003

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

Aku membuka kedua belah mataku. Di manakah aku sekarang? Kenapa semuanya nampak gelap? Aku bermimpikah? Ah, sudah malam rupanya! Nanti sekejap.. bukankah di sini tanah perkuburan yang aku lawati siang tadi? Kenapa aku masih berada di sini lagi? Dan kenapa aku boleh terbaring betul-betul di atas pintu keranda dalam sebuah lubang kubur? Hah! Baru aku teringat yang aku pengsan gara-gara terkejut melihat anjingku Luiz menarik keluar sebelah tangan manusia yang masih bergerak keluar dari dalam keranda.  Sekejap.. tangan...? Jadi tangan yang berada di atas dada aku ni pulak tangan siapa...?

 

"ZOMBIIEEEEEE!"jeritku sambil cuba membaling tangan tersebut jauh dari aku tetapi malangnya tangan itu masih lagi di dadaku dan tangan itu bergerak!

 

"To-tolong.."

 

Eh, ini bukan ke suara...

 

"Cik Sojin...?"ucapku perlahan sambil menjenguk ke arah lubang pada pintu keranda yang dihasilkan Luiz tadi. Terbeliak aku apabila melihat susuk tubuh Cik Sojin dalam lubang tersebut. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?? Cik Sojin yang dah mati tu hidup semula?

 

Walaupun hati aku sebenarnya takut bercampur pening tetapi aku bangun juga dan menarik tangan Cik Sojin yang berada di dadaku dengan sepenuh kudrat bagi membolehkan Cik Sojin naik ke atas. Selesai menarik gadis itu ke atas, aku menggoncangkan badannya. Aku tampar-tampar pipi Cik Sojin untuk menyedarkan dia tapi malangnya dia tidak menunjukkan sebarang tindakbalas. Aku agak dia kekurangan oksigen kerana berada terlalu lama dalam keranda tadi. Pelik betullah, bagaimana dia hidup lagi sedangkan tiada udara yang cukup untuk dia terus bernafas dan bergerak? Ah, tinggalkan persoalan itu dulu. Aku perlu menyedarkan Cik Sojin terlebih dahulu!

 

Aku tiada pilihan. Terus aku memberikan Cik Sojin bantuan pernafasan. Hmm.. faham-faham sajalah ya anak-anak. Selepas beberapa minit aku berbuat demikian, Cik Sojin terus terbangun dengan sendirinya sampai aku sendiri terkejut. Reaksinya memang agak memeranjatkan aku. Mana tidaknya, dia terbangun dengan mata terbuka luas. Beberapa kali dia terbatuk-batuk sambil berusaha menyedut udara. Gila tak sedut udara, lama kot dia berada dalam keadaan 'mati'.

 

"JB.. "dengan susah-payahnya aku lihat Cik Sojin memanggil namaku. Nasib baiklah dia masih kenal aku. Aku sangka ingatannya hilang apabila melihat riak mukanya yang nampak tersangat blur tatkala memandang mukaku.

 

"Cik masih ingat saya lagi rupanya."ucapku sambil tersenyum. Aku membantu dia bangun. Luiz pula muncul entah dari mana turut sama cuba membantu Cik Sojin bangun dengan menarik lengan baju gadis itu menggunakan mulutnya.

 

"Of course I ingat.. I takkan lupa muka orang yang I pernah jumpa,"

 

"Okey.. Tapi macam-mana cik boleh hidup kembali ni? Bukankah cik dah mati dibunuh semalam?"

 

"What?? Siapa yang bunuh I?"akibat terkejut dengan kata-kata aku, Cik Sojin jatuh terjelopok ke tanah. Ah.. nampaknya dia sendiri tak sedar yang dia dibunuh dan diisytiharkan mati. Aku sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Memang aku tidak tahu siapa yang membunuhnya. Apa yang aku tahu, orang yang membunuhnya adalah seorang perompak.

 

Ah, hari pun sudah lewat malam nampaknya. Sudahlah keadaan di tanah perkuburan ini agak gelap. Aku dan Cik Sojin boleh nampak muka masing-masing pun disebabkan cahaya bulan purnama. Cahaya itulah yang membolehkan aku memberikan bantuan pernafasan kepada dia dalam gelap tadi. Aku merenung sebentar Cik Sojin yang masih terduduk di atas tanah. Dia sebenarnya cuba untuk bangun tetapi gagal. Nampak seperti kakinya tidak mampu untuk berdiri. Kesian pula aku melihatnya.

