005

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

  

MINO berjalan keluar dari pejabatnya sambil sebelah tangannya membawa satu beg kertas berisi sesuatu. Hari ini dia agak lapang kerana dia tiada sebarang kelas bersama kadet-kadetnya. Kadet-kadet ketika ini sedang sibuk menjalani latihan penubuhan pangkalan di hutan berhampiran. Awal-awal pagi lagi mereka sudah tiada di sini, menyebabkan kolej ketenteraan tersebut sedikit sepi tanpa suara para kadet berlatih di situ.

 

Beg kertas tersebut dijinjing Mino sampailah dia tiba di hadapan kereta Chevrolet Camaro 2016 miliknya yang di-parking berhampiran pejabatnya. Dia membuka pintu kereta di empat duduk sebelah pemandu untuk meletakkan beg kertas tersebut serta jaket yang dipakainya sekarang sebelum menutup kembali pintu tersebut dan bergerak pula ke pintu di tempat duduk pemandu. Namun, belum sempat dia membukanya tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil namanya.

 

"Song Mino~"

 

Mino melepaskan keluhan kecil. Dia kenal pemilik suara itu. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang, membuatkan anak matanya menangkap kelibat seorang wanita beruniform sama sepertinya yang kini sedang berjalan ke arahnya. Lelaki itu menutup kembali pintu keretanya sebelum menyandarkan badannya pada kereta.

 

"Dah nak balik dah ke?"

 

"Awak rasa, Kapten Bae?"

 

"Kan saya sudah beritahu awak tempoh hari...panggil saya Irene je. Tak perlu nak formal sangat, kita kan rakan sekerja."

 

"Okey, Irene je, ada apa awak panggil saya tadi? Ada kerja yang awak tak faham dan perlukan bantuan saya?"Serius saja riak muka Mino ketika ini sedangkan hakikatnya dia malas mahu melayan kerenah rakan sekerjanya itu.

 

"It's 'Irene', not 'Irene je'!"

 

"Apa? Awak yang cakap tadi just panggil awak Irene je kan?"

 

"Kapten Song Mino!"Jerit Irene tanda marah. Marah geli-gelilah kononnya. Dia tak sedar Mino sudah membuat muka menyampah dibelakang.

 

"Okey, saya bergurau je tadi. Hah, ada apa awak panggil saya tadi? Kalau awak nak ajak saya makan, saya terpaksa tolak sebab sekejap lagi saya kena keluar jumpa seseorang."Sambil bercakap, Mino membuka pintu keretanya. Tercengang Irene tatkala Mino menghidupkan enjin keretanya lalu terus memandu keluar dari kawasan tersebut.

 

"Arrggghhh! Kenapa susah sangat nak pikat hati dia ni?"

 

* * * * *

 

SAMPAI saja Mino di sebuah restoran mewah yang diberi nama Vistaloca, Mino terus menapak masuk ke dalam bangunan tersebut sebelum menghentikan langkahnya seketika untuk mencari temannya. Dia berdiri di satu sudut restoran sambil matanya ligat mencari kelibat temannya sebelum seseorang tiba-tiba menampar lembut bahunya dari belakang. Dan dia tahu siapa yang akan berbuat demikian.

 

"Hei Song Mino! Hidup lagi kau? Aku ingat kau dah mati dah."Suara garau bercampur pelukan dari temannya itu membuatkan Mino tersengih. Mereka berbalas pelukan tanda rindu. Gila tak rindu? Sudah hampir 10 tahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu sebelum mereka masuk universiti menyambung pelajaran.

 

"Kau ingat aku ni boleh mati dengan senang ke? Heh...ini Kapten Song Minolah! Fuhhhh...siallah kau Kim Woobin, makin handsome!"

 

Woobin tersengih saja mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Pada pendengaran orang lain, ayat mereka kedengaran kasar tetapi bagi mereka itu semua hanya perbualan biasa yang selalu mereka gunakan semasa mereka sama-sama belajar di sekolah menengah dahulu. Ya, mereka mula kenal ketika sama-sama belajar di sebuah sekolah berasrama dan sehingga sekarang mereka masih lagi berkawan. Susah senang mereka hadapi bersama. Ketika Woobin patah hati gara-gara cintanya ditolak, Minolah yang selalu menenangkan dia dengan nasihat...dan juga bebelan.

