007

Runaway Groom And His 'Wonder Woman'
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Aku kira sampai tiga, kau start tolak. OK?” suara Wonwoo dari bahagian hadapan menyapa gegendang telinga Yesul yang sedang berjuang sendirian di belakang van. Terik matahari yang membahang membuatkan gadis itu berpeluh-peluh.

“Ok !” balasnya tak bersemangat dan saat Wonwoo menjerit perkataan ‘tiga’ kepadanya, dia mula menolak van cabuk yang sejak dua menjak ini menjadi rumah kedua bagi pasangan pelarian itu. Ok. Tak melampau sangat kan kalau kita kata mereka ni pelarian? Terutamanya si Wonwoo tu.

Perjalanan Wonwoo dan Yesul dalam projek ‘Melepaskan diri dari kena kahwin dengan Witch’ itu nampaknya semakin lama semakin rumit. Memang tak semudah macam apa yang disangka. Ingatkan semua boleh berjalan lancar selancar membaca ABC atau mengira sampai 10 tapi nampaknya, ia lebih susah dari menyelesaikan soalan Add Math. Macam-macam dah jadi dekat mereka berdua.

Kantoi dengan Joshua. Duit dah makin menyusut dan terbaru, van ‘kesayangan’ merangkap rumah mereka pulak buat hal. Baru saja nak chow dari Busan tapi nampaknya macam keadaan tak mengizinkan. Enjin van tiba-tiba semput dan tak nak hidup. Habis? Macam mana nak jalan?

“Tak hidup jugak weh ! Kau tolak lagi.” Wonwoo berkata kepada Yesul dan kepalanya dijengul dari tingkap bagi melihat gadis yang berada di luar itu. Yesul menggeleng.

“Aku dah penat ! Kau pulak la tolak van ni. Kerja nak buli aku je.” sungut Yesul tercungap-cungap. Dah berapa kali tolak, tak hidup-hidup jugak. Memang tak ada harapan dah kot van ni. Dah la cabuk. Bak kata Wonwoo, layak campak dalam muzium. Itu pun kalau pihak muzium nak, kalau tak campak terus kat tapak pelupusan sampah. Hah ! Tak kenang jasa betul Wonwoo tu. Lupa dah dia van ni la yang bawak dia lari dari majlis perkahwinan dia sendiri. Kalau tak ada van ni, mungkin sekarang dia dah ‘bahagia’ dengan Sora. Bahagia sangat.

“Tak payah. Kau tolak je la. Biar aku yang cuba hidupkan enjin. Kau bukan pro pun.” Wonwoo memintas kata-kata Yesul membuatkan gadis itu makin tak puas hati.

“Alasan ! Kau saja malas kan? Tu van aku la. Biar aku yang pandu !” Yesul tak mahu mengalah.

“Tolak je la ! Jangan nak banyak songeh.” Wonwoo pun tak nak kalah.

Dan mereka berdua terus bertekak sampai penat. Van tak jalan-jalan jugak sampai ke sudah. Satu-satunya benda yang ‘jalan’ dekat situ adalah pertengkaran Yesul dan Wonwoo yang makin lama makin tak ada kena mengena dengan van atau apa-apa penyelesaian yang dapat membantu mereka dari masalah tu.

 

 

“Sul, aku penat. Lapar pastu haus jugak.” adu Wonwoo kepada Yesul yang dah termengah-mengah di sebelahnya. Tadi gaduh bukan main tapi bila dah lapar, Yesul jugak jadi tempat dia mengadu. Mereka berdua duduk bersila di atas jalan tar. Van mereka masih sama. Tak ada apa-apa perkembangan. Tetap tak boleh jalan.

Dah penat bergaduh, baru dua-dua rasa pancit.  Yesul memandang Wonwoo dan mengangguk. Dia turut rasa apa yang Wonwoo rasa.

“Kita pergi makan la. Lantaklah van cabuk kau ni. Yang penting, kita kenyang.” usul Wonwoo sambil mencuit bahu Yesul.

“Jom !”

Yesul bersorak suka. Dia menghulurkan tangannya kepada Wonwoo yang dah terlebih dulu bangun supaya Wonwoo boleh bantu dia untuk berdiri.

“Mengada la kau.” kutuk Wonwoo namun dia tarik juga Yesul untuk bangun. Bukan Yesul tak boleh bangun sendiri, saja la tu nak mengada. Nasib la Wonwoo tak kisah.

“Kau lagi mengada dari aku la.” balas Yesul sesudah berdiri. Dia melingkarkan tangannya ke bahu Wonwoo dan berjengket sedikit untuk berjalan seiring dengan sahabatnya itu.

