001

Surat Cinta untuk Kapten (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

KIM JISOO merenung secawan kopi yang sudah terhidang di hadapan matanya dengan satu keluhan kecil. Sebenarnya keluhan itu boleh dianggap sebagai satu keluhan besar kerana dia sekarang sedang dilanda masalah yang sangat besar. Dipandang muka lelaki berusia lingkungan lima puluhan yang sedang duduk di depannya dengan riak wajah serius. Seriusnya mengalahkan menteri kebajikan garu dagu mahu meluluskan projek perumahan kos rendah.

 

"Papa, mana mungkin Jisoo masuk tentera? Papa sedar tak permintaan papa sekarang boleh dikategorikan sebagai satu cubaan melanggar hukum alam?"ucap Jisoo dengan dahi yang sudah mula berlapis-lapis menahan kerut. Terkejut? Ya, memang dia terkejut dengan permintaan papanya yang satu itu. Rasanya bukan dia saja yang terkejut, malah semua gadis yang dikategorikan sebagai gadis feminin seperti dia pun akan mempamerkan reaksi yang sama terhadap permintaan tersebut. Sungguh, permintaan lelaki yang bernama Kim Jongkook, papa kepada Jisoo membuatkan satu sistem tubuh badan gadis itu tiba-tiba terhenti seketika sebelum mamanya menghidangkan kopi untuk dia dan papanya sebentar tadi.

 

Encik Kim seperti biasa, mempamerkan wajah tenuk kebosanan menunggu giliran untuk bersaing dengan tapir demi mendapatkan pucuk-pucuk muda di hutan. Sekejap! Apa kaitannya tenuk dan tapir dengan ini cerita?

 

"Please my daughter, alasan kamu sudah lapuk. Tak, bukan lapuk sebenarnya...tak boleh pakai! Permintaan papa ni tak melanggar hukum alam, sebaliknya kamu yang melanggar undang-undang anak dalam keluarga kita ini sebab tak mahu ikut permintaan papa dan kamu berkemungkinan besar akan mendapat gelaran sebagai tanggang versi wanita kamu tahu tak? Kamu nak papa sumpah kamu jadi batu ke?"bidas si bapa yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya itu. Dia cuma punya satu saja anak perempuan, anak-anaknya yang lain semuanya lelaki. Kebetulan Jisoo pula anak yang bongsu, mestilah Encik Kim sayangkan gadis itu lebih lagi dari anak-anaknya yang lain. Dan disebabkan sayanglah dia meminta anak gadis kesayangannya itu menyertai tentera.

 

Jisoo pantas mengelengkan kepala tanda protes. Aku? Jadi tanggang versi wanita? Hish, tak mahulah!

 

"Kalau ya pun papa nak sumpah Jisoo, janganlah sumpah Jisoo jadi batu. Sumpahlah Jisoo jadi peti sejuk ke, laptop ke. At least dapat juga Jisoo menyumbangkan bakti, peluh dan keringat Jisoo untuk papa, bangsa dan negara."dengan nada penuh semangat bercampur sarkastiknya Jisoo berucap. Ditambah pula dengan gaya tangannya yang sekejap dihayun ke kiri dan ke kanan berkat penyertaan dia dalam pertandingan public speaking ketika zaman sekolah rendah dulu, dia kini tidak ubah seperti calon pilihan raya yang sedang menyampaikan manifestasinya.

 

"Sekali kamu berloyar buruk dengan papa, papa terus tarik, bawa kamu pergi pangkalan tentera dan daftarkan nama kamu dekat sana sekarang jugak. Nak?"

 

"Eish papa ni, Jisoo dah cakap Jisoo tak nak masuk tentera. Papa tengoklah anak papa yang ayu dan penuh dengan ciri-ciri feminin ni. Papa nak ke semua ciri-ciri ni hilang sebab anak papa ni masuk tentera?"Jisoo masih lagi tidak berputus asa memujuk papanya agar tidak menghantar dia menyertai tentera. Dia bingung sebenarnya. Selama ini dia hanya melihat dan mentertawakan abang-abangnya yang seorang demi seorang meninggalkan rumah kerana mereka diwajibkan masuk tentera selama dua tahun. Ya, setiap orang pemuda di bumi Korea Selatan diwajibkan menyertai tentera selama dua tahun dengan tujuan untuk memupuk semangat cinta akan negara. Entah betul entah tidak, tidak pula penulis tahu. Penulis cuma main tulis saja. Wakakakakak

 

Encik Kim sudah menggelengkan kepala mendengar alasan anak gadisnya itu. Ada saja alasan yang gadis itu cipta untuk mengelak dari melaksanakan permintaan papanya. Kemudian lelaki itu berpaling ke kanannya apabila terasa ada orang duduk disebelahnya. Terus bibirnya mengukir senyum. Ah, isterinya datang membawakan kek coklat kegemarannya!

