Runaway Groom And His 'Wonder Woman'

Please Subscribe to read further chapters

Description

Han Yesul,

Dia memang terkenal dengan perangai rebel dan berani tak kena tempat. Tapi, berani-berani dia pun, bukan la sampai sanggup nak aci redah majlis perkahwinan orang lain sesuka hati. Apatah lagi nak merosakkan majlis tu dan yang paling teruk, ‘menculik’ pengantin lelakinya ! Tak pernah langsung dia terfikir nak buat macam tu seumur hidupnya.

Tapi !

Demi sahabat sendiri, dia terpaksa.

 

“Yesul, selamatkan aku dari witch tu !”

“Tak mungkin ! Aku bukan ‘Wonder Woman’ !”

“Tapi kau ‘Wonder Woman’ aku.”

 

Jeon Wonwoo,

Konon nak jadi anak yang baik sebab sanggup terima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapanya. Tapi, bila perangai si bakal pengantinnya dah buat dia jadi huru-hara, apa yang dia mampu buat adalah mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perkahwinan itu dan satu-satunya jalan yang dia nampak adalah kawan baiknya sendiri.

 

“Bawak aku lari, Yesul.”

“Tak nak ! Aku tak nak masuk campur.”

“Sul…”

“No way !”

 

Memang hati kata tak nak tapi dah kawan punya fasal, Yesul tak sampai hati. Akhirnya, dia nekad !

 

Di majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, tiba-tiba si pengantin lelaki dibawa lari oleh seseorang yang bertopeng arnab dan ber-dress merah. Kecoh majlis perkahwinan tersebut sehingga pengantin perempuan yang memang kuat meroyan meracau dan hampir histeria.

 

Apa yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Wonwoo menyelamatkan dirinya dari ‘witch’ dengan bantuan si ‘Wonder Woman’? 

 


-PROLOG-

 

“Tunggu ! Jangan bergerak !”

Suasana di dalam dewan tiba-tiba senyap bila aku muncul di depan muka pintu. Orang ramai mula menumpukan perhatian ke arah aku. Mungkin sebab aku menjerit tadi. Tanpa mempedulikan pandangan orang, aku berjalan laju menuju ke arah pasangan pengantin yang menunggu masa untuk mengucapkan ‘wedding vow’ mereka. Aku kena cepat. Sebelum mereka sah menjadi suami isteri, pengantin lelaki perlu aku dapatkan segera. Aku tak boleh terlambat.

Sempat juga aku mengerling orang sekeliling. Aku berharap topeng arnab yang aku pakai ni cukup untuk buat orang tak cam aku terutamanya lelaki comel yang berdiri di barisan paling hadapan bersama para tetamu yang ada. Sedari tadi, dia memerhatikan aku dan aku jadi serba salah.

“Maafkan aku, Joshua oppa. Aku terpaksa. Adik sepupu kau perlukan aku.”

Semakin hampir dengan target. Semakin hampir dan ya ! Aku dah berjaya menolak pengantin perempuan ke tepi. Rasakan tu ‘witch’ tak guna ! Tangan pengantin lelaki aku raih dan aku genggam erat.

“Yah, Jeon Wonwoo ! Ikut aku ! Kau tak patut ada kat sini.” terus aku menarik lelaki itu dan berlari bersamanya. Riak terkejut jelas terpancar dari wajahnya.

“Perkahwinan ni perlu dibatalkan segera. Selagi tak isytihar batal, selagi tu aku takkan lepaskan pengantin lelaki ni.” laung aku kuat sambil terus membuka langkah berlari selaju yang mungkin. Tangan pengantin lelaki masih dalam genggaman aku. Kami berlari bersama keluar dari dewan yang dah mula riuh-rendah kerana kekecohan yang aku sendiri cipta tadi.

Aku dan pengantin lelaki berlari dan di belakang kami, beberapa orang pemuda sedang mengejar termasuklah ‘crush’ aku sendiri, Joshua yang mengetuai mereka di hadapan sekali. Aku betul-betul rasa berdosa sekarang ni tapi apakan daya, demi sahabat sendiri aku relakan juga.