Macam tu la Yesul dan Wonwoo. Gaduh besar macam mana pun, akhirnya nanti baik jugak. Macam sekarang, baru je beberapa minit lepas diorang bergaduh fasal van rosak. Gaduh bukan calang gaduh. Wonwoo siap nak headlock Yesul dan Yesul dah bagi Wonwoo rasa penendang dia dah pun tapi sekarang? Mereka berdua berjalan bersama seolah-olah mereka adalah kawan paling rapat dalam dunia ni dan pergaduhan tadi dah dilupakan. Hilang terus dari ingatan mereka. Masing-masing bergurau senda dan bersembang rancak macam tak ada apa yang terjadi tadi.

Inilah yang dikatakan kawan.

 

 

“Encik, ini Mocha yang dipesan.”

Joshua yang sedang termenung tersentak dan kembali ke alam nyata. Dia menyambut huluran pekerja kedai kopi yang menegurnya tadi. Mocha bertukar tangan dan Joshua tunduk seketika mencari dompet di dalam poket jeans yang dipakainya untuk membuat bayaran.

“Kau nak air apa? White coffee ke Mocha?” suara seseorang membuatkan Joshua tertarik lantas memanggung kepalanya. Dia terlopong seketika saat melihat pasangan di sebelahnya itu.

Wonwoo dan Yesul yang leka memandang menu langsung tak perasan akan kehadiran seseorang di sebelah mereka.

“Minum la Americano selalu, nanti kau jadi hitam macam air tu.” seloroh Yesul kepada Wonwoo yang berniat untuk memesan Americano untuk diminum. Wonwoo ketawa mendengar kata-kata Yesul.

“Apa ke bengap sangat teori kau tu?” Wonwoo menunjal kepala Yesul sekadar untuk bergurau. Dah selalu bergurau kasar macam tu.

Mereka gelak serentak. Tak perasan ada sepasang mata yang memerhati mereka walaupun jaraknya tak sampai 5 meter. Inikah yang dikatakan bahagia tak ingat dunia? Orang sekeliling pun dah tak dipandang. Gelak berdua je.

“Wonwoo !”

Joshua meraih tangan Wonwoo dan pemuda itu tersentak.

“My God ! Josh…Joshua !” terbeliak biji mata Yesul saat terpandangkan Joshua yang berdiri di sebelah mereka. Wonwoo jangan cakaplah. Mulut dia ternganga luas dan rasanya boleh muat sebijik bola tenis dalam tu. Tangannya yang digenggam Joshua cuba direntap namun Joshua mengejapkan lagi genggaman. Dia nekad, kali ni mereka takkan terlepas.

“Ikut hyung balik.” Joshua berkata serius. Sangat serius dan menakutkan. Wonwoo tak pernah tengok muka bengis Joshua yang macam ni. Bengis tapi nampak cool di mata Yesul. Sempat lagi dalam keadaan cemas macam ni, Yesul tilik muka Joshua.

“Andwae !” Wonwoo merentap tangannya sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Dia meraih tangan Yesul dan menarik gadis itu lari dari Joshua. Joshua tak tercegat di situ, dia terus mengejar.

“Wonwoo !”

Wonwoo masih memegang tangan Yesul. Mereka berdua berlari selaju yang mungkin dan Joshua di belakang mengejar tanpa henti. Jarak mereka agak rapat.

“Cepat Sul !” laung Wonwoo cemas. Yesul berlari di belakang Wonwoo. Tangannya sudah terlepas dari genggaman Wonwoo. Mereka kini berlari berasingan. Wonwoo di depan dan Yesul di belakangnya. Joshua pula terus mengejar.

Orang ramai yang berpusu-pusu di jalan itu diredah mereka tanpa berfikir panjang. Ada yang merungut bila dilanggar oleh mereka dan ada juga yang memaki hamun bila Joshua merempuh mereka tanpa sengaja.

“Tunggu ! Wonwoo ! Yesul !” laungan Joshua langsung tak diendahkan oleh Wonwoo. Yesul ada la jugak berpaling seketika tapi bila Wonwoo bagi amaran supaya dia terus lari, Yesul terpaksa juga berlari. Ok. Yesul suka dikejar oleh crush tapi bukan kejar yang macam ni !  Yesul simpati dengan Joshua tapi dalam masa yang sama, dia perlu berpihak pada sahabatnya, Wonwoo.