 

Puan Kim sudah tersengih melihat reaksi sauminya di sebelah yang sudahpun mengambil sepotong kek coklat, meletakkannya di atas pinggan lalu mula menikmatinya. Dia kenal benar dengan perangai suaminya yang begitu sukakan kek coklat. Sehari lelaki itu tidak makan kek tersebut, sehari suntuk jugalah dia mempamerkan muka letih bercampur tidak bersemangat. Dan mahu tidak mahu terpaksalah dia menghasilkan kek itu setiap hari buat sang suami. Tetapi dia tidak kisah pun untuk berbuat demikian kerana dia tahu suaminya begitu sukakan kek yang dibakarnya. Bagus juga, sekurang-kurangnya dia tahu suaminya itu mengiktiraf bakatnya dalam memasak kek coklat. Kalau tidak mana mungkin suaminya itu sanggup menyokong usahanya untuk membuka sebuah kedai kek di ibu kota?

 

Jisoo memerhatikan saja kelakuan papanya itu dengan senyuman di bibir. Dalam hati sebenarnya dia sudah ketawa suka hati kerana dia tahu papanya akan cepat lupa apa-apa sahaja yang dia cakapkan sebaik saja dia menikmati kek coklat air tangan mamanya. Dan itu bermakna dia tidak akan menyertai pasukan tentera! Yahoooo!

 

"Jisoo, mama harap kamu ikut saja permintaan papa kamu yang satu ni."giliran si ibu pula memujuk anak gadisnya. Direnung saja seraut wajah cantik di hadapannya yang sedang menggigit bibir tanda resah. Resah kerana Jisoo sebenarnya lebih patuh kepada kata-kata mamanya daripada papanya. Jika difikirkan kembali hampir semua permintaan mamanya Jisoo tunaikan tanpa banyak soal. Mungkin kerana mamanya lebih bersikap tegas daripada papanya.

 

Encik Kim yang sedang menikmati kek coklatnya sudah tersenyum-senyum melihat reaksi Jisoo. Dia yakin anak gadisnya itu tidak akan menolak jika isterinya yang menyuruh dia menyertai tentera kerana dia tahu Jisoo memang tidak akan pernah menolak permintaan mamanya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Jisoo lebih patuh terhadap isterinya daripada dia. Mungkin Jisoo tidak takut akan dia kerana gayanya yang terlalu sempoi, berlainan dengan gaya isterinya yang sedikit serius.

 

"Tapi mama..."

 

"Kim Jisoo, papa dengan mama bukan saja-saja minta kamu menyertai tentera tanpa sebab tau? Kami buat macam tu sebab kami nak tengok kamu berubah. Kami nak kamu ubah sikap kamu yang terlalu lembut dan rapuh tu supaya menjadi kuat. Kamu lupa ke zaman sekolah kamu macam-mana? Setiap hari kamu balik sambil menangis sebab kena buli dengan rakan sekelas kamu hanya sebab kamu terlalu lurus dan senang ditindas. Dan sebagai ibu bapa, kami agak kecewa dengan kamu sebab kamu sendiri pun macam merelakan saja diri kamu dibuli tanpa melawan balik orang yang buli kamu tu. Kamu tak rasa ke yang kamu ni loser?"

 

Terdiam seketika Jisoo mendengarnya. Mamanya itu jika sekali diberi peluang untuk membidas orang dengan kata-kata...pergghh! Tidak terkata pedasnya! Sambil melayan perasaan pedih di hati dengan kata-kata mamanya tadi sempat juga gadis itu terbayangkan lirik lagu Loser nyanyian penyanyi berkumpulan kegemarannya, BIGBANG. Adakah BIGBANG menghasilkan lagu tersebut khas ditujukan untuk dirinya? What the..?