 

"Kau pun makin handsome-lah sial! Haha! Okey dah, jom makan. Sambil makan kita bercerita."

 

Kedua mereka mula duduk di sebuah meja yang Woobin sudah tempah. Biasalah, nak makan dekat restoran mewah kenalah tempah dahulu. Kalau ikutkan hati Mino, dia lebh suka makan di restoran biasa. Tapi Woobin berkeras mahu bertemunya di sini. Lagi pun kata Woobin dia mahu belanja makan, jadi mahu tidak mahu terpaksalah Mino mengikut saja keinginan temannya itu.

 

"Kenapa kau balik ke sini? Kau tengah cuti eh?"Tanya Mino sambil menghirup wain merah yang dihidangkan oleh pelayan sebentar tadi. Woobin yang ketika itu sedang memakai napkin di kolar bajunya sekadar menganggukkan kepala.

 

"Ha'ah. Sambil-sambil tu hantar adik aku pergi masuk tentera."

 

"Adik kau yang mana? Kai ke Jin?"Soal Mino lagi. Dia ingat kenyataan bahawa Woobin mempunyai dua orang adik lelaki. Itupun kerana dia pernah berjumpa dengan mereka berdua ketika keluarga Woobin datang menghantar Woobin ke asrama lepas habis cuti sekolah. Ketika itu, kedua adik temannya itu masih kecil lagi. Dia sendiri pun kurang tahu berapa umur mereka ketika itu.

 

"Dua orang tu dah lama lepas dari khidmat tenteralah."Jawab Woobin sambil menyuap cebisan stik daging yang dipotongnya ke dalam mulut.

 

"Dah tu adik yang mana yang kau tengah cerita ni?"Mino mengerutkan dahi, pelik dengan ayat Woobin. Setahu dia, memang lelaki itu ada dua orang adik lelaki saja. Tapi tak tahulah pula Mino kalau-kalau ibu Woobin ada melahirkan lagi seorang adik baru.

 

"Oh, aku lupa kau belum kenal dia. Adik yang aku tengah cerita ni adik bongsu aku. Kim Jisoo namanya. Jisoo ni...lembik sikit. Zaman dia sekolah dulu dia selalu kena buli. Sebab itu ibu bapa aku hantar dia masuk tentera, kononnya untuk ubah diri dialah."

 

"Oh, I see. So macam mana keadaan adik kau tu sekarang? Dah berubah ke belum?"Tanya Mino lagi. Dia sepertinya kelihatan berminat dengan cerita tentang adik kawan baiknya itu.

 

"Entahlah. Aku tak sempat jenguk dia kat kolej ketenteraan tu. Esok baru aku pergi melawat dia. Ah, kalau kau nak ikut aku pergi tengok dia pun boleh."

 

Mino sudah tergelak. "Ikut kau buat apa? Aku memang kerja dekat kolej ketenteraan tu. Tak apalah, nanti kau nak datang melawat adik kau tu kau bagitahu aku. Aku boleh guide kau sepanjang kau kat sana. And boleh juga aku kenal siapa adik kau tu."

 

"And mungkin kau boleh jadi mentor dia dan jagakan dia untuk aku! Boleh kan?"

 

Mino sekadar menganggukkan kepala tanda setuju. Dia memang tak boleh menolak satu pun permintaan kawan baiknya itu. Lagipun, setakat menjaga seorang kadet yang juga merupakan adik kepada kawannya saja tak akan menjejaskan hidupnya sekelumit pun.

