002

I Am a Killer
Please Subscribe to read the full chapter

 

Keesokkan harinya aku ke kolej seperti biasa. Mengajar dan melayan kerenah para peminat yang masih lagi berusaha untuk menambat hati aku. Tapi malangnya hati aku tidak berkenan pada sesiapa pun diantara mereka. Bukan sebab aku ni gay atau apa tetapi sebab aku memang tidak berminat dengan sesuatu bernama cinta. Hahah! Hmm.. Aku sebenarnya runsing memikirkan perihal Cik Sojin. Hati aku tertanya-tanya mengapa dia dibunuh kelmarin. Pembunuhan tersebut dilaporkan dalam akhbar tempatan dan menurut polis Cik Sojin dibunuh dalam di bank. Ketika itu dia sedang mengeluarkan wang di mesin ATM sebelum seorang lelaki misteri datang menikamnya dari belakang lalu mengambil wangnya.

 

Sejujurnya aku merasakan sesuatu yang pelik dengan pembunuhan tersebut. Memanglah pihak polis menyatakan yang kes tersebut adalah kes rompakan bersenjata tetapi ada sesuatu yang musykil..sesuatu yang membuatkan aku benar-benar sangsi. Adakah pembunuhan dia merupakan satu konspirasi syarikat atau adakah sebab dia bernasib malang? Bagaimana pula dengan kerja aku? Adakah aku perlu meneruskan lagi kerja yang dia berikan kepada aku?

 

Aku menyandarkan badanku pada kerusi yang sedang aku duduki sekarang sambil merenung siling pejabatku. Pelik betullah aku ni, kenapa aku perlu menyibukkan diri memikirkan hal tersebut? Dan kenapa saat ini aku boleh terfikirkan pasal Junghwa dan peguamnya yang bernama Takuya itu? Takuya tu..nampak lain macam. Junghwa pulak..aku tak boleh tafsir sikap sebenarnya. Orang cakap orang korporat ni pandai bermuka-muka serta menyembunyikan belang mereka. Ah, kisah pulak aku!

 

"Hah, kau dah kenapa tenung siling bagai nak rak tu? Teringat dekat buah hati ke?"tegur Suzy,rakan sekerjaku yang muncul entah dari mana. Beliau merupakan pensyarah dalam bidang seni reka. Cantik orangnya tapi hati aku langsung tak berkenan. Mungkin sebab dia bukan type yang aku suka dan juga sebab dia dah bersuami. HAHAH!

 

"Hisy, mana adalah.. Aku tengah fikir nak makan apa lepas ni."dalihku sambil menguap perlahan. Aku sebenarnya belum menjamah apa-apa lagi. Aku hanya sempat menikmati secawan horlicks yang aku bancuh di pejabat awal pagi tadi. Baru sekarang aku sedar yang aku memang sedang lapar. Suzy pula aku tengok sedang memandang aku dengan segaris senyuman di bibirnya.

 

"Kau lapar ya? Hmm.. apa kata kita pergi makan di restoran suami aku?"ucap Suzy. Ah, aku terlupa suami Suzy merupakan salah seorang cef terkenal di bandar. Dia memiliki beberapa rangkaian restoran mewah di sekitar negara dan masakan di restorannya sering mendapat ulasan yang baik dari pengkritik makanan. Pendek kata, suami Suzy yang bernama Park Chanyeol ni memang seorang cef yang berjaya meletup boom kebaboomlah.

 

"Boleh jugak, tapi kau belanja. Okey?"jawabku sambil bangun dari kerusi dan memakai blazer hitam yang tersangkut di dinding. Suzy sudah menggelengkan kepala. "Yelah, yelah."

 

 

 

 

Chanyeol menghidangkan beberapa pinggan berisi juadah istimewa restorannya di atas meja di mana aku dan isterinya sedang duduk. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Aku merenung juadah-juadah tersebut satu-persatu. Sekarang baru aku faham mengapa restorannya popular. Baunya saja sudah menyelerakan..ini belum merasa hidangannya lagi!

 

"Haa Jaebum, makanlah. Jangan malu-malu. Saya dah masak dengan penuh kasih sayang tu."sempat lagi Chanyeol mencedok seketul ayam masak lemon ke dalam pingganku semasa bercakap tadi. Kau ni biar betul, dalam pinggan aku ni dah penuh dengan lauk je aku tengok. Sampai tak nampak nasi putih! Suzy sudah ketawa melihat riak muka aku yang blur. Memang aku tengah blur sekarang. Tak sangka pulak aku yang suami Suzy ni terlebih peramah. Rugi betullah tak ajak si Jackson makan sekali dengan kami. Bolehlah aku tengok muka dia yang annoying sebab tak tahan dengan keramahan Chanyeol. Kahkahkah!

 

"Abang ni, bagilah Jaebum makan dengan tertib sikit. Ni tidak, asyik cedokkan lauk ke pinggan dia je. Kalau dia tercekik macam-mana?"

