka unuk mencari tempat duduk. Maklumlah, kantin sempit.

 

Setelah selesai mengambil makanan, kedua mereka duduk di sebuah meja kosong. Masing-masing duduk menghadap satu sama lain. 

 

"Macam mana senaman pagi tadi? Okey?"

 

"Okey je. Masih boleh ikut dengan penuh semangat lagi. Macam mana dengan awak?"soal Jisoo sambil menghirup kuah sup ayam dalam mangkuknya. Setakat physical training tu apalah sangat... Dia pernah saja menyertai kelab atlet universiti sebagai seorang atlet larian dan latihannya lebih susah dan gila!

 

"Saya pun okey je sebab dulu saya pernah masuk sekolah tentera so takde masalah bagi saya jalani latihan ni. By the way...boleh saya tahu kenapa awak masuk tentera?"

 

"Semuanya sebab mama dan papa saya. Mereka yang minta saya masuk tentera konon nak bagi saya kuat sikit sebab saya ni lembut sangat orangnya."

 

"Lembut yang macam mana tu?"Yunhyung sudah menongkat dagu dengan tangannya pada meja, memerhatikan Jisoo di depannya yang sedang enak menjamu selera. Comel betul perempuan ni bila makan, bisik hati kecil pemuda itu sambil tersenyum simpul.

 

Jisoo yang tidak sedar dirinya diperhatikan Yunhyung terus membalas, "Kalau awak nak tahu, dulu saya ni lembik...terlalu lembik sampai selalu jadi mangsa buli dekat sekolah. Lepas tu saya pulak jenis tak kisah kena buli so saya biarkan saja diri saya dibuli. Itu yang buat mama dengan papa saya marah dan minta saya masuk tentera tu."

 

"Oh really? Actually bagus juga your parent hantar awak masuk ke sini sebab dengan masuk benda yang lasak macam ni rohani dan jasmani awak akan lebih kuat. And on the other hand pulak awak dapat ramai kenalan yang cantik dan handsome, macam saya."Yunhyung sudah buat gaya flower boy di depan Jisoo. Siap kerdip-kerdip mata lagi tu! Tergelak Jisoo melihatnya.

 

"Yucks...siapa yang perasan handsome tu?"tegur satu suara garau dari arah belakang Jisoo. Terperanjat seketika Jisoo dan Yunhyung mendengarnya. Spontan gadis itu berpaling ke belakang. Terbeliak biji mata Jisoo melihat lelaki di belakangnya.

 

It's him! My mystery man! Lelaki tisuku! Sejak bila dia ada di belakang aku?

 

"Oh, abang rupanya. Bila abang sampai?"ramah saja Yunhyung bertanya kepada abangnya yang sedang berdiri di depan meja dia dan Jisoo berada sekarang. Si abang pula sedang asyik memerhati gadis di depan adiknya yang pura-pura menyuap nasi berlauk kimchi ke mulutnya. Dalam hati sempat lagi gadis itu mengomel, rajin pulak dia datang sini melawat adik dia ya? Abang Woobin pun takde serajin beliau... Ini yang buat aku makin melting dengan dia ni! 

 

"Dah lama. Cuma tadi abang tengah buat kerja sikit dekat pejabat. Lama ke kau rehat ni?"

 

"Tak lama pun. Lima minit lagi aku kena masuk kelas balik. Sekejap lagi ada kelas senjata."

 

"Oh I see. By the way, kita pernah berjumpa ke? Sebab muka awak nampak familiar..."

 

Yunhyung sudah tergelak. Jisoo pula buat muka kecewa. Kecewa kerana lelaki itu langsung tidak ingat akan kewujudannya. Sakitnya tuh disini di dalam hatiku...

 

"Semalam kan abang ada bercakap dengan dia pasal tisu ke apa entah sebelum aku cilok kau dari dia. By the way, kenalkan...salah seorang ahli skuad aku. Nama dia..."ucap pemuda itu dengan senyuman sambil menyuruh Jisoo bangun untuk sesi perkenalan antara gadis itu dengan abangnya. Jisoo pun bangun saja apabila Yunhyung mengisyaratkan dia supaya bangun dan perkenalkan diri.

 

Gadis itu pun menghadiahkan senyuman buat lelaki di depannya sambil menghulurkan salam perkenalan. "Saya Kim Jisoo."

 

Lelaki misteri pujaan hati Jisoo itu pun turut tersenyum. Salam yang dihulur gadis itu disambut penuh ceria. "Kim Jisoo...nama yang cantik, sesuai dengan tuannya. Say

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!