 

 

* * * * *

 

YUNHYUNG sedang sibuk meneguk air dalam mess cup-nya bila tiba-tiba saja Jisoo duduk di sebelahnya selepas selesai menyeberang tasik yang penuh lumpur. Gadis itu terbaring sebentar kerana kepenatan. Mahu tak penat? Dari pagi sehingga ke tengahari mereka sibuk menebas kawasan hutan dan menebang pokok untuk dibuat kawasan penempatan sementara. Kemudian mereka mendirikan khemah menggunakan poncho. Selesai mendirikan khemah, mereka didenda pula kerana mengambil masa lama untuk mendirikan khemah. Sudahnya,  mereka terpaksa menyeberang tasik berlumpur! Padan muka, siapa suruh berbual-bual sambil buat kerja? Itulah padahnya.

 

"Garang semacam Sarjan Doojoon hari ni. Sakit badan dibuatnya."Luah Jisoo sambil menyentuh mukanya yang berlumpur. Ahh, malas pula dia mahu bangun dan berjalan ke tasik tadi untuk membasuh mukanya. Biarkan saja mukanya begitu. Kata askar kan?

 

Yuhyung sudah tergelak mendengar omongan gadis di sebelahnya. Makin geli hatinya tatkala terpandangkan wajah Jisoo yang tidak ubah seperti hantu lumpur. Tidak lama kemudian datanglah teman seberek Yunhyung, Chanwoo. Muka pemuda tidak jauh bezanya dengan muka Jisoo. Sama-sama berlumpur!

 

"Dude, aku dah tak tahan dah dude. Serius, serius... Hari-hari kena lenyek macam lempeng!"Bebel Chanwoo agak kuat tapi sempat ditekup bibirnya dek Jisoo, takut pula dia kalau-kalau Sarjan Doojoon terdengar bebelan pemuda itu. Tak pasal-pasal kena hell lagi! Walaupun sekarang mereka sedang berehat sebentar, tetapi jurulatih mereka itu kadangkala suka memunculkan diri secara tiba-tiba tanpa mereka sedar jadi risau juga Jisoo dia muncul tanpa amaran. Mahunya apa yang Jisoo risaukan itu betul-betul terjadi, parah!

 

"Kau tak boleh ke cakap slow-slow? Maunya sarjan dengar nanti tak pasal kita kena masuk tasik lagi!"

 

Mahu tercekik Chanwoo diperlakukan sebegitu rupa dek Jisoo. Cepat-cepat dia mengalihkan tangan Jisoo yang menekup mulutnya jauh sebelum mengambil nafas sedalam mungkin. Dahinya berkerut seribu ttkala tersedar yang bibirnya comot dengan lumpur. Terus dijeling Jisoo di sebelahnya yang sedang tersengih geli hati, nampak seperti dia berpuas hati dengan apa yang dia lakukan kepada pemuda itu. Mahu Chanwoo tak marah, muka baru lepas basuh dengan air dek kotor dengan lumpur tiba-tiba dikotorkan pula dengan lumpur oleh Jisoo. Kurang ajar sungguh!

 

"Alah dude, okeylah tu lempeng...ada lagi isi. Dari katak mati kena gilis atas jalan raya, melekat terus atas permukaan jalan. Lagi ngeri. Kan Jisoo?'Sampuk Yunhyung pula sambil tangannya menutup menyimpan kembali mess cup ke dalam bag pack. Matanya pula sibuk memerhatikan Jisoo yang sedang terbaring dengan mata tertutup merehatkan diri. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala. Ish perempuan ni..kot ya pun nak rehat pergilah basuh muka dulu. Nasib baik comel...

 

"Yup, betul tu. Lagipun kita dah jadi kadet nak dekat sebulan dah Chanwoo, dan kau masih lagi berada di sini. Kalau betul kau tak tahan, seminggu selepas latihan bermula kau dah angkat kaki nak balik rumah."Tambah Jisoo lagi, sengaja berkata sedemikian untuk menyedapkan hati teman seperjuangannya sedangkan hatinya sendiri pun tidak betah berada di kem tentera ini. Rindu terhadap papa dan mama serta abang sulungnya membuatkan dia rasa ingin menangis. Jika dia mahu bertemu mereka sekalipun, cuti lambat lagi...kira-kira seminggu lagi. Itupun cuti

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!