Adegan kejar-mengejar mereka nampak seperti babak aksi di mana seorang detektif sedang mengejar dua orang penjenayah yang paling dikehendaki di Korea. Cuma bezanya, tak ada la adegan tembak-menembak. Kalau ada, orang pertama yang Yesul nak tembak adalah Wonwoo. Hahaha ! Jangan kejam sangat Yesul. Kawan baik kau tu.

“Laju la Yesul !” suara Wonwoo kedengaran tegang. Dia perasan yang Yesul serba salah untuk terus berlari. Sedari tadi dia asyik toleh belakang untuk tengok Joshua. Wonwoo dapat baca riak muka Yesul yang serba tak kena tu. Sah ! Dia kesiankan crush dia tu.

“Tak payah pandang belakang boleh tak? Sini kau !” Wonwoo meraih tangan Yesul semula dan digenggam kemas. Dia menarik Yesul agar gadis itu bergerak seiring dengannya. Yesul terpaksa mengikut kelajuan Wonwoo bila tangannya digenggam erat oleh pemuda itu.

Wonwoo terus berlari dan Joshua masih belum mengalah di belakang. Jarak mereka hanya beberapa meter dan Joshua masih belum ada tanda-tanda untuk berhenti.

Nafas Wonwoo dan Yesul dah tercungap-cungap. Nak berhenti, nanti Joshua dapat tangkap pulak. Si Joshua ni pun satu, sejak bila dia ada semangat atlet negara ni? Setahu Wonwoo, Joshua tak ada la hebat sangat dalam larian. Kalau takat marathon atau jogging boleh la tapi ni dah tahap larian pecut dah ni !

 

“Jangan lari Wonwoo !”

“Nak lari jugak !”

“Berhenti ! Hyung cakap berhenti !”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
New From Me : Hi ! Do visit my new fanfics- Hey, Princess ! Featuring S.Coups And Jeonghan :)

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 1: And I still remember this story. :')
mizzfiona_ #2
Chapter 10: Best!ohsemmmmm!fanfic terbaik svt yg pernah sy baca!!sy selalu follow fanfic author setakat Ni semua x pernah mengecewakan...
aquariusxpisces
#3
Chapter 10: AwwwwXD part bonus tu paling win, sweetnya hahahahaahXD

Cerita ni saya habiskan dari pukul 8 lebih, dah habis jugak akhirnya. Memang ada ketawa macam orang gila ah hahahaha tapi sedih pun ada :'( ego dua orang ni tinggi sangat, tapi tak sangka diorang boleh bersatu. Sweet gila pulak tuh!

Kebelakangan ni, cerita yang saya baca semua pasal keberanian nak confess perasaan, dan semuanya relatableXD mungkin akan encourage saya untuk lebih berani? XD
Nurazza #4
best
TKeyAlex
#5
Chapter 10: DAMNNNNNN ONE OF THE BEST MALAY FIC OUT THERE!! DAHLA SEVENTEEN!!!! Thanks dear authornim the drama smua lawak dia perghh smua tip top. mcm nk translate ke english tpi lawak dia akan hmbar sbb org yg x duk malaysia ni xkn phm huhuhu. daebak !!!
thelucidream
#6
Chapter 10: Hahahhahaa omg! *ketawa besar* ini kisah cinta yang paling epic dan hipster! Magnificent darling! *macam mamat italian yg gatal* seriously, Sora adalah makhluk yang paling keji dan.... menakutkan! Gerun betul dapat kutu macam tu. Gatal satu badan. Anyway, ending dia omg omg omg Josh! Sweet sangat~ mujur I tak kena diabetes tau! Si Yesul dengan Wonwoo ni cute, tapi ego diorg ni buat orang pening kepala. Susah sangat ke nak confess? *muka serius* But akhirnya... korang bersama jugak, kan? Tu lah, belum cuba belum tahu!

Thanks for this beautiful story. I love it! C:
Chiko_Miari #7
Chapter 10: Wahhh!!dh dua story author yg saya baca..dua dua pun best!!kikiki
miss_almond #8
Chapter 10: BEST sampai rase nak mencarut . LOL XD
BiniJungkook
#9
Chapter 10: yah allah time bonus tu tak boleh blah XDXDXDXD
bittersweet4u
#10
Chapter 10: Tak pernah tak gelak bila baca cerita awak hahahaha. Mmg sesuai bce time sedih sedih. Konfem gelak. Time otak tgh kosong kee apa kee hahaha. Srsly, cerita awk semua best best xD .. Tpi awk dh x tulis apa apa cerita dh yg terbaru ni.. Sedihhh.