 

Memang benar dia sering menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah dulu. Semuanya gara-gara personalitinya. Dia dibulinya hanya kerana dia terlalu lemah-lembut dan lurus bendul dan seperti yang Puan Kim katakan tadi, personalitinya itulah yang menyebabkan dia senang dibuli dan ditindas. Bagi Jisoo sendiri, dia merasakan apa yang dia lalui itu merupakan sesuatu yang normal dan dia bagaikan dapat menerima kenyataan sebagai seorang mangsa buli. Mungkin kerana dia sudah tidak kisah dibuli menyebabkan dia berperasaan sedemikian. Namun begiru, jauh dari sudut hati dia sebenarnya agak tertarik dengan kata-kata mamanya tadi. Alasan yang mamanya kemukakan tadi kedengaran agak bernas. Masuk tentera untuk perbaiki diri dan jadi kuat. Mungkin tak salah untuk dia mencuba apa yang mama dan papanya cadangkan tadi. Alah, apa susah? Cuba je masuk dulu.. kalau tak tahan, keluarlah!,fikir Jisoo sambil tersengih nakal.

 

"Hah, yang kamu tersengih-sengih macam beruk matyeh ni kenapa? Dah berubah fikiran nak masuk tentera?"sergah Encik Kim dengan nada berbau usikan. Nasib baiklah cawan berisi kopi panas yang sedang dipegang Jisoo tidak terlepas dari tangan gadis itu. Kalau tidak tak memasal tangannya bercop mohor. Jisoo, sambil sebelah tangan mengurut dada kerana terperanjat sempat lagi menjeling sekilas ke arah papanya yang sudah pun ketawa melihat kelakuan Jisoo tadi. Memang papanya itu suka benar menyergah dia hanya kerana dia tergolong dalam golongan yang suka terkejut serta melatah.

 

Puan Kim sudah menggelengkan kepala melihat kelakuan dua beranak itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum, suka hatinya melihat hubungan suami dengan anak bongsunya itu yang gemar bergurau senda. Tidak lama kemudian kedengaran pintu rumah dikuak perlahan. Bunyi derapan tapak kasut menapak masuk ke dalam rumah dan kemudian muncul seorang lelaki segak dalam uniform juruterbang sambil sebelah tangannya membawa briefcase.

 

"Abang!"

 

"Uish, Jisoo my baby? Is that you?"soal lelaki itu dengan penuh hairan sambil meletakkan briefcase yang dibawanya di atas meja. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati ruang tamu di mana Jisoo dan ibu bapanya. Lelaki itu berdiri di depan Jisoo yang juga sudah berdiri dan se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: Aku pelik dengan jongin
inaequanimous
#2
Chapter 5: Adakah adakah jongin anak angkat
Iefa_San
#3
Chapter 1: Click sebab ternampak tajuk dan poster yang catchy (Igtkan kot ff parody drama Kapten Mukhriz or Abg Bomba, hehe). Tertarik dgn gaya penulisan penulis yang bersahaja dan mantap and subscribe terus walaupun tak kenal sgt sapa Mino tu. Haha.. Keep up the good work!
jungiejung8 #4
Can someone make the english version of this? I really want to read it :(
inaequanimous
#5
Chapter 4: Harimau wanabe
Burnkookie
#6
Chapter 4: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ADUUUU OIIII SENAKKK LA PERUT GELAKKKK . HAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA ADUUU SENAKK PART YG JISOO DGN YUNHYUNG TU . DUMAKKK LAWAK LOL !
SAYA MMG SALUTE LA DNGN AUTHOR SBB BOLEH TLIS FF PASAL ASKAR² GINIII . HOHOHOHOHOH .

Saya ada tngok episod tu real men yg tu author . Gelakk bagaii nak gila wktu dorang pakai menda tu , dia punya ketua askar tu tahan gelak ja bila tngok muka innocent dorang letak benda tu ... Auuuu ... Hahahhahaha
Burnkookie
#7
Chapter 3: Wuuuuuu ah yeahhh !!!! Kenapa sweet sngat author ?!! Saya nak jd jisoo xD hahahaha jkjk huntung la siap kena mino buat back hug gittuw . Saya mmg rindu gila dgn ff nii author TT.TT dan akhirnya update jugak ! Boombayah !!
pikahbajet #8
Chapter 3: mesti laki tu adik die .pa pon update soon...
aty_izzaty
#9
Chapter 3: Chapter 3: Oh aduhai, kapten Song Mino~ berfangirling habis I tadi xD. Org yg perhati tu maybe Yunhyeong... Penumbuk lg tu...
nanadjiyongie_01
#10
Chapter 3: okaay sangat authornimmmm..waduhhhh saya dh berfangirling kat dpn laptop ni..
aduhai song mino...kenapalah kau hensem sangat.....kalau saya yg jadi Jisoo tu..dh berdarah hidung saya bila kenal ngan mino..u-u
keep updating authornim! chaiyokk!!