008

Runaway Groom And His 'Wonder Woman'
Please Subscribe to read the full chapter

Yesul berjalan lenggang sambil menjijit beg plastik yang berisi beberapa bungkus roti untuk dia dan Wonwoo makan sebagai menu lunch hari ini.

“Tak guna betul Wonwoo tu. Semua aku kena buat. Tolak van, siapkan tempat tidur dan sekarang? Beli makan pun aku? Tak boleh jadi ni ! Aku takkan biarkan budak tu buli aku sesuka hati.” Yesul membebel sendirian sambil berjalan. Matanya meliar memandang ke arah sekeliling. Kawasan kaki lima itu agak lengang memandangkan orang ramai sedang sibuk bekerja atau bersekolah sekarang ini.

Di bahu jalan, terdapat banyak kedai yang menjual makanan dan Yesul hanya mampu memandang semua makanan sedap itu tanpa mampu membelinya. Hidungnya menangkap bau sedap dari satu kedai yang menjual ayam bakar berdekatan dengannya.

“Ahhh! Kalau la dapat makan ayam bakar, kan best?” keluhnya sendiri. Dia menelan air liurnya yang dah mula kecur saat melihat ketulan-ketulan ayam yang sedang dipanggang di atas bara api itu. Sangat-sangat menggoda jiwa Yesul. Roti di tangan dia pandang seraya mengeluh.

“Apa la nasib…makan kau je yang aku mampu sekarang ni. Takpe, bila Wonwoo punya masalah ni dah selesai, aku nak paksa dia belanja makan ayam bakar banyak-banyak.” omel Yesul sambil tersengih. Dia menjeling lagi kedai ayam bakar idamannya sebelum kembali membuka langkah meninggalkan tempat itu. Wonwoo dah lama tunggu. Dia perlu segera balik.

“Yesul…”

Langkah laju Yesul mati serta-merta bila ada suara yang memanggil namanya. Dia kenal suara itu. Tersangat kenal. Perlahan-lahan, gadis itu menoleh dengan muka yang cemas.

Demi melihatkan orang yang memanggilnya, Yesul menghela nafas berat.

“Joshua oppa…”

Joshua berdiri di belakang Yesul dan memerhatikan gadis itu tanpa berkelip. Mukanya nampak gusar.

Yesul mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali bagi memastikan bahawa lelaki yang memanggilnya tadi benar-benar Joshua.

Joshua mengeluh perlahan. Tanpa Yesul sedari, dia telah mengekori gadis itu dari kedai sewaktu Yesul membeli roti sampailah sekarang. Joshua betul-betul dah tak ada masa. Beberapa hari lagi, waktu seminggunya akan habis. Apa yang dia nak buat? Takkanlah dia nak merelakan dirinya dari berkahwin dengan Sora?

Wajah Yesul yang cuak dipandang lama.

“Oppa nak cakap sikit…ikut oppa.” tutur Joshua perlahan namun kedengaran agak terdesak.

Yesul mati akal. Bibirnya seakan terkunci seketika. Patutkah dia mengikuti Joshua dan membiarkan Wonwoo menunggunya lama?

 

 

Wonwoo memandang jam yang terikat di pergelangan tangannya sambil mengeluh perlahan. Topi kepunyaan Yesul yang dia pakai dan buat macam harta sendiri dikibas-kibas ke muka kerana kepanasan. Dah nak dekat sejam Yesul meninggalkan dia untuk membeli makanan. Disebabkan duit dah sikit, terpaksa la mereka berdua mencari jalan dengan berjimat cermat untuk makan. Kalau dulu main hentam makan dekat restoran atau kedai makan, sekarang ni barulah nak taubat. Beli roti dan biskut kering je untuk lapik perut. Maklumlah, duit tak berapa nak ada. Itulah…dari awal tak nak rancang kewangan. Nasib koranglah…

“Lama betul minah ni. Buat roti ke apa?” gumam Wonwoo perlahan. Dia duduk bersila di kerusi bahagian pemandu dalam van rosak mereka. Dah banyak cara dah dia guna untuk hidupkan enjin tapi sampai sekarang, masih lagi tak bergerak kenderaan itu. Tangan Wonwoo comot dek kesan minyak hitam setelah sekian lama dia berjuang untuk membetulkan enjin van itu.

“Han Yesul oiii! Pergi mana pulak kau?” bebelnya sendirian.

 

 

“Maaf Tuan Jeon. Sampai sekarang, jejak Wonwoo belum kami dapat. Kes ni agak rumit dan pelik. Tuan dan Puan ada syak sesiapa? Mungkin anak Tuan dan Puan ada musuh?” seorang pegawai polis menyoal Tuan dan Puan Jeon yang datang ke balai untuk mendapatkan perkembangan terbaharu tentang kehilangan Wonwoo.