Aku, Han Yesul. Aku bukan seorang perempuan yang suka buat kecoh di majlis perkahwinan orang lain. Aku bukan seorang wedding breaker. Aku juga bukan seorang penculik. Tapi, bak kata seseorang, aku adalah ‘Wonder Woman’ yang perlu menyelamatkan dia dari genggaman seorang ‘witch’ jahat dan kerana itu, aku berada di sini dan melakukan semua ini.

Ceritanya bermula begini…

 


 

Runaway Groom (Wonwoo)

 

Wonder Woman (Yesul)

 

Witch (Sora)

 

Sweet Crush (Joshua)

 


 

Foreword

Inspired By : Taylor Swift-Speak Now (My all time favourite song XD)

Yo ! Another holiday project. Banyak kali dah tulis cerita ni then olah semula and again, tulis lain dan akhirnya, ini yang terjadi. Hope ia menjadi. New fanfic featuring new hero. Jeon Wonwoo from Seventeen seriously no joke ! Saya tak boleh kata 'tidak' untuk dia. Heol~~ Semoga ada yang berminat :)

Suka? 

Subscribe, Vote and Leave Comment. Saya sangat hargai semua tu. 

(^-^)

P.S : Cerita adalah rekaan semata-mata dan tak ada kena mengena dengan sesiapa sahaja. Ini adalah imaginasi saya dan saya harap anda enjoy !

 

~CREDITS~

Thanks to ✧ ABSOLUTE Graphics for the awesome poster :)

 

Thanks to Cherie Malay Fanfic Review Shop for reviewing this story :)

 

 

 

 

Jelly_Warrior
New From Me : Hi ! Do visit my new fanfics- Hey, Princess ! Featuring S.Coups And Jeonghan :)

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 1: And I still remember this story. :')
mizzfiona_ #2
Chapter 10: Best!ohsemmmmm!fanfic terbaik svt yg pernah sy baca!!sy selalu follow fanfic author setakat Ni semua x pernah mengecewakan...
aquariusxpisces
#3
Chapter 10: AwwwwXD part bonus tu paling win, sweetnya hahahahaahXD

Cerita ni saya habiskan dari pukul 8 lebih, dah habis jugak akhirnya. Memang ada ketawa macam orang gila ah hahahaha tapi sedih pun ada :'( ego dua orang ni tinggi sangat, tapi tak sangka diorang boleh bersatu. Sweet gila pulak tuh!

Kebelakangan ni, cerita yang saya baca semua pasal keberanian nak confess perasaan, dan semuanya relatableXD mungkin akan encourage saya untuk lebih berani? XD
Nurazza #4
best
TKeyAlex
#5
Chapter 10: DAMNNNNNN ONE OF THE BEST MALAY FIC OUT THERE!! DAHLA SEVENTEEN!!!! Thanks dear authornim the drama smua lawak dia perghh smua tip top. mcm nk translate ke english tpi lawak dia akan hmbar sbb org yg x duk malaysia ni xkn phm huhuhu. daebak !!!
thelucidream
#6
Chapter 10: Hahahhahaa omg! *ketawa besar* ini kisah cinta yang paling epic dan hipster! Magnificent darling! *macam mamat italian yg gatal* seriously, Sora adalah makhluk yang paling keji dan.... menakutkan! Gerun betul dapat kutu macam tu. Gatal satu badan. Anyway, ending dia omg omg omg Josh! Sweet sangat~ mujur I tak kena diabetes tau! Si Yesul dengan Wonwoo ni cute, tapi ego diorg ni buat orang pening kepala. Susah sangat ke nak confess? *muka serius* But akhirnya... korang bersama jugak, kan? Tu lah, belum cuba belum tahu!

Thanks for this beautiful story. I love it! C:
Chiko_Miari #7
Chapter 10: Wahhh!!dh dua story author yg saya baca..dua dua pun best!!kikiki
miss_almond #8
Chapter 10: BEST sampai rase nak mencarut . LOL XD
BiniJungkook
#9
Chapter 10: yah allah time bonus tu tak boleh blah XDXDXDXD
bittersweet4u
#10
Chapter 10: Tak pernah tak gelak bila baca cerita awak hahahaha. Mmg sesuai bce time sedih sedih. Konfem gelak. Time otak tgh kosong kee apa kee hahaha. Srsly, cerita awk semua best best xD .. Tpi awk dh x tulis apa apa cerita dh yg terbaru ni.. Sedihhh.