005

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Eh.. you nak ke mana pagi-pagi hari pakai office wear macam ni?"tegur Sojin sebaik saja melihat aku bersarapan di meja makan. Dia pula baru sahaja bangun dari tidur. Sekali pendang pun dah tahu dia memang baru bangun sebab dia masih pakai pakaian yang sama sejak semalam. Aku pula sekadar mengangkat mukaku sebentar untuk melihat wajahnya sebelum kembali menikmati sandwich yang hampir aku dapat habiskan. Sojin aku lihat sudah melabuhkan punggung di kerusi hadapanku sambil menenyeh matanya, dan entah kenapa aku dapati kelakuannya sekarang nampak comel di mata aku. Gila.

 

"I have classes today."balasku sambil menghirup kopi hitam pekat yang aku bancuh tadi dengan penuh nikmat. Aku memang penggemar kopi, lagi-lagi kalau kopi hitam pekat yang sedang aku minum sekarang. Tapi itu tidak bermakna aku tidak sukakan kopi yang lain. Sebenarnya aku minum semua jenis kopi, cuma kopi yang hitam pekat dan pahit ini lebih menepati cita rasa dan selera tekak aku.

 

Sojin memandang wajahku dengan dahi berkerut-kerut. Barangkali dia berasa pelik bin hairan tatkala mendengar kata-kataku tadi.

 

"What do you mean by you have classes today? Are you a student?"

 

"Taklah, saya seorang pensyarah. Kenapa? Awak ingat pembunuh ni kerjanya bunuh orang saja, takde kerja lain?"

 

Sojin hanya memandang aku dengan mulut yang sedikit ternganga. Aku agak dia memang terkejut dengan pernyataanku tadi. Mesti dia fikir aku ni gila. Dah elok-elok kerja sebagai pensyarah tapi masih lagi ambil risiko untuk menjadi pembunuh upahan. Well, aku sendiri pun sebenarnya masih pening dengan diri sendiri. Maksud aku, aku semacam tak dapat mencari keinginan sendiri. Dengan erti kata lainnya, aku masih lagi beum kenal diri aku sepenuhnya dan decide whether diri aku ni lebih condong ke arah kebaikan atau kejahatan.

 

"Peliknya, how come you jadi pensyarah dan pembunuh at the same time? Do you need money that much sampaikan sanggup membunuh?"

 

Aku sekadar tersenyum herot. Aku rasa aku tidak punya jawapan yang sesuai untuk soalannya itu. Jadi aku cuma mampu menjawab dengan ayat, "No comment. Gotta go to work now. Take care."

 

 

Sampai saja aku di kolej, aku terserempak dengan Jackson dan juga Suzy. Kedua mereka nampaknya baru lepas balik dari bersarapan di kafe sebab masing-masing sibuk mengeluarkan sendawa sampaikan aku boleh terbau nasi lemak nasi goreng kimchi dan juga kimbap dari mulut mereka. Aku yang sudahpun duduk di kerusi hanya menjeling mereka berdua dengan ekor mata kerana geram. Ada ke patut mereka melepaskan sendawa di depan muka aku? Tak senonoh betul!

 

"Padah tak breakfast sekali dengan kami."Suzy bersuara sambil ketawa kecil apabila aku membuat muka marah. Jackson di sebelah Suzy pula sekadar tersengih sambil meneguk perlahan air kosong dalam gelas yang di ambilnya dari pantri.

 

"Sejak bila aku berjanji dengan kau orang untuk breakfast sekali ni? Aku kan selalu breakfast dekat rumah je."

 

"Minah ni kelentong pun kau layan.. Hmm, kenapa aku tengok baju kau elok je hari ni? Selalunya ada terkoyak sana sini sebab kena tarik dek peminat fanatik kau."ucap Jackson sambil duduk dan membelek-belek pakaian yang tersarung pada tubuhku. Hari ini aku memakai baju kemeja merah yang dipadankan dengan vest hitam serta seluar slack hitam. Suzy pula duduk di depanku sambil memerhatikan penampilanku dengan gaya tangan mengusap dagu.

