001

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

Keadaan di Bandar Metropolis Seoul pada pagi itu agak sesak. Jalan raya dipenuhi dengan barisan kereta pelbagai jenis yang berpusu-pusu untuk bergerak ke tempat yang dituju pemiliknya. Kedai-kedai di pinggir jalan juga sudah mula dibuka untuk sesi jualan. Umat manusia yang hanya menggunakan kudrat kaki untuk berjalan ke sekolah dan tempat kerja juga dapat dilihat di tepi jalan. Begitu juga dengan aku. Aku juga tergolong di dalam umat manusia yang menggunakan kudrat kaki sendiri untuk berjalan ke kolejku. Almaklumlah, jarak rumahku dengan kolej tempat aku mengajar hanya sekitar lima belas minit saja kalau dengan berjalan kaki. Aku memang boleh saja pergi ke kolej dengan menunggang motorbike yang baru aku beli beberapa bulan lepas, cuma aku seboleh-bolehnya mahu mengurangkan tahap pencemaran udara yang dialami bumi kita ini. Aku sayang bumi! Kalau bumi ini rosak disebabkan pencemaran udara hasil gas-gas karbon monoksida yang dilepaskan oleh ekzos motorbike aku,aku tak akan pernah memaafkan diriku ini!

 

Sebaik saja langkah kakiku tiba di hadapan pintu pagar kolej, aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku buat macam ni. Aku buat macam ni bukan sebab nervous tetapi sebab..

 

"Prof Jaebum! Jom dating!"

 

"Im Jaebum,I love you sampai I masuk kubur!"

 

"Encik Jaebum, sudi tak encik berkahwin dengan saya? Please?"

 

Inilah sebabnya aku perlu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum masuk ke kolej. Aku bukan nak bangga tetapi aku sudah mengumpul peminat yang agak ramai. Ada yang sampai ke tahap fanatic! Siap ajak aku kahwinlah, apalah.. Memang tak tenang hidup aku sepanjang aku menjadi pensyarah dalam bidang sejarah di kolej ini.Haissh.. apa dosa aku sebenarnya ni? Aku tak ganggu diorang pun? Susah jugak ya punya muka sehabis kacak ni? Bhahahahha!

 

"Err korang, boleh tak benarkan saya pergi? Saya dah lewat ni!"teriakku apabila para peminatku mengerumuniku sampai sesak nafas aku dibuatnya!

 

"Kitorang tak akan benarkan prof pergi sampailah prof pilih salah seorang daripada kami untuk jadi kekasih prof!"

 

What? Are you crazy? Kau nak aku pilih salah daripada korang yang ramai ni? Spontan aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Berkat menggunakan shampu Clean & Clear,masalah kelemumurku sudah hilang. Eh ,apa pasal aku bercerita pasal kelemumur ni? Aku sepatutnya fikirkan bagaimana nak lepaskan diri daripada peminat fanatik aku ni!

 

"Hah, dah kenapa korang berkumpul dekat sini ramai-ramai ni?  Bersurai cepat sebelum rektor nampak korang buat serangan seksual dekat Prof Jaebum ni!"aku mendengar satu suara garau yang memang kuat. Dan aku kenal itu suara siapa. Terus aku berpaling ke arah belakang apabila peminat-peminatku sudah mula bersurai. Haa,tahu pulak takut!

 

"Oh my babyboy! Thank you sebab dah selamatkan aku!"spontan aku memeluk kaki teman sekerjaku, Jackson namanya. Jackson ini anak jati Hong Kong dan datang bekerja di Seoul demi mencari sesuap nasi buat keluarganya di sana. Haha! Bergurau saja. Jackson ini sedari kecil lagi dilahirkan dalam keluarga yang agak berada. Dia sepatutnya mengambil alih  syarikat papanya tetapi dia enggan kerana dia tidak berminat. Sebab itulah dia bekerja di kolej ini sebagai pensyarah sukan.

 

Jackson sudah mengerutkan dahi melihat gelagatku. Pantas dia menyepak aku jauh dari kakinya. Padan muka aku.

 

"Tak payah nak drama sangatlah, Jaebum. Bosan aku tengok drama sebabak kau ni."seperti biasa Jackson membebel-bebel. Aku sekadar tersengih sambil cuba untuk berdiri. Memang patut dia bosan. Apa tidaknya,sudah hampir setiap hari Jackson membantu aku melepaskan diri dari para peminatku. Dan sebab itu jugalah aku asyik menerima sepakan penuh kasih sayang oleh Jackson. Memang wajib aku disepak, aku yang selalu buat gedik dengan dia. Nak buat macam mana,aku suka menggedik dengan Jackson. Bukan apa, Jackson ni selalu buat muka serius dia. Nak juga aku tengok muka ceria dia macam mana.

 

"Kau ni,aku nak bermanja dengan kau sikit pun tak boleh. Apa dosa aku?"

 

"Kau jangan merapu boleh tak? Ni,kau dah punch card ke belum? Kang kalau terlewat punch card ketua jabatan marah pulak."

 

Aku menilik jam yang terikat elok di pergelangan tanganku. Alamak, dah pukul sembilan setengah pagi! Baik aku cepat ke pejabat! Terus aku berlari ke pejabat meninggalkan Jackson di situ.

 

 

 

 

Aku membetulkan tali leherku sambil duduk di kerusi. Sambil-sambil itu aku memerhatikan pelajar kelasku yang sedang sibuk membuat kerja. Bosan juga duduk saja macam ni. Nak keluar pun kelas belum habis lagi. Kelas ini masih berbaki lagi setengah jam. Aduh.. sesungguhnya aku paling tidak suka menunggu. Tapi aku kan pensyarah so boleh jelah aku tamatkan kelas dan keluar. Ye tak?

 

"Okey semua, kelas kita tamat di sini. Kita sambung esok. Dan please siapkan assignment yang saya minta anda semua buat tu,okey?"dengan selamba saja aku bersuara sambil mengemas buku-buku rujukan yang aku bawa ke dalam beg. Aku dah nekad nak keluar. Bosan gila kut duduk menghadap muka pelajar sendiri.. Kalau handsome tak apa jugak, ini muka macam jamban rumah datuk aku.. Pfft

 

Pelajar aku pulak apa lagi,terus saja mereka melangkah keluar dari kelas sambil mengucapkan terima kasih kepadaku. Terserlah rasa suka di wajah mereka. Well,siapa tak suka dapat balik awal? Even aku pun suka sebenarnya. Dapatlah aku balik dan tidur di rumah sepuas hati. Bukan apa, malam semalam aku sibuk dengan kerja sampai tak tidur. Jadi aku rasa dengan menamatkan kelas aku lebih awal,aku akan dapat pulang dan menggunakan masa yang ada itu semaksima mungkin untuk..TIDUR! Hahah!

 

Sampai saja aku di rumah, aku terus menghempaskan badan ke sofa di ruang tamu. Serius letih gila rasanya. Sudahlah tak makan pun pagi tadi,lepas tu bila balik kena pulak berjalan sampai ke rumah. Me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!