“Setahu kami, dia tak ada musuh.” Puan Jeon menjawab yakin. Dia tahu anaknya. Wonwoo bukan jenis yang suka cari fasal dengan orang. Tuan Jeon diam seakan memikirkan sesuatu.

“Kenapa encik cakap kes ni pelik?” soalan itu diajukan kepada Pegawai Polis yang sedang berbincang dengan mereka berdua.

Si polis tidak terus menjawab sebaliknya menghela nafas perlahan. Dia memandang wajah ibu bapa Wonwoo silih berganti.

“Kalau tengok balik CCTV yang dipasang di dewan tempat kejadian, kami dapati yang reaksi Wonwoo sewaktu dibawa lari tu agak mencurigakan.” Pegawai Polis itu mula bersuara dan Tuan Jeon mendengar dengan teliti.

“Maksud encik?”

“Kenapa dia tak melawan sewaktu ditarik oleh penculik tu? Reaksi dia seolah-olah tak kisah dan dia ikut penculik tu dengan rela hati. Kalau betul dia diculik, berkemungkinan besar dia akan menjerit dan meronta untuk dilepaskan, betul tak? Tapi kalau tengok balik CCTV, Wonwoo macam suka bila dibawa lari oleh si penculik. Reaksi dia memang mencurigakan.” panjang lebar Pegawai Polis menerangkan teorinya.

“Jadi?” Puan Jeon mengerutkan dahinya.

“Saya rasa anak Tuan dan Puan bukan diculik tapi sebenarnya, dia memang nak larikan diri. Lagipun, menurut Tuan dan Puan, dia dilarikan oleh seorang perempuan yang bertopeng kan? Kalau betul dia diculik, dia mesti akan melawan. Tambahan pulak, penculik dia seorang perempuan. Sebagai lelaki, dia pasti akan melawan tapi nampaknya dia tak. Mungkin mereka memang berkomplot untuk buat semua ni?” Pegawai Polis tadi menambah lagi.

Tuan dan Puan Jeon saling berpandangan.

“Tak mungkin. Untuk apa dia nak lari? Hari tu majlis perkahwinan dia.” Puan Jeon bersuara kurang yakin.

Pegawai Polis tadi diam lagi. Dia memainkan semula rakaman CCTV yang dia dapatkan untuk menyelesaikan kes kehilangan Wonwoo. Setelah beberapa minit dia diam, dia akhirnya menyoal semula.

“Wonwoo ada kawan perempuan yang rapat? Selain bakal isteri dia? Mungkin dia ada perempuan lain?” tebak si pegawai polis untuk cuba mendapatkan kepastian.

Tuan Jeon memandang isterinya. Begitu juga dengan isterinya. Minda mereka mula teringatkan seseorang. Seseorang yang tak asing lagi bagi Wonwoo. Dari kecil sehingga sekarang, mereka tahu yang dia dan Wonwoo masih berkawan baik.

“Yesul? Han Yesul?”

Serentak, pasangan suami isteri itu menyebut nama seseorang yang terlintas di kepala mereka itu.

 

 

“Tolong oppa…pujuk Wonwoo balik.” Joshua berkata kepada Yesul yang sedang mengunyah ayam bakar yang tadinya dia teringin sangat nak makan. Akhirnya, impian dia jadi kenyataan bila Joshua membawanya ke kedai itu untuk menjamu selera.

Yesul menghentikan kunyahannya.

“Wonwoo…dia tak nak balik. Oppa…saya mintak maaf. Saya yang bawak lari Wonwoo tapi saya terpaksa. Saya risaukan dia. Dia cakap dia nak bunuh diri kalau dia dah tak tahan dengan Sora. Walaupun dia cuma bergurau tapi saya tetap risaukan dia. Saya nak dia bahagia. Saya tak nak kawan saya sedih.” jujur Yesul. Dia memandang Joshua dengan muka yang serius.

Joshua tunduk memandang hujung kasutnya. Diam. Begitu juga dengan Yesul. Selera gadis itu tiba-tiba mati.

Yesul mencuri pandang ke arah Joshua. Lelaki pujaannya itu bersungguh-sungguh untuk membawa adik sepupunya pulang. Dahi Joshua yang bertampal plaster itu dikerling Yesul seketika. Ya. Joshua sampai tercedera semata-mata nak mengejar Wonwoo. Kenapa dia beria sangat?

“Yesul please…Oppa terpaksa buat macam ni. Kehilangan Wonwoo buat Oppa terlibat sama dalam hal ni. Oppa tersepit dan jadi mangsa keadaan. Oppa tak sanggup.” luah Joshua. Matanya menikam wajah Yesul dan gadis itu jadi tak senang duduk.