 

"Hari ni aku tak tahulah kenapa tapi memang takde peminat yang selalu kerumuni aku."

 

"Memang takde pun.. Korang lupa ke yang mereka sekarang ada final exam? So manalah sempat mereka nak kejar kau hari ni. By the way, kenapa hari ni aku tengok gaya kau macam terlebih kacak je? Kau nak pergi blind date ke apa lepas habis kerja ni?"tanya Suzy dengan sengihan.

 

Aku? Blind date? Tak mungkinlah!

 

"Aku dah cakap aku tak minat segala yang berkaitan dengan cinta, kau faham tak?"

 

"You know Jaebum, people can change. Mungkin sekarang kau cakap yang kau tak minat bercinta, nanti di lain masa kau pulak yang beria-ria nak bercinta. And kau kena tahu satu fakta, semua hidupan di atas muka bumi tak kiralah manusia ke, binatang ke, serangga ke atau apa-apa sekalipun diciptakan secara berpasangan. Adam and Eve, Romeo and Juliette, Brad Pitt and Angelina Jolie."terang Jackson dengan riak muka yang teramatlah selamba. Suzy sudah tertawa kecil mendengar kata-kata Jackson. Aku tak dapat nak cari unsur kelakar dalam kata-kata lelaki cina itu tapi aku ketawa juga. Aku rasa mahu ketawa jadi aku ketawa sajalah.

 

"Please Jackson, sejak bila kau jadi penasihat cinta ni? Aku ingat kau tak berminat dengan hal sebegini?"

 

"Kau ingat aku patung, takde perasaan? Aku..dah nak kahwin kot minggu depan.."

 

"WHAT???"serentak aku dan Suzy menjerit kerana terkejut tanda tidak percaya dengan kata-kata lelaki di depan kami ini.  Tidak berkelip biji mataku merenung Jackson. Aku memang tak dapat bayangkan lelaki yang selalu mempamerkan ekspresi serius dan tidak berperasaan ini berkahwin. Siapa manusia yang berjaya buat Jackson jatuh cinta ni? Yang pasti, mesti perempuan itu hebat orangnya.

 

Aku memerhatikan saja Jackson mengeluarkan dua sampul berwarna hitam dari dalam begnya. Diserahkan sampul itu kepada aku dan Suzy. Kami berdua mengambil dan membukanya. Terdapat sekeping kad jemputan perkahwinan berwarna hitam dicetak dengan tulisan berwarna emas. Aku buka kad itu dan membacanya.

 

"Anda dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Jackson Wang dan Heo Youngji..?"

 

"OMG OMG siapa Youngji ni? Sejak bila lagi kau bercinta dengan dia? Kenapa kau nak kahwin dengan dia? OMG Jackson nak kahwin betullah!"dengan kelajuan kereta ferrari  yang berkuasa kuda si Suzy menyoal Jackson. Suzy ni memang, kalau bab soal-menyoal dia memang expert. Mungkin sebab ayah dia adalah polis, jadi dna kepolisan ayahnya itu menurun kepada dia. Ceh, memandai saja aku buat kesimpulan. Hahah.

 

Jackson aku lihat agak keberatan untuk bercerita mengenai bakal isterinya itu. Mungkin dia segan. Yelah, Jackson yang aku kenal agak serius orangnya dan jarang sekali aku mendengar dia bercerita mengenai hal cinta. Namun kemudian dia ceritakan juga sedikit sebanyak tentang bagaimana dia bertemu Youngji dan bagaimana dia boleh mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu apabila Suzy membuat muka kasihan yang teramat sangat.

 

"Aku..nak jadikan dia suri hidup aku sebab dia pernah selamatkan aku dari kemalangan. Waktu itu aku nak melintas jalan dan aku tak perasan ada sebuah kereta yang tiba-tiba bergerak laju ke arah aku. Kebetulan Youngji lalu sekitar situ dan ternampak aku yang akan dilanggar, jadi dia lari ke arah aku dan tolak aku ke tepi jalan.. Aku memang selamat tapi malangnya dia pulak yang kena masuk hospital sebab kena langgar. Nasib baik kecederaan tak berapa parah. Disebabkan aku rasa be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!