 

"Jom saya bawa cik balik."

 

"Why should I? I nak balik ke rumah I.."

 

Eh, eh.. sombong gila perempuan kaya ni! Opps, dia sekarang kan dah tak kaya sebab diisytiharkan mati..

 

Aku melutut di depan Cik Sojin. Memang dia nampak agak menyedihkan sekarang. Tapi nasib baiklah dia dikebumikan dalam keadaan berpakaian. Sejujurnya aku terasa kelakar apabila melihat pakaian yang tersarung pada tubuh Cik Sojin skarang. Apa motif dia pakai baju sekolah menengah semasa dikebumikan?

 

"Listen here, miss.. Cik secara rasminya sudah diistiharkan mati semalam, jadi mana boleh cik balik ke rumah cik sendiri? Baik cik balik ke rumah saya dan berehat.. Selepas cik sihat nanti cik nak buat apa pun cik buatlah."dengan selamba aku memberi cadangan. Apa yang aku cakap itu memang betul. Takkanlah dia nak balik rumah dia sekarang? Mesti keluarga dia fikir dia adalah hantu! Haha! Lagipun.. takkannlah aku nak biarkan dia sendirian di sini?

 

Cik Sojin yang masih terduduk di tanah sudah merengus perlahan apabila mendengar kata-kata aku. Barangkali dia berfikir sejenak dan mengiyakan kata-kataku kerana tiba-tiba dia menghulurkan kedua-dua belah tangannya di depanku. Aku hanya tersenyum saja sebelum mengambilnya lalu menarik dia supaya berdiri tetapi entah bagaimana dia kembali terjatuh.

 

"Sorry JB tapi kaki I terlalu lemah, tak boleh berdiri.."luah Cik Sojin. Mukanya seperti mahu menangis. Aku faham kalau dia mahu menangis. Kalau aku sendiri berada di tempatnya, aku juga akan menangis.

 

"Kalau macam tu.. excuse me please."dengan tenangnya aku mendukung Cik Sojin dan membawanya ke arah kereta. Nasib baik aku datang ke tanah perkuburan ini dengan kereta, kalau dengan motorbike aku memang susahlah aku nak bawa Cik Sojin pulang. Aku perasan Cik Sojin terkejut dengan kelakuanku tapi aku buat bodoh saja. Luiz pula mengikut langkahku dari belakang. Terima kasih Luiz, baru aku faham kenapa kau menyalak dengan begitu kuat tadi.

 

 

 

 

Esok paginya, aku bangun agak awal. Selalunya aku tak macam ni tetapi sebab sekarang ada penghuni baharu di rumah aku terpaksa jugalah bangun awal. Selepas selesai mandi dan berpakaian aku ke dapur. Aku cuma memakai singlet hitam dan boxer. Bukan boxer yang sebelah dalam tu.. boxer yang besar tu. Ala yang selalu orang pakai buat ke pantai tu. Hahah. Gila kau nak pakai boxer yang sebelah dalam tu dekat rumah? Mahu pengsan pulak Cik Sojin tengok aku pakai macam tu..HEHE. Selepas selesai memasak, aku mencapai telefon pintarku dan mendail nombor rakanku, Mark. Dia merupakan seorang doktor di hospital swasta. Setelah berbual-bual dengannya hampir sepuluh minit, dia bersetuju untuk datang ke rumahku. Bukan apa, aku cuma mahu Mark memeriksa keadaan Cik Sojin saja. Dan dalam masa yang sama aku mahu Mark membuat satu ujian ke atas gadis itu. Aku mahu tahu kenapa dia tiba-tiba boleh hidup kembali.

 

Aku menaiki tangga rumah untuk ke bilik tetamu di mana letaknya Cik Sojin. Malam semalam aku membawanya pulang ke rumah dan aku membiarkan dia tidur di bilik tersebut. Tanpa aku sedari, aku tiba-tiba terfikirkan Junghwa. Hmm, apa agaknya reaksi gadis itu bila tahu yang sepupunya masih hidup?

 

"Cik Sojin, bangun cik.. Dah pagi dah ni."

 

Cik Sojin aku lihat masih tidak bergerak di atas katil. Aku duduk di sebelahnya di atas katil, memerhatikan setiap inci wajahnya yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!