“Oppa…kenapa? Apa maksud oppa?” Yesul menyoal Joshua yang nampak serabut itu.

Joshua mengeluh perlahan sebelum menjawab soalan Yesul.

“Papa Wonwoo dan orang tua Sora minta Oppa gantikan Wonwoo sebagai suami Sora. Oppa…tak boleh. Oppa tak cintakan dia. Bagi oppa, ni tak adil. Wonwoo selamat dan Oppa yang jadi mangsa? Maaf…kali ni oppa terpaksa jadi selfish, Yesul.” Joshua berkata.

Yesul yang mendengar kata-kata Joshua terlopong. Apa? Sora nak dikahwinkan dengan Joshua pulak? Melepaslah Yesul ! Ok. Itu bukan masalahnya sekarang. Bila dia dah selamatkan Wonwoo, Joshua pula yang dalam masalah. Apa yang dia nak buat? Dia tak sangka, menyelamatkan Wonwoo menyebabkan orang lain yang pulak yang tak selamat. Yesul serba salah.

“Tolong Yesul…pujuk Wonwoo balik. Cuma Wonwoo yang boleh buat Oppa lepas dari Sora. Oppa tak cintakan dia. Oppa tak nak kahwin dengan perempuan yang Oppa tak cinta.” rayu Joshua lagi.

“Oppa…” Yesul hilang kata. Mana satu yang dia perlu buat? Terus berlari dengan Wonwoo atau membantu Joshua? Gadis itu jadi keliru. Hujung bibirnya digigit sambil fikirannya melayang jauh.

“Tolong, Yesul…”

 

 

Yesul melangkah lemah ke arah van. Mukanya muram. Langkahnya terasa berat. Fikirannya betul-betul kusut. Tak pernah dia rasakan sebegini.

“Wonwoo…”tanpa sedar,

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
New From Me : Hi ! Do visit my new fanfics- Hey, Princess ! Featuring S.Coups And Jeonghan :)

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Chapter 1: And I still remember this story. :')
mizzfiona_ #2
Chapter 10: Best!ohsemmmmm!fanfic terbaik svt yg pernah sy baca!!sy selalu follow fanfic author setakat Ni semua x pernah mengecewakan...
aquariusxpisces
#3
Chapter 10: AwwwwXD part bonus tu paling win, sweetnya hahahahaahXD

Cerita ni saya habiskan dari pukul 8 lebih, dah habis jugak akhirnya. Memang ada ketawa macam orang gila ah hahahaha tapi sedih pun ada :'( ego dua orang ni tinggi sangat, tapi tak sangka diorang boleh bersatu. Sweet gila pulak tuh!

Kebelakangan ni, cerita yang saya baca semua pasal keberanian nak confess perasaan, dan semuanya relatableXD mungkin akan encourage saya untuk lebih berani? XD
Nurazza #4
best
TKeyAlex
#5
Chapter 10: DAMNNNNNN ONE OF THE BEST MALAY FIC OUT THERE!! DAHLA SEVENTEEN!!!! Thanks dear authornim the drama smua lawak dia perghh smua tip top. mcm nk translate ke english tpi lawak dia akan hmbar sbb org yg x duk malaysia ni xkn phm huhuhu. daebak !!!
thelucidream
#6
Chapter 10: Hahahhahaa omg! *ketawa besar* ini kisah cinta yang paling epic dan hipster! Magnificent darling! *macam mamat italian yg gatal* seriously, Sora adalah makhluk yang paling keji dan.... menakutkan! Gerun betul dapat kutu macam tu. Gatal satu badan. Anyway, ending dia omg omg omg Josh! Sweet sangat~ mujur I tak kena diabetes tau! Si Yesul dengan Wonwoo ni cute, tapi ego diorg ni buat orang pening kepala. Susah sangat ke nak confess? *muka serius* But akhirnya... korang bersama jugak, kan? Tu lah, belum cuba belum tahu!

Thanks for this beautiful story. I love it! C:
Chiko_Miari #7
Chapter 10: Wahhh!!dh dua story author yg saya baca..dua dua pun best!!kikiki
miss_almond #8
Chapter 10: BEST sampai rase nak mencarut . LOL XD
BiniJungkook
#9
Chapter 10: yah allah time bonus tu tak boleh blah XDXDXDXD
bittersweet4u
#10
Chapter 10: Tak pernah tak gelak bila baca cerita awak hahahaha. Mmg sesuai bce time sedih sedih. Konfem gelak. Time otak tgh kosong kee apa kee hahaha. Srsly, cerita awk semua best best xD .. Tpi awk dh x tulis apa apa cerita dh yg terbaru ni.. Sedihhh.