 

"Alah awak ni, lelaki sejati mana boleh tercekik dengan begitu senang..kan Jaebum?"soal Chanyeol kepada aku yang sedang menggigit peha ayam lemon. Aku cuma menganggukkan kepala, mengiyakan segala cakapnya sehinggalah apabila aku berpaling ke satu arah dan ternampak kelibat seseorang yang aku kenali. Terus tersedak aku dibuatnya. Cebisan ayam yang aku kunyah terbang tepat mengenai muka Chanyeol. Opps!

 

"Haa,kan saya dah cakap Jaebum akan tercekik!"Suzy sudah menepuk belakang badanku. Aku masih lagi terbatuk-batuk. Sesak nafas seketika aku dibuatnya melihat kelibat manusia tadi. Bukankah itu Junghwa? Apa dia buat dekat sini agaknya? Mestilah dia datang sini sebab makan.. ish,bodoh betullah kau ni Jaebum.

 

Chanyeol yang aku lihat nampak agak panik menghulurkan segelas air kosong kepadaku. "Awak okey Jaebum? Maaflah sebab buat awak makan banyak sampai tercekik."

 

Aku meneguk air kosong dalam gelas yang dihulur. "Eh, takda apalah Chanyeol. Salah saya sebab makan tak kunyah 44 kali."

 

"Kenapa kena kunyah 44 kali?"tanya Suzy pelik. Aku sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Memang aku tak tahu pun, aku cakap main hentam kromo saja. Haha.

 

Tiba-tiba Chanyeol bersuara, "Dengar kata dalam Islam, umatnya digalakkan mengunyah makanan yang dimakan sebanyak berpuluh-puluh kali supaya nanti makanan tu dapat dicerna dengan baik. Mungkin itulah yang Jaebum maksudkan dengan kunyah sebanyak 44 kali."

 

Err.. aku main hentam je kot cakap macam tu.. Tak sangka pulak apa yang aku hentam tu betul. Well, taklah betul hundred percent sebenarnya.  Selepas selesai makan, aku meminta diri untuk ke tandas. Nak terkucil kot duduk dalam restoran berhawa dingin ni. Macam manalah si Chanyeol ni boleh memasak dalam keadaan sejuk begini? Hairan betul aku. Namun tanpa disangka-sangka aku terserempak dengan Junghwa di tandas. (tandas campur) Gadis itu sedang merenung cermin tandas dengan pandangan yang kosong. Riak mukanya agak muram. Aku berkira-kira mahu menegurnya tetapi gagal apabila tiba-tiba saja Sehun pula masuk ke dalam tandas dan menarik Junghwa ke dalam dakapannya. Nasib baiklah aku sempat masuk ke dalam salah sebuah tandas untuk bersembunyi, kalau tidak mesti pelik pulak si Sehun ni bila tengok kekasihnya itu bersama aku.

 

Tapi kan.. kenapa pula aku harus bersembunyi?

 

"Listen here, Junghwa. Her death is not your fault!"

 

Kematian siapa pulak yang bukan salah siapa? Aku mengintai kedua pasangan kekasih itu dari celahan pintu tandas. Sehun masih lagi memeluk Junghwa.

 

"Tapi dia mati sebab saya.. Kalau saya tak minta tolong dia keluarkan duit untuk saya kelmarin dia tak akan dibunuh, Sehun!"

 

"Junghwa, kalau dah takdir dia mati dibunuh hari ni pun awak nak buat apa? Kalau seandainya awak tak suruh dia ke bank untuk keluarkan duit sekalipun, dia akan mati sebab benda lain juga. Awak tak percaya pada takdir ke?"tenang saja Sehun menghamburkan kata-kata untuk memujuk gadis muda itu. Junghwa pula aku lihat sudah meleraikan pelukan dan menitiskan air mata. Dan sekarang baru aku perasan mereka berdua berpakaian serba hitam. Mungkin mereka baru lepas pulang dari majlis pengebumian Cik Sojin.

 

Ah, Cik Sojin! Buat seketika aku terlupa tentang dia. Bagaimana dengan status aku sekarang? Bayaran sudah aku terima tapi kerjanya aku belum

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tukar muka oc heheh

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 8: Wow--

This is so mindblowing. Omg. Kenapa baru baca ;;
Bestnya T.T i love this genre. Huwaaaaaaaaa 5 bintang utk awak. Suka cara penulisan dan perkembangan watak tu. Nice T.T ♡
whitelove
#2
Chapter 7: Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Wait. Anak jaebum? How--
whitelove
#3
Chapter 6: Ceh gurau je. Huh.

Apa2 pun ship sgt ;; chapter ni sweet ;; sobs ;; nak nangis.
whitelove
#4
Chapter 5: sweetnya jackson n youngjiiiiiii

SHIP JAEBUM & SOJIN. SRSLY SOJIN CONFESS GITU JE. U GO GIRL. HAHAHAHAHA
whitelove
#5
Chapter 4: Okay im hooked ;;;; kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
whitelove
#6
Chapter 2: Okay scary.
teentop_angeljoe04 #7
Chapter 8: Seram ya seram hmm
alya_yy
#8
Chapter 8: Serious cite ni best . Lwak plak tu lol . Good job authornim
ierashahira
#9
Chapter 8: best sangat endingnya. tahu semua itu betul, rupa-rupanya itu semua mimpi. hahahaha. memang syok cerita ni. saya suka sangat!